klik Nuffnang

Monday, August 26, 2013

Syawal Yang Kurang Ceria



Assalammualaikum buat semua pengunjung Dapurmamasya dan rakan2 blog, moga semuanya sihat dan dikurniakan Allah kesejahteraan sepanjang masa.
Dah 3 minggu mama tak update blog.bukannya sibuk tapi kurang ceria dan hati dok risau apa yg berlaku di sini. Maaf juga sbb dah lama tak ke blog kwn2. Terimakasih semua yg bertanya khabar dan mendoakan keselamatan kami di sini. Alhamdullilah mamasya sekeluarga sihat dan slmt dan kami masih di bumi Anbia ni dan belum pulang ke Msia. Belum ada perancangan utk kami pulang ke Msia dlm masa terdekat.Bukan mudah utk kami terus pulang ke Msia sbb keperluan tugas mr husben skrg.kecuali jika keadaan sudah tidak mengizinkan lagi kami berada di sini.
Kami hanya sempat beraya beberapa hari Syawal saja.Mlm sebelum kejadian 14 Ogos, sempat keluar beraya di rumah kawan, keadaan macam biasa dan tak jangka esok paginya berlaku. Selepas itu, semua jemputan open house dibatal/ditangguh demi keselamatan. Tambahan dgn perintah berkurung selama sebulan dengan semua org sibuk menguruskan pelbagai perkara.
Alhamdullilah kws rumah skrg kembali spt biasa tp kenderaan agak sibuk sbb ada jln2 yg masih ditutup dan masih dikawal oleh pihak keselamatan. Kedaipun byk yg dah buka. Bekalan makanan tiada masalah sbb kedai2 runcit, minimarket sekitar masih beroperasi, begitu juga hypermarket. Cuma belah mlm tak pasti buka ke tidak dlm perintah berkurung skrg 9 mlm- 6 pg , sebelum ini 7 mlm-6 pg. Talian internet dan tel masih beroperasi mcm biasa.
Mlm agak sunyi sbb kedai sekitar semua tutup semasa perintah berkurung, keretapun hanya sesekali lalu. yg riuh anak2 penjaga bgn dan parking....berani main bola dan berkejaran di jln raya. jika tidak kws dpn rumah mama mlmpun sibuk.
Itu saja citer dari mama kali ni. maaf tak nak ulas pjg ttg apa yg terjadi. cukuplah apa yg dah tengok di tv dan internet.mmg sedih melihat apa yg berlaku...hanya mampu berdoa agar bumi Anbia' ini segera aman damai....moga Allah selamatkan semua umat Islam di sini..... Aminn.

13 comments:

  1. Insyaallah mamasya...moga semua dibawah perlindunganNya...harap semuanya kembali aman dan damai...

    ReplyDelete
  2. Sedih sgt dengan kejadian yang menimpa bumi Mesir... manusia sanggup menjadi gila kerana kuasa hingga tergamak membunuh rakyat sendiri... Semoga kemenangan buat pemerintah yang adil kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. semoga keadaan di sana pulih seperti sediakala..

    ReplyDelete
  4. Asalam Mamasya..nekcik pun berdoa agar suasana aman kembali..rasa sedih sangat kalau negara Islam jadi medan pertempuran...terus lah berdoa agar sntiasa dilindungi Allah

    ReplyDelete
  5. semoga mamasya sekeluarga sihat sejahtera di sana...amin...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya, apa khabar? Salam lebaran...akak sentiasa doakan agar Mamasya sekeluarga dilindungi Allah SWT jua hendaknya di sana. Dah balik Malaysia ke belum saat akak menulis ni. Apapun, semoga selamat semuanya. Ameen ya Rabb..

    ReplyDelete
  7. Moga sentiasa dlm lindunganNya

    ReplyDelete
  8. entahlah...luluh hati bila tgk anak2 kecik yg jadi mangsa. Sy doakan akak & family selamat & seluluh umat islam kembali bersatu.

    ReplyDelete
  9. moga selamat semuanya & take care...

    tengok food kat restoran abo adel tu, tak tahan sungguh...

    again, take care ya..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum & eid mubarak mamasya

    semoga di lindungi alla swt selalu. take care.

    ReplyDelete
  11. Umieyna pun doakan mamasya skeluarga sentiasa dilindungi Allah swt. Mudah-mudahan peristiwa yg berlaku di bumi Mesir akan berakhir..

    ReplyDelete
  12. Umieyna pun doakan mamasya skeluarga sentiasa dilindungi Allah swt. Mudah-mudahan peristiwa yg berlaku di bumi Mesir akan berakhir..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari Raya mamasya.

    Semoga bumi anbiya ...kembali aman ...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2