klik Nuffnang

Wednesday, October 23, 2013

Moist Red Velvet Cake




Aslmkum buat semua.moga semuanya sihat2 belaka.Tkasih singgah di dapurmamasya
Mama belum sempat pilih gambar semasa jamuan di rumah baru2 ni, jadi sambung tayang dessert ke 2 yg dihidang utk tetamu selain Puding Tembikai....iaitu Moist Red Velvet Cake.
Moist Red Velvet Cake ni buat sehari sebelum jamuan di rumah bersama sebiji lagi kek iaitu Moist choc cake. Dan letak cheese keesokkan harinya....tgh hari dlm sejam sebelum tetamu tiba mama baru sempat letak cheese atas kek sbb byk yg nak kena buat sebelum itu. Jadi deco simple....sapu2 saja cream cheese dan tabur manik warna warni....itu saja yg termampu dlm masa yg terhad. tp nasib baik kek ni sedap.... moist sgt rasa keknya.


Ingin mencuba resepi kek ni sbb sukatan mudah tak payah timbang....sukat pakai cwn dan sudu.tkasih Hana kongsi resepi kek ni.Pada yg ingin mencuba Moist Red Velvet Cake sendiri boleh tengok resepi di bawah;

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


kek tak sempat nak hiaspun.sejam sebelum tetamu tiba baru sempat putar cream cheese.nak belah letak cream cheese kat tghpun dah tak sempat. cream cheese hanya tempek2 saja atas kek.


hasilnya setelah dipotong.....


moist sgt.... tetamu yg dtgpun suka kek RVC ni..

21 comments:

  1. Assalam
    Nampk moist, sedapp lemak2 cheese
    Tergoda sy, laparrr he hee

    ReplyDelete
  2. Deco simple pun nampak cantik juga..asal sedap kan Mamasya :)

    ReplyDelete
  3. salam Mamasya...kita ni rindu sangat kat red velvet cake...bila Nampak kek tu kat sini kita terus cepat2 singgah..kot ada lagi yg boleh dikunyah2...hehehe

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak buat lagi...tapi mesti makan tak hengat punya ni

    ReplyDelete
  5. nampak sedap kak... akan mencuba nanti...

    ReplyDelete
  6. oh...harus dicoba ini..ada yg order RV tp sy tak konfiden nk buat...sy nk cuba yg ni..thanks mama!

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sedap walau tak hias mewah pun. dulu sy tak suka RV ni..tapi sejak dah dpt mkn yg sedap tu jadik suka dah...

    ReplyDelete
  8. Salam tuan dapur.
    Cedapnye..lama tak wat kek ni. Dh reserve resepi hana ni tp tk sempat2 lg nk wat. Org jauh dh wat. Sian kita huu3...rajin mama ni.

    ReplyDelete
  9. salam kak..

    wah, tengok topping cream cheese tu memang mengancam tekak..terliur!

    ReplyDelete
  10. Salam terima kasih sudi singgah blog saya, salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. nampak sedapnya....tak pernah cuba buat red velvet cake mesti kena cubani

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Kak..suhu oven bakar kek ni brapa degree ye.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna suhu ketuhar 180 degree celcius.

      Delete
    2. Brapa minit?

      Delete
  15. thanks for the recipe.. tak sabar nk cuba.. before ni tak pernah lg wat RV guna buttermilk..

    ReplyDelete
  16. Pinjam resepi nak cuba bole, mesti anak2 suka ni, menarik sgttt..

    ReplyDelete
  17. Ha. Mmg best sya dh Cuba resepi nie.. Bwa kt opis, sume ckp bestttt...

    ReplyDelete
  18. Wahhh nampak sedap meleleh leleh air liur

    ReplyDelete
  19. Mmg menjadi..terima kasih sangat share recipi ni..semoga murah rezeki!!!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2