Pages

Monday, June 11, 2012

Hujung Minggu ke Alexandria



Assalammualaikum
Slmt berhujung minggu...dah habis cuti sek. pasti ramai yg travel balik dr kg atau balik dr bercuti.....atau sudah tiba di rumah dan sibuk mengemas brg2. Tentu masing-masing ada mcm2 xtvt semasa cuti anak2 sek. Dan mama juga 2 minggu lepas ambil kesempatan bawa anak2 pergi bercuti ke Alex sbb sekpun cuti 4 hari termasuk week end dan kebetulan husbenpun ada urusan di sana. Perjalanan ke Alex sejauh 225 km dari Cairo ambil masa dlm 3 jam lebih perjalanan dr rumah. Sepjg 1 thn di sini, ni kali ke 4 ke Alex kebetulan husben mmg selalu ada urusan di sana tp baru berkesempatan nak upload gambar. Suka ke bandar Alex sbb bandar tepi pantai dgn view menarik dan bangunan tepi pantainya pun cantik....byk pengaruh Eropah.
Dlm perjalanan kami singgah berehat sekejap di Kampung Singa....mini zoo yg ada singa dan mcm2 binatang, dulu pernah ada entry tentang Kampung singa, boleh tengok di sini.Sepjg laluan ke Alex yg mama perasan hanya ada 2 shj tempat rehat yg selesa termasuk Kampung Singa ni.


bila singgah di sini....selain ada binatang yg istimewanya kita boleh tengok org buat roti fatir bread

Nak tengok detail cara buatnya boleh tengok entry sebelum ini.



anak2 gadis sedang menebar fatir bread.....besar rotinya dr saiz roti canai.setelah ditebar, roti dilipat dan masuk dlm bekas utk dibakar


fatir bread yg tunggu masuk oven....org order baru dibakar....fresh from oven..



suasana tempat makan....kerusi2 kayu...dg syiling dr jerami

masuk mini zoo ini percuma. tak byk gambar diambil sbb dah ambil gambar sebelum ini

tgh buat roti juga tp bukan fatir bread...tak perlu canai/tebar mcm fatir bread...

Syakirah nak belajar buat fatir bread.....kakak berdua tu suka nak sembang dg Syakirah....

fatir bread yg dah siap masak....kebanyakkan take away. dah pernah mkn roti fatir di sini sebelum ini...mmg sedap dan ingat nak order juga tp memandangkan lama kena tunggu sbb kaunter order ditutup semasa sembahyang Jumaat, tak jadi order sbb nak cepat sampai Alex.

ada kolam ikan depan buat roti...


ramai pengunjung wanita yg tgh berehat. sbb yg lelaki sdg solat Jumaat dlm kws zoo. Dalam zoo juga dibuat solat Jumaat, dibentangkan alas di satu sudut yg lapang dlm kws zoo.... kemudahan utk para pengunjung dan pekerja...juga penduduk berdekatan utk mengerjakan solat Jumaat.


Syakirah tak duduk diam...ke sana ke mari suka tengok binatang di sini

antaranya burung unta

lagi view dlm kampung singa ini.selepas selesai solat Jumaat kamipun meneruskan perjalanan...

bila sampai di Alex, pusing dulu town yg terletak tepi pantai sambil cari hotel. tp hotel yg kami berkenan dah penuh. tak book awal2 sbb rancang nak pergipun last minutes. survey juga beberapa hotel tp anak2 ckp best lagi hotel yg biasa kami menginap di kws Green Plaza.


Sbbnya anak2 suka stay sini, hotel dlm shopping centre, byk tempat mkn dan ada tempat main. Mlmnya bawa anak2 main di kws permainan

Syakirah dan Syazrin naik ride....ceria Syakirah

keesokkan paginya lepas sarapan bawa anak2 pusing town...
Bandar Alex atau Iskandariah merupakan bandar ke 2 terbesar selepas Cairo, dijumpai oleh Alexander the Great pd 331 sebelum masihi dan bandar Alexandria menjadi ibu negara pd zaman Graco-Roman Egypt .


kws bandar yg terletak berhadapan pantai Mediterranean...terbentang sejauh 32 km spjg laut Mediterranean.juga dikenali sbg The Pearl of the Mediterranean


suasana bandar....teksi lama (kuning&hitam) dan pembonceng motor, sama spt di Cairo tak perlu bertopi keledar...

lagi gambar dlm bandar

kws pantai mengadap laut Mediterranean...biru sungguh air lautnya.

masih awal pagi belum ada pengunjung lagi.pantai penuh dg payung2 dan kerusi utk disewakan kpd pengunjung yg ingin berehat tepi pantai.teringat pantai di Msia...kalau ke pantai kita bawa tikar/plastik bentang tepi pantai.....nyamannyaa..


Bila tiba musim panas begini , pantai akan menjadi tumpuan dan kebanyakkan tempat shopping offer brg2 musim summer spt bbq set, kerusi garden, peralatan, pelampung utk pool/beach utk kanak2 dan pakaian renang.Maklumlah musim sejuk tak dpt nak mandi di pantai...dingin cuacanya.


berderet2 susunan kerusi...semua disewakan sbb kws pantai ni adalah private beach. satu payung sewa dg harga 10Le/ RM5. bagus jugakan sewa pun murah dan ada org jaga kebersihan pantai.

dtg posing je sbb anak2 tak nak main di pantai...

dah balik hotel semula.tak sabar anak2 nak mandi kolam

pagi2 dah mula panas terik...seronok dpt main air...apatah lagi tak da org lain yg mandi pagi tu.kelmarin ptg masa sampai mama dah dtg tengok pool ni, masa tu penuh anak2 dgn mak ayah sekali dlm pool....nasib baik pagi tak da org.

Syakirah dan abg Syazrin......

seronok anak2 mandi-manda.....apatah lagi cuacapun panas.
lepas mandi check out dan singgah ke Mall utk lunch sementara tunggu husben selesai urusan.lepas itu bertolak balik....

16 comments:

  1. salam mamasya..sekarang dah start summer eh..seronok la berjemur n mandi manda
    suka tengok syakirah..cute sangat

    ReplyDelete
  2. Dear, baca entri ni menambah rindu pada Alexandria tempat di mana my daughter sekarang berada, rindu sangat kat dia. Kalau tak bekerja, rasanya nak jer terbang ke sana sekarang juga.

    Saya skrg mula menghargai cara cara orang dari pelbagai pelusuk dunia memasak masakan tradisi mereka. Nanti boleh lah buat entri banyak banyak lagi gambar masakan orang Arab dan cara membuatnya sekali

    ReplyDelete
  3. assalam....alexandria mmg cantik dan walau musim panas masih ada rasa sejuk angin dari pantainya...dil duduk mandaraoh kat dengan montazah tu.....datang alex,jemput mai teratak usanng kami..:-)

    ReplyDelete
  4. Salam mamasya...cantik sungguh dengan permandangan laut yang membiru. Roti tu nampak besar ye ...selalunya roti camtu cicah dengan apa atau di makan begitu saja.

    ReplyDelete
  5. salam mamasya... Subhanallah cantik tempat ni...roti arab tu unik sungguh... kat msia takde kan fatir bread ni...ehehe...

    ReplyDelete
  6. Salam Mama..
    seronoknya cuti2 dan jalan2. budak2 lah paling seronok dpt mandi kolam kan?
    tgk roti tu menarik sgt. diorg mkn dgn apa ya? kalau mkn roti panas2 cicah kari sure terangkat :)

    ReplyDelete
  7. saalamm Mamasya..
    bestnye mamasya ni asyik jenjalan dan makan2 yg sedap2 pulak tu yg akak tak pernah makan dan of course tempatnya sangat cantik ..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat tu..dapat tengok gambar pun jadi la..

    ReplyDelete
  9. memang cantik tempat tu.. laut yang biru..kalau ada peluang teringin nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  10. Mesti sedap roti yg dibakar dengan traditional oven tu kan...

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..bila jenguk blog mama..CW teringat kenangan CW masa bercuti ke Qatar hujung tahun lepas...masa tu CW pegi umah kakak CW yang menetap kat sana. CW stay sebulan. memang benar2 jatuh cinta dengan negara berpadang pasir... huhuhu..rindu nak merasa pasir di tanah arab, panjat bukit pasir.. main atv..crabbing ;)) banyak lagi kenangan yang masih segar dalam ingatan CW. hopefully dapat pegi lagi ke tanah arab.

    omg...roti tu!besarnya.... ;))

    ReplyDelete
  12. As'kum Mamasya.. waduhh bestnya.... seronoknya dapat lihat orang buat roti tu.. suka! bestkan dapat peluang meninjau tempat orang.. terima kasih berkongsi info yaa.. :))

    ReplyDelete
  13. Salam akak,
    amboi seronok nya diorang mandi. hehe.. syakirah pun join abang2 skali. Roti tu ingatkan saya pada turki. Rasanya akak pun perasan persamaannya kan. Menarik stail buat roti macam tu. Fresh bila makan.

    ReplyDelete
  14. salam mamasya
    bertemu kita disini
    wah mama dah berhijrah ke bumi arab lah
    kaifa haluki mama
    wah sronok tgok keindahan bumi arab ni
    anak buah dilla ada belajar di Tanta mama

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.