klik Nuffnang

Tuesday, July 30, 2013

Ayam Goreng Berempah



Assalammualaikum buat semua
Lauk ayam lagi.inilah lauk utama di rumah....ayam..ayam...sbb favorit anak2. Kalau di Msia ayam mahal, di sini lagi mahal....ayam sekg dlm RM14-15 sekg. Lauk daging...udang lagilah mahal di sini.Tapi beli juga sbb nak mkn. Udang pula RM40-55 sekg saiz biasa2 saja yg kalau di Msia tak sampai RM20 sekg.Sotong, ketam...bygpun tak nampak, adalah sotong frozen saiz besar yg siap potong. Ikan....biasa beli ikan fillet frozen buat goreng tpg. Lain2 ikan yg ada talapia (RM7-8 sekg), makarel, sardin. lain2 ikan spt siakap adalah sesekali dijual. fishball dan seangkatan dgnya mmg tak da di sini. dg tak byk pilihan bahan mentah, buntu nak masak apa setiap hari.
Itulah lauk ayam jadi pilihan setiap hari...anak2 pula tak bosan dg lauk ayam. Mama yg habis idea ayam nak masak apa setiap hari utk memenuhi selera sekeluarga. Kalau lauk ayam abg Syazrin, abg no 4...bila berbuka, dlm pinggan pasti berderet 2-3 ketul ayam.mama selalu cakap kat abg Syazrin, puasapun mana nak kurus abg...ayam berderet atas pinggan, dia senyum saja..no komen...dah mmg peminat lauk ayam.


Dan lauk ayam yg biasa dimasak ialah ayam goreng berempah. Dalam bulan puasa ini dah beberapa kali juga masak ayam goreng berempah.Lagipun mama suka ayam goreng berempah.Pernah buat dulu ikut resepi asal dari Fb Chef Joha entry sini, tkasih chef kongsi resepi. Tapi kali ni mama olah sedikit, tambah beberapa bahan utk bagi lebih sedap.

Ayam Goreng Berempah.
Sumber Asal; Fp Chef Joha
Olahan Semula; Dapurmamasya

Bahan2nya
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa)
1.5 inch halia - ditumbuk
1.5 inch lengkuas - ditumbuk
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar gula halus - tak letak
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
mama tambah ;
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari
- 2 btg serai - potong pendek tumbuk lumat bersama lain2.
- 5 ulas bawang merah - tumbuk
- sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng

Cara2nya
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2.


itu saja entry kali ni.....Slmt berbuka buat semua.

12 comments:

  1. Salam Mamasya...ayam goreng berempah memang sedap banget...en hubby pun balik2 reques.....

    ReplyDelete
  2. ayam goreng berempah....best tu...

    ReplyDelete
  3. Mahalnya harga brang basah sana...tp nak buat cmne kan kak...harus la juga dibeli sbb nak mkn.
    ..tp btullah...bdak2 peberetnya ayam...klau sehari x de ayam mmg x sah..! Kita plak dah x tau nak msak apa dgn ayam...

    ReplyDelete
  4. sedapnya & menyelerakan. makan panas2 mesti lebih seketul....

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. RLAS ;
      Disanggar maksudnya di goreng kejap tanpa minyak.

      Delete
    2. Sepatutnya disangai puan... bukan disanggar...

      Delete
  6. disangrai saya rasa BM nya..tp tak apa, janji paham heheh. thanks kak resepinya

    ReplyDelete
  7. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2