Aslmkum buat semua dan selamat berpuasa.
Bulan puasa pasti ramai mencari resepi dan idea utk masak lauk berbuka.....mamapun sama...jln blog kwn2...Fb dapatkan idea apa nak masak. Tapi hari pertama dan kedua Ramadan semalam masak biasa2 saja...lauk kegemaran kami sekeluarga, belum sempat mencuba resepi baru lagi. Biasa berbuka dan sahur menu yg sama. Selain nasi biasa mama sediakan satu lagi menu sampingan....mcm semalam selain nasi masak juga laksa penang.
Dan ayam percik ini mama masak hujung bulan Mei yg lepas, saja mama simpan entry ini utk dikongsikan dalam bulan Ramadan sbb lauk percik antara menu terkenal dalam bulan puasa.
Resepi ayam percik kali ni dari Rasa on line.berkenan nak mencuba masa nampak di FB. Dalam resepi RASA ayam percik ini dipadankan dg nasi tomato tapi mama makan dgn nasi putih. macam biasa kalau ayam bakar tambah ayam percik begini anak2 cukup suka....semua nak mkn 2 ketul seorang. utk resepi boleh tengok di bawah.
Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.
Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.
Kalau ayam percik mmg sedap....memikat selera.
Assalam mamasya..sedapnya ayam percik.Ada gak niat nk wat ayam percik ni, tp klate sytle la...kuah putih..
ReplyDeleteSimpan juga resepi nie...bole buat hari2 lain nnti...baru 3 hari pun pening gak cari idea nak masak....huhuhu
ReplyDeleteWah menu menggoda... Nur tak pernah cuba lagi.. Selamat berpuasa kak.. Maaf ye sebab lama tak singgah..
ReplyDeleteBetul tu Mamasya... ayam percik juga antara pilihan Amie untuk hidangan berbuka puasa, kalau dulu di semenanjung beli je di pbazaar ramadhan tapi di tempat sekarang kena buat sendiri sebab tak dijual di sini.
ReplyDeleteAssalam mamasya..
ReplyDeletememang betul tu bulan puasa memang ramai yang tercari2 idea..apa menu yang harus dimasak untuk berbuka puasa..samalah macam kita juga..
kadang2 sampai ke petang mencari idea tapi tak datang2 juga..so last2 goreng mee ajelah..hahaha..ayam percik sedap ..pernah beli kat bazar ramadan kat johor..:)
Sedapnya nanti nak cuba buat la...
ReplyDeleteops lupa nak cakap sebab teruja sangat masa pergi mesir tak jumpa pulak jumpa macam tu...
jubah dah sampai
sedapnya boleh cuba bila rajin nanti...
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteTrbaik..
ReplyDeleteSedapnya ayam percik. Nak kena cuba juga.
ReplyDeleteBest ni
ReplyDelete