Pages

Thursday, September 26, 2013

Nasi Beriani Pakistan hidangan utk hari istimewa



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera...
Pada 23 Sept yg lepas... Anniversary mama & mrhusban Alhamdullilah...syukur diberikan Allah kebahgiaan dan kesejahteraan hidup buat kami berdua bersama 5 cahayamata tersayang. moga berkekalan sepanjang hayat...Amin.
Bukan sambut apa2pun, hanya masak buat hidangan kami sekeluarga. Nak baking kek...nak mendeko malaslah pula, jadi masak Nasi Beriani Pakistan. Itupun belah pagi masa anak2 nak ke sek, abg no 3 tanya tak da makan apa2 special ke hari ni....mama tanya nak mkn apa...dia jawap burger McD , nak tergelak mama.....burger juga yg special wpun tiap minggu makan, budak2kan tahu burger, KFC dan pizza saja yg disukai.
Tak da idea nak masak apa mulanya. Nak masak nasi dagang,anniversary last yr pun masak nasi dagang. Nasi minyak warna warni dan nasi tomato baru saja buat.Belek2 resepi, berkenan resepi nasi beriani dari buku resepi mama yg lama tersimpan, iaitu Sajian Di Perantauan . ingatkan dah pernah cuba resepi ni, tp bila tengok dapur Fp masa nak copy resepi....rupanya belum pernah mencuba.


Nasi beriani Pakistan ni kelainan sikit dari nasi beriani yg pernah masak sebelum ni.....dimana rempah beriani dimasak sekaligus dg nasi. tp utk Nasi beriani Pakistan ni, rempah beriani di masak dgn ayam.nasi asalnya warna putih tp bila diletakkan lauk ayam beriani....barulah warnanya berubah. dan nak bg cantik lagi nasi, mama tambah pewarna kuning.Resepi penuh seperti dibawah, nampak pjg resepinya sbb 2 resepi, 1 utk lauk dan 1 utk nasi.

Nasi Beriani Pakistan
Oleh; Dapurmamasya

Bahan utk lauk;
1/2 kg daging - potong kecil/ 12-14 ketul ayam
5 biji bawang merah- kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
rempah menumis; bunga lawang, kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
2 st serbuk jintan manis
2 st serbuk jintan putih
2 sm serbuk ketumbar
2 sm pes beriani - mama ganti 3 sb rempah beriani + air secukupnya
karot & kcg pea/ 1 cwn mix vegie
1/4 cwn susu segar
3 sm minyak sapi + minyak masak (dlm 2sm)
garam secukupnya.

Bahan utk nasi;
3 cawan beras basmati
3 cawan air
1/4 cwn yogurt
1/2 cwn susu segar
4 biji bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
rempah menumis; bunga lawang, kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
3 sm minyak sapi + minyak masak (dlm 2sm)
garam secukupnya.
warna kuning telur (campur sikit air ) - mama tambah

Cara masak lauk
1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar dan rempah tumisan, serbuk jintan & ketumbar sampai terbit minyak
2.masukkan daging dg sikit air dan masak hingga empuk. - utk step ni mama ubah, masukkan dulu rempah beriani yg telah dicampurkan air itu , tumis seketika barulah dimasukkan ayam dan air secukupnya
3. masukkan pes beriani dan susu . rasakan garam
4.akhir sekali masukkan karot & kcg pea/mix vegie , masak dg api sederhana beberapa minit hingga kuah pekat.

Cara masak Nasi
1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar dan rempah tumisan sampai wangi.
2.masukkan air dan susu. biarkan mendidih. masukkan beras, yogurt dan garam.
3. bila nasi dah separuh masak, masukkan 1/2 drpd lauk termasuk kuahnya yg telah masak.
4. tutup periuk, perlahankan api.biarkan seketika kemudian letakkan pewarna di beberapa bgh nasi.
5. biarkan nasi masak betul (seeloknya tutup periuk dg aluminium foil yg lebar, barulah tutup dg tudung periuk).Bila Nasi dah masak karehkan/kacau sikit2 dg garpu agar bercampur warna.
6. hidangkan nasi dg lebihan baki lauk tadi.


Lauk ayam beriani dah siap masak....kuah beriani yg pekat..


bila nasi dah separuh masak, masukkan 1/2 drpd lauk termasuk kuahnya yg telah masak. tutup periuk, perlahankan api. biarkan seketika, kemudian letakkan pewarna di beberapa bgh nasi.


Nasi beriani Pakistan yg dah siap masak.bila nak mkn, hidangkan sekali dg kuah ayam beriani itu,barulah terasa nasinya bila mkn.


Sebagai tambahan ada juga lauk udang dan acar. Ikut selera mama sedap nasi beriani Pakistan sbb mmg suka nasi yg berperisa. mr husbenpun komen sedap mcm makan yg restoren punya. Tp cuba tanya hero mama yg sorang ni.....


Sedap tak nasi beriani ni bang Syazrin....sedappp...thump up!


Kalau sedap nanti mama masak lagi...

Tuesday, September 24, 2013

Simple Brownies



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera...
Week end lepas mama baking brownies sbbnya dah lama tak membaking, rasa nak mkn kek...brownies...tapi nak baking yg paling mudah. Itu yg mama buat brownies. sbbnya kalau brownies tak payah nak guna mixer, godek dg tangan saja dan tak payah nak tunggu butter cair, sbb cairkan terus atas periuk....simplekan. dan tak perlu risau bantat ke apa...sbb brownies mmg teksurnya padat.
Teringat masa mama aktif FP, dlm thn 2007-2009..masa tu Fp mmg popular dikalangan sahabat maya yg suka masak dan brownies mmg terkenal masa tu.....mcm2 brownies ada.kalau yg ambil tempahan, brownies mmg antara yg laris...tp skrg agak kurang popular bila muncul kek2 baru.


Berbalik pada brownies yg mama cuba ni, mama cari resepi browies yg simple, itu yg jumpa resepi ni di MYR. Tkasih k.Fida empunya resepi.Mama tambah walnut dan choc chip utk bagi lagi sedap brownies ni. Mama guna api atas bawah 5 min terakhir nak bg garing atasnya sbb suka mkn brownies yg garing atas tp lembut dlmnya.

♥Simple Brownies
Sumber; k.Fida @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 9x6 inch )- Mama buat 2 adunan guna loyang 10 in x 7
115 g mentega - di cairkan,sejukkan
1 cwn gula halus (195 g) - mama kurangkan sikit gula
1 sk esen vanilla
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 g)
1/3 cwn serbuk koko (25 g)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam(opt)

Cara-cara
Campurkan mentega, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas dan digris. (utk selera anak2, saya taburkan kekacang dan choc chip di atas adunan) - mamapun letak choc chips dan walnut
Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min. - bergantung oven masing2


wpun rupa tak menawan...tak da hias apa-apa...


tapi rasanya yummmm ....tambah choc chips dan walnut. Nak tahu mcm mana rasanya....silakan mencuba!

Monday, September 23, 2013

Kenangan Makan Malam



Assalammualaikum buat semua
Hari ni mama nak kongsi entry makan malam yg dah lama mama nak upload tp asyik bertangguh. Wpun dah beberapa bulan berlalu, mama kongsikan juga entry di blog sbg tanda kenang-kenangan. Iaitu kisah makan malam sempena penghargaan pada hujung thn lepas yg diadakan di Restoren Al Saraya. Restoren ni agak terkenal di sini kerana lokasi yg terletak di tebing sg Nil dan restoren merupakan sebuah kapal besar yg ada beberapa tingkat.Mmg cantik view dari restoren pada waktu mlm kerana mengadap Sg Nil dgn cahaya kapal dan bgn sekitar.


Utk jamuan malam itu diadakan di tingkat bawah kapal. Cantik view luar tingkap restoren tp sayang lupa nak ambil gambar.


suasana dlm restoren sebelum majlis


sedikit ucapan sebelum acara makan-makan


boleh nampak view diluar restoren.....penuh cahaya warna-warni....Sg Nil nampak bercahaya.


meja hidangan....mkn secara buffet


kaunter roti dan sayur jeruk, cheese dll...


chef restoren yg tlg serve utk tetamu...antara menunya sayur2 celur & nasi


samosa & kentang rebus


chicken grilled & bake pasta, kebab dan beberapa menu utama lagi spt gambar 1st kat atas itu....semua sedap-sedap belaka.


bahagian dessert, pelbagai jenis cake , puding & jelly


lagi bhg dessert.....penuh kek kecil2 dlm dulang, manisan Arab dan lain...


beratur utk mengambil makanan...


bhg salad...


Suasana dlm restoren, waiter sdg mengemas meja. Sebut ttg waiter, nak citer kalau makan di restoren, tak kira kecil atau besar, waiter akn cepat je dtg angkat pinggan dan gelas kalau nampak mcm kita 'rehat ' kejap....duduk sembang, sudu garpu dah letak padahal kita nak sambung mkn lagi... makananpun masih ada dlm pinggan dan airpun belum habis minum, kena bgtau mrk yg kita masih nak mkn.dan kalau mkn, tiba2 nak bangun ambil makanan lain atau pergi washroom ke, pastikan ada org jaga pinggan kita, nanti habis diangkut.Minggu lepaspun masa minum ptg di sebuah coffee house dg kwn mama, baru letak gelas....air minumanpun masih ada lagi sikit, terus je waiter dtg nak angkat gelas...cepat2 bg isyarat nak minum lagi. Mmg 'laju betul' waiter bab mengemas meja wpun pelanggan belum habis makan.... satu pengalaman yg berbeza...


lagi suasana dlm restoren...


bergambar kenang-kenangan di Al-Saraya sebelum pulang.

Ni pula majlis mkn malam yg mama hadiri pada hujung thn lepas juga tp majlis yg berbeza. Kali ni diadakan di Semiramis Intercontinental Hotel.


ada acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah


setiap org dihidangkan dg individual set dlm tray kayu ;nasi, tomyam, popia dan 2 lagi tu mama lupa apa menunya.


dessert ; aiskrim dan buah


ladies yg hadir


bergambar kenangan beramai-ramai...

Wednesday, September 18, 2013

Nasi Minyak Ceria Utk Jamuan



Assalammualaikum buat semua.....terimakasih berkunjung ke dapurmamasya.
Hari ini mama nak kongsi set nasi minyak hujan panas @ceria utk jamuan yg mama masak baru2 ini. Tapi bukan jamuan makan-makan di rumah tapi tempat lain...permintaan utk mama masak. Tiada menu yg dicadangkan, jadi mamapun pilih utk masak nasi minyak warna-warni gandingkan dengan lauk yg simple saja iaitu kari ayam, telur masak merah, acar dan sambal belacan.


Respon yg diterima....mereka suka set nasi minyak ceria yang mama masak ini.


Mama guna beras basmati Pakistan. Utk resepi nasi, guna resepi sama yg pernah mama buat sebelum ini. Suka guna resepi ni sbb tak letak susu tapi rasanya tetap sedap. Utk resepi bolehlah klik Resepi Nasi Minyak Hujan Panas . Kalau nak tengok bagaimana nasi jadi warna-warni gini bolehlah tengok gambar step by step nasi warna-warni yg pernah dikongsikan dulu.


Masak 2 periuk, satu atas dapur gas dan satu guna rice cooker.mama tumis atas dapur gas semua bahan sampai step masukkan beras , kemudian barulah pindah sebahgian ke rice cooker, cara ni nasi lagi cepat masak.


seperiuk kari ayam pekat....


Kuah utk telur masak merah masih atas dapur.biasa ayam masak merah, kali ni sbb ayam dah masak kari, tukar buat telur ayam masak merah pula.Sukatan pakai agak2 je, nanti kalau rajin mama buat lagi...sukat betul2.


Telurnya direbus dulu dan goreng sebentar.kuah masak merah yg dah siap masak...panas2 tu terus tuang atas telur....siap.


Acar mentah dan sambal belacan


Nasi siap dlm bekas.....penuh taburkan daun sup, kismis dan bawang goreng.


Sepinggan set nasi minyak ceria utk tukang masak. dah penat2 masak tukang masakpun nak merasa jugakan.....

Tuesday, September 17, 2013

Syakirah dah mula sekolah



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera selalu dan terimakasih berkunjung ke blog dapurmamasya.
Syakirah dah mula sekolah ......darjah 1 ? taklah baru 4 thn jadi masuk kindergarten 1. Syakirah bersekolah sama tempat dengan abang2nya. Anak2 dah mula sekolah pada 2 September lepas setelah cuti panjang selama 2 bulan lebih. Persekolahan di sini bermula September dan kali ni semua anak mama sekolah yg sama. Mudah sekaligus semua pergi pergi dan balik bersama dengan bas sekolah ambil dpn rumah.
Hari 2 hb itu ke sek urusan register abg2. bawa Syakirah sekali utk tunjukkan sek abgnya. sampai di sekolah staff yg uruskan pendaftaran tanya Syakirah nak tak sekolah. terus Syakirah angguk nak.....cikgupun laju je dtg bawa dia masuk kelas.


Ni teacher Syakirah Mrs.Ala Iayob...soft spoken orgnya. Mama dan mr husbenpun mcm kaget juga sbb tak plan nak hantar dia ke sekolah skrg sbb tak beberapa bulan lagi di sini. 4-5 kali tanya betul tak Syakirah nak sekolah ni ?....tak nangis mama tinggalkan. tak...Syakirahkan nak belajar....Syakirah suka belajar. 2-3 kali keluar masuk kelas dia....nak uruskan pendaftaran.masuk kelas...tengok dia ok je.tanya lagi betul tak nak balik....tak nak mama..Syakirah nak sekolah...Syakirah nampak rileks je, mama pula terasa risau nak tinggalkan Syakirah di sekolah. Maklumlah berbeza pengalaman hantar abg ke tadika dulu, ada yg tarik baju mama, tak nak ke sekolah.....1 minggu masuk ke kelas nangis...nak mama tunggu dpn kelas. ada yg meleleh air mata pagi2 bila nak ke tadika....pengalaman sungguh...


Hari pertama, sepjg kelas ok tak nangis cikgunya bgtau. cuma waktu balik, selepas keluar kelas dia nangis sbb tak da sapa2 tunggu dia dpn kelas. abgnya lambat pergi ambil. sepjg balik dlm bas nangis sampai rumah...teresak-esak....ckp tak nak dah ke sekolah. lepas pujuk, dia setuju nak pergi sek kalau mama hantar dan ambil. Nasib baik ckp pergi hantar dan ambil kalau mama kena masuk kelas sama-sama lagi haru...


Tapi skrg mama hanya hantar....utk sementara, lepas ni biar dia naik bas. Syakirah balik dengan bas sekolah bersama abg2.Seronok Syakirah dlm bas sbb majoriti dlm bas anak2 Msia dan ada yg suka layan Syakirah.Tengok ceria balik sekolah wpun waktu sekolah pjg 8-2.30 ptg. Sampai rumah pukul 3 ptg.Manakala belah pagi, abg2nya naik bas pukul 7.20 pg .


Indoor xtvt Syakirah dg kwn2 sekelas sebelah pagi, antara xtvt yg Syakirah suka. Dalam kelas Syakirah Kindergarten 1, campur pelajar umur 4-6 thn....ikut kelayakan, yg tak tahu menulis lagi duduk dlm kelas asas ini. Wpun Syakirah baru 4 thn, dia dah sama saiz dg budak 6 thn.


Mula2 ni sembang mcm ayam dg itik maklumlah kawan2 dari pelbagai negara....seorang cakap Melayu...sorang Arab...Pakistan....ada negara lain juga....mcm2 bahasa...entah mcm mana mereka sembang.Tapi bahasa pengantar sekolah bahasa Inggeris.

wpun bahasa berbeza, Syakirah dah ada best friend, suka peluk2 kwnnya yg sebaya tp kecil je budaknya....Syakirah panggil kawannya itu adik....adikpun, adiklah Syakirah


.. asalkan happy ada kwn di sekolah...balik sekolahpun dah mula cerita pasal kwn2nya.


itu saja....moga Syakirah rajin ke sekolah. Entry ini juga buat kenang-kenangan bila Syakirah besar kelak....