Pages

Friday, August 26, 2011

Biskut Tat Gulung & Green Princess



Masih entry biskut raya...nak update cepat2, pasni nak gantung kad raya pula. Kali ni nak kongsi biskut tat nenas yg dibuat minggu ke 2 Ramadan. Biskut ni mmg favorit di rumah...anak2 mmg suka tat nenas. Kalau di Msia inti nenas beli dah siap lagi senang tp di sini mana ada jual...kena kacau sendiri inti tat. Buat inti ni awal puasa lagi sbb masa ke supermarket kat sini ada offer nenas yg elok buahnya.



Resepi tat guna resepi spt thn2 lepas iaitu resepi k.Liza sbb rapuh dan sedap kulit tatnya. Ulang tayang sekali lagi resepi kat sini wpun dah ada dientry sebelum ini .

TAT GULUNG
Resepi asal ; Fp K.Liza
Sumber ; Dapurmamasyablogspot
(1 adunan ni cukup utk 1/2 kg inti)

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas.
Inti;
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalah
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Green Princess



Biskut green princess buat minggu lepas cuma baru make-up beberapa hari lepas. Biskut inipun pernah tayang sebelum ini.Cuma kali ni warna hijaunya mcm pucat sikit..kurang seri.



Untuk resepi klik sini.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Mamasya,
    Slmt menyambut lebaran maaf zahir dan batin ya...uwaa banyaknya kuih raya...seronok menengoknya..

    ReplyDelete
  2. assalam kak selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin,seronok tengok kukis akak ,bnyk buat kukis ke kak?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Sedapnya biskut

    ReplyDelete
  4. sedapnya tart nenas..memang best sangat-sangat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.