klik Nuffnang

Thursday, October 10, 2013

Home Delivery Nasi Arab



Aslmkum buat semua, tkasih sudi berkunjung ke dapur mamasya.
Hari ni nak kongsi kisah Home Delivery Nasi Arab.... bila tukang masak sesekali nak bercuti, call saja kalau nak mkn apa-apa...mmg mudah di sini.Selain fast food, restoren....tak kira kecil ke besar ada buat servis penghantaran ke rumah dg caj delivery RM2.50-Rm3.50. Kalau tak nak call, boleh juga order on line di OTLOB.COM ,Free Online Food Ordering Service . Kita pilih kws/town mana kita tinggal, nanti akn keluar senarai restoren yg ada home delivery, klik menu yg berkenan. Ada restoren yg letak syarat minima order dan ada yg tidak, byk mana orderpun sama caj delivery. Nanti akn keluar bill yg boleh dicetak dan masa penghantaran. Biasa restoren akn call balik utk confirmation dan bayaran dibuat masa kita terima order nanti.Penghantaran ambil masa 45 min paling cepat.
Spt mama pernah cerita sebelum ni, selain restoran ada servis home delivery...ada kedai2 lain spt kedai runcit, minimarket dan farmasi yg turut buat perkhidmatan delivery. Mudah bagi mereka yg tak sempat nak keluar cari brg, call saja nanti akn hantar ke rumah.


Yang selalu mama order guna home delivery ialah set Nasi hadramaut Ayam....anak2 suka set nasi ni.ada sekali dg salatah. Masa terima nasi yg dipesan, yg bestnya nasi dan lauk panas2 lagi....sedap dimakan.


juga set kambing....sedap tak bau.


Week end yg baru lepas pula, order set nasi dari Tazaj Restaurant. Pernah makan di Tazaj Restaurant,Saudi masa menunaikan haji tahun lepas, kali ni nak merasa Tazaj Egypt pula.
Sumber picture Fb Al Tazaj Egypt


Yg ni delivery caj RM3.50 , siap hantar 45 min lepas call. order 2 set ayam & 1 set mix grill. lain2 coleslow,salad & roti Arab.Roti Arab tu cicah dg kcg foul yg dlm bekas putih kecil itu.Tapi abg no 3 buat mcm sandwich....roti Arab tu dia isi dg ayam dan coleslaw....sedap katanya.


Set ayam yg di order....berkilat ayam. ayam ni terasa lemon dan cili hidup, tak sama rasa nasi Arab Hadramaut.


Yg ni set mix grill....ada isi ayam, kebab daging dan bawang & capsikum yg digrill

Pada pengunjung blog mama yg nak berminat nak tengok jubah , masih ada lagi jubah, sila klik promo jubah atau emel mamasya;mamasya70@gmail.com.

11 comments:

  1. salam...

    Mcm best jak klu skali skala order makanan yg da delivery...hehehe....tp sayang area2 labis, Johor xda plak service mcm ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. adui..tgh2 malam mata yang mengantuk ni tetiba bersinar tengok nasi tu.. sedapnya.. dah lah dah lama tak pegi resto nasi hadramot ni..

    ReplyDelete
  3. Bessst nye. Senangnye hidup. Klau ada kat mesia ni alangkah best nye. Tmbah dlm keadaan akak dlm rawatan ni. Tk de mood nk masak. Semua rasa dh hilng hu3...bertuahnye awk he3...tk sanggup nk tgk all pics. Terliur...

    ReplyDelete
  4. Senangnya kat sana...ada dilevery...x yah susah2 nak kuar...
    Kdang ada timenya yg mmg kita mlas nak kluar kan mamasya....

    ReplyDelete
  5. lapar la pulak tengok nasi-nasi tue... abis diet ku :)

    ReplyDelete
  6. nampak sedap & berselera. sy suka nasi cam tu.

    ReplyDelete
  7. sedap pula tengok nasi arab delivery ni...

    ReplyDelete
  8. ohhh kak... ketip bibir je sy di sini..heheeee..siap delivery tu yg best..kat malaysia takde kan..uhuuu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak..

    wow..set ayam tu sangat mengiurkan la..sedapnya..

    ReplyDelete
  10. Assalam
    Mudah Dan cepat he hee
    Peminat nasi Arab ramai kat umah ni

    ReplyDelete
  11. Nasi Arab ni dekat mana? Saya dekat Bandar Seremban. Jika saya ingin nak order dan nak tengok harga macam mana?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2