Pages

Friday, June 8, 2012

Nasi Arab Hadramaut




Assalammualaikum
Terimakasih buat semua pengunjung terutama yg meninggalkan komen di blog....nanti mama akan buat kunjungan balas ya. Hari ni nak kongsi nasi Arab Hadramaut yg dimasak baru-baru ini utk makan kami sekeluarga.Sejak belajar masak nasi Arab dulu, baru kali ni mama masak di rumah.....baru rajin nak mencuba, padahal bahan2 dah lama beli. Tapi lepas belajar tempoh hari mmg tak beli nasi Arab sbb tekad nak buat sendiri di rumah.
Nasi Arab Hadramaut ni mmg terkenal di sini, kat Msiapun dah terkenalkan nasi ni. Kalau di sini byk restoren yg menjual nasi Arab, boleh call tel, nanti mrk hantar ke rumah, cuma bayar sikit caj penghantaran dlm 2-3 Rm saja....oklahkan dr nak pergi restoren, mencari parking yg mmg susah kat sini, pastu menunggu siap. Cuma yg beli ayamnya nampak merah sikit berbanding yg mama buat, kalau nak tengok nasi hadramaut yg pernah mama beli, boleh klik sini.

Nasi Arab Hadramaut yg dipelajari sama spt dijual di sini, nasinya berwarna kuning dan ayamnya merah sikit dan mkn dgn sos salatah dan timun. Sebelum belajar nasi ni ingatkan guna minyak sapi sbb sbb nampak nasinya nampak berminyak rupanya tidak, tapi masak guna minyak jagung dan air rebusan ayam. Cara masak lebih kurang macam nasi ayam tp ayam direbus bersama bahan2 rempah, air rebusan kemudian guna utk masak nasi. Ayam pula dibakar. Nasi Arab ni mmg mkn tanpa kuah sbb nasinyapun dah ada rasa. Masa belajar nasi Arab, kami diajar resepi utk 10 ekor ayam, jadi bila masak sedikit kena anggarkan. Utk kali ni mama masak 2 ekor ayam dgn 5 cwn beras, dgn resepi yg telah dioleh semula. Ayam tu bila direbus saiznya jadi kecil sikit, so kalau buat 2 ekor ayam, sedang elok utk kami sekeluarga sbb anak2 mmg suka ayam bakar...meratah, cuma nasi mmg lebih.
Ada bahan spt zaafaran dan mellah farolah yg mungkin susah nak dpt di Msia, kalau zaafaran mungkin boleh ganti dg serbuk kunyit/pewarna kuning dan melllah farolah dg pewarna merah...campurkan dulu dg sikit air pewarna berkenaan sebelum digunakan.Mungkin hasilnya tak sama dg guna bahan2 asal tp bolehlah kalau nak mencuba.Satu lagi yg dijual di restoren buat lagi sedap sbb diletak tok aji....masa belajar masak nasi nipun yg mengajar org Arab nak letak aji tp cakap tak perlu sbb ramai yg tak mkn. Tapi bila masak sendiri terpulang pada citarasa masing2, mama mmg tak pernah guna tok aji, tak pernah belipun. Utk resepi penuh spt di bawah yg mama olah sikit dr resepi asal dan kalau nak tengok step by step boleh tengok sini.

Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya

Bahan2 utk ayam dan nasi
2 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap)
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
3. Masukkan *rempah A ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam dgn api yg sederhana kuat.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.Susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
6. Masukkan **rempah B yg digunakan., 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
7.Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
8.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih. gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.
14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi, diletakkan bersilang secara X atas nasi.
16. biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi dg garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
18. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg tudung periuk.boleh tutup api.biarkan seketika.
(edit sukatan rempah A & B dan sikit step no 6&7- 9.6.2012)

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama guna suhu 200' C.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah(serbuk pewarna merah).Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.

Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


zabadi ni mcm coleslaw tp guna yogurt


Sos salatah



Nasi Arab mmg tak berkuah sbb nasi dah ada rasa dan dihidangkan dgn lauk yg byk...

45 comments:

  1. aduhai...
    tergoda betul tengok peha ayam tu...
    zana baru 1x dpt cuba makan nasi arab nie..
    boleh tahan sedap nasi dia...

    ReplyDelete
  2. rajinnya mamasya buat nasi arab!

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya..belum ada sapa-sapa yang maut makan nasi ni kan???hehehe

    ReplyDelete
  4. salam mamasya...td dah sent comment...tetiba pc hang pulak...huhu...sabo je...haish...mmg special nasi arab mamasya ni...lagi pula belajar dari pak arab kan... teringin nak cuba tapi serbuk zaafaran dan mellah farolah tu...mcm takde je kat nihon...nk ganti apa ye mamasya

    ReplyDelete
  5. Tgh lapar dtg sini...memang cari nahas...
    Terliurnya la...:)
    Ye la mana nak cari serbuk zafaran tu?

    ReplyDelete
  6. Salam mamasya, wah nampak sedap betul nasi arab bersama ayam tu, buat perut berkeroncong, mesti sedap makan dengan zabadi tu...huhu...

    ReplyDelete
  7. Salam mama...aduiii mengiurkan sggh juadah hari nie...dpt secubit ayamnya pun jadik la...hehe

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya..

    Alaaa...wat saya ngencess aa nengok nasi awab ni...x tahanzz ayam tu..nampak yummy tul la mama...adehhh...ma-be-les mama wat nasi awab...tq share wesepi..cam biasa salin/copy/print.masuk list plan nak buat..hehehe

    ReplyDelete
  9. Alahaai sedap nyer kalau hari ni dapat lunch dg nasi arab hadramaut ni.

    ReplyDelete
  10. Ni betul punya maut hidangan ni mama, hehe...gurau je. Nampak menyelerakan sgt, belum pernah masak nasi arab. Pasti akak cuba juga nanti.

    ReplyDelete
  11. salam mamasya....menyelerakan sungguh. kat brunei ni famous gak nasi arab (kdg2 pagi pun ada org jual). aritu masa mj taddabur kawan order dgn org local tapi lauknya ayam masak merah & kuah dalca. hehe, tapi rasanya sedap (mcm campuran nasi minyak & nasi beriani).....mcm best je resepi akak

    ReplyDelete
  12. Mamasya..terima kasih sudi share resepi nasi arab ni..nampak sangat sedap..kebetulan Rahel tengah cari2 resepi nasi arab...nanti nak tru=y masak..

    ReplyDelete
  13. sedapnya mamasya tengok nasi ni macam nak buat lani jugak tapi aduiii banyak jugak songeh nya tu kalau dpt beli mmg nak beli lah lebih cepat beli dari buat heee malasnya akak ni kan

    ReplyDelete
  14. Salam Mamasya... nama nya mmg tangkap maut... kalau dapat 2 pinggan sorang mkn tak cukup...hehe

    ReplyDelete
  15. memang special nasi arab ni kan. tp yg pasti mesti ada makan dgn yogurt. :D

    ReplyDelete
  16. Mamasya sedapnya sedapnya!! tak pernah buat makan di Kedai Arab selalu.. waduhhh kecur udah nampak tak? sha dok telan liur je ni..:))

    ReplyDelete
  17. asslm Mamasya...sedapnya n rajinnye!! tabik sikit...hihi..QH pon dh 2hari pulun nasi arab ni..tp versi kedai la...hehe..lum ade kberanian lg nk mcubanye...

    ReplyDelete
  18. ermm..boleh cuba ni saya memang suka nasi arab : ANEKA RESEPI TERKINI

    ReplyDelete
  19. salam Mamaysya..tq kerana sudi berkongsi resepi yg lazat. sgt sedap!!saya dah mencubanya smlm dgn sedikit customization kerana kekurangan bahan2. thanks again di atas ilmu ini.

    ReplyDelete
  20. salam Mamaysya..tq kerana sudi berkongsi resepi yg lazat. sgt sedap!!saya dah mencubanya smlm dgn sedikit customization kerana kekurangan bahan2. thanks again di atas ilmu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hally.t.kasih sudi mencuba...nak buat kunjung balas tp tak dpt link blog Hally..

      Delete
  21. salam,mama masak nasi guna rice cooker atau seperti yang di dalam gambar

    ReplyDelete
  22. Tumpang tanya, mana nak beli rempah Merah untuk ayam tu?

    ReplyDelete
  23. Salam Mamasya, saya dari Indonesia. Mau bertanya, dalam resep ada bahan Lada Hijau, bisakah ditranslate ke dalam bahasa Inggris? Terima kasih

    ReplyDelete
  24. Salam, saya ada menjual saffron dgn harga yg murah. Saffron dr iran grade 1. Sila email saya jika berminat nellyaikha@ymail.com

    ReplyDelete
  25. salam mamasya..tq yer utk resepi ni.dh pecah liur saya menengokny..blm lg mkn.insyaallah, sy pun nk cb bt jgk...

    ReplyDelete
  26. mamasya,kalo kat egypt ni,kt mane boleh dapakan za'faran,bay leaf dgn mellah farolah tu?dkt kedai2 rempah kecik2 ade x?sbb duk area mansurah,x de kedai2 rempah yg bsr2 sikit.bay leaf panggil ape ek dlm arab mesir?nk try buat la..tq akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkum Anon. Kedai2 rempah Arab mungkin ada .tak pasti bay leaf dlm bArab apa sbb tag price masa belipun ditulis bay leaf.tp boleh tengok rupanya di sini. boleh tengok sini rupa daunnya; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/06/stew-daging.html.

      Delete
  27. salam,

    harap dapat kebenaran untuk print resepi2 dlm blog ni (maaf dah print baru minta izin) untuk kegunaan sendiri..tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkum Nur.silakan print resepi yg berkenan.slmt mencuba.

      Delete
  28. Salam Mamasya...
    pernah makan nasi mandhi hadramaut kambing masa gi jln2 egypt dulu.. tapi nasi ni mmg sgt4 sedap xterkata... makan nasi arab kat malaysia ni xsesedap yg makan kat sana.. teringat2 kesedapannya... thanks coz share resepi ni..

    ReplyDelete
  29. salam kak...thumbs up la nasi hadramaut..tiap kali balek mesia, org tny xreti2 ke masak mknn arab..haha..tp kat mansora nasi die de sup tp xtaw la die letak ape dlm tu..wane clear je pastu de mcm kacang kot dlm tu..
    update la resepi arab byk2..hehe

    ReplyDelete
  30. masak-memasak ni memang suka ,akan tetapi makan lagi best,nak-nak yang kena dengan selera.aku makan paprik ikan belut kat kedai sedap betul.kalau ada resepi patrik belut ni terasa nak buat kat rumah,bagi orang kat rumah makan,yummy!!macam kat kedai...

    ReplyDelete
  31. Tried the recipe without the bay leaves & the 2 spices but still the result was great! Very satisfied. Thank you very much for sharing this lovely recipe.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih Mamasya for sharing resipi Nasi Arab yg terperinci dan authentic. Sejak kebelakangan ni dapat banyak order utk buat Nasi Arab (mungkin harga saya lebih murah dari kedai Arab kot!)
    InsyaAllah resipi Mamasya dapat menggembirakan ramai insan2 Allah . Shukran.

    ReplyDelete
  33. tak sama ke nasi mnyak arab dgn nsi mnyak mekah?

    ReplyDelete
  34. Salam ziarah.. hmmm.... sedapnyer tapi cam susah jer nak masak.. huhuhu...

    ReplyDelete
  35. salam mamasya..terima kasih sebab share resipi niy..saya dah cuba..memang sedap!! la niy da jd favourite dish anak-anak.. tq very much!! :)

    ReplyDelete
  36. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
  37. Ramai subscribers kami minta resepi nasi arab (guna rempah² M'sia) nak buat di rumah. Kami share kan page akak yea nanti.

    Thanks kak ;).
    COD Chef

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.