klik Nuffnang

Thursday, September 13, 2012

Ayam Bakar Blackpepper



Assalammualaikum....moga semuanya sihat walafiat
Sebelum citer ttg entry hari ni....nak citer sikit ttg jiran...tp jiran kat Msia...bukan kat Cairo ni.Di Cairo jiran Arab...jrg sgt bertemu, hanya sesekali bertembung di lif....nak sembangpun lain bahasa....sekadar senyum je. Mama bersyukur sgt sbb dikurniakan jiran2 yg baik dan prihatin...yg sudi membantu disaat diperlukan, maklumlah kami jauh.Sedara marapun tak ada yg berdekatan dgn rumah, jadi dgn jiranlah diharapkan utk membantu jika berlaku apa2. Mama suka kejiranan mama itu sbb kami kenal satu sama lain....rata2 jiran Melayu tp yg Cinapun baik juga,musim durian bagi sebaldi besar durian dr dusunnya sendiri. Anaknya kahwin jemput juga kami dan jiran Melayu....dia tempah sate tukang masak Melayu dan bila dtg rumah beraya bagi angpau pd kami.Kalau terserempak....tak sempat tegur dari jauh dia dah senyum. Jiran2 Melayu pula kami sesekali tukar2 makanan...kdg2 sayur dan buahpun ada. Jiran blkg rumah wpun hanya sepokok mangga ada dpn rumah tp siap offer pada kami dtglah kutip mangganya yg berbuah dan masa nak balik sini, dtg rumah berjumpa kami dan hulurkan anak2 duit....terharu pula...rasa rapat mcm saudara. Anak2 jiran lagilah rapat dgn anak2 dan bila ptg lepas habis sek agama, suka kumpul blkg rumah melayan Syakirah. Anak2 bebas keluar bermain dlm kws taman...rasa selamat sbb kenal satu sama lain.
Masa tinggal di JB dulupun begitu juga dpt jiran2 yg baik dan ramah mesra.wpun sibuk balik lewat dr office tp bila sesekali bersua...sembang mesra dan bila perlukan pertolongan tidak keberatan membantu. Selalu ingatkan diri sendiri, kalau nak jiran baik dgn kita...kitapun kena baik dgn jiran...sembanglah perkara yg baik2....jauhkan dari bercerita yg buruk.Kalau ada silap anak2 jiran sikit2 tu dgn anak kita tak payahlah ambil hal....budak2 hari ni gaduh...esok baik. Mungkin kita sibuk dgn kerja masing2 tp bila jumpa kalau tak sempat nak menegur sapa, hadiahkan senyuman atau perlu angkat tangan bila terserempak wpun dlm kereta. Kalau jiran tak tegur kita dulu wpun dah bersua, maka kita tegurlah dulu jiran....sbb mungkin mrk segan dg kita. Dan kalau ada rezki lebih.....jgn kedekut sesekali dihulurkan...kuih, buah2 dll utk jiran atau anak2 mrk.Oklah pjg pula celoteh ttg jiran hari ni....sekadar berkongsi cerita...
Berbalik kpd resepi hari ni, spt yg dijanjikan sebelum ni nak kongsi ayam bakar blackpepper.Dah ada resepi ayam blackpepper sebelum ni tp ni ada ubahsuai sikit sukatan bahan2nya.Utk mana2 resepi yg letak lada hitam, nak lagi sedap dan cantik je kejadian ayam bakar...guna lada hitam yg ditumbuk..jgn guna yg serbuk. Mama juga kongsi sedikit tip membakar ayam spt dibawah;

Ayam Bakar Blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya ;
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering


Semlmpun mama masak ayam bakar blackpepper.....mcm biasa laju je anak2 ke meja makan bila mama cakap ada ayam bakar hari ni....

15 comments:

  1. Assalamualaikum Mamasya :D
    Sedap nampaknya Ayam Bakar Blackpepper...Insya Allah boleh cuba ni..

    Terima kasih Mama :D

    ReplyDelete
  2. salam mamasya
    lama nya akak tak kesini tengok menu mama,busy sangat sejak kebelakangan ni tapi alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega semuanya dah beres dan start lah teringin nak main masak2 sedap tengok ayam tu mesti anak2 akak suka ni nk copy resepi ek..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ayam bakar...kalau kat umah ada mcm ni..memang tak toleh kiri n kanan....hehe

    ReplyDelete
  4. Jiran sepakat membawa berkat ye Mamasya...
    tu... ayam tu yang sangat sedap tu... alangkah bestnya kalau kita duduk berjiran... bolehlah Amie hulur piring kosong tanpa malu2 he he he hehh

    ReplyDelete
  5. ye la kak ,kalau dapat jiran yg ngam mmg bestkan dedulu saya masa family baru pindah ke kawasan perumahan yg baru dibuka,tapi jiran2 asyik bercekau aje sampaikan lorong yg lain gelarkan lorong tu lorong hitam hehheee semua tinggal kenangan
    sedap nampak ayam black pepper akak tu \

    ReplyDelete
  6. Salam ...

    Nak kena cuba ni ......
    Thank mama ....

    ReplyDelete
  7. klu ada black peper mmg zila minat..sedapnya mama..:)akk mmg rajin sokmo tau.:)

    ReplyDelete
  8. Wsalam mamasya.. Takleh tahan nengok saya nengok ayam tu.. Ngan black pepper lg, pasti mantops.. :-)

    ReplyDelete
  9. betul tu mama...jgn sombong2...apalah yg nk dsombongkan...kekayaan, kecantikan, sgala harta benda+++hanya pinjman sementara kan?....pepun tak sabar nk cube resepi ni...nyum2...;)

    ReplyDelete
  10. salam mamasya....mmg ditunggu2 resepi ayam bakar blackpepper...hari ni nak trylah...sbb hari i x de kojo blh start membako...he he he

    ReplyDelete
  11. assalam
    sedapppp...bila nk bakar ayam jugak ni he he

    ReplyDelete
  12. Assallamualaikum kak..

    Ermm betul tu kak. Kita sebelum berharap org buat baik dgn kita, kita pun perlulah berbaik dgn jiran tetangga kan. Pas tu kan kak, jiran ni memainkan peranan penting juga utk menyumbang rasa seronok kita tinggal di sesuatu tempat tu kan. Kalau ada jiran yg bermasam muka dgn kita, mesti dah tak rasa seronok dah kita tinggal di situ.. Yelah..kalau dah namanya jiran, pasti bertembung juga bila2 kan..

    Naz, walaupun bukan jiran akak, nak mengendeng ayam bakar blackpepper tu barang seketul dua dari akak. Boleh tak ni? heheheee

    ReplyDelete
  13. salam mama,dtg nk sekodeng ayam bakar nie..sedappp...dh cuba dah amik kt blog mama...tq2...zila66

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkum Zila.sama2...t.kasih juga mencuba resepi ayam ni..

      Delete

Klik Nuffnang2