Assalammualaikum buat semua
Sebelum Syawal berlalu mama nak kongsi sedikit gambar raya buat kenang-kenangan.Spt yg mama citer sebelum ini, Syawal kali inipun, kami beraya di perantauan lagi,kali ke 3 beraya di bumi Anbia ini. Beraya bersama sahabat handai Msia yg lain dgn sambutan secara serba sederhana. Tak byk rumah sempat beraya thn ni sbb apa yg berlaku di sini selepas beberapa Syawal.kami hanya sempat berhari raya beberapa hari sahaja tapi tetap bersyukur kerana Syawal dpt diraikan bersama2 sahabat Msia di sini.
**Gambar Syakirah di atas di ambil masa nak keluar sembahyang raya. baru lepas nangis tu...sbb dia salah faham sikit tp nangis kejap je.suruh posing dah ceria balik.
spt biasa pagi Syawal, kami solat sunat Aidilfitri di Dewan Malaysia bersama rakyat Msia.
tak ramai thn ni yg berkumpul sembahyang raya sbb ramai balik cuti.
sedang mendengar khutbah raya....
lepas sembahyang raya, ada jamuan raya dg hidangan raya lemang,rendang,sate dll
menjamu selera bersama2...
wpun jauh di perantauan....keceriaan sambut lebaran tetap dirasakan.
abg2 Syakirah sdg menjamu selera
Syakirah dg auntie yg baru dikenali. auntie Z (berbaju& tudung biru) seorg freelance wartawan Msia tp sudah 30 thn menetap di German, terbang jauh dari Berlin utk sebulan puasa dan beraya di bumi Anbia. Terjalin silaturahim....bertambah kenalan mama.
ramai2 menjamu selera
sate sudah pasti jadi menu utama di hari raya...
lepas menjamu selera di dewan Msia. kami beraya di beberapa rumah pula, memenuhi jemputan open house tp mama tak ambil byk gambar, penat makan dan penat beraya.
napa bibik masam tu,dah penat beraya tp Syakirah belum penat....nak beraya lagi katanya.
salah sebuah rumah yg pergi....dijamu ketupat daun palas. daun bawa dari Msia.
lepas siangnya beraya beberapa buah rumah. mlmnya jemputan beraya di rumah Duta Brunei...
ramai tetamu yg dijemput.khemah disediakan di tmn blkg rumah.
pelbagai juadah yg disediakan buat tetamu....
beraya di hari lain pula. Syakirah & abg2 bersama anak2 tuan rumah.
kami tetamu yg pertama....tuan rumah masih sdg sibuk menghidang.hidangan special, nasi dagang dg gulai makarel.
juga pulut kuning mkn dg rendang daging.
juga ketupat.
sup kaki lembu.....sini mmg femes sup kaki.semua hidangan tuan rumah masak sendiri.....mmg cekap.
hidang juga buah kurma muda. ada lagi beraya rumah kwn yg lain tp tak bawa kamera.
Baju raya Syakirah dg mama nasib baik sempat sampai sebelum raya, dapat dikirim dgn anak kwn. bolehlah kami 2 beranak sedondon berbaju raya.
Itu saja gambar beraya thn ni....tak byk yg dpt dikongsi, sambut serba sederhana.
Cantiknya baju Shakirah...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Mamasya sekeluarga :)
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletecantiknya syakirah..Nampak bergaya dengan baju kurung..
Banyak gambar raya Mamasya, tak apalah kan... beraya diperantauan, nanti kalau dah balik M'sia semuanya jadi kenangan manis.
ReplyDeleteMeriah juga...tp pasti x sama ditanahair sndiri...
ReplyDeleteCntik bju syakirah...:-)
Seronok juga beraya di perantauan yer mama... yg penting dpt makan sate... hehehe
ReplyDeleteApa-apa pun tetap meriahkan ... semoga akak sekluarga dapat pulang ke malaysia nanti...
ReplyDeletenampak sedap2 menu tu semua. Tabahkan hati...inshaAllah semuanya baik2 shj. Cantikla baju syakirah...baik jek dia...cepat cool lak tu...
ReplyDeleteAslm mamasya.cute nye syakirah.slmt hari raya juga.lambat dh nk abes raya pn.
ReplyDeleteSalam.. Wajah ceria dihari raya:)
ReplyDeleteMasa di qatar dulu kalau raya penuh embassy kami berkumpul di sana
Salam Lydia
DeleteT.kasih singgah dapurmamasya.
kalau di perantauan,bila hari raya biasa Embassykan jadi tumpuan.
nak buat kunjungan balas tak jumpa blog Lydia.
betul2 sedap masakan tuan rumah tu ya..yg menariknya bentuk ketupat..biasanya SB tahu yg jenis segiempat tu saja..unik bentuknya
ReplyDelete