Pages
▼
Saturday, July 30, 2011
Jemputan makan-makan masakan Mesir
Assalammualaikum semua.Sekejap je masa berlalukan....kini Ramadan yang dinanti bakal menjelma lagi.Tentu hujung minggu ini ramai yg sibuk membuat persiapan menjelang Ramadan... kaum ibu ada yg dah menghitung menu apa utk sahur dan berbuka hari pertama nanti.Dan yang paling seronok kalau dpt pulang ke kampung mula 1 Ramadan bersama ayah bonda..sanak saudara.... tentu meriahkan.Di kesempatan ini nak ucapkan Selamat menunaikan ibadat puasa buat semua.Mohon maaf jika ada salah silap. Moga Ramadan yang penuh berkat dapat dilalui bersama-sama dgn sebaik mungkin.
Untuk entry kali ni, nak citer ttg makan-makan...bukan masak di rumah tp memenuhi jemputan makan-makan di rumah org Mesir....staf mr husben.Acara makan-makan ni berlaku bulan Jun dan awal bulan Julai yg lalu tp baru sempat update di blog.
Kebanyakkan makanan yg dihidangkan merupakan makanan yg baru pertama kali jumpa...semuanya mama cuba....nak rasa kelainan makanan Mesir. Anak-anak pula susah sikit bila nak mencuba makanan yg baru tp ada juga yg mrk suka.Sayangnya mama lupa nama makanan....dah mkn kenyang terus lupa nama makanan..hi..hi.. padahal dah tanyapun dgn tuan rumah nama setiap makanan.
Jom jamu mata dgn makanan yg dihidangkan di rumah yg kami pergi...
Mahshi yg merupakan makanan utama selain dari roti/ish. Mahshi ni nasi yg dimasak dlm daun/sayur. Yang warna kuning tu nasi dimasak dlm kubis, manakala yg hijau dlm daun khas yg mmg ada dijual.
baked pasta
lauk udang goreng
daging masak pekat
daging dibakar
chicken fillet disalut tepung berempah..
kentang yg dibakar dlm kuah sos...
ayam bakar
nasi kabsa dgn ayam telah siap dipotong kecil-kecil
Tuan rumah sekeluarga dg Syakirah
Syakirah dgn anak tuan rumah. yg 2 org bertudung tu kembar...comelkan!
Ni pula juadah di rumah satu lagi yg kami kunjungi pada bulan Jun lepas
Hidangan nasi putih dgn lauk-pauk..
Kari ayam dah kuah cicah utk roti
Ni tulang kaki dimasak pkt dgn sos tomato .Abg Syamil suka betul dgn masakan ni..
mahshi...nasi dimasak dlm capsicum
nipun mahshi juga...yg ni nasi masak dlm terung.
Syakirah dgn anak sulong tuan rumah, anak ke2 baya Syakirah malu nak bergambar..
Friday, July 29, 2011
Ayam Panggang Ala Bangkok
Assalammualaikum semua... Kali ni terbang jauh dari Cairo ke Bangkok mencuba ayam panggang Ala Bangkok....tp singgah di Kuantan intai dapur K.Ummi yg makin femes sejak muncul di majalah dgn resepi-resepi yg menarik...sbb K.Ummi telah mencuba resepi Ayam Panggang Ala Bangkok ni. Kenal k.Ummi di alam maya ni sejak thn 2008 lagi masa duk Brunei ..dulu selalu dok ber YM dgn K.Ummi kongsi citer pasal masak2 tp belum berkesempatan nak bersua muka...bilalah dpt dating dg k.Ummi...moga k.Ummi terus maju jaya.
Berbalik resepi Ayam Panggang Ala Bangkok ni, buat sama hari dgn nasi ketumbar....kedua2 resepi menggunakan daun ketumbar....nak habiskan daun ketumbar itu yg masak terus ayam bangkok ni sambil mencuba resepi baru...boleh tambah koleksi resepi ayam bakar di dapur mamasya.
Suka buat ayam bakar sbb senang sediakan bahan, perap...masuk oven...lagipun ayam bakar mmg favorit anak2..meratah.Ayam panggang ala bangkok nipun anak-anak suka. T.kasih k.Ummi kongsi resepi ayam panggang ni.
.
AYAM PANGGANG ALA BANGKOK
Resepi : Majalah SAJI
Sumber; K.Ummi@Home Sweet Home
Bahan:-
1 ekor ayam - potong 2 - bakar 6 bhg chicken leg
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)
Bahan Perapan:-
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar)
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam
Bahan Sos:-
30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus
Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.
Tak buat sosnya sbb dah ada sambal tp letak juga resepi sos utk rujukan.Slmt menjamu mata dgn Ayam Panggang Ala Bangkok ni......
Stylish Award Dari Naz
Kali ni nak tayang award yg dpt dari Naz@Cute Oven Small Kitchen yg terkenal dgn puding kasih bertaut yg cantik tu...mama juga yg belum mencuba...
T.Kasih Naz sudi bagi award! Maaf Naz lambat gantung award....
Thursday, July 28, 2011
Nasi Ketumbar @ nasi hijau
Entry kali ni nak kongsi resepi nasi ketumbar yg dimasak 2 minggu lepas, baru sampai giliran nasi ni update di blog.Rasanya dah ramai yg mencuba nasi ni. Baru perasan resepi nasi ketumbar masa jln2 ke blog K.Ina. Daun ketumbar beli dah seminggu....masa beli tu tak plan nak masak apa...jadi bila tengok resepi nasi ketumbar terus teringin nak cuba sbb bahan2 semua ada di rumah.
Nasi ni sesuai hidangan buat tetamu sbb warna hijaunya yg menarik itu...anak-anak panggil nasi hijau...
Nasi Ketumbar
Resepi asal Q'ien @ MyR copy dr K.Inakl@Tertunailah hasrat hati
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi
3 sudu besar mentega - guna minyak sapi
1 biji bawang merah - dimayang halus -letak 4 biji
1 inci halia - mayang - tambah
3 biji bawang putih - mayang -
3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camt lada hitam
5 biji buah pelaga
Bahan hiasan
Bawang goreng
Hirisan daun ketumbar
Badan panggang
nota
bahan tumis dan bahan hiasan ikut spt http://mothercooks.blogspot.com/
Cara-caranya:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawnag putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
Nasi ni selain mkn dgn kari makan juga dgn ayam bakar yg juga letak daun ketumbar....ayam masak apa...nanti entry akan dtg ya. Hari ni tuan rumah sibuk sikit....masak kuih utk pot luck dan acara mkn-mkn..jumpa lagi next entry!
Wednesday, July 27, 2011
Black Magic Cake; mudah dan sedapppp....
Seperti yg dinyatakan dalam entry kek birthday penuh buah-buahan yg resepi kek coklat akan menyusul,jadi entry kali ni tayang resepi kek yg digunakan utk kek birthday berkenaan.
Oleh kerana buat kekpun last minute...jadi guna resepi kek cho yg cukup mudah..macam American Choc Cake...sukat pakai cawan..godek..bakar...iaitu Black Magic Cake. Cuma kelainannya dari American Choc Cake, kek Black Magic ni guna buttermilk. Satu lagi tertarik nak mencuba kek choc ni selain dr mudah sbb namanya Black Magic tu...
Resepi kek ni jumpa di Yat Maria@yateasybakes.blogspot.com..t.kasih Yat kongsi resepi kek yg simple ni.
Black Magic Cake
Resepi; Yat Maria@yateasybakes.blogspot.com
Ingredients:
2 cups sugar
1-3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup HERSHEY’S Cocoa - guna serbuk coklat biasa
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup buttermilk or sour milk*
1 cup strong black coffee OR 2 teaspoons powdered instant coffee plus 1 cup boiling water
1/2 cup vegetable oil
1 teaspoon vanilla extract
Directions:
1. Heat oven to 350°F (180C). Grease and flour two 9-inch round baking pans or one 13×9x2-inch baking pan.
2. Stir together sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt in large bowl. Add eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes (batter will be thin). Pour batter evenly into prepared pans.
3. Bake 30 to 35 minutes for round pans, 35 to 40 minutes for rectangular pan or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost as desired. Yields 10 to 12 servings.
* To sour milk: Use 1 tablespoon white vinegar plus milk to equal 1 cup.
Inilah rupa paras kek sebelum dihias dgn buah.Mmg sedap kek ni moist dgn topping..yummyy...
Kalau kek mmg suka buat kek cho sbb mudah dan jarang tak menjadi tp yg pentingnya sbb anak-anak cukup suka kek cho..kecuali Syakirah dia tak suka sgt dgn kek. kalau kek lain tu diorg mkn sikit aje...lastnya mama yg kena perabih....
Tuesday, July 26, 2011
Apam Dot Dot (1)
Entry kali ni nak tayang apam Polka Dot @ Apam Dot Dot yang masak sama-sama dgn Rendang daging hitam utk lunch di rumah TYT Duta Malaysia ke sini bagi meraikan tetamu khas.
Untuk kali ni guna resepi apam dot-dot yg dah ramai mencuba...copy dari Blog Hana t.kasih Hana.lama Hana tak update blog..moga sihat ceria.
Apam Dot Dot
resepi ; Blog Hana
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
***Satu lagi kena balut tutup kukusan.
Buat 2 adunan, dpt dlm 84 biji...tinggal juga utk makan di rumah...yg lain bawa utk majlis.Jom layan apam dot-dot mama posing...
apam kuning..nampak menyerlah..
Apam warna ungu..baru pertama kali guna warna ni utk apam..
apam putih dgn dot-dot pink.
apam pink & kuning...
Oleh kerana acuan lompang tak banyak, guna juga acuan tat. Suka tengok hasil apam kali ni ...semua menjadi sbb dah dapat agak api kukusan yg sesuai..api yg sederhana,tidak sampai kuat mendidih.uji api kukusan dgn sebiji apam je dulu...bila apam naik elok, kekalkan terus api kukusan tersebut.
Kelmarin pula mama jadi cikgu apam...tolong tunjukkan pada ladies di sini..ahli PERWAKILAN bagaimana nak buat apam dot-dot guna resepi apam dot-dot (2) yang pernah buat sebelum ini.
mama tunjukkan 2-3 biji bagaimana buat apam dot-dot dan ladybird..lepas tu masing-masing mencuba sendiri.
Monday, July 25, 2011
Set Nasi Dagang hidangan sarapan pagi
Tangguh dulu resepi kek utk kek birthday di bawah, nak tayang juadah sarapan pagi yg dihidangkan buat keluarga pada pagi Jumaat sempena birthday mr husben iaitu set nasi dagang Kelate...juadah kegemaran kami sekeluarga.
Beras nasi dagang angkut dari Msia....mak yg kirimkan dari kg melalui SIL semasa di Melaka, tertangguh nak buat masa di Msia sbb masa tu dah sibuk kemas brg2 utk ke sini. Nak mengukus nasi ni ambil masa juga...jadi bertangguh hinggalah Jumaat lepas dapat juga masak dan menjamu keluarga dgn hidangan nasi dagang.
Untuk lauk nasi dagang ni, suka mkn dgn lauk ikan tongkol/aye tp di sini masak gulai ikan makerel.Selain itu ada telur rebus dan acar.
Nasi Dagang
Sumber : Yani@ my resepi
Bahan:
* 4 cawan beras jasmen -guna beras nasi dagang
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-dimayang
* 2 ulas bawang merah-dimayang
* 1cm halia - hiris kecil2
* 1 sudu kecil halba
* garam, gula
Cara-cara :
1.Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
2.Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
3.Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
4.Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
5.Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6.Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.
Gulai Ikan Tongkol/Mackerel(Lauk Nasi Dagang )
Resepi ; Sajian Di Perantauan
Sumber; Dapurmamasya
Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan mackerel saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit
Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah,asam keping(2 kpg dari rebusan ikan) dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat dan bahan-bahan mesra.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing/buah tomato
Sebagai tambahan untuk makan dgn nasi buat acar; karot+kubis+cili merah+bawang besar+sikit cuka+gula+garam.
Bila makan nasi dagang teringat mak di kg...ni juadah istimewa biasa mak masak utk juadah pagi hari raya dan bila anak cucu pulang kampung....
Sunday, July 24, 2011
Kek birthday yang penuh buah-buahan
Hari Jumaat kelmarin dulu sempena hari jadi husben, mama baking sebiji kek choc. Mulanya ingat nak tangguh dulu baking kek sbb dah masak2 istimewa sikit utk sarapan kami sekeluarga meraikan harijadi mr husben tp akhirnya lepas siap masak sarapan pagi baking juga kek sbb macam tak lengkap kalau tak ada kek meraikan harijadi.Lagipun anak-anak tanya tak buat ke kek bday utk abah. Tapi disaat entry ni dipost di blog, husben dahpun sampai di Msia.Awal pagi sabtu semlm husben bertolak balik atas urusan kerja. Kalau dkt bolehlah ikut sama tp apakan daya tiket ribu riban........doklah di rumah dgn anak-anak selama seminggu ini. Hari Jumaat malam baru mama hias kek sbb belah ptg keluar belanja brg2 dapur. Mmg dah fikir nak hias kek guna buah sbb ringkas dan cepat berbanding guna buttercream.
Utk hiasan kek ni....sapu keseluruhan kek dgn whipping cream yg dipukul kembang terlebih dulu, biarkan sejuk dlm peti ais seketika dan curahkan choc topping. Hias buat pagar guna rolled wafer biscuits,ikat dgn riben dan letakkan buah2an spt anggur,kiwi dan buah ceri.
Letakkan juga beberapa ekor rama-rama sebagai penyeri......
Budak yg mulanya merajuk sbb kata ni kek birthday Aeda...Syakirah..Syakirah.. pantang nampak kek..nampak apam...semua kek birthday dia..hi..hi..
nilah rupa paras kek setelah dipotong....resepi baru pertama kali cuba.utk resepinya tunggguu.....
Saturday, July 23, 2011
Family Day Di Palmera Beach Resort, Ain Sokhna
Ni kisah minggu lepas , kami sekeluarga ke Ain Sokhna iaitu dlm 1 jam 1/2 perjalanan merentasi padang pasir utk xtvt hari keluarga bersama2 family Msia di sini. Hari keluarga diadakan Palmera Beach Resort selama 2 hari 1 mlm tp kami hanya dapat sertai acara sukaneka ptg Jumaat shj sbb awal pagi Sabtu mr husben terbang ke Morocco. Pada mulanya ingat tak dapat ikut sama tp akhirnya dapat pergi juga dan sempat bersama2 dlm acara sukaneka.
Masa baru sampai...Syakirah bersalam dgn Datin Zaharah isteri duta Msia ke Mesir.
bersedia acara rebut gula-gula kategori bawah 4 thn...Syakirah ikut sama
cepat kutip gula2....sama laju tangan mak dgn tangan ayah tlg kutip gula2..hi..hi..
dlm topi tu hasil rebutan...nanti boleh kongsi dgn abg-abg..
ni pula acara kutip harta karun bawah 4 thn, Syakirah ikut sama..
Syakirah masukkan semua brg dlm sini ya.....diam tanda faham tu..hi..hi..
lari cepat...Syakirah lambat..mama angkat je..hi..hi..
bukan anak2 aje yg ikut sama..habis mak, ayah ,bibik sekali...meriah..!
abg Syafiq & Syazrin acara bawa limau dlm sudu....
ni pula acara masukkan air dalam botol
walaupun tak menang tp anak-anak happy dpt turut serta dg kwn2
abg Syakim dlm acara lari , tiup dan pecahkan belon..
abg Syakim memenangi no 1 acara lari , tiup dan pecahkan belon..
abg Syamil acara pijak belon lelaki dewasa
ni acara balutan kasih...balut macam mumia..
Kami tak tunggu sampai habis acara sbb takut sampai lewat malam di rumah. Seronok dpt ikut serta acara ini. Tp yg best juga mama bertemu semula kwn masa belajar dulu...dah berthn tak jumpa sejak habis belajar...tup..tup boleh bertemu di hari Keluarga di Mesir...mmg tak jangka langsung.
Gambar sebelum balik...zoom buah kurma yg terdpt di situ.
Masa baru sampai...Syakirah bersalam dgn Datin Zaharah isteri duta Msia ke Mesir.
bersedia acara rebut gula-gula kategori bawah 4 thn...Syakirah ikut sama
cepat kutip gula2....sama laju tangan mak dgn tangan ayah tlg kutip gula2..hi..hi..
dlm topi tu hasil rebutan...nanti boleh kongsi dgn abg-abg..
ni pula acara kutip harta karun bawah 4 thn, Syakirah ikut sama..
Syakirah masukkan semua brg dlm sini ya.....diam tanda faham tu..hi..hi..
lari cepat...Syakirah lambat..mama angkat je..hi..hi..
bukan anak2 aje yg ikut sama..habis mak, ayah ,bibik sekali...meriah..!
abg Syafiq & Syazrin acara bawa limau dlm sudu....
ni pula acara masukkan air dalam botol
walaupun tak menang tp anak-anak happy dpt turut serta dg kwn2
abg Syakim dlm acara lari , tiup dan pecahkan belon..
abg Syakim memenangi no 1 acara lari , tiup dan pecahkan belon..
abg Syamil acara pijak belon lelaki dewasa
ni acara balutan kasih...balut macam mumia..
Kami tak tunggu sampai habis acara sbb takut sampai lewat malam di rumah. Seronok dpt ikut serta acara ini. Tp yg best juga mama bertemu semula kwn masa belajar dulu...dah berthn tak jumpa sejak habis belajar...tup..tup boleh bertemu di hari Keluarga di Mesir...mmg tak jangka langsung.
Gambar sebelum balik...zoom buah kurma yg terdpt di situ.