Pages

Friday, September 28, 2012

Mee Rebus Udang Pikat Selera Keluarga



Assalammualaikum....moga semua sihat sejahtera.t.kasih buat kwn2 blogger yg sudi komen dan bagi pandangan ttg entry Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri sebelum ini, tips yg cukup bagus utk kita.
Citer ttg air tangan dan pikat selera.....mama nak kongsi menu yg memikat selera kami sekeluarga iaitu Mee Rebus Udang Ala Singapura yg dimasak week end yg baru lepas utk hidangan di hari minggu. Dah kebiasaan kalau hari minggu selalu masak menu yg berkuah utk sarapan spt mee...laksa,soto.. sbb jadi kegemaran sekeluarga kalau menu yg berkuah dan bila hari cuti semua boleh ulang2 makan.
Buat mee rebus sbb masih ada stok ubi keledek di rumah...beli byk hari tu...buat kuih cek mek dan masih berbaki. Biasa buat mee rebus guna resepi yg ada daging, kali ni resepi hanya udang semata....


....dan spt komen di MYR rasanya mmg sedap, anak2pun suka sampai ulang mkn.customer no 1pun komen sedap......mmg kena dg selera kami sekeluarga.Lain rasa mee rebus udang berbanding mee udang sbb mee rebus ada byk lagi bahan2 tambahan spt taucu,rempah kari, serai dll...boleh tengok resepi penuh spt di bawah...t.kasih byk2 CMG@DTS...kongsi resepi.

Mee Rebus Udang Ala Singapura
Sumber; CMG @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning - guna spaghetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar- kupas & tinggal bbrapa ekor tak kupas

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)- tak cuci sbb guuna taucu yg dah lumat
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus - ganti ubi kelerdek
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)- x letak
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan


mee rebus udang....

Wednesday, September 26, 2012

Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri



Assalammualaikum buat semua.mulanya nak ucapkan terimakasih banyak-banyak buat khairiah khaizu,MaDiHaA a.k.a Ratna,Melly Octaviana,CA ,Chik Att , Marsita yahya, cikgu dZana, Hafizah Mohamad, Zurina , rahel, zila norazila, Shiela , Qasey Honey, Azian Elias, ibundo, Asmah Yusof, Yatie , kak leni, Rohah & mama sara nur yg wish Anniversary dan doakan buat kami berdua....setiap ucapan amatlah dihargai. moga kita semua sentiasa aman bahgia rukun damai rumah tangga. Amin...

Hari ni mama nak kongsi yg cukup menarik dan berguna utk para isteri...
Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.(Sumber; Kursus Perkahwinan.Com)

Sekiranya ada adik2 yg baru nak belajar masak...teruskan usaha yg baik itu.tambah skrg mudah sgt nak belajar masak, byk blog yg kongsi resepi utk di cuba, search je resepi apa...berderet2 yg keluar...tinggal pilih yg mana berkenan. wpun masak menu yg mudah, tak mengapa....yg penting kita masak sendiri....air tangan isteri, selain dpt juga menjimatkan perbelanjaan dan makanan yg kita hidangkan sudah pasti halal dan bersih.

Mama masa awal kahwinpun tak pandai masak...tahu sikit2 yg asas sbb bila cuti semester tolong mak di kedai makan.  Tapi lepas kahwin terus terbang ke UK....nak tak nak mmg kena masak sendiri. berbekalkan buku2 resepi...mulalah sikit2 belajar memasak, tambahan di luar negara bahan2 masak amat terhad . Masa itu tiada blog masakan mcm skrg kalau nak rujuk resepi....mmg susah sikit, jadi belajar yg mudah2 dulu.

Kadang2 ikut pergi ke library tempat mr husben belajar...Leeds University utk salin resepi dr suratkhabar Msia...kebetulan ada suratkhabar dr Msia disediakan di situ(dulu2 byk juga resepi yg dikongsi dlm suratkhabar).

Dan thn pertama kahwin ada jemput beberapa famili beraya di rumah kami... adalah masak sikit2 tapi lupa pula apa menu yg dimasak. Bila thn ke 2 ada buat open house utk kawan-kwn Msia.menunya masih ingat iaitu rendang ayam, lemang segera masak dlm oven,dodol microwave, soto nasi dan nasi pilau Pakistan (belajar dg wife tuan rumah org Pakistan)...sayang masa tu tak ambil gambar makanan sbb tak minat sgt bergambar mcm skrg.

Kemudian sikit2 mencuba resepi2 yg berkenan...cuba jaya...ada yg jadi...ada yg tidak...hinggalah ada Fotopages Mamasya dan kini Dapurmamasya...itulah kisahnya, sekadar berkongsi sikit pengalaman yg ada. Jumpa lagi next entry....harap tips yg dikongsikan berguna buat semua & moga semua bahgia selalu......

Monday, September 24, 2012

Nasi Dagang di Hari Istimewa



Assalammualaikum buat semua....
Ni kisah semalam.... mama masak nasi dagang kelate semperna Anniversary kami.Syukur Alhamdullilah diberikan Allah kesejahteraan dan kebahgiaan buat kami bersama anak-anak tersayang, moga ianya berkekalan sepanjang hayat...Amin.
Tiada kek anniversary....sbb malasnya nak deko kek. ingat nak beli kek yg dah siap tp sebelum ni bila beli kek...anak2 kurang mkn kek beli, confirm mama kena habiskan sorang2. Jadi fikir2 nak masak apa yg special sikit....teringat nasi dagang yg mmg kegemaran mama & mr husben.


Lagipun dari raya lagi nak buat nasi dagang, ikanpun dah lama beli, stok berasa nasi dagangpun masih ada...tapi bertangguh hingga semalam. Nasi dagang mcm biasa mama padankan dg lauk gulai ikan makarel, acar mentah dan kali ni mama tambah dg sambal kelapa nasi dagang.Kalau org jual mmg jarang nak jumpa nasi dagang dihidangkan dg sambal kelapa.tp Nasi dagang mmg sedap dimkn dg sambal kelapa....penambah rasanya.Untuk resepi nasi dagang dan gulai ikan boleh tengok sini utk versi nasi dagang kelate dan Ganu di sini.


Ini pertama kali buat sambal kelapa nasi dagang. nama je sambal tp tak pedas langsung tak da letak cilipun hanya lada hitam. hasil carian resepi di google.. ..baru tahu yg sambal kelapa ni sama dg sambal ikan nasi kerabu. Utk resepi ni mama buat simple guna kelapa kering dan ikan tuna dalam tin. Ni resepinya..

Sambal Kelapa Nasi Dagang
bahan
3/4 cawan kelapa - goreng kekuningan
1 tin ikan tuna - tapis dan lenyek utk buang airnya @ 1 ekor ikan kembung rebus,buang tulang.
1 btg serai- potong halus
3 ulas bwg merah
lada hitam, garam, gula

Cara
Tumbuk bwg merah, serai dan ikan kembung, kalau guna ikan tuna tak payah tumbuk.Campurkan semua bahan dan rasakan. Kalau guna kelapa kering...campurkan dg sedikit air panas, kacau dlm microwave dlm 1-2 min/ kukus sekejap sampai kelapa lembut. angkat kacau...barulah digoreng.


Nasi dagang atas daun pisang utk anniversary....

Mencari Serimuka Idaman hati.



Assalammualaikum buat semua dan tkasih byk2 buat pengunjung dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, nanti lapang mama akan buat kunjungan balas.
Utk entry hari ni nak kongsi kuih serimuka yg mama buat hari rabu lepas.Mama jarang buat kuih serimuka sbb anak2pun kurang mkn kuih manis, adalah 3-4 kali...ada yg menjadi dan ada yg tidak. Rajin nak buat minggu lepas sbb nak cuba resepi mana yg menjadi pilihan hati utk satu acara nanti.Hari rabu itu buat 2 resipi sekali gus, 1/2 adunan utk setiap resepi. Sebelum hari rabu itu...mama intai beberapa resepi kuih serimuka....dr resepi yg dilihat utk bhg pulut sama cuma bhg atas/hijau ada pelbagai resepi...


dan utk resepi pertama yg dicuba, mama berkenan dg kuih serimuka yg dikongsi oleh Blog Ijan @ Adunan Citarasaku yg mmg ambil tempahan kuih serimuka.Nampak elok kuih serimukanya...itu yg berkenan nak cuba.Resepi asal dari K.Liza dg diubahsuai sedikit tambahan tpg ubi.Dimana resepi asal ni mama baru teringat pernah cuba masa di dapur Fp dulu. Buat 1/2 adunan (loyang 4 in x 8in) bila potong 2 in x 1 in dpt 16 kpg. Jadi kalau 1 adunan (loyang 8 in x 8 in) boleh dpt dlm 32 kpg.Resepi penuh spt dibawah, t.kasih Ijan dan K.Liza yg berkongsi resepi.

Kuih Serimuka
Sumber; Blog Ijan @ Adunan Citarasaku dan Blog K.liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan A
2cwn beras pulut-rendam 2jam
2 1/2cwn santan cair - 2 cwn dah cukup
sedikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran (8 X 8)
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas/hijau.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

B[lapisan hijau]
2cwn santan pekat
1/2cwn t kastad + 1 sdb t ubi
1/2cwn t gandum
1bj telor
1/2cwn gula pasir - tambah@ 3/4 cwn gula kalau nak manis
sdkt garam
3-4 helai daun pndan - guna pandan paste
sedikit pewarna hijau[jika perlu]
cara2nya:
1.blend d pndn dngn sdkt air.tapis..campur dngn santan...jdkan[ 2 cwn santan pekat]
2.Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


hasilnya...mama puas hati sbb menjadi kuih serimuka ini dan sedap rasanya....
resepi serimuka ke 2 nanti akan menyusul...jumpa lagi....

Thursday, September 20, 2012

Apam Balik Rangup




Assalammualaikum buat semua.utk permulaan entry hari ni...sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat Bonda Nieza @ Our Journey Begins yang pulang kerahmatullah pada 16 Sept dan ayahanda K.Ina KL @ Tertunailah Hasrat Di Hati pada hari ni 20 Sept.Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat.Amin.. Moga Nieza dan K.Ina tabah menghadapi pemergian orang tersayang. Alfatihah.....
Berbalik kepada entry hari ni nak kongsi Apam Balik Rangup yg juga dah lama simpan dalam draf. Lepas menjadi buat apam balik dulu, terus mama cari resepi apam balik rangup yg mcm pasar malam itu.Kalau kat Msia confirm mama beli je.....dok jauh ni pandai2lah cuba buat sendiri. Tak yakin sgt nak buatnya tp tengok Blog My Kitchen cantik elok jadinya...itu yg nak cuba juga. Dan hasil yg mama buat....


1/2 adunan menjadi dan 1/2 adunan pertama tak menjadi.....mulanya salahkan kuali...sampai 3 biji kuali non stick,1 biji kuali crepe...cuba juga kuali roti jala.....tp semua tak jadi juga. Dah merajuk nak buat bila 1/2 adunan tak jadi apamnya, ada adunan melekat dikuali ...tak boleh tanggalkan. bila sapu butter....kulit adunan apam jadi tak begitu elok dan ada yg tak rangup. Kemudian tukar nak masak mcm apam balik biasa....tp tak boleh sbb kulit apam guna resepi apam rangup ni cepat masak kulit luarnya tp dlmnya belum. Dah serba salah...nak hadiahkan ke cik tong atau nak cuba lagi. Tak apalah cuba lagi...sayang hadiahkan pada cik tong....kali ni cuba semula guna kuali non stick yg paling kecil dan caranya adunan kena betul2 letak tipis dlm kuali yg dah panas.lebihan adunan disapu keluar dan api sed panas...kena cuba beberapa biji...dptkan teknik yg betul. Resepi penuh spt di bawah.kalau ada kwn2 yg mencuba tak menjadi mamapun sama mulanya...kena cuba jaya...dkt Blog My Kitchen pun siap Q & A ttg apam ni.

Apam Balik Rangup
Sumber; Blog My Kitchen
Oleh; Dapurmamasya

Ingredients:
170 gm all purpose flour
100 gm rice flour
30 gm cornstarch
2 tsp double action baking powder- ganti 2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
2 large eggs
1 tsp vanilla essence
6 - 7 ozs water
150 gm fine granulated sugar - boleh kurangkan sbb tak perlu manis sgt

Filling:
120 g melted butter- letak sikit setiap kpg, x letakpun tak pa
150 gm fine granulated sugar - letak sikit je sbb adunan dah manis
1 cup chopped roasted peanuts

Method:
Mix all the ingredients together, strain and leave in the fridge for at least 3 hours. (i left it overnight)
Heat a crepe pan or a small nonstick pan slightly. (just hot enough for batter to stick to pan)
Pour in a 4 oz ladle of batter and swirl pan so that batter is coating the edge. Remove the excess batter and sprinkle in some sugar on the pancake.
Cook till the bottom of pancake is golden brown.
Sprinkle with melted butter and then chopped roasted peanuts.
Fold the pancake into a half and leave to cool.(it will be crispy as soon as it gets cold)


inti choc.....pilihan anak2


inti kacang dan jagung...ini mama punya


saiz apam ni kecik je....tengok sebesar saiz tangan abg Syazrin..


wpun hasilnya tak 100% mcm org jual di pasar mlm tp jadilah....dapat juga makan apam balik rangup.anak2 paling suka makan.....tak rugi mama mencuba.

Wednesday, September 19, 2012

Cream Puff Lagi....



Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni....nak kongsi cream puff yg dah lama buat...sebelum Ramadan lagi...uploadpun dah lama kat draf cuma baru sampai giliran muncul di blog. Pernah buat cream puff sebelum ini, ada step by step boleh tengok sini. Dan cream puff dlm entry kali ni buat tak lama lepas yg sebelum ni....tak puas mkn...kalau cream puff mmg suka terutama part inti creamnya itu.


Cuma untuk cream puff kali ni guna resepi lain pula.Hasilnya sama elok menjadi. pernah juga buat tak jadi cream puff...cream puff tak naik elok....setelah diteliti...bahan2nya dah betul tp rupanya oven yg digunakan tak begitu panas dan masapun tak cukup utk bakar cream puff...tu yg cream puff macam merajuk tak nak kembang....dah tahu silap kat mana, jadi bila buat lagi mmg pastikan suhu dan masa bakar adalah betul.
untuk inti custad boleh tengok resepi sebelum ini. Resepi penuh dan cara spt dibawah....

Cream Puff
Sumber; Yani @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4 Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.- mama tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30 min; 180'C api atas bawah
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Wpun guna nozzle yg sama.....cara picitpun sama...tp bila dah masak..macam2 rupa pula jadinya....tp tak apakan asal rasanya tetap sama sedappp....

Tuesday, September 18, 2012

Lepas Ayam, Daging Blackpepper pula



Assalammualaikum.....moga semua sihat dan sejahtera
Sebelum citer ttg resepi hari ni, nak kongsi sikit citer semlm.....dlm tgh hari tu, bunyi org bising kat jln dpn bgn apt, dah selalu dengar bising gini biasa berlaku sbb berebut parking atau ada kemalangan wpun hanya bergesel kereta...terus jadi gaduh besar, riuh rendah bunyinya.tak kira lelaki mahu perempuan....dah bergaduh, ramai2 pula dtg tengok...kdg2 ada yg guna kayu, ada yg turut masuk campur tp ada yg tolong leraikan.Berbalik kisah semlm, mama intai dari balkoni....masa tu ramai pula org dr bgn2 lainpun dok intai dr tingkap dan balkoni masing2....nampak ada yg tengah berlari ke tempat kejadian.Nampak motor dan kereta di situ....mmg gaduh besar bunyinya, bibik mama cakap kesiannya pemandu motor tu kena pukul...dahlah bawa brg, langgar sikit tu..kena pukul....mamapun tumpang kesian pemandu motor kena pukul sbb ingatkan mcm biasa kes kemalangan. Tapi.....kisah sebenarnya...kebetulan mr husben lalu kat situ....tanya apa kesnya.bukan kemalangan tp org tu curi motor....jadi pakat kejar motor itu, pencuri itu dpt dihalang oleh org ramai bila pemiliknya jerit pencuri....apalagi mmg kena belasahlah pencuri itu...aaaa...dr kesian terus cakap...padanlah mencuri....jgn nak mencuri lagi...

Berbalik kpd resepi hari ni lepas ayam blackpepper, entry hari ni nak kongsi pula resepi daging blackpepper yg dimasak masa Ramadan lepas, gambarpun dah kongsi di sini ...baru sempat update resepi. Mama tambah sikit bahannya sbg penambah rasa.t.kasih buat empunya resepi.

DAGING BLACK PEPPER
Sumber;Resepi Nannie
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN :
500 grm daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan- x letak
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah

BAHAN DIMAYANG HALUS :
2 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
mama tambah; sedikit bunga lawang kulit kayu manis & cengkih semasa menumis. dah tambah juga sikit lada hitam yg ditumbuk.

CARA MEMASAK :
- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos black pepper selama 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa/fridge bukan dibahagian beku/freezer.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus kecuali bwg besar dan kacau sampai terbit bau wangi . *Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap,lada hitam dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi .
-Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam .
notes; tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari sos yang diguna.
*Nota Dapurmamasya; mama hanya masukkan bwg besar dan capsikum bila daging dkt nak empuk.utk elakkan terlampau layu


Kalau daging blackpepper pasti ramai yg sukakan...sesuai utk sekeluarga sbb tak pedas...tambah berkicap itu yg buat budak2 suka.
t.kasih buat semua yg tinggalkan komen...nanti akan buat kunjungan balas...

Sunday, September 16, 2012

Jalan-jalan Jamu Mata - updated



Assalammualaikum buat semua...slmt berhujung minggu
Cuti hujung minggu 3 hari ni tentu ramai yg sibuk dg mcm2 xtvtkan....xtvt jln2..makan2...dll bersama keluarga. Citer ttg xtvt entry kali ni ttg gambar2 makanan. Gambar2 ambil sebelum puasa lagi di beberapa tempat, sambil cari barang dapur....intai sekali lain2 makanan dan minuman yg dijual.Cuma gambar kurang terang sikit sbb guna kamera kecik....


masa jalan2...jumpa kedai kek.....stop kejap tengok kek2 yg dijual. kecil je kedai....chiller cake nipun letak di kaki lima dpn kedai


tp byk juga kek2 yg dijual.....kebanyakkan kek sponge dg pelbagai filling


di kedai jus....bergantungan buah2 utk air buah...fresh dan pekat air jus...

sambil tunggu air jus....budak2 ni dok senyum2 je bila mama ambil gambar....terus ambil gambar mrk....ada yg malu pulak...nyorok muka.


Ni pula masa singgah satu hypermarket dkt sini.....mcm2 jeruk sayur ada...cili, karot, timun, buah zaiton....ada juga jual dlm saiz yg kecil. Org Arab mmg suka mkn jeruk....dihidangkan dg roti arab juga dg nasi. Rasanya agak masam...


bahagian sayur......capsicum ,zucchini, terung dll.....


masih dlm hypermarket di bgh lauk-pauk pula.ni bgh yg paling mama suka.....jamu mata dan pilih makanan yg berkenan sbb di sini mama belum jumpa restoren yg display lauk-pauk mcm2 yg byk begini kecuali dkt hypermarket ini, kat supermarket lain ada juga tp tak byk pilihan lauk-pauk. Kalau di Msiapun mama suka tengok restoren nasi campur yg jual mcm2 jenis lauk pauk....suka jamu mata sebelum pilihan lauk yg berkenan. Di bhg lauk ni ada 2 kaunter, satu seafood & satu ayam&daging. Selain bhg lauk-pauk ada kaunter bgh kek, dessert dan manisan spt baklava dll...mcm gambar Syakirah kat atas posing dkt bgh jual baklava.




kena beli tapau sbb dlm tu takda tempat mkn.kalau nak mkn kena food court tingkat atas. Di bhg seafood ada jual nasi , grill fish,lasagna seafood, kebab ikan,kepah, sotong dan udang goreng tepung.ambil no giliran dulu sebelum order,harga ikut timbangan berapa berat kita nak....suku kg, 1/2 kg ke...


ada juga jual ayam bakar....set sekali dg funfries...


kaunter lauk ayam & daging....bulat2 kecil dlm daun yg tersusun byk dlm dulang itu adalah mahshi...nasi dibungkus dlm daun anggur, meatball dlm tomato sauce, dan lain2 lauk....juga jual ikut timbangan.jadi lauk tak boleh campur dg nasi dlm satu bekas sbb harga berbeza timbangan...kena beli asing2...


ada mix vegie, nasi sumbat dlm sayur & sosej, burung merpati....

ada juga kebab, daging bakar , ayam bakar....

ni lauk ayam dan daging berkuah....mama tak tahu nama apa masakan ni...


chicken grill yg dah masak


zoom merpati bakar....ada byk lagi makanan yg dijual spt nasi yg ada pelbagai jenis, spaghetti, lasagna, pasta, salad dll tp tak dapat nak ambil gambar kat makanan tersebut sbb ada org tgh tunggu order di situ.

Updated 16/9/2012. Semlm masa ke hypermarket ni dapat juga ambil gambar2 lain2 makanan dibgh lauk-pauk yg tak dapat diambil sebelum ni.layan gambar2 yg baru diupdated...utk kenang-kenangan.
pelbagai jenis nasi.....mama tapau nasi yg coklat itu...
ada baked pasta dan samosa....tp tak pasti samosa inti apa.
lauk-pauk Asian spt sweet n sour ayam, Ayam Kung Pao, nasi goreng, mee goreng, daging masak kicap..
ni bhg salad....mcm2 ada... yg dah siap pack
bhg nasi seafood, pasta seafood dll ...jumpa lagi next entry...

Thursday, September 13, 2012

Ayam Bakar Blackpepper



Assalammualaikum....moga semuanya sihat walafiat
Sebelum citer ttg entry hari ni....nak citer sikit ttg jiran...tp jiran kat Msia...bukan kat Cairo ni.Di Cairo jiran Arab...jrg sgt bertemu, hanya sesekali bertembung di lif....nak sembangpun lain bahasa....sekadar senyum je. Mama bersyukur sgt sbb dikurniakan jiran2 yg baik dan prihatin...yg sudi membantu disaat diperlukan, maklumlah kami jauh.Sedara marapun tak ada yg berdekatan dgn rumah, jadi dgn jiranlah diharapkan utk membantu jika berlaku apa2. Mama suka kejiranan mama itu sbb kami kenal satu sama lain....rata2 jiran Melayu tp yg Cinapun baik juga,musim durian bagi sebaldi besar durian dr dusunnya sendiri. Anaknya kahwin jemput juga kami dan jiran Melayu....dia tempah sate tukang masak Melayu dan bila dtg rumah beraya bagi angpau pd kami.Kalau terserempak....tak sempat tegur dari jauh dia dah senyum. Jiran2 Melayu pula kami sesekali tukar2 makanan...kdg2 sayur dan buahpun ada. Jiran blkg rumah wpun hanya sepokok mangga ada dpn rumah tp siap offer pada kami dtglah kutip mangganya yg berbuah dan masa nak balik sini, dtg rumah berjumpa kami dan hulurkan anak2 duit....terharu pula...rasa rapat mcm saudara. Anak2 jiran lagilah rapat dgn anak2 dan bila ptg lepas habis sek agama, suka kumpul blkg rumah melayan Syakirah. Anak2 bebas keluar bermain dlm kws taman...rasa selamat sbb kenal satu sama lain.
Masa tinggal di JB dulupun begitu juga dpt jiran2 yg baik dan ramah mesra.wpun sibuk balik lewat dr office tp bila sesekali bersua...sembang mesra dan bila perlukan pertolongan tidak keberatan membantu. Selalu ingatkan diri sendiri, kalau nak jiran baik dgn kita...kitapun kena baik dgn jiran...sembanglah perkara yg baik2....jauhkan dari bercerita yg buruk.Kalau ada silap anak2 jiran sikit2 tu dgn anak kita tak payahlah ambil hal....budak2 hari ni gaduh...esok baik. Mungkin kita sibuk dgn kerja masing2 tp bila jumpa kalau tak sempat nak menegur sapa, hadiahkan senyuman atau perlu angkat tangan bila terserempak wpun dlm kereta. Kalau jiran tak tegur kita dulu wpun dah bersua, maka kita tegurlah dulu jiran....sbb mungkin mrk segan dg kita. Dan kalau ada rezki lebih.....jgn kedekut sesekali dihulurkan...kuih, buah2 dll utk jiran atau anak2 mrk.Oklah pjg pula celoteh ttg jiran hari ni....sekadar berkongsi cerita...
Berbalik kpd resepi hari ni, spt yg dijanjikan sebelum ni nak kongsi ayam bakar blackpepper.Dah ada resepi ayam blackpepper sebelum ni tp ni ada ubahsuai sikit sukatan bahan2nya.Utk mana2 resepi yg letak lada hitam, nak lagi sedap dan cantik je kejadian ayam bakar...guna lada hitam yg ditumbuk..jgn guna yg serbuk. Mama juga kongsi sedikit tip membakar ayam spt dibawah;

Ayam Bakar Blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya ;
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering


Semlmpun mama masak ayam bakar blackpepper.....mcm biasa laju je anak2 ke meja makan bila mama cakap ada ayam bakar hari ni....

Tuesday, September 11, 2012

Lagi Xtvt Masak2 Ramadan lalu-Nasi Minyak Warna-Warni, Ayam Bakar & Daging Blackpepper



Assalammualaikum...moga semua sihat sejahtera...
Dah nak masuk hujung Syawal....tp masih ada entry masak-masak Ramadan yg lepas .....kali ni xtvt masak2 pada 5 hari sebelum Syawal/14 Ogos, mama ada masak2 utk majlis Iftar di rumah TYT Duta Malaysia yg dihadiri hampir 30 org tetamu jemputan.Mama perlu masak 3 jenis menu,manakala menu lainpun ada juga dihidangkan utk tetamu....dibahagi2kan tugas memasak. Disamping memasak, mama & mr husben juga antara tetamu yg dijemput utk majlis iftar berkenaan.
Menu yg mama masak adalah nasi minyak warna-warni, ayam bakar blackpepper dan juga daging blackpepper. Untuk menu nasi minyak, berkenan mencuba resepi dari Fp K.Liza sbb kelainannya ada letak juga serai,pandan dan tomato. Juga kismis yg dimasak sekali dg beras ....bukan ditabur semasa menghidang masak spt kebiasaan. T.kasih K.Liza berkongsi resepi nasi minyak warna-warni yg menarik hati ni...

NASI MINYAK WARNA WARNI
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.



nasi dah siap masuk dlm bekas. warna nasi ada coklat sikit sbb warna kismis yg turun pada nasi.Nak tengok bgmana cara warnakan nasi boleh tengok spt di sini.


mama mmg suka nasi berperisa gini....


Ayam bakar blackpepper yg diperap semalaman. resepinya agak2 je...nanti akan kongsi kemudian...resepi dah update disini.


ayam dah siap masuk bekas


Juga daging blackpepper....masak sebyk 3 kg.