klik Nuffnang

Monday, July 29, 2013

Biskut Tembikai, Step By Step


Assalammualaikum buat semua...moga semuanya sihat ceria wpun penat berpuasa.
Mama tengok ramai kwn2 dah mula buat biskut raya, mcm2 biskut ada. Semua menarik perhatian mama tp mama pula belum ada mood nak ngukis...sbb hari itu ingat nak balik Msia, itu yg tak plan nak buat biskut raya. Tapi rancang nak buat juga sikit, tunggulah mood rajin dtg.buat lambatpun takpa sbb bukan nak cuti balik kg...tak kemana2pun, beraya di sini. Citer ttg beraya.... abg sulong dah tanya thn ni kita tak buat open house ke ?...puasapun belum habis bang....mama belum fikir lagi ttg open house...tak tahulah nak buat ke tidak.
Pada pengunjung blog mamasya yg nak cari resepi biskut raya, klik Koleksi Biskut.
Berbalik pada entry hari ni Biskut Tembikai, gambar dan entry asal dari Fpmamasya , entry lama di Fotopages bertarikh pd thn Tuesday, 9-Oct-2007. Mama kongsikan semula di Dapurmamasya utk koleksi biskut raya. Kebetulan semlm dok belek entry2 yg ada dlm draft di blog....tengok resepi biskut tembikai ni dah lama ada dlm draft...thn 2011 lagi tp tak update dlm entry,hari ni baru dimasukkan dlm blog.


Resepi ni dulu....6 thn lepas masa nak raya pd thn 2007 Mama google di internet....masa itu mana ada byk blog resepi spt skrg . Jumpalah satu resepi biskut tembikai ini di Bidayuh.Info (link pun mama dah tak jumpa). Tetapi sumber asal tak pasti dari mana, wbpun terimakasih pada empunya resepi.
Utk biskut tembikai tak perlu acuanpun....gentel bulat dan potong. Utk resepi dan cara2/step by step spt di bawah dan gambar di atas.

Resepi Biskut Tembikai
Dicuba oleh ;Dapurmamasya

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam- mama guna biji selasih
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh.
2. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
( Note dapurmamasya; Boleh juga campurkan hanya 1 bah dgn warna merah dulu, kemudian barulah dicampurkan warna merah atau hijau kpd bah satu lagi mengikut keperluan adunan utk mengelakkan bah. yg diwarnakan tidak cukup. Biji selasih mama tak campur terus dgn bah merah tp ditempekkan pada bah merah hanya selepas biskut dipotong. )

3.Step by step membentuk biskut tembikai;
Gambar no 1; Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh hijau setebal 3 mm. Kalau susah nak canai, bulatkan dan leperkan dgn hujung jari setiap satu.
Gambar no 2; Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau.
Gambar no 3; Bulatkan dan pastikan semua bahagian bulat merah tertutup.Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).

Gambar no 4; Belah 4 bebola tadi(mcm belah buah)dg pisau yg tajam. betulkan bentuk biskut sikit2 dg tangan (masa ni boleh tempek bijan hitam/biji selasih pd bgh merah). atur di dalam paper cups (utk bg biskut bentuk melengkung mcm tembikai) dan barulah di letak di atas tin pembakar.

4.Siap utk dibakar . panaskan oven dulu. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.


biskut tembikai sebelum masak....siap utk dibakar.

11 comments:

  1. wahhhh...cantiknya. kena rajin betul baru boleh buat ni... :)

    ReplyDelete
  2. Assalam mamasya, another cute cookies ni..
    cantik nya..kita belum start apa2 lagi ..
    tengok ramai teman2 yang dah start mengukis..help..!

    ReplyDelete
  3. rajinnya Mamasya wat biskut tembikai ni, Yatie suka makan sbb sedap dan cantik tapi malas nak buat..he3...

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasya,
    elok je duk diam2 tembikai tu ye...cute sngt kukisnya...syang nak makan...:)

    Ok je blog mama sy buka ni, x de virus apa pun...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mamasya cayang...amboiii dah mengukis eh...rajin tul dia wat biskut ni...leceh sikit kan.. Rasa terus nak telan buah tembikai bila tengok kukis ni...hehe

    ReplyDelete
  6. Cute biskut tembikai ni Mamasya....sy belum pernah buat...terima kasih share step by step...next time le cuba pulak.

    ReplyDelete
  7. CumiL... nak beraya ke rumah Mamasya laaa....

    ReplyDelete
  8. tak ghajin nak buat sekut yg rumit2

    ReplyDelete
  9. salam mamasya..maaf nk btanya sket...sukatan resepi ni mentega memang 250g ke ye?sbb ada tgk dlm 2 blog resepi yang lain, mereka guna 150g mentega sahaja. sukatan bahan2 lain semua sama. cuma nak confirm kan sbb bminat nak cuba resepi mamasya ni..tq, jgn marah ye, sy budak br blaja...(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qiera

      tak pa bertanya. mamasya buat biskut ni dah lama sebenarnya. tp seingatnya sukatan mentega ikut resepi mmg 250 gm.mamasyapun ada tengok bbrapa resepi. ada yg guna 150gm, ada yg 250 gm. kalau resepi inipun guna 250gm butter;http://www.myresepi4u.com/2011/08/biskut-tembikai.html
      dan http://resepibiskut.blogspot.com/2011/06/resepi-biskut-tembikai.html.

      Delete
    2. ok..thank u mamasya.dh confirm boleh lah buat.tu pun kalau sempat.sepupu2 ramai yang request nk rv brownies.ambil resepi dr mamasya juga.buat bbrapa minggu lepas, ramai pula yg bkenan.anyway, tq ye mamasya.suke baca blog mamasya, lg pun nama saya sama syakirah juga.hehe...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2