klik Nuffnang
Saturday, March 31, 2012
Kuih Ketayap Polkadot pula
Assalammualaikum buat semua...
Dah hari Jumaat ni tentu ramai yg dok hitung apa xtvt hari minggukan....apa nak masak...kat mana nak jalan-jalan dg keluarga.Kami di sini hari ni, Jumaat dah cuti mingguan termasuk esok.Utk entry hari ni nak kongsi kuih lagi.......ada lebihan inti kelapa buat kuih koci,jadi buat kuih ketayap @ dadar gulung.Kuih ketayap ni dah lama betul tak buat...bukan susahpun nak buat dadarnya....cuma bertangguh sbb malas nak buat intinya.
Kuih ketayap terajin sikit buat dot-dot.....dah kena tempias apam dot..dot...hi..hi.Tapi sebenarnya gara2 tengok ketayap polkadot yg cantik menarik dari dapur siber K.Ummi dan Dapur Che CT terus jatuh hati ingin mencuba.tkasih buat kedua2nya kerana berkongsi idea.Rasanya ada kwn2 yg dah mencuba...cuma baru sampai giliran utk buatnya.....
Tapi utk resepinya ambil dari blog Asmara Life sbb dah copy resepi inti yg letak lempuk terus copy resepi dadarnya.Resepi penuh spt di bawah..
Kuih Ketayap
Sumber; blog Asmara Life resepi asal sini
oleh; Dapurmamasya
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering
1 sudu besar tepung gandum - tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan
Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar - guna santan
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan- tak letak
pewarna hijau secukupnya- 1/2 adunan letak warna kuning,1/2 biarkan warna asal
1 biji telur
sedikit minyak
Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)
Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang
Utk cara2 yg mamasya buat adalah spt di bawah;
ambil dlm sesenduk kecil adunan dan campur dg sedikit serbuk coklat.isikan adunan berwarna coklat dlm plastik,gunting kecil dan dot2 atas kuali.baki adunan campurkan pewarna ikut pilihan.mama bahagikan 2 adunan.satu campur warna kuning dan satu biarkan warna asal.
biarkan sekejap dlm 1-2 min
Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan.
dah masak, angkat & letak dalam pinggan. letak inti secukupnya dan lipat kemas
dah siap...bolehlah dihidang.anak2 makan juga kuih ketayap ni sbb tertarik dgn dot-dotnya....
Label:
Kuih,
step by step
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam mamasya.dah beberapa kali masuk dapur mama tapi tak boleh nak tinggal komen.Cantik pulak kuih ketayap dot-dot-dot nikan???
ReplyDeleteAssalamualaikum Zila,
ReplyDeletesihat ke?? Dh lama tk dpt singgah kesini...sejak akhir2 nie mmg Nur sibuk sebab ada aktivi...itu yg susah sikit nk BW...apa2 pun mamasya & family sentiasa dihat...jauh dimata dekat dihati gitu...hehehe...
Eh cantiknya kuih ketayap tu...kalau disini dorang panggil kuih dadar...sib baik bukan dadah...hahaha...mmg berselera kita tengok...nk mkn ngan Syakirah lah boley tk?? Abg Syazrin jgn jeles aah!!Hehehe...
Oh kak Ros pun ada problem juga ya...mcm NUr pun susah kdg nk tinggal komen kat blog kengkawan....aduhai malangnya nasib...
betul ler ziela.. padahal bukan susah pun nak buat kuih ni kan.... tp sebabkan malas nak buat inti.. menu mudah dok bertangguh2 juga.. sebenarnya ratna pun berkenan ngan kuih dadar dot2 ni.. comel jer kan.. hehe..
ReplyDeletesalam ,
ReplyDeletecantik nya dot dot yang ada pada dadar..hihi anak anak mesti suka..
Cantiknya mamasya...sayang nak makan :)
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletecantiknya ketayap ada dot-dot ni, kena pulak kaler kuning ngan coklat
memang menarik sgt he he
ketayap pun feberet sy, inti kelapa sentiasa ada dlm peti ais tu,
nanti nak try ketayap cam mamasya ni boleh
alahai cantiknya mama...meh la 2-3 ketui..lapo la pulak!
ReplyDeleteAssalam kak, cantiknya kuih ketayap ni saya tak pernah buat lagi versi dot-dot ni nanti nk cubalah..:)
ReplyDeleteCantik2 suka tenguk.
ReplyDeletecantik! baru tau buat dot2 macam tu, nnti boleh cuba pulak. :D
ReplyDelete*maybe akk boleh buang word verification tu kot kat bahagian setting untuk komen. kdg2 WV ni yang tak masukkan komen org.
salam mamasya..thanks sudi kongsi tips camana nak wat dot dot tu..ingatkan titik2 lepas siap masak..
ReplyDeletenak tarik perhatian anak2 makan pun mak2 kena lebih kreatif kan?
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeleteCantik sungguh kuih ketayap polkadot tu mamasya... X perna lg buat... Cantik!
SUKE NYER GAMBOR LAST SEKALI TU. MOOD TENANGG JE. HEHEHE... OLO OLO COMEL BANGAT.. NANTI NAK POLKADOT KAN JUGAK LA..;-)
ReplyDeleteSalam k.lieza...cantik sgt kuih ketayap nie...syg nak makan..hehehe
ReplyDeleteAssallamualaikum Mamasya..
ReplyDeleteAla tomei2nye kuih ketayap akak ni.. Mana budak tomei yg nk jadi celebrity tu kak? Nape tak de gambar celeb tu makan kuih ni..Mesti lagi comel..heheheh
Salam Mamasya,
ReplyDeleteErmm bestnya kueh lama yg dimodenkan nie..
Salam Akak,
ReplyDeleteCutenye kuih ketayap tu, siap ada polkadot lagi. Mengikut tema tahun ni pulak, kat mana2 je ada polkadot. hehe... :)
Sedapnyerr.. biasanya kalau makan ketayap polkadot ni tak sah kalau tak makan dengan Pai Epal..Fuhh sedap : PAI EPAL MADU
ReplyDeletemay be leh buat like ripple corak kot ..tak pun checker ke ..just my 2 cents word ...
ReplyDeletetngok kuih ketayap ni chomell cgt,,,
ReplyDeleteso,,kte plih utk nk wt cmnie kt skola...
nk dpt markah lbey,,buwt yg laen dr yg laen...hihi...
banyak kali buat... sbb cantik sangat, menambahkan selera mata memandang..
ReplyDeletetkasih mencuba.
DeleteAssalamualaikum,kak...saya tetamu baru kat sini.Dah try buat ni tadi. Cute sangat2 sampai geram nak makan. Hee, tima kaseh banyak2 atas resepi yg kreatif ni.
ReplyDeletealahai tempting nye tengok.terus naik selera nak makan kuih.
ReplyDelete