Salam Maal Hijrah buat semua, moga tahun baru dibuka dgn kisah baru,azam baru....kearah yg lebih baik dan moga dikurniakan Allah sentiasa dgn kesejahteraan, kebahgiaan dan keberkatan dalam apa jua yang dikerjakan....Aminn. Juga terimakasih yg bertandang ke Dapurmamasya dan tinggalkan komen dalam entry yg lalu, maaf ada yg belum sempat mama buat kunjungan balas, harap jgn kecil hati ya....nanti kelapangan akan buat kunjungan juga.
Catatan entry ini untuk berkongsi sedikit pengalaman dan sebagai kenang-kenangan mama semasa menunaikan haji yang baru lalu. Ingin dikongsikan segera tp mengambil masa sbb nak pilih gambar dan upload....hari ni baru siap.
Pengalaman mama & mr husben semasa menunaikan haji mungkin berbeza sedikit dgn jemaah haji dr Msia sbb kami pergi sendiri dan kami hanya pergi berdua, tiada jemaah Msia yg ikut sama dg kami dari Cairo. Segala urusan dari penginapan hotel(booking secara on line), pengangkutan, perjalanan di sana diurus sendiri dan bukan ikut mana2 pakej. Kami pergipun tidak lama, hanya 10 hari, 2 mlm di Madinah dan 8 mlm di Mekah. Dan ini merupakan kali kedua mama berpeluang ke Tanah Suci selepas kami menunaikan umrah pada tahun 1997 dan haji kali ke 2 buat mr husben.... syukur Alhamdullilah dapat menjadi tetamu Allah lagi.
Wpun sejak awal dtg ke Cairo kami ada simpan hasrat utk tunaikan haji, namun mama spt bermimpi bila tahun ini dapat peluang utk menunaikan haji sbbnya permohonan utk dptkan visa haji agak lewat diluluskan....tak sampai seminggu bila visa diluluskan kamipun berangkat. Semua nak diuruskan segera dlm beberapa hari saja, dptkan tiket flight, booking hotel melalui internet, buat persiapan, kumpulkan semua info yg diperlukan dr internet....tp syukur semuanya berjalan dengan baik.
Ada juga kesulitan dihadapi semasa di sana tapi anggap itu semua ujian kecil,ingatkan diri sendiri kena banyak bersabar dan selalu berdoa diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segalanya sepanjang menunaikan haji.Dan kami berdua Alhamdulilah sihat selama di sana hinggalah selesai haji dan hanya hari nak balik baru mula kena batuk dan selsema.
Terminal Haji Cairo
Kami mengambil penerbangan terus Cairo ke Madinah yg mengambil masa hampir 2 jam. Dari Cairo berlepas dari terminal Haji.....masa sampai di airport dpt dengar bunyi gendang dan seruling, ingatkan ada majlis apa, masa balikpun sama di airport meriah dgn bunyi begini. Rupanya cara orang sini meraikan sedara mara atau sahabat handai pergi dan balik dari menunaikan haji....mmg berbeza budaya mrk.
di balai berlepas Cairo Airport. tak ramai yg ke Madinah sbb ramai jemaah terus ke Jeddah.
Sampai di aiport Madinah, kami terus keluar kws airport utk cari kenderaan, masa tu ramai tukang tolak troli dtg hampiri, tanpa disuruh mrk akan terus angkut bag. Tak jauh jarak keluar tempat bas dan kereta. Tiada taxi diluar airport yg ada kereta persendirian....dah tawar menawar kamipun setuju utk ambil kereta terus ke hotel. Spt yg selalu diingatkan oleh orang kalau di sana, bila naik kereta, pastikan suami naik dulu, kita kemudian dan bila turun, pastikan kita turun dulu,utk langkah keselamatan.
Elok masuk hotel dimana kami menginap di Hotel Al Eiman Taibah, tak lama kemudian masuk Isyak....dr hotel jelas kendengaran azan dr Masjid Nabawi....tak jauhpun hotel dari Masjid' dlm 150 meter. Tapi bila sampai kws masjid tak dapat masuk dlm masjid sbb di bhg luarpun dah penuh dgn jemaah...satu perasaan yg sukar digambarkan bila dapat peluang melihat kembali Masjid Nabawi....menjejak kaki ke mari selepas 15 thn.
Wpun hanya tingal beberapa hari lagi wukuf di Arafah tp masih ramai yg menunaikan solat di Masjid Nabawi. Sepanjang di sana mama cari juga kalau ada jemaah Msia di Masjid Nabawi tp tiada sbb rasanya semua jemaah Msia dah ke Mekah, yg ramai masa itu adalah jemaah dari negara2 lain. Sempat disapa oleh anak gadis Indonesia yg bertugas dlm masjid...
ibu belum bertolak ke Mekah....belum lagi balas mama . Ramai juga pekerja wanita dari Indonesia berkerja sbg cleaner dlm ruang solat wanita.
bila kedengaran azan......berduyun2 jemaah ke masjid
Kalau nak bawa hpon atau kamera ke masjid kena pandai2 simpan sbb bag akan diperiksa dipintu masuk masjid. Mcm hpon mama simpan dlm poket seluar pjg di dlm jubah, ada baca dlm blog...hpon simpan dlm stokin...dlm anak tudung....yg penting kena pandai2 sorok. tapi jemaah lelaki senang sikit,boleh simpan dlm jubah atau poket baju.Selipar pula boleh tinggal diluar...dlm kotak atau bawa masuk (simpan dlm bag plastik). Oleh kerana pintu masuk dlm masjid berasingan lelaki dan wanita, maka biasa janji dg husben tunggu di tiang no berapa (berhampiran pagar keluar dr kws masjid ) tiap kali lepas solat.
payung dibuka utk teduhkan kws dataran dpn masjid pada waktu solat
ruangan solat wanita diluar diletak tali plastik
ruangan solat lelaki diluar
Salah satu pintu masuk masjid...King Abdul Aziz Gate
ruangan solat lelaki dalam Masjid Nabawi
Qubbatul Khadra' (kubah hijau). Di bawah kubah hijau itulah Rasulullah SAW bersemadi
Bagi jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dibahagikan mengikut waktu. Ini kerana Raudhah terletak di kawasan solat jemaah lelaki di bahagian dalam Masjid Nabawi. Org lelaki senang nak ke Raudhah sbb tak perlu tunggu giliran mcm jemaah wanita. Giliran jemaah wanita di sebelah pagi waktu lawatan ialah selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi, selepas Zohor dan Isyak. Masa pergi umrah dulu masjid tidak sebesar mcm skrg dan org tak ramai sbb kebetulan masa itu visa umrah baru dibuka, mmg senang nak memasuki kawasan Raudah. Tapi bila pergi musim haji mmg ramai sgt org.
Gambar-gambar dalam Raudhah
Mihrab Nabi dalam Raudhah
bersesak-sesak jemaah di Raudhah..
Pintu Al-Salam....Babus Salam
Perkuburan Baqi, ada 3 jenazah sdg diusung utk dikebumikan
batas garis Imam.....ada ditulis dalam B.Melayu juga...
prayer area for women
didepan Masjid dan sekitarnya selepas waktu solat ada gerai peniaga wanita yg menjual mcm2 brg.bila waktu solat semua kedai dan gerai ditutup.
kami ada singgah 2 kali menjamu selera di Rumah Makan Indonesia.Dibgn ini byk kedai dan gerai
antara menu yg ada tempe dg sayur goreng, kari dan kurma daging, sambal telur & sayur lemak campur
suasana dalam restoren.ada 2 bhg restoren, satu makanan Indonesia&Melayu dan satunya makanan Arab.
">
lauk yg dipilih....satu makanan Arab dan 1 makanan melayu
suasana sibuk dg bas....kebanyakkan jemaah telah mula meninggalkan Madinah menuju Mekah dgn bas, dimana barang2 diisi dibhg atas bas.
Pagi ke 3 di Madinah, kami bersiap dgn dg pakaian ihram sebelum menaiki bas menuju Mekah. Bas express Saptco yg kami naiki dr Madinah ke Mekah ini, tiket beli dikaunter berdekatan pada hari pertama sampai sbb takut kehabisan tp rupanya hanya 6 org sahaja dalam bas .bas yg kami naiki ni dipandu oleh pemandu Indonesia. bertolak pukul 10 pg dan tiba di Mekah jam 3 lebih.musim haji harga tiket 120 Riyal perperson, biasa 80 Riyal.
dalam bas dihidangkan makanan ringan spt buah, nugget,jus, teh panas dan air mineral
Sebaik azan asar kamipun sampai di station bas di Mekah...boleh nampak menara jam..Clock Tower yg terletak dpn Masjidil Haram. dari station bas ambil taxi terus ke hotel. Dan bas merah Saptco ni juga merupakan pengangkutan utama berulang pergi balik dari hotel ke Masjidilharam.
Nanti ada kesempatan cerita kisah di Tanah Suci pula...
Selamat Menyambut Awal Muharam dan slmt bercuti buat semua dari Dapurmamasya.