Pages

Wednesday, April 11, 2012

Ikan 3 Rasa & Ulam Gargil


Assalammualaikum semua dan terimakasih buat semua yg berkunjung ke dapurmamasya.
Entry hari ni nak kongsi lauk yg dimasak semasa jamuan lunch iaitu ikan 3 rasa.Mama masak 2 ekor utk tetamu...seekor ikan siakap dan seekor ikan merah.....kedua2nya licin....kena dg selera tetamu...


Ikan 3 rasa mmg mudah masaknya dan ramai yg suka mkn.tengok dah ramai yg selalu masak 3 rasa dgn pelbagai resepi ada...mengikut selera masing2. Mamapun dah bebeberapa kali masak ikan 3 rasa sbb seisi keluarga suka. Cuma kali ni tambah sikit bahan2nya utk menambah rasa....dan guna nenas dlm tin sahaja kebetulan masak ikan talang masinpun guna nenas.

Ikan Tiga Rasa
Oleh;Dapurmamasya

Bahan2
1 ekor ikan siakap/bawal/merah
1 sb cili kering kisar/1 sb cili boh
5 ulas bawang merah-mayang
3 bawang putih-mayang
2 inci halia-hiris tipis
2 btg serai-hiris serong tipis
3 helai daun limau purut-koyakkan sikit
3 biji cili padi/ 2 biji cili merah hiris nipis
1 biji tomato-potong dadu
2 sb sos tiram*
4 sb sos manis cili thai*
2 sb sos ikan
2 sb sos tomato
3 potong nenas - potong dadu (boleh guna nenas dlm tin)
1 btg timun - potong dadu
Sedikit daun ketumbar - utk masuk dlm kuah dan hiasan- pilihan
1 sudu besar tepung jagung- campur dg 1 cwn air
serbuk kunyit, garam, gula ,Minyak

Cara
1. Ikan yg dah bersih dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili kisar/boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga masak spt biasa.
2.Tumis bawang, halia dan serai dan cili hiris hingga berbau wangi
3. Masukkan sos tiram,sos ikan, sos tomato dan sos cili thai, kacau sebati
4. Masukkan daun limau purut, tomato, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.kacau biar mesra dan rasakan dan biarkan seketika.tambah bahan sos* dan air jika perlu.
5. Masukkan daun ketumbar,nenas dan timun. kacau sekejap .
6.Perlahankan api, masukkan ikan dlm kuali, balikkan ikan.sekejap saja utk bagi bahan2 sos meresap dlm ikan dan ikan lembut.Angkat ikan.
7. Tuangkan sos keatas ikan dan hias dgn daun ketumbar jika suka.


Ikan 3 rasa memikat selera

Ulam Gargil...


Selain sayur goreng, mama hidangkan juga sambal belacan dg ulam daun gargil dan timun utk tetamu. Ulam gargil ni mcm ulam2 kg kat tempat kita...sedap mkn gitu je cicah sambal atau budu.


Rasa daun dan btgnya tidak pahit...rangup bila kunyah mcm mkn daun salad.itu yg buat mama suka....sbb mmg favorit ulam2 hijau gini.harganya cukup murah 1 LE/50sen utk 3 ikat.

Menghijau sepanjang jalan dg tanaman gargil...kalau travel keluar sikit dr town, selalu nampak kebun2 gargil tepi jalan.di Msia belum pernah jumpa daun ni.....agaknya kalau balik tanam boleh hidup subur juga kut...

7 comments:

  1. mcm tak pernah tengok pulak ulam ni...ok...hari ni dah tau dah ulam gargil tu mcm mana. murah betol kalo 50sen 3 ikat..

    ReplyDelete
  2. Yang ini kalau akakla. akak risip sampai tulang...kena pula dengan ulam perghhhhh tak bangun dari kerusi

    ReplyDelete
  3. Ni yg rasa nk dok obersi gak ni...cm daun sawi gargil tu... Err. Ada gigil2 ke bila krap2 daun dia tu? Wah anggun gitu ikan posing....ni kalau mkn x leh smbl bersila ni, harus xleh nk bangun nnti....heeee

    ReplyDelete
  4. As salam mamasya,

    Daun gagil tu nampak mcm sedap je... sekali pandang mcm daun bayam/sawi... Nnt trylah tanam di Msia, klau hidup boleh Marya mintak sikit...hehee... Tiga rasa mmg mantop! Besor nampaknye ikan tu! :)

    Di Cairo xde ke buah tin yg segar?? Rsnya ade tu maybe mamasya tak perasan kot...hehehe... Rasanya sedap tak tahu nak ckp mcmna.. tak berapa manis, just nice je... Yg lg 1 tu bkn petai, marya suka suki je ckp petai...hahaha... Lupa namanye pulak..huhuu :)))

    ReplyDelete
  5. Salam kak,
    saya buat posting tentang istanbul dan letak link blog akak untuk rujukan jika ada kawan2 perlukan maklumat tambahan. Akak cerita terperinci juga tentang istanbul, mungkin dapat bantu jika ada yang bercadang nak bercuti ke sana.
    Terima kasih ye kak :)

    ReplyDelete
  6. Hmm..mesti sedap yah ikan nya ada 3 rasa, seger juga rasanya ada nanas nya juga.. slurrp

    ReplyDelete
  7. nk balik m`sia jangan lupa beli benih gargir, ia tumbuh subur macam kat negara2 sana jga. teksturnya memang rangup mengasyikkan lebih rangup dr daun salad.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.