klik Nuffnang

Wednesday, March 14, 2012

Cuti Istanbul(Pt.3).Grand Bazaar & Beyazit



Assalammualaikum semua
Bertemu dlm entry Istanbul Pt.3, kali ni nak kongsi ttg xtvt pada hari ke 2 di Istanbul. Kami keluar belah pagi menghala ke Beyazit utk pusing2 di kws Sultanahmet. Masa tu salji turun tp tak lebat sgt.



menapak mendaki bukit utk ke Beyazit...mengah juga.



on the way tu berhenti kejap di Aydin Saray yg menjual handbag dan pakaian secara borong. spjg jln ke Beyazit byk juga kedai2 yg jual handbag.



suasana dalam kedai, hanya boleh beli borong, kena beli sekurang2nya 5 .tanya nak beli satu boleh tak... problem kata penjual..hi..hi.tu je kut word BI yg dia tahu...



bag2 yg dijual secara borong......



setelah 15 min jln kaki ....sampai di tram station Beyazit.



view Masjit Beyazit dan tram station di Beyazit.



Jetonmetik mesin utk beli token/tiket/jeton utk naik tram,sekali naik utk mana2 destinasi hanya 2 Lira,ikut internet kanak2 > 7 thn kena bayar tp masa kami pergi kanak2 percuma.



Naik tram di Beyazit boleh terus ke Sultanahmet (jika nak ke Topkapı Palace, Hagia Sophia, Blue Mosque dan Hippodrome). Boleh jln kaki 15 minit ke Aya Sofya/Blue Mosque area. Naik tram dr Beyazit boleh juga terus ke Eminonu tram station kalau nak ke Spice Bazaar dan Galata Bridge. Nak mudah bergerak dgn tram, dptkan peta laluan tram sebelum bertolak.Tram ni belah ptg biasa penuh dgn penumpang. Tram setiap 10 /15 minutes dari 06:00 am to 00:00/24:00 (12 midnight)setiap hari.



masuk dulu kedai Turkish Delight...



Jln sikit dah nampak Grand Bazaar.Sepjg laluan ke pintu masuk ada org jual mcm2.cafe2pun ada. Sebenarnya tak planpun nak terus ke Grand Bazaar, tempat membeli belah yg terkenal di Istanbul ni.rancang nak jln2 dulu sekitar Sultanahmet. tp bila dah sampai di Beyazit...nampak Grand Bazaar atau dikenali sbg Kapalı Çarşı, or Covered Market, bagai melambai2 pula..hi..hi. apalagi terus masuk, tambahan pula masa tu salji turun renyai2. Baik jln2 dulu di Grand Bazaar sbb berbumbung.
Di Istanbul byk juga travel agen yg tawar 1/2 day tour(walking tour) dg kos 35 Euro/82 Lira /RM140 utk ke Grand Bazaar (masuk free), Blue Mosque (masuk free), Hippodrome (free), Hagia Sophia (sekali dg tiket masuk 20 Lira). Tapi rasanya kalau nak ke Grand Bazaar tak payah ikut tour sbb nanti tak sempat pusing2 Grand Bazaar dah terkejar masa nak lawat tempat2 lain.



terserempak dg sekump. wanita Turki....



Pintu masuk no 7 Beyazit Gate.Setiap pintu gate ada polis yg jaga. Kena ingat pintu gate no berapa kita masuk,takut sesat nak keluar nanti.
Grand Bazaar buka dari 9:00 - 19:00 ptg setiap isnin till sabtu. Ahad dan cuti umum tutup. Grand bazaar ramai pada hari Jumaat dan Sabtu...belah ptg akan sesak dg ramai pengunjung.Dlm Grand Bazaar merupakan pasar tertutup yg paling besar di Turki yg menjual pelbagai barang spt karpet, pashmina, lampu, pakaian kulit, barangan perhiasan, bag, barangan perhiasan perak, brg souvenir dan macam2 lagi.



Grand Bazaar dianggarkan 4000 buah kedai di dalamnya dg 60 lorong....silap2 mmg boleh sesat.setiap lorong kelihatan sama sbb brg2 dijual tidak diasingkan mengikut lorong...semua lorong ada jual brg yg sama. Utk elakkan sesat, masuk dan keluar lorong yg sama atau bertanya pada penjual lorong yg kita nak keluar (ingat pintu gate berapa kita masuk).Org di sana suka membantu...mungkin sbb mrk dah biasa dg ramai pelancong asing di sana.



dibina sejak 1461 lagi....550 thn lepas masih teguh beroperasi hingga kini..



Selain itu ada juga cafe2 dan masjid di dlm Grand Bazaar



ramai penjual akan menunggu di luar menyapa kita utk tengok brg2 mereka.ada juga pekedai yg boleh sikit2 berbahasa Melayu, nampak kita terus cakap..Selamat datang..Kuala Lumpur..murah-murah.. rasa macam kat Msia..hi..hi..



view dlm Grand Bazaar.rata2 bila baca komen dlm internet bagitau brg di Grand Bazaar lebih mahal berbanding diluar. Jadi bila nak beli seeloknya survey sikit harganya...banding dg beberapa kedai dulu dan kena pandai tawar, tawar sampai separuh harga atau sekurangnya minta kurang 30 %. Kalau tak bagi pergi ke kedai lain pula, kalau diorg bagi, biasanya mrk akan panggil kita...setuju dg harga yg ditawarkan.



Tapi ada juga kedai yg dah siap offer brg dg harga murah.kalau berkenan baik terus beli...takut dah pusing2 tak jumpa kedai berkenaan.



salah satu dr 60 lorong/laluan yg ada dlm Grand Bazaar...nampak semua mcm sama...itu yg boleh buat sesat.



siling atas nya yg menarik



laluan dlm Grandbazaar...belah pg tak ramai.tp ptg kalau cuaca tak hujan mmg ramai org.Masa org ramai kena hati2 dg pickpockets dan bag-slashers.



jaket kulit wanita...cantik...cuci mata je...ratus2 lira juga sehelai. jaket ni juga ada jual di bhg "Leather Goods Section".



lampu2 yg unik dg pelbagai warna dan saiz, ada yg boleh gantung...ada yg jenis table lamp.



tembikar pelbagai saiz dan warna...tp yg byk warna biru...



pashmina, brg tembikar dan macam2..



shisha pun ada jual



mcm2...dan kasut ada juga jual...



tembikar dan piring kaca



tshirt Turki


kotak2 kayu pelbagai saiz



handbag dan pashmina



lampu2 yg unik dan menarik



pakaian tradional turki



karpet Turki



Turkish delight...jual pelbagai manisan Turki,juga teh dan rempah



rempah dan tea apple yg terkenal di turki



dlm Grand Bazaar juga ada org Turki bawa air teh utk pelanggan...1 gelas 1.50-2 lira



handbag..



lagi bag tangan.....cuci mata je...



perhiasan perak , gelang..rantai..blue eyes dll



kusyen sulaman



brg2 kaca & kristal



selendang sutera



selipar dan topi aladin



gambar last....pashmina.

Gambar saja yg byk tp taklah shopping sgt. yg lama window shopping...tengok brg2 yg dijual..cantik2 dan mcm2 , maklumlah byk kedai kat dlm tu tp mana larat pusing habis...4000 ribu kedai semuanya. ok kita jumpa next Cuti Istanbul(Pt.4).Blue Mosque ...

8 comments:

  1. salam mamasya...fiza selalu jd pembaca senyap blog mamasya dan juga blog2 lain...kadang2 malas nak taip...he he he...blog pun dah lama x update...=(.. istanbul sekarang mmg cantikkan...kenangan yg x blh dilupakan masa pg sana ialah kena tipu dgn pengilap kasut...ha ha ha....

    ReplyDelete
  2. bestnya bercuti di istambul.
    1 lira tu bersamaan dgn brapa rm yer??

    ReplyDelete
  3. askm..laa bila tengok gambar mamasya ni, nekcik rasa nak pergi semula kutip barang barang yang banyak tertinggal..anyhow..buruan nekcik selalunya kalau bjalan ialah... sebuah jam, sebijik teko..alhamdulilah dapat kat spice bazaar!! shantek..sukernye!!!

    ReplyDelete
  4. Assalam kak, tgk gambar percutian akak ni buatkan saya nk pergi lagi la ke sana.rasa tak puas jer masa jln kat sana hari tu terutama grand bazar yg byk kedai tu kan. sebab masa terhad sgt masa tu kak. tak leh nk borong byk sgt mr.hubby dah warning awal sebab ada destinasi penting lagi nk dituju. ya la tujuan utama kami nk buat umrah bkn nk dtng shopping tapi syukurla dpt singgah tgk sejarah islam kat sana.InsyaAllah ada rezeki nanti boleh pergi lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam kak...
    teruja sugguh tgk pic2 akak ke sana...menariknya,ada rezeki InsyaAllah nak ke sana juga

    ReplyDelete
  6. bestnyer... meroyan tgk brg2 yg dijual.. cantik2...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak,
    Aduh saya bila tengok gambar kat dalam grand bazaar tu, dah boleh bayangkan berapa lama saya boleh duduk pusing2 kat dalam tu. hehehe.. siaplah Faiz dengan Mikael nanti. berpeluh ikut mama :D :D :D

    ReplyDelete
  8. Salam Yong,
    Akak kalau masuk Grand Bazaar cuma sebab nak masuk (dari Beyazit, naik bas) dan keluar ke Eminonu, di situ baru shopping sakan. Dlm Grand Bazaar utk cci mata jer.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2