Assalammualaikum buat semua. tkasih yg sudi berkunjung ke dapurmamasya dan semua yg tinggalkan komen.Maaf ada blog yg mama belum sempat lawatan balas.
Entry ringkas hari ni.Pasti ada pengunjung blog.....teman-teman...surirumah yg tgh mencari idea kuih manis buat berbuka.Mungkin boleh membuat kuih cara.Mama suka kuih cara manis berbanding cara berlauk.....gabungan lemak dg air gula manis yg meleleh....sedappp.
Tapi kuih cara ni buat sebelum puasa lagi......buat masa nak bawa ke rumah kwn yg menjemput kami sekeluarga mkn mlm. Simpan sikit utk mkn dirumah juga.
Kuih cara ringkas bahan2nya. cuma nak masak itu kena pandai adjust api yg sesuai. Mama pun beberapa kali juga buat....ada yg cantik masak, ada yg tak. kalau kuat api, kuih cepat hangus tp dlm tak masak lagi. kalau perlahan sgt kuih tak masak. Eloknya cuba sebiji dulu masak utk tahu api yg sesuai dan pastikan sapu minyak di acuan.Cuma kalau dpt letak pandan dan kelapa yg fresh pasti lagi sedap, di sini mana ada. kena ganti yg segera saja. Utk resepi spt di bawah,t.kasih CMG kongsi resepi.
Kuih Cara
Sumber; Blog CMG
0leh; Dapurmamasya
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)- mama guna 1 pkt santan debu S&P
2 biji telur
3 helai daun pandan - letak 1 sk paste pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Kalau my mommi mmg suka yang manis ni...I pun kengkadang kalau ke bazaar beli kan for her..but I suka yg berinti tu lg. Aduii..lapar lah pulak..hee
ReplyDeletecomelnya kuih..
ReplyDeletetangan x berseni buat kueh
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/esp-shaklee-1-keburukan-yang-mudarat.html
baru buat semalam.. :-)
ReplyDeleteKuih kami semalam ni mamasya...anak2 sy pun suka..sebab manisnya...
ReplyDeleteSedapnya..comey pulak tu
ReplyDeleteSalam, selamat bepuasa ..sdp kuih ni lemak2 manis pandan..akk x bekesempatan lagi nak buat kuih manis2..insyallah rajin nak juga buat
ReplyDeletesalam MamaSya...selamat berpuasa n berbuka....ni fiza pun peberet ni...paling2 suka....=)
ReplyDeleteCantik hasilnya..kita tak pernah buat lg kak..biasanta membeli je..tp teringin gak nk mncuba
ReplyDeleteSalam kenal mamasya.. Hmm ni pun feberet saya jugak tp lupe nak bawak acuan ke nagoya nih huhu..
ReplyDeletePasni kena beli acuan takoyaki la nmpknye dari kempunan huhuhu...
Mamababahnkids.blogspot.com
😍😍😍
Salam Mamasya....
ReplyDeleteSkali skala pekena kuih cara memang best.....lemak manis gitu...
Salam Mamasya..
ReplyDeleteUhh cara manis peberet anak anak jugak.tapi bulan posa belum sempat buat..dok buat benda lain dulu..pasti akan buat jugak...
comel plak guna acuan bunga ..saya selalu guna acuan cam telur tu je.. ;)
Salam 6 Ramadhan mamasya,
ReplyDeleteTerkenang-kenang cairan dalam kuih cara manis. Hum, betul tu. Kena pandai adjust api. Dulu saya guna acuan bahulu tu, hehe.. kecik, tak sempat masak dah hangit, haha. Teringin nak mencuba lagi.
Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya mamasya. :)
Saya ambil resipi ni...terima kasih ya
ReplyDeletemy feveretss..mak suka buatkan untuk kami adik beradik. hihi. nak buat sediri tak beli acuan pun. kuih tradisional yang takkan dilupakan. ;)
ReplyDeleteQiss Me Mommy
Sedapnya. Saya dah try. Terima kasih sebab kongsi resepi
ReplyDeleteSedapnya. Saya dah try. Terima kasih sebab kongsi resepi
ReplyDeleteSedapnya. Saya dah try. Terima kasih sebab kongsi resepi
ReplyDeleteFeveret ni..kena g cari acuan kat kedai
ReplyDelete