klik Nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Butter Prawn



Mula-mula nak ucapkan terimakasih kepada semua yg wish happy birthday utk Syazrin.Dah selesai 3 hero mama sambut birthday bulan April tunggu bulan Mei nanti.
Entry hari ni nak tayang butter prawn yg dimasak week end tempoh hari. Dah beberapa minggu teringin nak makan butter prawn tp tertangguh sbb udang yg dibeli masak lauk lain hinggalah minggu baru ni dapat juga masak.



Tapi kali ni telurnya tak berambu-ramba mcm sepatutnya, mungkin minyak tak panas sgt sbb masa nak goreng telur tu, kena tukar kuali sbb kuali asal byk keladak goreng udang tp masih pakai minyak yg sama.Walaubagaimanapun rasanya tetap enak...

Butter Prawn
Sumber ; Blog Suzi@ Resepi&Cerita Perantau

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1.Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
2.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
3.Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
4.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.- guna botol sos plastik
5.Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. - tak padamkan api tp guna api yg paling perlahan
6.Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. - nak cepat tekan2 telur tu dlm penapis...minyak cepat keluar.



Ni butter prawn yg buat dulu, copy dari dapur FP ...rambu rambanya elok sikit dari yg baru buat.

6 comments:

  1. pergh.. sedap lauk ni.. nk skit 5 ekor.. ekeke..

    ReplyDelete
  2. Salam mamasya...

    Fav anak dara kak cek ni...cuti ni bolehla masakkan tuk dia...sibuk dia bagi tau ...ibu sedap Butter Prawn...he he :)

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum Mamasya,
    Happy belated birthday untuk semua anak2 ya. Terlepas lak n3 sebelum ni. Bila tengok butter prawn Mamasya, teringat akak pernah buat dulu tp tak jadi, telur jadi berketul2,...terus takder mood.... tp rasanya tetap maintain sedap...

    ReplyDelete
  4. sedapnyer mama bater prawn mamasya tu...kalau udang beso ntah lagi sedap...hurmmm nak buat lah besok...sluurrppp....*telan air liur dah ni....he he he

    ReplyDelete
  5. Sedapnya....Nak tanya la, kalau guna udang harimau @ udang galah boleh tak?

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2