klik Nuffnang

Friday, April 1, 2011

JJCM ; Perhentian Kuih Kampung di Bdr Melaka



Entry makan kali ni nak berkongsi tempat makan yg baru kami singgah hari sabtu lepas iaitu Perhentian Kuih Kampung yg terletak di jln Ujung Pasir di Bdr Melaka. Jumpa info ttg restoren ini masa goggle di internet ttg tempat makan di Melaka.



Tertarik dengan nama restoren ini..Perhentian Kuih Kampung...itu yg pergi cari.Dah 2x pusing tak jumpa,akhirnya tanya dgn org cina jual durian tepi jalan...penjual tu tunjukkan tempatnya...rupanya kami dah dkt situ...selang beberapa kedai je.



Sesuai dgn nama restoren ini ..Perhentian Kuih Kampung, ianya menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung. Harga kuih ikut jenis.Ada 3 kpg RM1...ada 40sen dan 70 sen sekeping.Pulut kuning dgn rendangpun ada dijual.



Kami pergi sebelah ptg. masa mula2 sampai kuih dah separuh je yg tinggal, tak lama kemudian sampai lagi macam-macam kuih. Ramai pengunjung restoren ni...org Cinapun ramai yang singgah utk menikmati kuih-muih kampung dan pelbagai makanan di situ.



Ni bahagian kuih goreng dan kuih moden...paupun ada.



bahagian ni juga ada jual popia,cucur udang,rojak dan tauhu sumbat.



Mihun dan mee yg dah siap bungkus ,RM 1 bungkus.



Selain kuih muih, Perhentian Kuih Kampung juga ada menjual set asam pedas....Asam Pedas P.Man dgn plihan pelbagai ikan, menu goreng-goreng, makanan panas dan nasi ayam. Tapi masa kami sampai semua menu nasi dah habis.



deko ringkas tp menarik...hiasan tikar mengkuang di bahagian atas



order ABC dg kuih lepat pisang dan pulut lepa, tak order makanan berat sbb masih kenyang makan kenduri belah tgh harinya. Jadi tak boleh nak komen makanan lain sedap ke tidak....kena cuba lain kali.



hadapan restoren...pengunjung mmg tak putus-putus..keluar masuk restoren ini.hiasan dpn kedai atap nipah...ala-ala kg.



Perhentian Kuih Kampung ni terletak di jalan Ujung Pasir yg menghala ke Bandar dan berdekatan Hotel Arenna De Luxe Hotel..bangunan putih tu Hotel Arena

16 comments:

  1. Banyak betul kuih muih kat situ, mau berpinar mata nak memilih.

    ReplyDelete
  2. next time ke melaka nak kena cari ni. kjee ni nama jer ayah asal orang melaka tapi selalu sesat cari tempat kat melaka. hehehe

    ReplyDelete
  3. kita pun selalu singgah situ...dulu deko dia tak der plak tikar tu..dah ubah suai sikit..

    ReplyDelete
  4. kuih2 dia mmg sedap...kalau bulan puasa mmg selalu beli kat sini..

    ReplyDelete
  5. Waaaaaaaaahh Mamasya, kat area mana nih? Nnt kalau pergi lagi senang nak cari..bkn kat bandar tu kan...kena keluar menghala ke mana tuh...bestnyaaa...

    ReplyDelete
  6. wah bestnyer kak lama dah tak ke melaka rindula dulu masa belajar saya dok melaka dr thn 2001-2004 kat sana sekrng dh byk perubahan dh kan nk kena pi la blk nanti...tgk gambar ni lagi ler bertambah rindu kuih muih semuanya sedap2 lak tu..adehhh tak sabar nk blk Malaysia..:)

    ReplyDelete
  7. mau rambang mata tengok macam2 ada..best2

    ReplyDelete
  8. best gak byk kuih talam....agaknya mesti sedap2 belaka dah kalau org tak putus2 dtg kan....

    ReplyDelete
  9. Popia die mmg tiptop..sedap sgt3

    ReplyDelete
  10. hi, kak nak tnya kuih ni area mana? betul2 kan\t bandar melaka ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liana....dlm bdr Melaka...jln Ujung Pasir di Bdr Melaka.

      Delete
    2. Waktu perniagaan detail please tqvm

      Delete
  11. orang melaka pun x tau ada jual kueh kg kat situ segera saya kesana kompom semua kuih dia tip top

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2