klik Nuffnang

Tuesday, September 24, 2013

Simple Brownies



Assalammualaikum buat semua, moga sihat sejahtera...
Week end lepas mama baking brownies sbbnya dah lama tak membaking, rasa nak mkn kek...brownies...tapi nak baking yg paling mudah. Itu yg mama buat brownies. sbbnya kalau brownies tak payah nak guna mixer, godek dg tangan saja dan tak payah nak tunggu butter cair, sbb cairkan terus atas periuk....simplekan. dan tak perlu risau bantat ke apa...sbb brownies mmg teksurnya padat.
Teringat masa mama aktif FP, dlm thn 2007-2009..masa tu Fp mmg popular dikalangan sahabat maya yg suka masak dan brownies mmg terkenal masa tu.....mcm2 brownies ada.kalau yg ambil tempahan, brownies mmg antara yg laris...tp skrg agak kurang popular bila muncul kek2 baru.


Berbalik pada brownies yg mama cuba ni, mama cari resepi browies yg simple, itu yg jumpa resepi ni di MYR. Tkasih k.Fida empunya resepi.Mama tambah walnut dan choc chip utk bagi lagi sedap brownies ni. Mama guna api atas bawah 5 min terakhir nak bg garing atasnya sbb suka mkn brownies yg garing atas tp lembut dlmnya.

♥Simple Brownies
Sumber; k.Fida @ MYR
Oleh; Mamasya

Bahan-bahan ( 9x6 inch )- Mama buat 2 adunan guna loyang 10 in x 7
115 g mentega - di cairkan,sejukkan
1 cwn gula halus (195 g) - mama kurangkan sikit gula
1 sk esen vanilla
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 g)
1/3 cwn serbuk koko (25 g)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam(opt)

Cara-cara
Campurkan mentega, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas dan digris. (utk selera anak2, saya taburkan kekacang dan choc chip di atas adunan) - mamapun letak choc chips dan walnut
Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min. - bergantung oven masing2


wpun rupa tak menawan...tak da hias apa-apa...


tapi rasanya yummmm ....tambah choc chips dan walnut. Nak tahu mcm mana rasanya....silakan mencuba!

5 comments:

  1. mmg betul buat kek ni senang...lebur dah siap, nak basuh alat pun tak byk. baru jugak buat mggu lepas utk tahlil rumah jiran sebelah yg baru meninggal. pastu hb kata ada lg ke tidak kat rumah...habis...kena godak lg bekal bawak g opis pulak.

    ReplyDelete
  2. salam mama memang simple brownies .. ni tapi tak pernah cuba nak buat hihi.. ada terbuat tapi overbaked pulak.. huhu next time kena cuba lagi la h...walau senang mcm susah pulak

    ReplyDelete
  3. salam kak..sedapnya makan brownies tapi betul la kan kak..buat brownies ni memang senang sebab x guna mixer..brownies simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  4. walaupun mudah belum pernah buat sendiri...makan org punya je...sedap tgk ketulan2 tu,bila dah agak lama dari bulan syawal...lama2 teringin makan desert macm ni lagi..

    ReplyDelete
  5. oucchhh meleleh pulak tgk brownies ni...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2