Pages

Tuesday, July 31, 2012

Bamia Daging Masakan Arab



Assalammualaikum dan slmt menjalani ibadah puasa buat semua
Untuk entry hari ni nak kongsi masakan daging yg dimasak pada 6 Ramadan yg lepas iaitu Bamia Daging atau bamya(Meat and Okra Stew)...daging yg dimasak dlm sos tomato bersama dg bendi/okra dan kacang peas. Masakan ni sebenarnya dah lama teringin nak mencuba setelah pertama kali mkn beberapa bulan lepas...dimana lauk daging ini dibeli di sebuah C4 di Alex semasa ke sana ;C4 dan sesetgh supermarket di sini ada section yg menjual nasi dan pelbagai lauk utk tapau sahaja. Bila mkn ...rasa sedap pula....kena dg selera tp sayang tak bertanya apa nama masakan dan bila pergi kali ke2 dah tukar menu yg lain. Cuba cari resepi daging dalam google dgn berbekalkan perkataan recipe meat and okra...dpt beberapa resepi.Berkenan dg resepi dari sumber blog pelancongan Egypt sbb tengok bahan2nya semua ada di rumah. Menurut info di blog itu, masakan ni terkenal di Timur Tengah dan boleh digantikan daging dg kambing.


Dan bila dah siap masak...tak sabar tunggu waktu berbuka utk merasanya... dan hasilnya sedappp..mmg sama rasanya spt yg pernah beli sebelum ini....puas hati sbb dah jumpa resepi yg dicari.Rasanya sikit2 masam sbb ada perahan lemon dan tomato. Bahan2 utk masak bamia daging ni simple je tp suka dengan rasanya. Anak2 pun suka sbb tak pedas....sesuai utk budak2.Resepi asal tak letak kacang peas tp letak sbb nak sama dg yg dibeli dan cara masak pula ikut resepi asal masak dlm oven atau slow cooker. Mama masak atas slow cooker pada mulanya tp sbb slow cooker mcm ada problem pindah atas dapur . Masak agak berkuah sikit sbb anak2 suka kuah. Resepi asal dlm BI dan kongsi sini dlm BM .

Bamya (Meat and Okra Stew)
Sumber; Www.touregypt.net
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 kg daging kambing atau lembu,potong kiub 1 inci
2 biji bawang besar- cincang halus
2 ulas bawang putih- tumbuk
1 teaspoon(s) jintan manis - tumbuk
tambah 1 teaspoon(s) jintan putih - tumbuk
1 teaspoon(s) ketumbar - tumbuk
2 biji tomato - bunga kulit dan cincang
3 tablespoon(s) tomato paste/puri- letak 4 sb
1 cup(s) stok daging / air/ air + kiub daging, sbyk mana yg diperlukan - tambah air lebih & tambah 4 sbb sos tomato lagi
2 tablespoons daun pudina dicincang(optional)
garam dan lada hitam
750 gm okra/bendi - letak dlm 1/2 kg
juice dari sebiji lemon
tambah 1 cwn green peas

Cara
1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak/butter dgn api sederhana panas.
2. Masukkan daging sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kekuningan . tapis daging dan biarkan minyak dlm kuali. Daging dimasukkan dlm periuk.
3. Dalam minyak yg sama masukkan bawang , tambah minyak jika perlu.goreng bawang dalam 8-10 min atau hingga kekuningan.
4. Tambah bawang putih, jintan , ketumbar, tomato cincang, tomato paste/puri dan air/stok. tuang dlm periuk daging.
5. Tutup periuk dan masak hingga daging hampir empuk dgn api yg sed besar. letak garam dan lada sulah.
6. Sementara itu letak sikit minyak dlm kuali. masukkan bendi dan kacau dlm 3 min.
7. Masukkan bendi dan kacang dlm periuk daging.Perahkan lemon dlm periuk,kacau rata.tutup dan biarkan masak.
8. Masak dlm 35 min lagi atau hingga bendi agak empuk.tambah air jika perlu
9. Siap hidangkan panas.


Inilah rupa paras bendi/okra yg dijual di sini.saiznya comei2...dan ada yg sedikit kemerahan.hanya byk dijual pada musim panas. waktu lain kena beli yg frozen.


kena cuba dulu baru tahu rasanya....

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN
1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur
2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur
3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari
4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin
5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan. Sumber; di sini

Monday, July 30, 2012

Air Punch Tembikai & Sambal Jawa



Assalammualaikum...moga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani puasa dgn sebaiknya...puasapun dah 1/3 berlalu meninggalkan kita....kejap sungguh masa berlalu.
Utk entry hari ni nak kongsi menu ringkas pada 5 Ramadan yg lalu.Gara2 tengok K.Liza tayang air punch tembikai di Fb belah tgh harinya, terus utk berbuka ptg itu buat air punch tembikai.kebetulan tembikaipun masih ada....mmg elok buat punch tembikai yg ringkas ni.

PUNCH TEMBIKAI
Sumber; Kak Liza@Hanieliza
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.


mmg nyaman waktu berbuka dpt minum air punch tembikai ni....Ramadan ke 6 pun mama buat lagi.


Spt yg pernah diciterkan sebelum ini ttg musim buah, bila musim panas...byk buah2an spt tembikai, anggur dan mangga dll buah yg dijual di sini,yg kalau musim sejuk mmg susah nak jumpa. harga tembikai dlm 10le/Rm5 sebiji.

Sambal Jawa


Hari Ramadan ke 5 juga, sbg tambahan lauk selain masak ayam goreng, sup sayur dan ada baki ayam kari yg sebelumnya, buat juga sambal jawa. Sambal Jawa mama belajar dr Biktin...bibik kami yg mmg asal dr Jawa. Wpun mama tak mkn pedas tp suka mkn sambal Jawa ini dan resepi yg dikongsikan di sini tidak terlalu pedas. Tapi kalau nak pedas bolehlah tambah cili padi.Kelainan dari sambal belacan sbb sambal jawa ni digoreng bahan2nya barulah ditumbuk....wangi je bau bawang yg digoreng...

Sambal Jawa
Resepi; Dapurmamasya

bahan;
7 ulas bawang merah
3 biji cili api
1 biji cili hijau
1 biji tomato
3 ulas bwg putih
(potong semua bahan diatas)
garam, gula, minyak

Cara
1.Goreng bwg merah, bwg putih, cili padi dan cili hijau.goreng hingga setengah masak.Angkat dan sejat.
2.dlm minyak yg sama kemudian goreng pula buah tomato, juga hingga setengah masak.angkat.
3. Tumbuk bawang dan cili yg dah disejat hingga lumat tp tidak terlalu hancur.ketepikan. kemudian tumbuk tomato pula. dan campurkan kedua2nya dlm bekas dan campurkan dg garam dan gula secukupnya.(tomato ditumbuk asing agar bwg dan cili mudah lumat).


Sambal Jawa..enak mkn dgn ulam....mama mkn dg ulam daun gargil. kalau ada kacang botor... pucuk ubi rebus ke..sedapnya cicah sambal ini.
update- dari maklumbalas/komen kwn2 yg sambal jawa ni juga sambal ayam penyet...lupa yg resepinya sama sbb dah lama tak mkn ayam penyet.cuma sambal ayam penyet biasanya campur dg ikan bilis dan belacan.

Sunday, July 29, 2012

Daging Kicap Berempah& Tips Bawang Goreng Rangup



Assalammualaikum buat semua...
Hari ni nak kongsi menu yg dimasak pada 2 Ramadan yg lepas...iaitu daging masak Kicap Kerisik Berempah. Menu ni permintaan anak2 yg nak mkn daging kicap pekat. Hasil carian resepi di kongsi resepi....mama berkenan dg resepi daging kicap dari blog Dayangjack, t.kasih Dj kongsi resepi daging ni.Cuma daging yg mama masak ini tak sehitam mcm DJ masak sbb tak da kicap pekat. Kelainan resepi ini dan buat rasanya enak sbb ada letak kerisik dan jintan serta rempah 4 sekawan spt resepi spt dibawah.

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan :
1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu besar kicap pekat- ganti kicap biasa
3-4 sb cili giling
kicap manis/kicap masin secukupnya
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
air asam jawa
3 sudu makan kerisik

Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


anak2 suka daging masak Kicap Kerisik Berempah ini....pekat dan berempah.

Tips Bawang Goreng Rangup


Bawang goreng ni tiada kaitan dg masak kicap berempah kat atas tp saja satukan dlm entry kali ni. utk dapatkan bawang goreng yg rangup caranya ialah


bersihkan bawang merah. hiris tipis dan rendamkan dalam air yg berisi garam. kacau dan biarkan seketika.kemudian terus sejat dan jgn disiram air. Dah kering air bolehlah digoreng sampai garing.sejatkan bawang.siap bawang goreng utk digunakan.

Friday, July 27, 2012

Ayam Goreng Berempah & Kerabu Tomato Bilis



Assalammualaikum dan slmt berpuasa
Dah seminggu kita berpuasa....sekejap masa berlalu.Sejak puasa ini belum berkesempatan nak pusing2 tengok suasana belah ptg di sini tp tiadalah suasana meriah spt bazar Ramadan untuk dikunjungi...yg jadi tumpuan belah ptg adalah gerai2 yg jual roti Arab. Bulan Ramadan ini waktu pejabat dipendekkan,waktu bekerja sampai pukul 2 ptg dan kebanyakkan kedai tutup sewaktu berbuka puasa dan buka semula selepas itu. Restoren2 juga ada membuat penghantaran makanan ke rumah utk berbuka..hanya tel saja atau order on line.
Sekadar berkongsi menu yg ringkas....mungkin ada yg sedang mencari resepi utk masak ayam buat berbuka...mama kongsikan Ayam Goreng Berempah yg dimasak beberapa minggu lepas.Resepi seperti dibawah;

Ayam Goreng Rempah. Fried Chicken with spicy coriander.
Sumber; Fp Chef Joha
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa)
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk).
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2.


bulan Ramadan ni....utk lauk ayam mama suka yg ringkas,goreng2 gini tp anak2 pula suka yg bakar dan berkuah.nanti akan kongsi resepi ayam bakar kegemaran anak2...

Kerabu Tomato Bilis


Kerabu tomato bilis ni buat masa hari Ramadan pertama.selalu buat bila tak da idea nak buat sayur apa. suka rasa masam dan kerangupan ikan bilis.buatnyapun mudah campur semua bahan dan tambah garam, gula dan cuka secukup rasa...lebih kurang mcm acar timun mentah.

Berkongsi Perkara Berkaitan dgn puasa
Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
sumber ; www.Al-Azim.com
Slmt berbuka Puasa buat semua.....

Thursday, July 26, 2012

Kuih Puteri Ayu & Sambal Bilis Lumat



Assalammualaikum semua
Hari ni lewat update blog sbb blog problem......tak bleh upload gambar sbb dah penuh kuota gambar dlm picasa.Nasib baik K.Ummi sudi membantu...menerangkan cara2 utk mengatasi masalah ini.dah dpt cara penyelesaiannya. T.kasih byk2 k.Ummi...wpun jauh beribu batu....terasa dkt dihati atas pertolongan itu.
Berbalik pada entry hari ni, nak kongsi 2 menu yg dibuat sebelum Ramadan iaitu kuih puteri ayu dan sambal bilis lumat. Kuih puteri Ayu ni mama buat utk potluck satu majlis pada 17 Julai yg lepas.Pada mulanya guna resepi lain yg lebih mudah sukatannya....sambil nak tambah koleksi resepi tp entah dimana silapnya puteri ayu tak jadi ayu.....tak naik...mcm merajuk.Mungkin silap sbb guna santan yg agak pekat....sbb tengok adunan agak pekat. Oleh kerana kesuntukan masa sbb buat belah pagi sebelum ke majlis tersebut maka mama guna resepi yg biasa digunakan dulu...tak sempat nak cari resepi lain lagi.Resepi asal yg digunakan ni dari Blog Princessharyati, mama copy semula di bawah utk mudahkan rujukan. Sbb nak cepat buat 1/2 adunan sahaja dpt dlm 25 biji.

Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk- guna susu
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.


Nasib baik menjadi elok....lega rasanya sbb agak kelam kabut nak buat adunan kedua ini takut tak sempat siap utk dibawa ke majlis berkenaan. Sebelum ni pernah buat juga versi warna-warni boleh tengok sini.

Sambal Bilis Lumat



Manakala sambal bilis lumat ini dah beberapa kali buat, baru nak masukkan dlm entry. Buat sambal bilis lumat sbb nak habiskan stok ikan bilis lama yg tak begitu elok nak masak mcm sambal biasa, sayang dari membazir masak sambal lumat gini. tp kalau nak guna ikan bilis yg baru lagilah elok.


Sambal bilis lumat selain mkn gitu dg nasi, boleh juga mkn dg terung goreng....letak sambal atas terung. Utk resepi lebih kurang sambal ikan bilis biasa cuma ditambah cili hijau dan ikan bilisnya diblender sekaligus....

Sambal Bilis Lumat
Oleh;Dapurmamasya

bahan2
1 cwn ikan bilis- bersihkan
3 ulas bawang putih
6 biji cili hijau- potong buang biji
10 ulas bawang merah
2 sb cili kering siap blender- 7 biji cili kering
1 sk belacan
(blender semua bahan diatas termasuk ikan bilis)
1/2 cwn air asam jawa
3/4 cwn air
gula, garam,minyak

Cara
Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bahan2 yg diblender sehingga agak garing.Masukkan air dan air asam jawa.kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga cili masak sampai timbul minyak.bolehlah diangkat.


juga makan cicah dg timun....ganding dg ikan masin dan masak lemak udang&labu....boleh bertambah nasi.

Wednesday, July 25, 2012

Nasi Ayam Madu utk Iftar




Assalammualaikum buat semua dan slmt berpuasa.
Hari ni dah masuk 6 Ramadan dan thn ni merupakan thn ke 2 kami berpuasa di sini.Dan sejak Ramadan thn 2006.....hanya thn 2010 sahaja kami berkesempatan berpuasa di Msia....yg lainnya berpuasa di negara orang dan masuk kali ke 7 Ramadan thn ni...6 kali Ramadan kami di perantauan.cuma masa di Brunei dulu tak terasa sgt berpuasa di perantauan sbb suasananya tak jauh berbeza dari Msia.
Berbalik menu iftar....hari ni nak kongsi resepi Nasi ayam yg dimasak utk berbuka Ramadan ke 2 iaitu nasi ayam....antara menu kegemaran kami sekeluarga.Buat nasi ayam senang kerja tak payah fikir lauk lain...tp mama masak jugak lauk daging sbb anak2 nak mkn lauk daging.


Kalau ayam...anak2 suka berebut bgn peha ayam....tambah kalau buat ayam bakar.nak adil mama kena bagi sorang seketuii peha dulu.... nak extra ayam boleh pilih part lain....barulah adil& saksama...kalau tidak ada yg komplen tak puas hati tak dpt peha ayam.
Untuk resepi nasi ayam...kebanyakannya resepi lebih kurang sama, cuma kali ni mencuba resepi nasi ayam istimewa dari blog Noreen spt di bawah dan mama ada tambah sikit bahan utk perapan ayam.Utk ayam biasa bakar dulu baru potong kecil-kecil...jadi isi ayam agak lembut dan tak kering.

Nasi Ayam Istimewa
Sumber; Noreen-homecooking.blogspot
Oleh ;Dapurmamasya

Bahan-bahan:
A. bahan2 untuk nasi:
3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak sapi
sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan
setitik pewarna kuning
garam secukup rasa
air rebusan ayam secukupnya

bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia

B.bahan2 untuk ayam:
seekor ayam - dipotong ikut suka- masak 5 chicken leg(tak potong)
2 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon atau sos plum - ganti perahan limau nipis
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram - letak 2 sm
2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven
garam dan gula secukup rasa - ganti gula dg madu
tambah 1 sm kicap manis

bahan2 kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

C. bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam
sedikit serbuk lada hitam
1 ketul stok ayam
garam secukupnya
sedikit daun sup dan daun bawang

bahan2 tumbuk:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

D.bahan2 untuk sambal cili
3 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
air masak secukupnya

E.bahan2 untuk kicap:
5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2

bahan2 untuk kicap pedas:
7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis dan kicap masin
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit air masak

cara:
untuk membuat nasi: panaskan minyak sapi
• tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi
• masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata
• kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras
• akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa
• tanaklah seperti memasak nasi biasa

untuk membuat ayam: ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak
• angkat dan toskan sehingga kering
• air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi
• kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun lebih-nak mudah bahan2 utk perapan ayam dicampurkan dlm satu mangkuk barulah diperap dg ayam
• selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing
• jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak
• susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil- tak tutuppun dg foil
• bakar pada suhu 180C selama 30 min - mama bakar guna api atas bawah
• selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak

untuk membuat sup: panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang
• sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang
• untuk membuat sambal cili: kisar semua bahan sehingga lumat
• untuk membuat kicap: masakkan air dan kicap sehingga mendidih
• masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat
• untuk membuat kicap pedas: kisar semua bahan sehingga lumat
• hidangkan nasi ayam bersama2 dengan kuah sup, sambal cili, kuah kicap, daun salad, timun, dan buah tomato


utk nasi buat dwi warna....kuning dan warna asal.utk dpt warna gini,masa nasi hampir kering buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning&kunyit yg dah dicampurkan dg sikit air.buat beberapa lubang...dan tutup.biarkan nasi masak spt biasa.


siap terhidang....dgn minuman air sirap bandung.....



Nanti lapang akan buat kunjungan balas...slmt berbuka buat semua.....

Tuesday, July 24, 2012

Rojak Sotong Kangkung....yummm



Assalammualaikum dan slmt berpuasa semua
Dah masuk 5 Ramadan kami di sini berpuasa....mula puasa hari Jumaat.Alhamdullilah setakat ini, 4 hero mama dapat puasa penuh, cuma hari pertama abg Syazrin yg baru belajar puasa thn ni hanya bertahan sampai pukul 2....itupun dia hanya minta minum air kosong...dah minum air baik makan je bang...masuk hari ke 2 dah puasa penuh. Puasa thn ni juga dalam musim panas, jadi masa puasa pjg sbb subuh awal.Subuh masuk pukul 3.30 pg.....jadi bersahur awal sebelum pukul 3 pagi. Maghrib pula 6.54 ptg. Cuaca panas skrg....nasib baik sepjg puasa ini anak2 cuti sek....berehat di rumah.
Berbalik kpd entry hari ....lauk sepjg Ramadan ni berderet lauk ayam sbb anak2 suka ayam...nanti akan kongsikan, tak sempat nak upload gambar dari kamera. Lagipun kelmarin dah entry lauk ayam.....itu yg selang seli dgn menu lain.....iaitu nak kongsi Rojak Sotong Kangkung.Kalau rojak mmg favorit tambah kalau rojak kangkung...YTF...sedapnya....semua suka.


Rojak Sotong Kangkung ni sebenarnya buat dlm bulan Jun lepas.... tp baru sampai giliran update dlm blog. Jrg jumpa org jual kangkung di sini....kena pergi kedai yg jual sayur2 Asean itupun jauh dari rumah...atau order tp kena jumlah yg byk.Dan bila dpt beli kangkung terus fikir nak buat rojak.Taugeh pula ada jual dkt kedai tak jauh dr rumah tp harganya amatlah mahal segenggam 10 le/RM5.sesekali kalau terasa nak mkn bolehlah beli. Utk sotong guna sotong frozen sbb sotong kembang tak da jual. Resepi lebih kurang sama spt yg pernah buat dulu, boleh tengok sini tp mama olah sedikit bahannya spt di bawah;

Rojak Sotong Kangkung
Olahan; Dapurmamasya

Bahan
sotong - rebus dan toskan
kangkung, taugeh - celur
kacang - goreng dan tumbuk kasar
timun
tauhu - x da
bijan goreng tanpa minyak
bahan-bahan utk sos
3-4 sudu besar cili kering dah kisar - tambah kalau nak pedas
1 kpg gula manisan yg besar
1 sb gula
1 cwn air
2 1/2 sudu makan (penuh) kuah rojak buah
5 sb sos tomato
1/2 sudu makan cuka
1 sb sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dgn 1 sudu makan air)

Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.(pastikan sos cukup masak(cili dah hilang baunya) barulah ditutup api.)
4. Bolehlah dihidangkan.Susun kangkung, sotong, timun dan tahu.Tuangkan sos dan tabur bijan dan kacang tumbuk.

hanya dpt jamu mata aja....sedapnya kalau mkn lepas berbuka...teringin nak buat lagi... tp tak da kangkung pula...

Monday, July 23, 2012

Ayam Panggang Lemak Temasek yg menambat selera



Assalammualaikum....slmt berpuasa buat semua...
Utk entry hari ni mama nak kongsi masakan Ayam Panggang Lemak Temasek yg dimasak sama hari dg nasi kerabu semasa bday yg lepas. Saja tangguh entry masakan ayam panggang temasek ini sbb nak kongsikan utk entry lauk-pauk bulan puasa, sesuai utk buat lauk berbuka....ayam dibakar...disiram dgn kuah santan...ala-ala percik gitu...mmg menambat selera.


Pertama kali tengok lauk ayam panggang temasek ni, dah berkenan nak mencuba....sbb nampak menyelerakan....dan bila mkn mmg sedap....anak-anak cukup suka, kena dg selera kami sekeluarga...yg buat enak sbb letak daun limau purut dan serai. T.kasih buat Chef Joha yg sudi kongsi resepi ni di Fb. Ada urap mkn bersama dgn ayam tp mama tak buat tp kongsikan juga resepi di sini.Bahan-bahannyapun tak rumit...yg biasa ada di dapur...

Ayam Panggang Lemak Temasek
Sumber; Fb Chef Joha
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
Bahan2 di tumbuk atau dikisar halus;
1.5 inch halia
1.5 inch lengkuas
1.5 inch kunyit segar- tambah 1 sk kunyit
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)- x letak
4 biji buah keras

6 helai daun limau perut- tak blender tp potong halus
2 batang serai di titik saja
400ml santan cair - guna santan sed cair & letak lebih
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
- mama tambah 2 kpg asam kpg (pilihan)

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit,masukkan santan rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.
Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya. Sajikan dengan sambal belacan, dan urap taugeh.

(Urap Ringkas) lebihan rempah ayam temasek di gaulkan bersama kelapa goreng dan daun limau perut, garam dan gula.


Sesuai buat lauk berbuka....enak ala-ala percik...

Ke Tasik Qarun di Faiyum




Assalammualaikum buat semua dan selamat berpuasa.
Utk entry pertama bulan Ramadan ni mama nak kongsi gambar-gambar semasa melawat Tasik Qarun pada Jan lepas, tertangguh lama entry ni....dan rasa sesuai mama kongsikan di bulan yang penuh barakah ini agar sama-sama kita mendapat iktibar...
Iaitu kisah Qarun yg kaya raya, merupakan kaum Nabi Musa yang bersikap sombong serta tamak dan kedekut.....Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Bekas runtuhan tapak harta milik Qarun dipercayai telah menjadi sebuah tasik dan ada bekas istana yang dikatakan milik Qarun yg terdapat di Faiyum ini.


Dalam perjalanan...melepasi bgn-bgn perkuburan di kws padang pasir


pintu gerbang menuju Faiyum....dlm sejam lebih perjalanan dari rumah ke sini.


Faiyum merupakan kws pertanian.Pelbagai jenis pertanian dijalankan di sini dengan berbekalkan air dari sungai Nil.


Kenderaan tuk-tuk digunakan di sini sbg pengangkutan penumpang dgn gerai2 di tepi jalan.


Dah sampai di Tasik Qarum yg terbentang luas dan pjg..... sepjg jalan di kws ini ada Tasik Qarun. Satu perasaan yg sukar digambarkan bila melihat Tasik ini.....cuba utk membayangkan harta kekayaan milik Qarun tengelam di sini.....yg kini tinggal menjadi sebuah tasik yg terbentang luas....saujana mata memandang....tidak terbayang berapa banyak harta yang ditelan bumi...mengingati diri agar tidak sombong dan tamak dg harta dunia yg dimiliki....semuanya hanya sementara...bila2 masa sahaja nikmat harta dunia ini Allah boleh tarik....sentiasa bersyukur dan merendah diri dengan segala pemberian dari Allah SWT.

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk Kaum Nabi Musa,maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami telah menganugerahkan penbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat" (Al-Qashash 28:76)
Setelah Qarun dilimpahkan dengan kemewahan, dia tidak bersyukur pada Allah malah menjadi sombong dan takbur diatas kekayaan yang ada. Dia tidak mahu bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan sehinggakan orang-orang soleh menasihati dirinya agar mengingati Allah s.w.t. Mereka mengingatkan Qarun agar tidak sombong terhadap harta yang dia miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya.
Qarun leka dengan kemewahan yang ada membuatkan dia buta kepada kebenaran dan membuat seolah-olah pekak kerana tidak mahu mendengar nasihat orang-orang soleh agar memanfaatkan hartanya ke jalan yang benar. Tetapi Qarun tetap dengan egonya mengatakan "Sesungguhnya aku diberikan harta-harta ini kerana ilmu yang ada pada diriku"
Kemudian berlakulah sesuatu dihadapan Bani Israil Allah s.w.t menenggelamkan harta dan rumah Qarun sehingga tidak ada satu pun yang tinggal.Tidak ada seorang pun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu. Bani Israil yang melihat bencana yang terjadi pada Qarun dan hartanya merasakan diri begitu kerdil dengan kekuasaan Allah s.w.t dengan sekelip mata sahaja.
"Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang yang tidak dapat membela dirinya" (Al-Qashash {28}: 81)
Melihat azab Allah yang ditimpa Qarun, orang-orang dari kaum bani israil yang dahulunya berangan ingin menjadi kaya seperti Qarun merasa takut dan bersyukur memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata " Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkan.Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai benarlah tidak beruntung orang-orang yang mengingkari nikmat Allah" (Al-Qashash {28}:82)



depan Tasik Qarun.....yg merupakan tasik air masin


bergambar dpn mini piramid berhampiran tempat naik bot....


Syakirah depan Tasik Qarun. sunyi kws ni sbb musim sejuk tak da pengunjung

kami mengambil peluang menyusuri Tasik Qarun


abg Syakim dan Syazrin atas perahu


abg Syakim bersama pemandu bot kami.....

ada restoren berdekatan tepi tasik....


tenang sungguh air tasik ini.......perahu membawa kami menyusuri bhg tasik yg tidak berbatu di bawahnya dan tidak begitu dlm, ada had sempadan yg dihadkan utk perahu pelancong.


ada pakcik tua sedang memancing ikan atas pelampung di Tasik Qarun.....byk ikan di tasik ini


Tasik Qarun terletak sepjg jalan di sini....

selepas menaiki bot kami ke kws kg di sini.....


deretan kedai dan rumah penduduk di sini


yg mana ada sebahgiannya mengadap Tasik Qarun.....begitu pjg sekali tasik ini


kerusi dan meja mkn restoren disusun mengadap Tasik Qarun..


sebahagian masjid juga terletak di Tasik Qarun.ada Istana Qarun tak jauh dari sini tp kami tak pergi....lain kali ada kelapangan teringin nak ke sana juga.


selesai pusing kws kg....kamipun bertolak balik.suka tengok tompok2 awan di langit biru....


Inilah ikan yg mama beli dari org yg menjaja dkt Tasik Qarun.jenis ikan ini hanya ada di Tasik Qarun, kalau Sg Nil byk ikan keli dan talapia. balik rumah terus masak ikan ni....fresh sungguh ikan sbb baru tangkap dari tasik.masak bakar..isinya sedap, cuma ada bertulang mcm ikan terubuk.