klik Nuffnang

Tuesday, October 1, 2013

Homemade Kuey Teow....Puas hati hasilnya.



Assalammualaikum buat semua...
Mama sebenarnya excited nak kongsi entry hari ni dg semua pengunjung dapurmamasya,bukan resepi Kuey Teow goreng tp resepi home made Kuey Teow sbb mmg puas hati sgt dgn hasil mee yg dibuat....nilah resepi yg mama cari, dah hampir sama teksurnya dg kuey teow yg dijual di kedai .
Mama mmg suka Kuey Teow, tak kiralah goreng atau masak berkuah. Tapi di sini mana ada kedai jual Kuey Teow....mahupun mee kuning,mmg tak da kedai jual.Mama pernah cuba buat Kuey Teow sebelum ni guna resepi lain tp rasanya tak sama spt yg beli di kedai berbanding resepi yg mama cuba kali ni.

Resepi nipun mama dpt masa search resepi lain sebenarnya.mama mencari resepi yg menggunakan tepung pulut selain kuihmuih yg manis sbb stok tepung pulut byk sgt di rumah. dok google resepi itu keluar resepi Kuey Teow dari satu blog yg menggunakan tepung pulut.Dan komen dari empunya resepi tekstur mee nya hampir macam yang dijual di pasaran....walllaaa....mmmg memenuhi apa yg mama cari...nak habiskan pulut...nak mkn kuey teow. Terus dan dan itu juga print resepi dan buat.Dan hasilnya.......


Puas hati sgt....mmg betul teksurnya sama yg dijual dikedai. Tksih byk kepada Murni yg sudi kongsi resepi. Lepas siap Kuey Teow hari tu, terus je letak dlm mangkuk isi kuah tomyam pana-panas, kebetulan masak tomyam utk lunch. Tak sabar nak rasa, bgmana teksurnya.bila mkn Kuey teow tomyam, terasa sedap Kuey teownya. mmg hampir sama yg dijual dikedai.
Esok paginya utk sarapan masak Kuey Teow goreng. Tak rugi mencuba.Sudah 2 kali buat setakat ini. Mamapun dah cuba berapa lama boleh simpan, dlm peti ais boleh tahan 4-5 hari. Kalau ada yg berminat nak cuba sendiri Kuey Teow bolehlah tengok resepi dibawah;

Homemade Kuey Teow
Sumber; Murni@ Airtanganku
Oleh; Dapurmamasya

Bahannya: (dpt 1.458 kg)
2 3/4 Cwn Tepung gandum
1 Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur + 1 Cwn Air
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee

Caranya:
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.(mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis)
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuey teow dg air sejuk/paip sekejap saja).Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba.


Uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak terlalu lembut


buatkan bulat kecil dan canai dg mesin. saiz yg tebal dulu.mama canai 2 kali guna mesin yg tebal.


lumur/tabur tpg ubi. canai 2 kali mata mesin yg nipis sikit.


boleh canai byk2 dulu.tapi sidai setiap kpg berasingan, jgn tindan takut melekat nanti.


Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.


kiraikan kuey teow atas dulang, tak nak bg melekat.yg dah siap jgn letak byk2 dlm satu dulang.


Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih yg diletakkan sikit minyak.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.angkat. jgn celur lama.


Toskan mee dan siram sambil kiraikan sikit2 kuey teow dibawah air sejuk/paip sekejap saja.sejat/tos lagi hingga kering air.


Gaulkan dg sikit minyak utk tidak melekat. Dah siap...hasilnya Homemade Kuey Teow.


Bila timbang dpt dlm 1.458 kg kuey teow utk satu resepi


Homemade Kuey Teow, puas hati dpt makan kuey teow goreng.perah limau sikit dan makan dg cili jeruk...emmm sedapnya.

29 comments:

  1. Caya lah Mamasya..nampak sebiji macam kat kedai...tak tahan tengok cili padi tu :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Mamasya..lama x jenguk dapo org jauh ni..syoknye dpt bt sdri kan..tu kena beli mesin dia.lak..heheh

    ReplyDelete
  3. Kna lak bli mesin pasta...baru tngok kelmarin kat chowkit..takut trrsimpan jer klau bli pun

    ReplyDelete
  4. Mamasya.... kita dah balik Malaysia, dah tak kuasa nak buat dah benda-benda yang senang dapat kat kedai. Nak kena merantau balik, barulah kerajinan datang semula...kot... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya..mantapp ni...mmg x pernah buat sendiri..lain kli boleh try gak buat homemade kan..dijamin bersih,suci dan halal.

    ReplyDelete
  6. rajinnya MamaSya....buat sendiri rasa puas sgt kan...kan..kan....

    ReplyDelete
  7. kalau teringin nak makan memang semua boleh buat, kan Mamasya,, rajin nya Mamasya menggelek gulung kueteow rasanya kak noor belum sampai lagi tahap kerajinan macam mamasya hahaa

    ReplyDelete
  8. saya tu kat dapur ada kuetiaw goreng...tapi macam xleh nak telan je sebab lembik benar nampaknya... berbau tepung. beli sepeket rupanya kuetiaw memang tak berkualiti. buat sendiri jugak yang bagusnya... :)

    ReplyDelete
  9. As salam kak,

    Rajinnya... suka tgk org rajin2 ni... bg bakar semangat kita utk rajin gak... kat sini tepung pulut susah nak dpt... kalau ade pun mahal... org malas mcm saya ni beli yg kering tu je... huhuhu... lama pulak rasanya tak makan keaw tiau goreng...kalau ade kerang lagi best! Marvelous! :))

    ReplyDelete
  10. Woww...bestnya kak...teringin nk buat..tp x beli lg mesen tu..

    ReplyDelete
  11. salam mamasya…..wah!!!seronoknye dpt seperti yg kita hajati. klau org yg senang dpt mmg tak appreciate resepi & kerajinan mcm mamasya ni tapi ros percaya org2 diperantauan yg susah dpt supply mee/kuey teow ni mesti impress & teringin nak cuba resepi mamasya. btw bt masa skrg ros beli je merata2 ada kat sini, heheh kot2 kena merantau tmp yg xde supply blh refer blog mamasya lagi

    ReplyDelete
  12. wah, hebat la mamasya dah pandai buat homemade kueteow..terbaek kak!

    ReplyDelete
  13. mesti hilang rindu dapat makan tu. sedapnya...

    ReplyDelete
  14. bestnya boleh buat kuew tiaw sendiri

    ReplyDelete
  15. Assalam mamasya... Cantik jek kueh teow tu, tak melekat dan bergumpal mcm klo beli yg ready made tu..

    Anyway, feel free to visit my blog-
    http://themagicgarden.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Thanks for the recipe. Going to try very soon. It's a must try actually kalau tak nak spend aed26 for 400gm flat noodles. Pengsan tenguk harga.

    ReplyDelete
  17. Assalam mamasya
    guna brand apa utk pasta maker?

    ReplyDelete
  18. thanks.....dah lama mencari, suka suka suka

    ReplyDelete
  19. Oo...cantu noh...caro buat kuew tiaw

    ReplyDelete
  20. brpa lama boleh simpan setelah di celur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaul minyak dulu...simpan dlm peti ais tahan 4-5 hari

      Delete
  21. salam akk..tekstur kueteow ni kenyal2 tak?saya nak try...tq ye..

    ReplyDelete
  22. salam akk..tekstur kueteow ni kenyal2 tak?saya nak try...tq ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zati...teksur tak kenyal..mcm kewtiaw yg dibeli kat kedai..

      Delete
  23. Salam... Nak tahu sgt... Mana boleh dapatkan mesin buat kuey teow tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...sy beli di Sogo tp boleh cari di JJ atau Lazada (search pasta maker).

      Delete

Klik Nuffnang2