Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera.
Kali ni mama nak kongsi gambar2 sehari sebelum Raya Aidiladha yg lalu, iaitu Misi Mencari Unta & Biri2 Korban. Tapi bukan mama yg pergi, mrhusben yg pergi sama mencari unta dan biri2 untuk majlis korban bersama pelajar dan rakyat Msia di sini.Wpun mama tak pergi sama tp mama nak kongsikan gambar2 utk semua pengunjung dapurmamasya dan sbg kenang-kenangan kami juga.
Menjelang hari raya Aidiladha....kebiasaannya ditepi2 jalanraya byk biri2 yg dijual untuk korban. Selain itu unta dan lembupun ada.tak payah nak ke ladang ternakan utk dptkan binatang korban. Kalau bukan menjelang Aidiladhapun ada juga binatang ternakan yg dijual tepi jln iaitu dkt tempat kedai jual daging sembelihan cuma tak sebyk bila menjelang Aidiladha. Berdasarkan apa yg diceritakan oleh mrhusben semasa mencari binatang korban di ElWarroq, Embaba, Cairo, mama kongsikan kisah dan gambar-gambar utk tatapan semua pengunjung;
Misi bermula dg menuju ke ElWarroq, Embaba, Cairo. iaitu kws yg terkenal dg tempat byk jual binatang ternakan.
biri2 dilepas tanpa tali di tepi jalan. yg peliknya tak pula biri2 ni lari ke jalan raya.
lepas biri2....jumpa pula unta yg dijual tepi jalan.
teruskan perjalanan mencari lagi. kelihatan tut-tut yg digunakan utk mengangkut penumpang.
jumpa lagi biri2 yg dijual ditepi jalan.
daging biri2 pun ada dijual.senang potong terus jual di situ.
dkt situ ada org jual buah2an dan sayur
perjalanan diteruskan.....tengok atas jalan.kereta ada, kereta kuda ada, basikal...unta dan biri2 sepjg jalan.
kambing dan biri2 lagi.....
lagi......byk betul org jual biri2.
kanak2 tengah tengok biri-biri....
lagi kedai jual daging
org potong daging sebelah je tempat unta..
unta bebas berlari di jalanraya.
unta sdg mkn rumput sama2......
lagi tempat jual daging
besar dan pjg peha.....daging unta agaknya ini
tengok unta...betul2 di tepi jln utama.tak diikatpun.
kereta kuda masih digunakan sbg pengangkutan hasil pertanian /jualan sayur & buah2an.
juga keldai masih byk digunakan . kalau keldai selain angkut hasil pertanian/jualan sayur & buah2an juga digunakan utk angkut sampah dari setiap bgn.
kereta kuda lagi, nampak tak buah2an bergantungan....itu kedai jus buah.
tengok unta dok atas jalan raya juga, tak hiraupun kereta lalu.
jualan sayur2 tepi jln.dkt tempat kedai jual daging
view sekitar....jual sayur, jual daging, unta dan lembu
lagi biri2 utk dijual
kambing biri2 ni dah dibeli.seorg menolak dan seorg tukang tarik, nampak mcm berat hati je biri2 ni nak tinggalkan kwn2nya.
setelah memilih....maka inilah 2 ekor biri2 yg dibeli utk majlis korban.
kat tempat sayur tadi.mama tak pasti apa yg keping2 putih itu,kalau dah tahu namanya mama update nanti. update 3/11/13 - kepingan putih tu namanya Ish Fatawi sejenis roti kering nipis yg rangup tp tawar , dimakan terus cicah dg cheese.
lagi kambing, biri2 dan lembu utk dijual.ada biri2 yg dah siap bertanda pink tandanya dah ada org tempah.
timbunan daun kering sbg makanan binatang ternakan
setiap biri2 yg dibeli ditimbang berat utk tentukan harganya
beli juga besi utk gantung daging masa melapah nanti dan pisau melapah/potong yg ada dijual di sini.
akhirnya...inilah unta yg dipilih utk acara korban, agak besar saiznya.harga berdasarkan saiz, unta ini 12,000 LE(RM6,000).berat tak timbang, mana ada penimbang besarkan.
sedang usahakan agar unta naik atas kenderaan itu
berjaya juga unta dibawa naik
biri2 yg dibeli tadipun dimuat sama. selesai sudah urusan membeli unta dan biri-biri.
kelihatan budak perempuan dengan ayah/atoknya membawa keldai yg penuh dg daun2.
perjalanan diteruskan menuju satu lagi destinasi
inilah tempatnya....kedai menjual pelapik kayu besar utk memotong daging korban nanti.beli bbrpa kayu pemotong di sini. dan menurut mr husben, setiap tempat selain membayar harga brg yg dibeli termasuk unta dan biri2, perlu juga membayar baksis/tips kepada pekerja....dah jadi budaya di sini bg baksis pada pekerja atau jurujual yg membantu
pekerja sdg memotong kayu
selain kayu pemotong ada juga org tempah buaian dan pondok kecil
last pic, bukan saja unta dan biri2 dibeli tp makanan utk mrk juga dibeli.makanan sedang diagihkan sebelum dihantar ke tempat kurungan sementara binatang korban sebelum acara korban esok paginya.
Nanti mama kongsikan kisah seterusnya, iaitu kisah Hari Raya Aidiladha dan acara korban.Selain 1 unta dan 2 biri2 ada 1 ekor lembu dan 2 biri2 lagi utk acara korban pada hari pertama itu.