klik Nuffnang

Friday, April 8, 2011

Kek Oren Warna-warni



Kek oren ni dah buat lama...masa awal cuti sek hari tu. Buah oren ni kwn dtg rumah bawa sbg buah tangan....kalau beli sendiri mmg jarang sbb tak suka masamnya itu...kalau buat jus tu minumlah juga.Bila ada buah oren terfikir nak buat apa selain jus.....mkn gitu hanya anak no 3 & 4 saja yg suka.



Cari-cari resepi nak buat kek oren...berkenan dgn resepi di Fp k.Liza...ada kelainan resepi ni sbb guna tpg kastad.

Kek Oren Warna-warni
Sumber; fp K.Liza

Bahan
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/2 cawan jus oren [ 1 biji limau sunkist]
1 s/b kulit limau parut
1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan
1 cawan tepung kastad ]
1 s/k coklat paste/emulco
pewarna merah

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul rata.
3. Masukkan parutan kulit limau dan jus oren. Gaulkan rata.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad. Gaulkan rata.
5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
6. Masukkan coklat pats/emulco dalam 1 mangkuk. Gaulkan rata.
7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi. Gaulkan rata juga.
8. Masukkan adunan warna asal dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah.
10. Masakkan dlam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit.
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



Harum bau kek oren bila bawa keluar dari oven....



Kek ni buat belang-belang tp bila masak bercampur aduk warnanya...mungkin penggunaan tpg kastad tak sesuai nak buat belang-belang..maka terhasillah kek oren warna-warni.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Ziela,

    kek oren mmg sedap...mmg satu kelainan bila menggunakan tepung kastard...apa rasanya??

    Itu Syakirah dah tak sabar nak mkn kek nampaknya...hehehe...auntie pun tak sabar juga ni nak rasa kek mama Syakirah tau.

    ReplyDelete
  2. Salam Mama..
    Wahhh sedapnya kek ni, nampak gebussss jeeee...minta sepotong...

    Mama, nanti jgn lupe datang rumah ambil award yaaaaa...

    ReplyDelete
  3. syoknyaaaaa kek....tapi apakan daya...jamu mata pun konon2nya terasa....

    ReplyDelete
  4. Comelnya model kek oren..rasa nak cubit pipi dia..
    TK mmg suka kek oren..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2