klik Nuffnang

Wednesday, September 19, 2012

Cream Puff Lagi....



Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni....nak kongsi cream puff yg dah lama buat...sebelum Ramadan lagi...uploadpun dah lama kat draf cuma baru sampai giliran muncul di blog. Pernah buat cream puff sebelum ini, ada step by step boleh tengok sini. Dan cream puff dlm entry kali ni buat tak lama lepas yg sebelum ni....tak puas mkn...kalau cream puff mmg suka terutama part inti creamnya itu.


Cuma untuk cream puff kali ni guna resepi lain pula.Hasilnya sama elok menjadi. pernah juga buat tak jadi cream puff...cream puff tak naik elok....setelah diteliti...bahan2nya dah betul tp rupanya oven yg digunakan tak begitu panas dan masapun tak cukup utk bakar cream puff...tu yg cream puff macam merajuk tak nak kembang....dah tahu silap kat mana, jadi bila buat lagi mmg pastikan suhu dan masa bakar adalah betul.
untuk inti custad boleh tengok resepi sebelum ini. Resepi penuh dan cara spt dibawah....

Cream Puff
Sumber; Yani @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4 Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.- mama tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30 min; 180'C api atas bawah
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Wpun guna nozzle yg sama.....cara picitpun sama...tp bila dah masak..macam2 rupa pula jadinya....tp tak apakan asal rasanya tetap sama sedappp....

19 comments:

  1. Jumaat ni nak try buat lah mama ....harap jadi ...

    ReplyDelete
  2. Cream puff memang sedap...bila nak ulang buat lagi ni ye....terliurnya nengok...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak..
    nani pun tak pandai wat lagi cream puff ni.. baru2 ni sakinah ada cakap.. teringin nak makan cream puff.. tapi terpaksa abaikan dulu.. sbb skrg ni mood nak membakor tak de... biar je permintaan anak.. nanti2 kot bila datang nya kerajinan ke.. baru nak wat kat dia sikit.. tu pun wat rupa2 nani je la.. yg lawo2 cantek2 cam akak wat ni.. blom jadi kot.. hihihih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mamasya :D
    Tengok jer dah tau sedap...lebih2 lagi kalau buat minum2 petang..

    ReplyDelete
  5. salam kak, dah lama teringin buat ni..tapi masih belun tertunai..

    ReplyDelete
  6. kak saya pun pernah try buat creampuff tapi tak mo kembang oo suhu kena panas ye kak nanti cuba lagi

    ReplyDelete
  7. pergggh, terliur pulak nengok cream puff tu...sedaaapppp

    ReplyDelete
  8. kita pun terlior memalam ni, tak pernah buat lagi, asyik peram resipi je. mcm teringin pula...

    ReplyDelete
  9. assalam Mamasya
    memang sedappp sgt krm puff ni...lazatnya krim dia tu he he tak puas seketul dua bila masuk dlm mulut..skrg dah jd kesukaan akak dan anak2 he he
    nanti leh try resepi ni pulak

    ReplyDelete
  10. mmg xpenah jemu mkn cream puff ni...sedap...

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..
    sedapnya cream puff ni. teringin nak buat, tp tak buat2 lg. takut tak jadi. dah ada resepi kat sini nanti bolehla umi cuba :)

    ReplyDelete
  12. Salam Mamasya..
    cantek kaler cream puff ni...nanti nak try jugak..

    ReplyDelete
  13. Salam Mama,
    terliuq nye nengok kan cream puff tu..tak penah try buat lagi..best nye kalau dapat buat sendiri kn..gerenti puas hati..
    sambil2 berblogwalking, jemput la singgah ke teratak saya ye
    http://effaismail.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Terliur sungguh nengok cream tu mamasya.. Slurrpp.. :b

    ReplyDelete
  16. sedap la kak,tgk pun dh kecur..inti tue klu ltk lbh2 sedapp btl..dah lama jgk x buat..nnt nk buat lg la kak..kecur pulak tgok:)

    ReplyDelete
  17. ini pun Nekcik suka tapi tak suka nak buat..macam susah jer!!

    ReplyDelete
  18. krim plak nak buat mcm mana??

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2