klik Nuffnang

Saturday, March 24, 2012

Cuti Istanbul(Pt.5) Laut Marmara & Kumkapi Fish Mkt



Assalammualaikum...slmt bersua kembali dan slmt berhujung minggu..
Lepas entry apam Indon tu ingatkan sempat terus update. tp sbb ada xtvt jln2 dgn Syakirah (abg2 tak dpt ikut sbb sek) , jadi hari ni baru sempat update. Untuk entry Cuti Istanbul(Pt.5) nak citer ttg pasar ikan, restoren dan laut Marmara yg kami kunjungi pada ptg hari ke 3 semasa di sana. Hari kedua tamat dg kisah Blue Mosque. Belah pagi kami ambil City Sightseeing,akan citer entry akan dtg, belah ptgnya ke Kumkapi fish Market & Laut Marmara. Laut Marmara terletak di belakang Kumkapi Fish Market dan restoran ikan.



Ingatkan jauh Kumkapi fish market ni tp rupa2nya hanya 10 min jln kaki dr hotel, ikut laluan belakang hotel menuju terus ke pantai Marmara. Dari hotel penginapan mmg dah nampak laut Marmara tp tak jangka sedekat itu, kebetulan nak ambil train di Kumkapi Train Station nak ke Spice Bazaar, itu yg nampak Kumkapi fish Market dan terus singgah.Train ni terletak setentang dgn Kumkapi fish Market yg terletak di jln Kennedy (jln utama spjg Laut Marmara).



Kalau dr Sultanahmet untuk ke Kumkapi ni boleh ambil tram di Sultanahmet dan turun di Beyazit, jln kaki terus menuju pantai dlm 20-25 min juga...menuruni bukit. Tp kalau nak ambil tram dari Beyazit atau Sultanahmet menuju Sirkeci, dr Sirkeci ambil train di Sirkeci train station dan turun di Kumkapi train station.Atas lagi dari Kumkapi fish market ni dan terletak juga di jln Kennedy adalah jeti Yenikapi Isekelesi (Pelabuhan Yenikapi) utk ke Bursa/ kws bersalji, Uludag.Tapi kami tak pergipun Uludag sbb dah dpt merasa salji di Istanbul.



burung camar berterbangan....suka view ni...cantik!



belah ptg ramai yg jln2 sepjg tebing laut Marmara...menikmati pemandangan laut yg biru



jetinya kecil aje....ada kucing2 bulu tebal kat jeti ni sbb ada ikan kat situ.



bot utk disewa utk jln2 hingga selat Boshporus....tp bot ni kecil je takut berombak2...pening kanggg....



Syazrin dg penjual air buah.dah rupa anak Turki pula hero mama ni...hi..hi..



sepjg laluan ni ada restoren makanan laut..

Kumkapi Fish Market



Masa dlm bas City Sightseeing dah tengok Kumkapi Fish Market...teringinnya nak singgah tengok ikan2 segar yg dijual tp tour bus hanya stop kejap...lagipun hujan masa tu.Byk gerai2 ikan segar di pasar ikan ni.Restoren dan laut Marmara terletak di belakang Kumkapi fish market ni ....



anak2 tengah tengok ikan yg mcm bentuk....ada ikan yg pertama kali tengok



menarik ikan di susun menegak...



lagi gerai ikan...mcm2 ikan ada



sebelah gerai ikan ada restoren...ni restoren bhg depan.



macam2 ikan ada...kecil besar..



boleh order seafood dan masak di restoren yg ada di situ.



dpn pintu masuk salah satu restoren kat situ. ada byk juga restoren di sini...



boleh pilih restoren yg mengadap laut Marmara..



antara menu sampingan yg dihidangkan dlm restoren.



gerai sayur pun ada



lagi gerai sayur



layan gambar ikan....menarik ikan disusun gini



boleh juga order utk take away...



stall jual seafood yg dah masak...Balık ekmek . Balık ekmek ni sandwich ikan (Fish in bread! Fish in bread!)



ni kepah yg dlmnya ada nasi yg siap masak sekali dg kepah, harganya 1 lira 1 kepah. bila nak makan penjual akan buka dan perahkan limau dan terus makan di situ.mama beli juga kepah ni tp beli kat tempat lain dg harga 0.50 lira. ok juga rasanya..

Restoren makanan laut sekitar Kumkapi



Kws Kumkapi mmg terkenal dg restoren ikan,kalau kat tempat kita mcm kat Umbai, Melaka yg terkenal dg ikan bakar. Selain dari restoren di sekitar Kumkapi Fish Market ada lagi byk restoren di kws Kumkapi ni. Hanya lintas jln utama dpn Kumkapi fish market kita akan jumpa byk restoren sepjg jln.



restoren dibuka belah ptg hingga malam.meja2 disusun sepjg laluan....



cantik restorennya dihias dg lampu dan alas meja putih pink.



kebanyakkan meja di restoren alas dg kain putih..



belum ada pengujung sbb masih awal lagi.boleh pilih nak makan di dalam atau luar restoren



cantik dan bersih persekitarannya....



byk restoren kat sini.cuma ada baca di blog travel Turki yg kena hati2 kalau makan di sini sbb ada restoren yg kenakan harga mahal kpd pelancong asing, pandai2 tambahkan order wpun kita tak minta, cadangkan menu yg mahal...spt ikan yg hanya ada di musim tertentu kpd kita.



ada restoren yg hias meja dg fresh flower di setiap meja...



wpun cuaca agak sejuk juga tp meja2 di susun luar restoren...



menu yg ada direstoren.on the way balik dr Spice Bazaar ingat nak juga makan di restoren kat sini tp anak2 tak nak dah penat jln.... nak balik bilik.jadi tapau kebab dan nasi.



posing di fountain yg ada di situ....ni dah tak jauh dr hotel



abg Syakim dan Syazrin dg penjual kacang.org sini sporting bila diminta bergambar.harga kacang2 tu 1 pek 1 lira.



tukang cuci kasut....di kws restoren



selain restoren ada juga mcm2 kedai di kws restoren termasuk jual soft toy....

jumpa lagi Cuti Istanbul(Pt.6)

7 comments:

  1. gmbr2 cuti utk kenangan ni mamasya... seronoknya..

    ReplyDelete
  2. Salam Akak,
    Terima kasih atas ucapan. Kumpkapi kami tak sempat pergi, rasa rugi pula. Sempat tengok dari teksi saja waktu nak ke airport. Tapi kami sempat ke restoran di Eminonu, makan sedikit seafood di sana:)

    ReplyDelete
  3. salam mamasya....besornya lobster tu. xjmp lg @brunei besor tu.hehe, cik syakirah tu x kenen ke sekor bear gebu2 bwk blk cairo?

    ReplyDelete
  4. assalam
    percutian yg besttt
    si comel dgn soft toy besar2...bawa balik satu tak?

    ReplyDelete
  5. Geram menengok sayur and ikan yg disusun cantik...
    Terliur tengok food...TK mmg suka g tempat yg ada byk makanan!

    ReplyDelete
  6. Salam Yong,

    Kalau musim dingin ikan2 memang fresh. Lazimnya diorang suka makan hamsi, palamuk etc tp kebanyakan org Turki tak makan seafood berkulit keras dan cengkerang spt kerang, ketam, udang, tiram etc sbb makruh dlm mazhab Hanafi!

    ReplyDelete
  7. salam mamasya..

    ya.. sy beli aiskrim dkt celah kedai sini.
    dkt dgn kedai yg jual anak patung tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2