klik Nuffnang

Monday, August 5, 2013

Kuih Siput...enak ngunyah.



Assalammualaikum buat semua.
Pasti semua mulai sibuk dg persiapan raya....biskut raya, pakaian dan ada yg dah pulang ke kg halaman. Mama di sini....jauh di perantauan tidak merasai sangat sehangatan suasana raya. Persiapanpun sederhana saja, lagipun tak perlu fikir dlm rumah serba nak tukar baru...tiada langsir baru... tiada sarung kusyen baru, sbb semua tuan rumah punya.
Kuih raya pula belum buat lagi , baru siap kuih siput. Antara kuih yg tak miss bila raya.suka kuih goreng gini termasuklah rempenyek, kerepek dan kacang.


Kuih siput pernah buat sebelum ni. boleh tengok sini. Cuma kali ni mama lebihkan jintan manis sbb jintan putih tak da, mmg di sini tak da jintan putih. Resepi asal dari MYR, tkasih empunya resepi. tapi mama oleh sikit spt dibawah.

Kuih Siput
Sumber ; Syahmi@MYR
Olehan ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine - letak 70 gm utk lebih rangup (potong kecil2)
1 s.kecil serbuk jintan manis - 1 1/2 sb jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih - tak letak
2 sudu kecil serbuk udang kering - ganti 1 kiub ayam
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili- ganti 2 1/2 sb serbuk kari
Daun bawang /daun sup (dihiris )- x letak tp goreng dg daun kari
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Uli dengan santan hingga menjadi doh.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

nota MYR; kalau nak rangup lebihkan margerine.santan tu lebih kurang 250ml...tp jgn tuang semua sekali.tuang sambil uli hingga jadi doh.


Enak kunyah kudapan goreng gini....tak sedap licin sebekas.

4 comments:

  1. Mmg x ingat bila dah start mkn 1....:)
    selamat hari raya aidilfitri buat mamasya sekeluarga diperantauan sana....

    ReplyDelete
  2. salam mamasya...
    saya cuba resepi ni ye...

    ReplyDelete
  3. Syarikat kami ada menjual MESIN KUIH SIPUT. Sila layari :

    http://www.mudah.my/Mesin+Kuih+Siput+AEC+-32759493.htm

    http://www.mudah.my

    Tel : +604-9175890 / +6019-4160897
    Fax : +604-9176890

    Email : aec.adm3@gmail.com


    ........................................................
    Banyak lagi barangan menarik menanti anda.

    ReplyDelete
  4. Syarikat kami ada menjual MESIN KUIH SIPUT. Sila layari :

    http://www.mudah.my/Mesin+Kuih+Siput+AEC+-32759493.htm

    http://www.mudah.my/aec-global

    http://www.aec.korp.my



    ........................................................................
    Banyak lagi barangan menarik menanti anda.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2