klik Nuffnang

Thursday, August 1, 2013

Puding Tembikai.....desert yg menarik!



Assalammualaikum buat semua....
Hari ini nak kongsi puding tembikai.......dari jauh nampak spt tembikai betulkan? mmg kreatifkan org yg cipta puding ni. puding tembikai ni dah lama ada....seingat mama masa sek rendah dulu dah ada. pertama kali tengok ada sorang makcik tu buat, mmg kagum masa itu tengok puding tembikai sbb hampir sama rupa dg buah tembikai.Dulu ada juga yg buat hantaran kahwin sbb puding tembikai mmg menarik.
Beberapa hari lepas mama kongsi biskut tembikai, ni kongsi puding tembikai pula. Semua ini pengaruh musim tembakai skrg di sini.Setiap hari pasti ada buah tembikai sbg pencuci mulut, yg abg sulong...satu bekas dia mkn sorang.bila musim panas byk tembikai dijual. tp kalau musim sejuk mmg tak da.
Dan puding tembikai ni antara desert yg femes dijual di Kelantan kalau bulan puasa. bulan2 lain susah sikit nak jumpa org jual. Antara desert yg mama suka. Rasa puding ni mcm puding buih sbb guna putih telur. tp dah lama tak mkn...dok teringat nak makan,nak buat kurang rajin skrg. . bulan puasa inipun baru 2-3 kali buat kuih....sbb mama sorang je yg suka kuih...yg lain2 tak suka, itu yg malas nak buat.


Berbalik pada puding tembikai, bukan baru buat sebenarnya....mama import dari Fotopagesmamasya . Entry bertarikh Sunday, 5-Aug-2007, 6 thn lepas,lama dulu, itu ada gambar yg tak jelas...guna kamera kocik je masa itu. Saja kongsi semula di dapurmamasya utk tambah koleksi dessert.


Utk resepi mamasya ambil dari MYR. tkasih empunya resepi. nanti mama cari link asal. Utk resepi ini dah 2 bekas puding, jadi kalau famili kecil atau baru nak mencuba...boleh buat 1/2 adunan.

Puding Tembikai
Sumber; Myr
Oleh; Dapurmamsya

Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )
* 20 gm agar² panjang (direndam )
* 1-1½ cawan gula pasir (ikut citarasa)- boleh kurangkan
* 4 1/2 - 5 cawan kecil air
* 4 biji putih telur - jgn guna telur saiz kecil
* sedikit pewarna hijau utk kulit
* sedikit perwarna merah/kuning utk isi
* sedikit kismis utk biji
* sedikit essence rose (jika suka)/ guna daun pandan saja

Cara-cara
1. pukul putih telur hingga kembang.
2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. Masukkan esen rose
3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga betul2 sejuk dan kedua2nya betul2 bercampur(pastikan dipukul hingga bahagian dasar bekas,seelok2 bekas yg agar lebar)
4. tuangkan kedalam bekas bulat besar.
5. Letakkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air)

Tip membuat puding tembikai
a. Perlu pukul segera campuran agar2 dgn putih telur sehingga betul2 sejuk.
b. Memukul adunan dg mixer hingga sampai ke bahagian bawah agar2


4. tuangkan kedalam bekas bulat besar. 5. Letakkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau semua bgh sehingga terkena dasar bekas dan tepi, biarkan bhg tepi bekas warna asal putih dlm anggaran 1 in.


6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.


7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan


lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air) . biarkan seketika hingga pewarna kering.dan simpan semula dlm peti ais.


tembikai siap dipotong....

5 comments:

  1. Mamasya nekcik suker..arwah mak buat agar agar ni menang dpt hadiah..nekcik buat tapi dia jadi dua layer..putih telor nipis.nti sok boleh cuba resepi mamasya nii.insyaallah

    ReplyDelete
  2. puding tembikai ni membangkit selera betul lah..

    ReplyDelete
  3. nampak mcm btl2 tembikai..tentu budak2 suka makan

    ReplyDelete
  4. Yg hijau tu pewarna saje ye mamasya..?
    Mcm nak cuba la....
    Ptutler mak sedara sy orng kelantan...penah bwk ini dtng umh...mmg pemes di sana rupanya....

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2