Assalammualaikum....moga semua sihat sejahtera.t.kasih buat kwn2 blogger yg sudi komen dan bagi pandangan ttg entry Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri sebelum ini, tips yg cukup bagus utk kita.
Citer ttg air tangan dan pikat selera.....mama nak kongsi menu yg memikat selera kami sekeluarga iaitu Mee Rebus Udang Ala Singapura yg dimasak week end yg baru lepas utk hidangan di hari minggu. Dah kebiasaan kalau hari minggu selalu masak menu yg berkuah utk sarapan spt mee...laksa,soto.. sbb jadi kegemaran sekeluarga kalau menu yg berkuah dan bila hari cuti semua boleh ulang2 makan.
Buat mee rebus sbb masih ada stok ubi keledek di rumah...beli byk hari tu...buat kuih cek mek dan masih berbaki. Biasa buat mee rebus guna resepi yg ada daging, kali ni resepi hanya udang semata....
....dan spt komen di MYR rasanya mmg sedap, anak2pun suka sampai ulang mkn.customer no 1pun komen sedap......mmg kena dg selera kami sekeluarga.Lain rasa mee rebus udang berbanding mee udang sbb mee rebus ada byk lagi bahan2 tambahan spt taucu,rempah kari, serai dll...boleh tengok resepi penuh spt di bawah...t.kasih byk2 CMG@DTS...kongsi resepi.
Mee Rebus Udang Ala Singapura
Sumber; CMG @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning - guna spaghetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar- kupas & tinggal bbrapa ekor tak kupas
BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)- tak cuci sbb guuna taucu yg dah lumat
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus - ganti ubi kelerdek
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)- x letak
1 biji tomato, dibelah empat
Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan
mee rebus udang....