klik Nuffnang
Tuesday, April 19, 2011
Puding Roti Karamel
Puding roti ni buat beberapa minggu lepas...nak habiskan roti dari membazir, beli roti baru tak perasan yg sebelumnya masih ada lagi. Roti mmg sentiasa ada stok kat rumah, anak2 kdg2 minta letak susu..kaya..buat roti bakar..sosej roll dan mcm2..suka mrk mkn roti.
Dah ramai kwn2 blog yg buat puding ni...tu yg nak mencuba, lagipun bahan2nya pun mudah.
Puding Roti Karamel
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source : lina.pg@teratak mutiara, copy dari Dapur Hana , t.kasih semua kongsi resepi.
Bahan-bahan
* 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
* 4 keping roti gardenia
* 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
* 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
* 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
* esen vanilla (1sk)
Cara-cara
1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je
Rasa puding ni sbb ada roti lebih padat dari puding karamel biasa...
Kalau puding mmg favorit, apatah lagi kalau disimpan dlm peti ais...makan sejuk..yummmy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletenak sepotong puding roti tu boleh?? Heeh..manis tak rasanya? Nampak mcm sedap dan cantik yg mamasya buat nie.
Salam Ziela...
ReplyDeleteTerasa sejuk je masuk kat tekak....:-)
alahai...posingnya nampak sweet je... mknnya lg la sedap takk..
ReplyDeletesy jugak tak buat2 lagi puding ni erm nak kena start enjin jugak ni hehehe
ReplyDeletesedapnya mamasya...
ReplyDeleteteringin nak buat tapi pengukus pula tak de....
sedihnya..=(
Yum yum sedapnya..nak sikit
ReplyDeletehttp://minyakzaitun-palestine.blogspot.com/
eh!akak lupa lah..akak dah pernah buat belum puding nih..rasa2nya belum..rasa2nya dah..mana satu entah..apa2 pun stand by je lah resepi nih..angkut gak letak dlm draft dulu ya ziela..hehe
ReplyDeletewahh....sedapnya nampak.."halusss saja"...
ReplyDeletenampak sedp sgt...nk tye telur tu pukul slow mcm mne ea kak?? dlu pernh buat tp mcm tk jd pon..tp bkn gne respi akk ni larh...
ReplyDelete