klik Nuffnang
Wednesday, February 8, 2012
Cuti panjang....jumpa lagi nanti...
sumber; mr google
Assalammualaikum . moga semuanya sihat sejahtera...
Dapurmamasya berehat seketika....mama sekeluarga akan cuti panjang mulai hari ni 8 Feb hingga awal Mac nanti. Jika ada kesempatan, mungkin akan update blog masa cuti ....jika tidak InyaAllah kita jumpa Mac nanti....
Percutian kami bermula hari ni 8Feb-13 Feb/6 D 5 N di Istanbul
sumber; mr google
Lepas itu.....terbang terus ke Msia...balik kg....ohh balik kg..
Tak sabar nak jalan2 cari makan.....nak serbu mokcik-mokcik jual mcm2 makanan tu..dah terbayang di mata...
nak juga mkn ni....
bye-bye dulu...jumpa lagi Syakirah nanti...
Tuesday, February 7, 2012
Daging Goreng Patayya & Troli Gergasi..
Assalammualaikum buat semua, moga sihat ceria.
Entry ringkas kali ni sementara upload gambar lain. Kembali edisi ulangtayang ...kali ni lauk Daging Goreng Patayya. Masa masak ni teringin nak makan makanan Thai....tak payah susah keluar nak ke restoren Thai....masak di rumahpun boleh..lagipun byk bahan2 dah ada di rumah.
Resepi ni sesuai utk org yg suka pedas sbb letak cili padi....tp tak berani nak letak cili padi sbb tak tahan pedas...nanti berasap telinga...hi.hi.Nak padankan dgn daging patayya boleh juga masak tomyam . Resepi dari Restoren Pak Amir tp tak jumpa linknya..
DAGING GORENG PATAYYA
Sumber; Restoren Pak Amir
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan:
500 gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus- campur cili hijau dgn cili kering
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)-tak letak
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik-letak 2 btg
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram-letak 2 sb
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya
# Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
# Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
# Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar Sajikan segera 1
Troli Gergasi..
Troli Gergasi ni kalau sapa2 nak borong 1 supermarket pun boleh...hi..hi. tengok tayarnyapun dah setinggi kereta. Troli ni terletak dpt Supermarket Hyper One di Cairo ni.
gambar anak2 posing dpn kereta antik masa ke Hyper One baru-baru ni....
Puding Roti Pelangi (Kukus) & Morning Coffee lagi
Assalammualaikum
Entry hari ni nak kongsi Puding Roti Marble versi kukus...puding roti pernah buat sebelum ini tp yg berkaramel iaitu puding roti karamel, boleh tengok sini. Kali ni Puding Roti Marble versi kukus pula yg dibuat 2-3 minggu lepas utk bawa ke pot luck morning coffee di rumah kawan.
Kebetulan roti pula ada byk di rumah....3 bungkus, wpun anak2 suka roti tp sampai 3 bungkus ni takut pula tak sempat habis dah tamat tempoh....itu yg cari resepi yg menggunakan byk roti dan belum pernah dicuba. Bila tengok bahan2nya semua ada di rumah.Resepi jumpa di blog Iza tp asal dari k.Fida@My resepi , t.kasih ya...
puding ni buat warna-warni....corak pelangi kalau nak ringkas boleh buat marble....guna 2 warna
Puding Roti Marble/Pelangi Kukus
Sumber; Iza@Singgahsana Kitchen asal k.Fida@My resepi
Oleh;Dapurmamasya
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
12 keping roti putih - disiat2
2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)- guna susu segar sj
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)
Cara-cara
1.Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
2.Kisar bahan2 tadi hingga halus.
3.Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
4.Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
5.Biarkan puding sejuk di dalam loyang.Potong dan sajikan.
Tips dr MYR
Puding kukus ni mmng tak tebal kalau guna ukuran loyang yg diberi, tinggi dlm 1 1/4 inc.mase mengukus mmng akan naik tinggi sbb dlm roti tu sndiri dh ade bahan penaik lebih2 lagi klau kite kukus dgn api yg kuat.boleh gandakan adunan klau inginkn puding yg tinggi yer atau guna loyang lebih kecil utk satu adunan puding.
adunan dibhg kpd 3 warna. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang
dah siap dikukus.boleh hidangkan.kalau puding mmg kegemaran....tak kira puding apa.
Gambar masa morning coffee di rumah K.Ijan kat Maadi 2-3 minggu lepas.Puding roti marble tu mama bawa ke sini. T.kasih menjamu kami dgn nasi lemak dan kuih-muih juga dari kwn2 di Maadi.Seronok dpt kumpul bergini...makan sambil sembang
Puding Roti Marble ni sesuai utk habiskan stok roti...
Monday, February 6, 2012
Morning Coffee depan Sg Nil
Assalammualaikum buat pengunjung semua.
Hari ni nak kongsi entry yg berlaku 20 Oktober 2011...beberapa bulan lepas iaitu Morning Coffee PERWAKILAN dan Majlis perpisahan buat Ida yg pulang ke Msia, masukkan dlm blog sbg kenang-kenangan salah satu xtvt mama bersama kwn2 Msia di sini. Morning coffee diadakan di Lot 33 Abou Feda Street, Zamalek (Grizzly Restaurant)....betul2 depan Sg Nil.
Tempat morning coffee ni mama dg kawan yg survey....cari seminggu sebelumnya.Kalau tepi sg Nil mmg byk restoren tp kebanyakkannya buka waktu lunch hingga larut mlm sedangkan program ni dirancang mula 10 pg. Akhirnya salah sebuah restoren cadangkan kami ke Lot 33 Abou Feda Street.
Dlm kws Lot 33 Abou Feda Street ada beberapa buah restoren lagi... tp pilih restoren Grizzly Restaurant sbb yg paling awal buka... utk sarapan pagi hingga ke mlm dan terletak betul depan Sg Nil. Dan restoren ni juga nampak menarik,kemas dan ceria dgn kerusi merah. Menu utamanya pula western food dan Asian food.
Restoren yg terletak di tepi Sg Nil biasanya ada caj tambahan sbb terletak di lokasi yg menarik/tumpuan ramai terutama ptg hingga mlm. Nanti akan kongsi sebuah lagi restoren yg kami pergi survey yg juga terletak depan Sg Nil. Masa bulan oktober,cuaca tak sejuk mcm skrg, jadi nyaman je dok diluar gini tp kalau skrg dlm cuaca sejuk mmg tak tahanlah kalau lama2.
Gambar-gambar sekitar Morning Coffee
Acara dimulai dgn ucapan oleh Pengerusi PERWAKILAN
sesi penyampaian hadiah kenang-kenangan
Menu yg dipesan
menu pertama muffin. ada juga mushroom soup tp lupa ambil gambar
air lemon strawberry
sotong,chicken boxing dll cicah sos
salad
ni mama punya...
ada kwn yg order bihun
desssert
sesi menjamu selera..
sembang dan makan...
bergambar beramai-ramai untuk kenangan...
Sunday, February 5, 2012
Ulang tayang Kuih Cakoi
Assalammualaikum dan Slmt Menyambut Maulidur Rasul
Bersua kembali moga semua sihat sejahtera selalu.Masih edisi ulang tayang....kali nak kongsi resepi cakoi. Dah lama tak mkn cakoi...kali akhir makan masa di Brunei dulu. Teringat masa di sana kalau nak mkn cakoi...malas nak nguli boleh beli....ramai yg jual....mcm org jual goreng pisang kalau kat Msia. Dan anak-anak kalau ke pasar malam sudah pasti tak miss beli cakoi berinti.
Kelainannya di sana sbb cakoi letak inti...boleh minta inti apa yg nak....campur semua intipun boleh. Biasanya kalau cakoi ni suka cicah air lada. Cakoi bukan susahpun tp kurang rajin sikit nak buat kalau resepi kuih muih ada letak yis sbb kdg2 jadi kdg2 tidak.
MINI CAKOI (Aunidayini)
Sumber ; FP MamaFami
Oleh; Dapurmamasya
Ingredients :
3 cups flour
1 1/2 teaspoon salt
Yeast mixture :
5 gm (1 1/4 teaspoons) instant yeast
1 cup water
1 tablespoon sugar
2 cloves garlic ~ cut into pieces
Method :
1. Mix all the ingredients in the yeast mixture and let it stand for 10 minutes before using.
2. Sift flour and salt into a bowl and pour in the yeast mixture (remove the sliced garlic).
3. Knead till a soft dough is formed.
4. Leave to rise for 30 minutes in a covered bowl.
5. Roll the dough till about 1/2 cm thick into a rectangle.
6. Cut the dough into small rectangles and arrange on a floured tray.
7. Leave to rest for 1 hour before frying.
8. Heat oil, pull the small rectangle and fry them in hot oil till golden brown.
siap potong, rehatkan dlm 1 jam
Cakoi ni kenyal sikit bila dikunyah.nak kelainan boleh letak sosej.....
Cakoi kalau suka boleh pelbagai inti spt marjerin,kaya, madu atau jem strawberri . Caranya cakoi yg baru masak, panas2 tu dibelah tengah dan disapu marjerin dulu agar marjerin cair dan meresap dlm cakoi, kemudian barulah inti pilihan. Jika mahu boleh campur kesemua inti.Tapi kalau tak letak intipun dah sedap dimakan.
Saturday, February 4, 2012
Ayam Golek Trengganu & Xtvt hujung minggu
Assalammualaikum semua dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Hari ni hari minggu tentu kawan2 sibuk dg pelbagai xtvtkan.Mama pula anak2 dah mula cuti sek....semlm dah bawa mrk ke pameran buku...hari ni xtvt di rumah saja.Berbalik pada entry hari ni nak kongsi ayam golek Trengganu, bukan baru buat tp copy dr dapur lama.....boleh buat rujukan di sini.Sbb dapur lama kejap boleh buka...kejap tak boleh buka. Ayam ni lebih kurang mcm ayam percik cuma tambah jintan.Dah nama ayam golek kena masak sekor2 barulah nampak tergolekkan.....atau tukang masaknya tergolek penat masak dan kekenyangan..hi...hi..
Ayam Golek Trengganu
Sumber; Majalah Keluarga Sept 2007
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
Seekor ayam belah 4 - seekor ayam tak potongpun
1/2 liter santan - tambah lagi santan sekiranya mahu lebih kuah
*6 ulas bawang putih
*3 btg serai
*7.5 cm halia
2 sb lada sulah, garam
*1 sb jintan putih
*1/2 sb jintan manis
* blender semua bahan hingga lumat
Cara
1. Perap ayam dgn semua bahan selama sejam
2.Panggang ayam pd suhu 170 C selama 25 minit dan sehingga masak
Nota dapurmamasya
1.perap ayam dgn separuh bahan.
2.1/2 bahan lagi dimasak dlm kuali hingga mendidih seketika....tambah santan sed pekat sekiranya nak byk kuahnya.
3.bakar dlm oven selama 1/2 jam. then grill sampai masak. angkat
4. masukkan ayam dlm kuah yg ada dlm kuali tadi. kuah terus dipanaskan dgn api sederhana....siram ayam dgn kuah dan balik2kan ayam sehingga ayam mesra.Dah boleh makan...
Xtvt hujung minggu
Ni gambar semlm...bawa anak2 ke pameran buku antarabangsa.besar jugak kws pameran ada indoor dan outdoor/khemah...ada jual buku baru dan buku 2nd hand. Pergi tak lama sbb anak2 penat nak jalan.
Syakirah yg ceria bersama abg Ayin
Syakirah diapit oleh dua bodyguard...posing sebelum keluar
kws pameran...dlm khemah jual buku baru
kws jual buku&majalah 2nd hand dan buku lama.beli juga majalah masakan dari UK keluaran thn lepas....masih elok dan murah sgt.
lagi view kws pameran
Subscribe to:
Posts (Atom)