klik Nuffnang

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa




Salam 1 Ramadan dan selamat berpuasa buat semua. Semoga kita semua diberikan kesejahteraan dan kesihatan yg baik sepanjang Ramadan ini agar dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya. Dan mama doakan agar ketenteraman kembali jua di bumi Anbiya ini dan rakyatnya kembali semula spt biasa apatah lagi di bulan Ramadan ini.
Ramadan thn ini, merupakan Ramadan ke 3 mama sekeluarga di sini. Ramadan yg lepas mama rasa lebih ceria tp thn ni agak suram rasanya dgn apa yg berlaku di sini. Apatah lagi rakan-rakan rapat kami ada yg dah pulang ke Msia, InsyaAllah giliran kami pula menyusul nanti.
Thn ini puasa dalam musim panas.siang hari pjg dalam cuaca panas. Subuh awal 3.18 pagi dan maghrib 7 mlm. Tadi masa sahur.....syukur mama tak da masalah nak kejutkan 4 hero mama wpun semua terpaksa bangun awal pagi. Semua menikmati sahur dan selesai sahur...elok je rehat kejap masuk waktu subuh.

Tahun lepaspun sama....berpuasa musim panas tp Alhamdullilah anak2 dapat berpuasa.Kebetulan masa bulan Ramadan cuti sek, jadi anak2 berehat dlm rumah saja.Pejabat pula sepanjang bulan puasa tutup awal jam 2 -2.30 ptg.kalau tidak hari biasa balik pukul 3.30 ptg. Awal balik pejabat sbb di sini tak da rehat waktu lunch 1-2 ptg mcm di Msia.Juga tiada yg keluar minum pagi,semua minum di pejabat. Waktu lunch kalau nak mkn order delivery atau bawa bekal tp biasa ramai balik mkn di rumah.
Dan bulan Ramadan belah ptg biasa kedai2 yg menjual roti Arab yg fresh dari oven dan kedai kebab menjadi tumpuan. Tiada bazar Ramadan di sini....tunggulah balik Msia nanti....tak sabar nak ronda bazar Ramadan.

4 comments:

  1. Selamat Berpuasa utk Mamasya sekeluarga...bila tengok berita suasana Mesir terus saya teringat Mamasya...mudah2an semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa mamasya... tahun ni beraya di Malaysia ye

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat tiba di Malaysia. Selamat berpuasa. Comelnya Syakirah Aeda...kakak puasa juga ke?

    ReplyDelete
  4. Tentu akak seronok sangat sebab dapat pulang ke Malaysia.. Selamat berpuasa juga buat Kak Mamasya sekeluarga.. ;)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2