klik Nuffnang

Monday, March 12, 2012

Cuti Istanbul (Pt.2).Hotel penginapan dan sekitarnya



Assalammualaikum dan slmt berhujung minggu buat semua.juga selamat bercuti buat cikgu2 dan kawan2 yg bercuti pjg sempena cuti sek.
Entry hari ni nak sambung kisah Cuti Istanbul-PT2. Entry cuti di Istanbul ni panjang sbb byk gambar yg diambil selama 6 hari 5 malam kami di sana....simpan dlm blog utk kenang-kenangan dan sebagai diari kisah percutian kami sekeluarga sepjg di sana serta berkongsi pengalaman dgn pengunjung semua.



Sepanjang di sana kami tak gunapun perkhidmatan travel agen.Dengan berpandukan maklumat dlm internet,peta Istanbul yg ada laluan tram&train , brochure dan info dari staf hotel kami melawat tempat2 sekitar Istanbul...tempat yg harus dilawati dan tempat tumpuan pelancong. Hanya menaiki kapal di selat Bosphorus sahaja kami ambil 1/2 day tour,itupun sbb pakej sekali dg hotel.



Jadual cuti-cuti di Istanbul tak padat sgt sbb kami ada 5 hari di sana dan hanya jln2 sekitar kws Istanbul dan juga dg anak2 ni kami ikut kesesuaian mereka dan keadaan di sana masa nak bawa jalan-jalan.Sebelah malam hanya di hotel, tak kemana2 sbb kebanyakkan tempat tumpuan pelancong tutup belah malam...lagipun sejuk nak jln2.



..dimana hari pertama hingga ke 3 salji turun (gambar2 salji byk dlm Cuti Istanbul PT.1). Hari seterusnya barulah terang tp cuaca masih sejuk. Ttg jadual di sana, bila dah sampai di Istanbul baru kami merancang nak pergi ke mana-mana..



salji sdg turun...



sejuk...grrrr...

Jadual percutian kami di sana....
hari pertama; sampai lewat ptg rehat di bilik
hari ke 2 ; Grand Bazaar , Masjid Biru/Masjid Sultan Ahmed & kws Sultanahmet
hari ke 3 ; City Sightseeing tour, Kumkapi fish market & Spice Bazaar
hari ke 4 ; 1/2 day tour @ (Melungsuri Selat Bosphorus kilang kulit & mall) & Grand Bazaar
hari ke 5 ; Hagia Sophia , Istana Topkapi , Spice Bazaar
hari ke 6 ; Grand Bazaar , Arasta Bazaar & bersiap2 utk bertolak balik



Berbalik kepada kisah hotel penginapan dan sekitarnya. Kami tinggal di Best Western Amber Hotel yg terletak di Kumkapi area. Kalau di Istanbul ni hotel di kws Sultanahmet paling terkenal sbb byk tempat menarik di situ dan mudah nak bergerak dg tram. Hotel mmg byk...masa jln2 kita akan jumpa mcm2 hotel.... famili hotel yg kecil2pun byk. Hotel kamipun taklah besar sgt hanya ada 24 bilik dan terletak di Kumkapi yg terkenal tempat restoren ikan . Utk hotel boleh survey di sini . Kami ambil airport transfer dari Ataturk airport ke hotel yg ambil masa dlm 40 min. Perkhidmatan tram/train dan taxi ada juga dari airport ke Sultanahmet.
Di Turki duit yg digunakan duit Turkish lira/TRY ( 1 lira=RM1.7 = 0.56 USD)@ 1USD= 1.8 lira, dicadangkan bawa duit dollar/euro dan tukar sikit di airport utk kegunaan trolley nak tolak beg. tp kalau tak nak tolak sendiri ada perkhidmatan tolak troli di bgh ambil luggage di Ataturk Airport itu.



anak-anak dg staf hotel..

Dari hotel kami tinggal, dlm 10-15 min jln kaki naik bukit sikit akan sampai station tram di Beyazit dan di situ juga terletak Grand Bazaar,tempat membeli-belah terkenal di Istanbul(akan citer dlm entry seterusnya). Dari situ dah dkt kalau nak ke Blue Mosque dan Hagia Sofia,kalau tak nak jalan kaki, boleh naik tram dari Beyahzit ke Sultanahmet.Tiket tram sekali naik tak kira mana2 destinasi utk dewasa 2 lira,kanak2 percuma.
Kalau tak nak menapak naik bukit, kami jln kaki dlm 10 min saja ke Kumkapi train station yg terletak di bhg belakang hotel.



Sekitar hotel ada kedai runcit



kedai2 kebab dan restoren2....mudah nak mkn-mkn tp kami bawa juga stok makanan.



ni kedai kebab yg paling dkt hotel kami....ada jual ayam bakar juga. tp kat Istanbul ni mmg merata kedai jual kebab...senang nak dpt mknan halal



lagi byk kedai runcit dan jual buah



van jual kebab...1 kebab dlm harga dlm harga 2-3 lira



juga kedai runcit dan jual buah



depan kedai roti yg di buka awal pagi utk pelanggan



Ekmek/roti Turki yg dijual dg harga 0.50 lira seketul



salah sebuah cafe dkt dg hotel yg menyediakan sarapan pagi



jual pakaian tepi jln



jual bag tepi jln



byk teksi (warna kuning) lalu di sini,mudah jika nak ke mana2 kalau tak larat nak jln kaki



sekitar hotel penginapan kami..



kws dpn hotel...hari ke 3 dah tiada salji...



terserempak org Turki tgh tolak sayur...



kat Istanbul ni kalau kafe yg jual air...pekerjanya akan hantar dan ambil teh kepada pelanggan...gelas teh kecil saja dan dulang siap ada pemegang....mudah nak pegang.

Di hotel pula...



dari cafe tingkat atas akan kelihatan laut Marmara...dkt situ ada Kumkapi fish Market



abg Syazrin dg pemandangan laut Marmara



yg dihidangkan utk sarapan...menu sama sepjg kami di sana.ada roti dg pelbagai jem,butter,sosej,telur...bolehlah utk mengalas perut .



ada juga cereal dan buah2 jeruk yg manis..





pelbagai jenis butter



dlm cafe



Syakirah



radio antik hiasan cafe



radiogram antikpun ada


sarapan pagi yg diambil...



sdg menikmati sarapan



suasana tempat makan.ramai pelancong Eropah yg bercuti di sini..



Syakirah tunggu sarapan..



view luar cafe



satu lagi cafe hotel yg hanya dibuka waktu summer..kat luar sejuk..



ruang lobby hotel



bilik no 1 ni ada katil double dan 1 katil single



bilik no 2 asalnya dpt bilik yg kecil, minta tukar yg besar sikit, pihak hotel setuju tukar bilik duplek, 2 katil single bgh.atas.



dan 1 katil single + sofa di bhg bawah. barulah lapang utk hero2 mama ....



jumpa lagi dlm Cuti Istanbul (Pt.3)....

20 comments:

  1. askm Mamasya..memang gumbiraa betoi cuti cuti Turki ni..nekcik rasa negara Islam yang tercantik dan bersih yang pernah nekcik jejaki..(bnyak lagi negara Islam yg blum smpai lagi pun!)Memang rasa nak gi travel sendiri jer ke situ...baru puas...suka tengok hasil seni depa..senang dibeli oleh pelancong..semua kedai ada jual..and of course.. nyopping pun best jugak..lupa diri!!

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing these lovely photos kak. Syakirah looks so adorable as always! ;)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Mamasya. Best nya dapat makan angin ke Istanbul. Syakirah nampak dah lebih besar... Liana pun skrg ni dah pandai macam2.

    ReplyDelete
  4. salam kak. welcome back. syioknya cuti istanbul. one of my next destination of travelog.hehe!!! btw kak, xnaik hot ballon ka? tgk urg naik hot balloon @istanbul mcm best sgt2....xsabar ni nak follow cuti2 istanbul part 3 ;)

    ReplyDelete
  5. salam...singgah jamu mata gambo turki..suka la tgk dulang tu..sennag nk pegang..

    ReplyDelete
  6. assalam mamasya
    lamanya cuti2 ni...
    dpt tgk tempat menarik di Istanbul bestnya..

    ReplyDelete
  7. bestkan bila blh tgk tempat org ni...fiza dah pernah jejak istanbul...kami tinggal kat hotel area blue mosque...mmg cantik pemandangan sana...tp masa pegi pun dah lama dah tahun 2003....

    ReplyDelete
  8. istanbul! I wish i can be there too one day! insha-Allah.

    Sis, you can take order for rainbow al-quran now if you are interested. we are open for any orders:)

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Seronoknya dapat bercuti ke Istanbul....

    ReplyDelete
  10. Assalam mamasya..
    waduh seronoknya kita tengok ..memang ada hajat juga nak ke istanbul..tapi ..nantilah budget tengah kurang ni..heheh..
    memang terasa macam kat situlah bila tengok gamabr2 mamasya ni..

    ReplyDelete
  11. Salam kak. bestnya.. teringin nak pergi satu hari nanti. boleh rujuk kat sini nnti kan. tq kak. :D

    ReplyDelete
  12. As salam Mamasya,

    Salam perkenalan... Seronoknya pergi bercuti... Istanbul destinasi yg menarik! Teruja sy tengok dekorasi & brg2 yg dijual... Saya ni hantu shopping! Hehehe... Tq for sharing...

    Nice to know you! :)

    ReplyDelete
  13. Salam Yong,
    Itinerary yg menarik, lagipun sesuai utk kanak2. Ada pakej yg gi jauh sampai Izmir dan Cannakale, Ankara, Bolu semua dlm seminggu - memenatkan!

    ReplyDelete
  14. salam..
    since sis pernah ke sana. nak tanya jgk lah n asking ur opinions. female traveller secure tak klw travel alone there?? if not, why..if yes,why..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. ttg slmt ke tidak....akk pergi dg family dan hanya keluar waktu siang, mlm rehat di bilik.kws spt grand bazaar dan spice bazaar yg padat org kena hati2 sbb ada pick pocket dan kws blue mosque juga kena hati2 ada org yg akan bodek kita masuk kedai mrk. travel ke mana2 elok guna tram...jimat dr taxi.

      Delete
  15. pakai pakej ke? pakej apa ek? seronok nyeee

    ReplyDelete
  16. As Salam Mamasya, berapa perbelanjaan sehari yg akak bajet utk sefamili?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Anon
      perbelanjaan taklah byk.....utk xport guna tram/train. mkn minum....mamasya bawa stok makanan. tp beli juga makanan kat sana...kebab,roti...ayam bakar...taklah mahal sgt.

      Delete
  17. Salam terima kasih atas perkongsian. saya sempat juga baca sampai habis :) Sy ingin berkongsi pakej percutian all in ke istanbul kami.

    http://wiyatravel.com/pakej-ke-istanbul/

    ada juga pakej ke tempat2 lain. boleh lawati www.wiyatravel.com

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2