klik Nuffnang

Friday, October 25, 2013

Jamuan di Hujung Minggu



Aslmkum buat semua.moga semuanya sihat sejahtera
Dessert RVC dan puding tembikai utk jamuan dah tayang dlm entry sebelum ni,barulah sampai giliran mama berkongsi cerita ttg jamuan yg diadakan di rumah pada sabtu 19 Okt lepas utk rakan taulan kami di sini.Jamuan bermula 1.30 - 5 ptg ....wbgmanapun hingga 6.30 ptg masih ada tetamu.
Jamuan dirancang beberapa minggu lepas lagi tapi tertangguh hingga sabtu yg lalu. Jamuan ini diadakan bagi meraikan rakan taulan yg baru sampai dan juga yg dah lama di sini...dan buat makan2 terakhir sebelum kami pulang ke Msia hujung bulan depan.Alhamdullilah majlis berjalan baik dan ramai tetamu yg dijemput dpt dtg.


Pada mulanya mama rancang nak tempah catering utk menu berat tp setelah bincang dg mr husben,mr husben request mama masak sendiri...ikut citarasa kami.....masakan dari dapurmamasya buat tetamu.Setelah itu bincang menu yg nak dihidangkan buat tetamu...agar sesuai dg selera org dewasa dan juga kanak-kanak.Semua menu yg dimasak,resepinya mama pernah kongsikan di blog dapurmamasya ni.
Persiapan dibuat 2-3 hari sebelum jamuan krn hampir kesemua menu dimasak sendiri kecuali hidangan nasi Arab. Kali ni mama berpuas hati sbb dpt siapkan semua hidangan sebelum tetamu sampai.Turut membantu mama ialah biktin dan mr husben,juga seorg staf Arab perempuan pej mr husben dtg menolong pada hari jamuan itu...kebetulan hari cuti bolehlah dia dtg membantu.
Mmg penat tp gembira dpt menjamu tetamu. tetamupun puas hati dpt ulang-ulang makan dgn hidangan yg disediakan.Ada juga tetamu yg bgtau sengaja mkn ringan di rumah sbb nak mkn puas-puas di rumah mama...suka mama mendengarnya....ya rasa hilang penat bila lihat tetamu mkn juadah yg dimasak sendiri.Tkasih buat semua yg datang.

Antara menu yg dihidangkan buat tetamu;
1.Set Nasi Hadramaut Ayam- ditempah
Yang dimasak;
2. Nasi Minyak hujan panas
3. Kari Kambing
4. Daging rendang hitam
5. Ayam bakar madu blackpepper
6. Sup tulang/ bihun sup
7. Kuetiaw goreng
8. Acar
9. Terung sambal
10. Rojak Pecal

Desert/Kuih
1. Bubur kacang hijau + pulut hitam+jagung
2. Tapai pulut
3. Red Moist velvet cake
4. Moist Choc cake
5. Risolles
6. Tepung Pelita
7. Puding Tembikai

Minuman
1.Teh Tarik panas
2.Air Roselle

Menu utama buat tetamu..


Nasi Arab Hadramaut yg ditempah.3 dulang semuanya.nasi dihantar ke rumah.


mama masak nasi minyak warna-warni


daging masak rendang hitam 5 kg dlm kuali


Ayam bakar blackpepper masih dlm oven.mama bakar dlm bbrapa tray.diperap 1 mlm.


Sup tulang ala Siam mkn dgn bihun atau roti perancis,ada pegedil dan sambal kicap.


Kuetiaw goreng dg homemade Kuetiaw


acar rampai


ayam bakar blackpepper


kari kambing


rendang hitam daging


sambal terung


set rojak pecal


Hidangan siap terhidang buat tetamu.....

Jom tengok desert/kuih dan lain2


Bahagian dessert/kuih....kek,puding, tepung pelita dan kwn mama juga ada bawa kuih kaswi dan pulut inti.


tapai dan bubur kacang hijau + pulut hitam+jagung


moist choc cake


Moist Red Velvet Cake


Puding Tembikai


setiap meja dihidangkan biskut, kerepek, buah dan keropok


juga dihidangkan risoles

Tetamu menjamu selera.







Balkoni tukar jadi ruang mainan,bentang tikar... letak semua toys.


suka kanak2 bermain di sini.dptlah mak ayah mkn dan sembang dg tenang.


ibu-ibu juga diruang balkoni...

abg Syazrin dg kwnnya..
















Peace!....Syakirah dg bestfriendnya......
Byk gambar diambil sbg kenang-kenangan....apatah lagi tak lama lagi kami akn pulang ke ke Msia. Semua kenangan dan kemesraan bersama rakan taulan di sini akn jadi memori manis yg tak akan dilupakan...

9 comments:

  1. Meriahnya mamasya......bnyk pula tu hidangan yg disajikan...alhamdulillah...tetamu pulang pun suka hati...:-)

    ReplyDelete
  2. Ya ampun...rajinnya Mamasya...mesti tetamu enjoy makan :)

    ReplyDelete
  3. wah, best la kak..meriah sangat..semua hidangan tu pun best dan sedap2..paling suka dengan sup tulang..terbaek la kak.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya mkn2, menu2 pun sedap2 belaka

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya..

    Ya ammpunzzzzz...dappnyaaa..ngencesss dah ni...
    Dah nak barrik mesia ekk...emm leh la wat makan2 camni...pehtu jemput saya...tinginnnya nak rasa air tangan mamasya yg ma-be-les ni...

    muahhh!

    ReplyDelete
  6. bestnya semua menu tu. kalau sy pon nak dtg perut kosong...baru best dapat makan semua. sikit2 lama2 kenyang...sebab menu tu byk. balik sini nanti buat eh...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2