Pages

Thursday, November 3, 2011

Nasi Beriani Utk Mesyuarat ADWA



Assalammualaikum buat pengunjung semua...

Harap semua sihat sejahtera, tapi tuan blog tak sihat sejak 2-3 hari lepas...batuk selsema....maklumlah cuaca dah berubah skrg, nak masuk musim sejuk....tp gagahkan jugak update blog, cuma blog kwn2 ada yg belum sempat buat kunjungan balas....nanti akan lawat juga. Utk hari ni nak citer ttg kisah nasi beriani. Kalau dalam entry yang lalu buat apam utk majlis hari Kemerdekaan, kali ni masak nasi beriani pula untuk mesyuarat ASIAN DIPLOMATS’ WIVES ASSOCIATION (ADWA). Masak nasi utk mesyuarat ADWA ini sebenarnya lebih awal dari apam iaitu pada 20 September lepas tp saja bagi laluan dulu kepada kisah majlis hari Kemerdekaan.



Nasib baik rempah beriani kawan bagi, dptlah masak nasi beriani sbb lupa langsung nak bawa rempah beriani masa dtg sini.Resepi ambil dari dapur Fp K.Liza, t.kasih K.Liza kongsi resepi.

NASI BERIANI
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]- letak 3 sb
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]- guna sedikit pewarna&kunyit serbuk

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik minyak.
3. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.-Mama masak nasi atas dapur gas.
6. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.
8. Hidangkan dengan daging prunes dan acar.



Nasi siap dlm bekas utk dibawa ke rumah Duta@Msia tempat mesyuarat berlangsung.

Nasi beriani dan nasi putih dimakan dgn lauk ayam kari, ayam beriani dan daging kurma yang dimasak oleh kawan-kawan di sini....kami dah bahagi-bahagikan tugas setiap orang utk masak apa...ada yg masak lauk dan ada yg buat kuih-muih untuk mesyuarat ini.





Lain-lain gambar semasa hari tersebut bila ada masa akan update dlm entry akan dtg.

8 comments:

  1. sedapnyerrr! tak pernah lg masak nasi beriyani sendiri.. bila sebut pasal beras basmathi.. mmg tak berapa arif sgt nak msknyer... lgpun.. makcik kdg2 ada jugak bg nasi berperisa ni.. kdg yg dia masak catering.. kdg yg org sedekah kat dia.. jd bila dah selalu dpt... keinginan utk masak tu jd kuranglah sbb dah dpt mkn yg dah siap.. tu yg jd tak pandai2 nak masak sendiri.. haha

    ReplyDelete
  2. Wah sedap tu mamasya.Lagi nak bagi makan isteri-isteri diplomat kana la ada kelaskan?

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya,
    cantiknya nasi beriani kak. Saya pernah juga cuba buat. hehe.. kurang cantik. ya la, satu paket banyak kan? saya oter. haha..

    Ramai ya kenalan dan kawan2 mamasya di sana. Alhamdulillah, tentu seronok. Saya pun ada jengok2 blog kak, tapi tak mmpu beri komen sbb saya jarang post masak-masak skrg ni. hehe...

    ReplyDelete
  4. sedapnya... sedapnyaa....
    Tu jer yang bundo boleh komen.

    ReplyDelete
  5. Adoiiii.. pagi-pagi macam ni dah nampak makanan sedap2. Habis tergugat nafsu makan saya ni kak

    ReplyDelete
  6. Assalam mamasya,
    waduh meleleh air liur tengok menu yang mamasya masak ni..confirm macam kat hotel..sedapnya..seronok lah kita tengok mamasya duduk sana..very happening macam2 activity yang ada kan..hero2 kat bawah tu dah start sekolah ya..harap they can adjust with the surrounding & environments kan mamasya..tapi tengok macam dah ok dah kan..hehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya nasi beryani akak ni...nieza suka msk nasi beryani..selalu nieza buat nasi briyani kambing. suka guna rempah shan dari pakistan..tak taula kat sana ada jual ke tak tapi sedap..:)

    ReplyDelete
  8. macam hidangan kat hotel dah ha....spesel betol ye...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.