Assalammualaikum buat semua, moga semuanya sihat ceria, t.kasih yg berkunjung ke Dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, tp maaf kalau lambat buat kunjungan balas sbb PC mama mogok....kenalah baiki dulu. skrg guna komputer anak2....slow yg amat sgt....
Utk entry hari ni...dah lepas rayapun tayang sate.....sebenarnya masak sate hujung Syawal yg lepas tp baru sempat update.Setiap hari sediakan sarapan......tak ada idea nak masak apa utk sarapan....kena sediakan sarapan berat sbb anak2 lambat balik dr sek dan tak suka makanan yg jual di kantin, tak byk pilihan...tak mcm kantin di Msia. Oleh kerana masih dlm bulan Syawal...mood raya, itu yg teringat nak masak kuah kacang mkn dg nasi impit. Kuah kacang masak awal pagi, sempatlah anak2 mkn sebelum ke sekolah, nasi impit dah rebus mlm lagi.
Nak siapkan kuah kacang tak lama sbb beli kacang yg dah goreng dan tak da kulit...beli timbang kat C4...mudah nak guna tinggal tumbuk, kcg tanah yg belum goreng tak jumpa dijual timbang gini di sini. Manakala satenya buat utk lunch, tak sempat utk sarapan....tp mkn belah ptg sbb anak2 balik sek pukul 4 ptg.
Utk mudah, mama buat sate ayam goreng tp sbb nak kerja senang, potong ayam....masak seketul2 dan bukan ambil isi semata spt resepi asal...nak cepat dan kurang rajin sebenarnya dan kalau guna kepak ayam lagi mudah spt buat
sebelum ni.
Resepi utk sate sama tp buat 1/2 digoreng dan 1/2nya dibakar.....bakarpun tak susah sbb bakar dlm oven....tinggal balik2 saja. Resepi penuh spt di bawah tp mama kena kurangkan serai sbb stok serai dah habis. T.kasih Dj kongsi resepi sate yg mudah ini....sedap rasanya dan sesuai kalau sesekali teringin nak mkn sate tp malas nak cucuk lidi.
Satay Ayam Goreng
Resepi :
DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya
bahan-bahan : anggaran
1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
air asam jawa secukupnya
gula perang secukupnya
garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
10-12 batang serai -
mama hanya letak 4 btg, stok serai terhad...
1 1/2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)
Cara-cara :
Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.
Kuah Kacang
bahan-bahan :
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- -
guna cili kering tp tak byk
gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya
bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia
Cara-cara :
Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak.
Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
sate bakar mmg sedap sbb isi ayamnya lembut....
tp versi sate gorengpun sedap juga....kena pula dg kuah kacang yg enak....mama suka kuah kacang yg rasa manis2 sikit dan kacang tak terlalu hancur dlm kuah...bila mkn kuah..boleh gigit2 kacangnya itu....