klik Nuffnang

Thursday, September 26, 2013

Nasi Beriani Pakistan hidangan utk hari istimewa



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera...
Pada 23 Sept yg lepas... Anniversary mama & mrhusban Alhamdullilah...syukur diberikan Allah kebahgiaan dan kesejahteraan hidup buat kami berdua bersama 5 cahayamata tersayang. moga berkekalan sepanjang hayat...Amin.
Bukan sambut apa2pun, hanya masak buat hidangan kami sekeluarga. Nak baking kek...nak mendeko malaslah pula, jadi masak Nasi Beriani Pakistan. Itupun belah pagi masa anak2 nak ke sek, abg no 3 tanya tak da makan apa2 special ke hari ni....mama tanya nak mkn apa...dia jawap burger McD , nak tergelak mama.....burger juga yg special wpun tiap minggu makan, budak2kan tahu burger, KFC dan pizza saja yg disukai.
Tak da idea nak masak apa mulanya. Nak masak nasi dagang,anniversary last yr pun masak nasi dagang. Nasi minyak warna warni dan nasi tomato baru saja buat.Belek2 resepi, berkenan resepi nasi beriani dari buku resepi mama yg lama tersimpan, iaitu Sajian Di Perantauan . ingatkan dah pernah cuba resepi ni, tp bila tengok dapur Fp masa nak copy resepi....rupanya belum pernah mencuba.


Nasi beriani Pakistan ni kelainan sikit dari nasi beriani yg pernah masak sebelum ni.....dimana rempah beriani dimasak sekaligus dg nasi. tp utk Nasi beriani Pakistan ni, rempah beriani di masak dgn ayam.nasi asalnya warna putih tp bila diletakkan lauk ayam beriani....barulah warnanya berubah. dan nak bg cantik lagi nasi, mama tambah pewarna kuning.Resepi penuh seperti dibawah, nampak pjg resepinya sbb 2 resepi, 1 utk lauk dan 1 utk nasi.

Nasi Beriani Pakistan
Oleh; Dapurmamasya

Bahan utk lauk;
1/2 kg daging - potong kecil/ 12-14 ketul ayam
5 biji bawang merah- kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
rempah menumis; bunga lawang, kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
2 st serbuk jintan manis
2 st serbuk jintan putih
2 sm serbuk ketumbar
2 sm pes beriani - mama ganti 3 sb rempah beriani + air secukupnya
karot & kcg pea/ 1 cwn mix vegie
1/4 cwn susu segar
3 sm minyak sapi + minyak masak (dlm 2sm)
garam secukupnya.

Bahan utk nasi;
3 cawan beras basmati
3 cawan air
1/4 cwn yogurt
1/2 cwn susu segar
4 biji bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
rempah menumis; bunga lawang, kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga.
3 sm minyak sapi + minyak masak (dlm 2sm)
garam secukupnya.
warna kuning telur (campur sikit air ) - mama tambah

Cara masak lauk
1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar dan rempah tumisan, serbuk jintan & ketumbar sampai terbit minyak
2.masukkan daging dg sikit air dan masak hingga empuk. - utk step ni mama ubah, masukkan dulu rempah beriani yg telah dicampurkan air itu , tumis seketika barulah dimasukkan ayam dan air secukupnya
3. masukkan pes beriani dan susu . rasakan garam
4.akhir sekali masukkan karot & kcg pea/mix vegie , masak dg api sederhana beberapa minit hingga kuah pekat.

Cara masak Nasi
1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar dan rempah tumisan sampai wangi.
2.masukkan air dan susu. biarkan mendidih. masukkan beras, yogurt dan garam.
3. bila nasi dah separuh masak, masukkan 1/2 drpd lauk termasuk kuahnya yg telah masak.
4. tutup periuk, perlahankan api.biarkan seketika kemudian letakkan pewarna di beberapa bgh nasi.
5. biarkan nasi masak betul (seeloknya tutup periuk dg aluminium foil yg lebar, barulah tutup dg tudung periuk).Bila Nasi dah masak karehkan/kacau sikit2 dg garpu agar bercampur warna.
6. hidangkan nasi dg lebihan baki lauk tadi.


Lauk ayam beriani dah siap masak....kuah beriani yg pekat..


bila nasi dah separuh masak, masukkan 1/2 drpd lauk termasuk kuahnya yg telah masak. tutup periuk, perlahankan api. biarkan seketika, kemudian letakkan pewarna di beberapa bgh nasi.


Nasi beriani Pakistan yg dah siap masak.bila nak mkn, hidangkan sekali dg kuah ayam beriani itu,barulah terasa nasinya bila mkn.


Sebagai tambahan ada juga lauk udang dan acar. Ikut selera mama sedap nasi beriani Pakistan sbb mmg suka nasi yg berperisa. mr husbenpun komen sedap mcm makan yg restoren punya. Tp cuba tanya hero mama yg sorang ni.....


Sedap tak nasi beriani ni bang Syazrin....sedappp...thump up!


Kalau sedap nanti mama masak lagi...

17 comments:

  1. Hepi Anniversary Mamasya..mudah2an bahagia hingga ke syurga :)

    Teringinnya nak buat nasi beriani..tak pernah buat seumur hidup..tapi tengok bahannya banyak jugak yek..tu yang lemah sikit tu..he he..

    ReplyDelete
  2. Dah malam2 ni lapar la pulak kak ros tengok nasi ni, gluuppp

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..

    sedapnya nasi biryani..apapun, happy anniversary kak..moga kekal bahagia ke akhir hayat.amin.

    ReplyDelete
  4. Hppy Anniversary Mamasya... semoga berbahagia dan dirahmati Allah selalu hendaknya... sedapnya briyani... nyum2x...mesti abg tambah sayang nih.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mamasya cayang...amboiii akak tengok gambar nasi beriani ni, adoiii x tahan, berkilat2 berasnya tu...memanggil2 akak taaauu... Uiishh nnt Mamasya blk Malaysia, akak nak suruh masak style Pakistan ni...nak buat maleh...eh tp beras basmathi byk jgk tu...bila la nak buat nih...! *terliuur betuiii...*

    ReplyDelete
  6. askm Mamasya..first thing..nekcik nak cubit cubit jer pipi siabang ni..geraammm
    Oh ni mcm briyani gam lah kan ..nekcik suka yang camni..coz aroma rempah dan ayam tu meresap ke nasi..yummy yummy...
    Oh belated happpy anivessary Mamasya..insyaallah smuga Allah sntiasa limpahkan kasih sayang seisi keluarga...insyaallah

    ReplyDelete
  7. Salam mamasya,
    tgok je da terliur nasi beriani...da la duk ngidam nak mkn nasi beriani ni.tmbah ade acar plak...erm...nyum3x.sedapnye.nak try buatla...amik resepi ye :)

    ReplyDelete
  8. salam...selamat ulangtahun buat mamasya semuga berkekalan sehingga akhir hayat..Amin. Sedap lah nasi beriani walaupun ada bermacam macam jenis beriani ...akak tak pernah jemu hehe

    ReplyDelete
  9. Hepy annivesary mamasya...moga berkekalan hingga kesyurga....

    nasi beriani plak...sy bru try resepi yg nasi kaler2 tu...sedap...:)

    ReplyDelete
  10. Salam mamasya.
    Sedapnye nasik n lauk ni. Nk try la. Mcm beriani gam johor. Nk tanya sket. Bole ke msk nasik dlm rice cooker? Dh lama tk masak nasik cara 'manual' ni hee3..t ksh sharing resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana
      Nasi ni boleh masak dlm rice cooker. nak cepat step menumis till air mendidih masak atas dapur, lepas tu pindah ke rice cooker. masa nasi dah kering tutup periuk dg aluminium foil juga, utk pastikan nasi betul2 masak.

      Delete
  11. Terima ksh mamasya. Insyaallh bila ank2 semua dh balik nti sya nk wat. Hepi aniveseri...moga bahagia hingga akhir hayat dn diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete
  12. done follow sini no. 1124
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. ya Allah.. sedapnya.. memang mencari resepi nasi beriani pun.. best kalau pandai wat..

    ReplyDelete
  14. Nak try Masak nasi ni Hari ni...Kalu menjadi Saya nak share kat blog Saya ye......dah terliur niii

    ReplyDelete
  15. Confirm try.. Utg banyk ibu share resepi kt blog. Tq ya. Ada masa visit saya pula..
    ummuque.blogspot.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2