Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera.
Pernah tengok terung warna putih tak ? Mama hanya bila di Cairo ini jumpa terung putih....tp terung ungu spt di Msiapun ada byk dijual di sini. Dah lama nak kongsi gambar terung putih tp asyik tertangguh. Mmg selalu beli terung terung putih berbanding terung ungu sbb mama perasan terung putih lagi lama tahan tak cepat kecut jika disimpan berbanding terung putih.
Inilah rupa terung putih.....seputih telur tp bila dah dimasak bertukar warna hijau. Dari segi harga terung putih ni murah sikit dari terung ungu. Rasanya sama dg terung ungu.
Terung kali ni masak pajeri sbb dah lama tak makan pajeri terung. Masa masak terung ni, anak2 ckp sedapnya bau.....mmg mrk kalau bau masak kari dan seangkatan dgnnya cukup suka. tp anak2 tak mkn sayur....jadi pejeri ni mrk ambil kuah saja. Utk resepi pejeri mama ambil dari dapur DTS @ CMG, Tkasih CMG kongsi resepi pejeri yg sedap ini... antara lauk kegemaran mama.
Pajeri Terung
Sumber; Dapur Tanpa Sempadan
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu, belah 2 setiap 1 dan rendam
2 camca besar rempah kari ikan (baba's)- tak da baba's, mama guna jenama lain
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
100 ml santan pekat (cm guna santan kotak)
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan rempah kari ikan dengan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan asam gelugor dan santan pekat serta sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Kacau rata. Tambah kerisik dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa. dan sedikit garam. Masukkan terung (toskan) dan cili merah/hijau, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
dari terung warna putih....
.....setelah dimasak jadi warna hijau.
Asalam Mamasya...semestinya sedaaap..nekcik suka paceri terung ni
ReplyDeleteAssalamualaikum..sedapnya.
ReplyDeleteAssalam mamasya..spesis rare terung putih ni.Nampak dari luaran macam agak keras dan lasak sket kulit terung putih berbanding ngan yg kaler pepel tu...Pepandai jer kan..
ReplyDeleteSedapnya pajeri pajeri tu, saya tak pernah makan pajeri terung.Pernah makan yg nenas aje...
assalamualaikum mamasya..
ReplyDeletewah, sedap pajeri terung tu..first time sya tengok terung kaler putih..
ada juga ye terung putih... kat M'sia ni kalau terung hijau tu adalah.. terung telunjuk kot namanya.. selain terung purple tu... rasanya terung putih tak pernah tengok lagi...
ReplyDeletelooo, tukar jadi hijau plak ekk bila masak. Subhanallah!!!menarik
ReplyDeleteWah... terung looks fresh! and menarik!
ReplyDeleteMenariknya kisah terung putih tu Mamasya.... terpikat saya denga pajerinya tu!
ReplyDeleteAssalam kak ziela,
ReplyDeleteSekarang ni specic terung putih ni mmg susah nak jumpa kat sini ,
dolu2 masa kecik tolong ayah meniaga memang terung putih ni berada di ranking teratas berbanding dengan terung ungu dan hijau.Kaum india mmg suka terung putih ni
dulu masa kecik2 kat keliling umah mak ada byk tanam. abg sy siap conteng buat muka hantu guna marker...masa tu kecik...jadi takut la tgk terung hantu tu...kelakar jek kan...
ReplyDelete