klik Nuffnang

Tuesday, October 15, 2013

Slmt Menyambut Aidil Adha & Kenangan Mengerjakan Haji



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H buat semua pengunjung dapurmamasya, kenalan dan sahabat handai juga sanak saudara.
Bagi yg melaksanakan Ibadah korban, Selamat menjalani ibadah korban . Dan yg pulang ke kampung utk sambut raya bersama sanak saudara dan mengadakan ibadah korban pasti kegembiraan berganda.
Mama sekeluarga juga akn akn turut sama menghadiri ibadah korban selepas solat sunat bersama warga Msia di sini. Selepas korban akn ada acara mkn.

Aidiladha datang lagi,teringat kenangan semasa mengerjakan Haji tahun lepas.....terasa spt baru menjejak kaki ke Tanah Suci.....semua masih jelas terbayang. Mama pergi berdua dg mrhusben saja selama 10 hari dan tidak mengikuti mana2 pakej/kumpulan. Flight terus dari Cairo ke Madinah, kemudian menaiki bas ke Mekah. Mmg byk cabarannya bila pergi sendiri terutama utk mendapatkan kenderaan utk ke satu-satu tempat....berjalan berbatu-batu, namun Alhamdullilah dapat juga menyelesaikan ibadah haji.Beberapa keping gambar sekadar utk berkongsi dan sbg tanda kenangan.gambar diletak secara random dan tidak mengikut susunan waktu semasa di sana;


pemandangan di dataran Masjidil Haram.Dataran biasanya penuh semasa waktu solat subuh dan maghrib


dalam Masjidilharam selepas waktu solat


air zam-zam utk para jemaah


dlm Masjidilharam


Tawaf di tingkat atas.....yg tak berupaya di tolak dg kerusi roda



yg kecil dipimpin....


suasana malam ditingkat atas Masjidilharam..


pekerja beruniform hijau sedang membersihkan lantai sekitar kaabah


jemaah haji mengerjakan tawaf....

terserempak satu keluarga mengerjakan haji....anak lelaki yg kecil turut berpakaian Ihram.mama juga ada terjumpa ibu mengendong bayi dan berjalan kaki dari Arafah ke Mudzalifah...bukannya dkt tp berjalan berbatu-batu...7-8 km, sungguh kuat semangat ibu itu utk mengerjakan Haji wpun membawa bayi.


pemandangan Masjid dari dataran di waktu hampir senja...


lagi view luar Masjidilharam


kelihatan budak perempuan sebaya Syakirah sdg dipegang ayahnya yg ingin menunaikan tawaf..


Di tangga berhadapan dg Kaabah. leka mama memerhati anak kecil ini, jari bergerak2 dan mulut berkumat-kumit...seolah sdg berzikir....


bila lihat budak ni....teringat abg no 4....seiras dg dia..


di kws Saei...permulaan Safa


Saei antara Safa dan Marwah, kelihatan lampu hijau dimana jemaah lelaki sunat berlari anak diantara


jauh berjalan kaki ke tempat melontar di Mina...namun digagahi jua krn kenderaan berhenti jauh dari tempat melontar.


ada yg dipimpin dan juga ditolak dg kereta sorong, selagi ada daya...ibadah Haji tetap ditunaikan juga.


dari Mina ke MasjidilHaram....kenderaan penuh sesak.sampai atas atap pun penuh. agak sukar utk mendapatkan kenderaan sbb terlalu ramai jemaah yg berulang-alik dari Mina ke MasjidilHaram pada hari-hari Tasyrik. Oleh kerana sesak, pernah juga perjalanan Mina ke Mekah 6.5 km mengambil masa lebih dari 2 jam....bygkan mama naik bas sebelum asar di Mina...sampai di Mekah Maghrib. Ada jemaah yg naik berang dg pemandu bas sbb terlalu lama.....lantas ditenteramkan oleh penumpang lain. agaknya dia terlupa, dia sedang menunaikan haji,perlu bykkan bersabar.


malam pertama selepas Wukuf di Arafah, masih ada ruang utk jemaah yg tidak berkhemah di Mina berada di Mina sehingga melebihi separuh daripada waktu malam di dpn bgn tempat melontar. tp malam berikutnya kws ni padat dg laluan jemaah yg balik dari melontar dan pihak polis tidak benarkan utk berhenti apatah lagi bermalam di sini.


lagi pemandangan di Mina.


Moga ada rezeki dan diberikan kesempatan untuk kembali ke Tanah Suci satu hari nanti...InsyaAllah.


Ini unta utk acara korban hari raya pertama. dan raya ke2 juga ada majlis korban unta.....nanti mama citer kisah raya Aidiladha kali ni...jumpa lagi. Salam Aidiladha dari Mamasya sekeluarga.....

10 comments:

  1. Salam aidil adha buat Mamasya sekeluarga. Ada rezeki teringin nak hirup air zam zam sepuas-puasnya di sana!

    ReplyDelete
  2. Salam aidil adha dari kami sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Salam aidil adha Mamasya sekeluarga...bila dikenang kembali..rasa syukurnya Allah pilih sebelum Dia pilih kita untuk kembali padaNya...syukur sesangat dapat pergi ketika masih kuat dan sihat kerana dapat menyempurnakan semanya...semuga Allah jemput lagi mnjadi tetamuNYA...amiin
    Ada kelapangan bawaklah anak anak berumrah ke situ sebab jaraknya agak dekat berbanding dari msia....belanja pun semakin mahal!!..sekadar perkongsian jer!!

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah hebat... Ya Allah Izinkan aku jadi tetamuMu.. sesungguhnya Engkau Maha Mengurus.

    Salam AidilAdha.

    raikan dengan penuh rasa syukur. :)

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha buat mamasya sekeluarga...
    Tahun lepas juga mak sy dapat ke sana mama....dia pun duk becerita pasal haji hari ni...masih lg dok tebayang....seronok...nak sanagt lgi pgi katanya....sy yg dengar mak cerita....dan baca kisah mamasya ni...rasa teringin juga nak ke sana....insyallah suatu hari nnti kan...moga ada la rezeki...

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha. Sy jugak bercita2 ke sana. Semoga sama2 murah rezeki & panjang usia.

    ReplyDelete
  7. indahnya kenangan mcm ni kan...

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidiladha
    indahnya
    setiap hari berdoa semoga suatu hari dpt jejakkan kaki ke sana

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2