klik Nuffnang

Friday, February 25, 2011

Sticky Caramel Chicken Wings



Ayam ni mmg kegemaran anak-anak dan mamanya jugak...cuma dah lama tak buat.kali akhir buat awal thn lepas masak utk mkn2 masa famili abg datang rumah.Bukannya susah tp kdg2 nak masak nak kena ada idea....bila tengok kwn2 tayang ayam caramel ni...teringin nak buat lagi.



Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber; mutiarazura; My resepi

Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)-tak da ganti garam je
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!



Masak minggu lepas campur bhg wing dgn part ayam yg lain....masa lunch tu dah habis licin anak2 ratah. mrk minta lagi.. tak puas mkn...jadi utk dinner masak lagi...itupun licin juga. ok nanti buat lagi...mmg sedap dan senang ayam kramel ni...tq utk empunya resepi!

Thursday, February 24, 2011

Nasi Udang Nenas



Nasi udang nenas ni masak utk hidangan keluarga 2 minggu lepas. Di dapur lama pernah tayang...kali ni di dapur baru pula. Nasi udang nenas ni kelainannya sbb bahannya guna perencah tomyam dan dimasak sekali dgn nenas.

Nasi Udang Nenas
Sumber ; Fp Fifi fad

Bahan;
1 bawang besar potong dadu
3 bawang putih potong dadu
3 cawan beras
1 peket perencah adabi tomyam (kiub pun boley-tapi kena cairkan dulu)
1 batang serai dititik
1 1/2cawan udang kertas buang kulit - udang tak buang kulit
1 1/2 cawan nenas potong dadu
2 sudu besar marjerin (or butter or minyak biasa)untuk menumis
4 biji cili merah hiris - letak sebiji aja
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam (ikut rasa)

Cara:
1. basuh beras dan toskan
2. tumis bawang till naik bau
3. masukkan perencah tomyam n serai, kacau rata till naik bau
4. masuk nenas, garam, kunyit kacau kejap 1-2 mins
5. masukkan air tutup periuk,biarkan air mendidih,
6. bila dah mendidih masukkan beras, tutup periuk
7. bila air nasi dah agak kering, masukkan udang n cili merah then
tutup periuk, kecilkan api. bila nasi dah masak, tutup api.
hidang kan dengan bawang goreng n daun sup.

nota dapur;
Udang tak buang kulit jadi lepas langkah 4 , terus masukkan udang. Dlm resepi asal tak da sukatan air utk nasi, kena agak. Masak ni letak 3 cwn air masa langkah 5.Bila langkah 7 , pindah nasi ke dlm rice cooker dan tambahkan 1 lagi cwn air sbb beras masih keras, masak dlm rice cooker. Bila nasi dah kering , kacau nasi dan tutup dgn aluminium foil agar nasi betul2 masa dan wap tak keluar,biarkan nasi dlm rice cooker hingga masak. Jika perlu kacau 1-2 kali agar nasi masak.



Mkn nasi ni tak ada lauk lainpun tak apa..nasinya dah ada rasa.....tp buat jugak ayam bakar...cuma ayam tak jadi posing sbb rupa tak menawan hati...

Wednesday, February 23, 2011

Ikan Percik Kelate



Assalammualaikum semua......kesibukan melanda minggu ini..tak dpt nak citer panjang2. Sekadar berkongsi ikan percik hidangan kami sekeluarga yg dimasak hari sabtu baru-baru ini.
Dah lama tak mkn ikan percik...hari tu ke pasar borang nampak ikan kembung besar, terus rancang nak masak ikan percik..dok terbayang keenakkannya.

Ikan Percik Kelate

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung-dilumur dgn sedikit garam-biarkan seketika
6 ulas bawang merah ditumbuk
seinci halia-tumbuk
2 cwn santan pekat
1 asam kpg
2 sudu tepung beras/gandum - kacau dgn 1/2 cwn air
1 btg serai di ketuk
garam, gula

Cara-cara
1. Santan dipanaskan dlm kuali sampai mendidih dan kacau agar tidak berketul.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau. Selepas itu masukkan asam keping, serai, garam dan gula secukup, masak seketika hingga bahan mesra.
3. Masukkan tpg utk memekatkan kuah percik. masak hingga pekat kuah.
4. Bakar ikan kembung tadi sampai separuh masak.Siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar lagi sampai masak.
5. Bila sudah masak, letakkan dlm pinggan dan siram sekali lagi dgn baki kuah percik itu.Siap utk dimkn.

nota;
nak jadikan percik merah tambah cili kering.



ada kuah percik yg lebih mkn gitu dgn nasi....

Monday, February 21, 2011

Teringin nak makan Cotton Soft Cheese Cake



Tak tahan melihat Cotton Soft Cheese Cake di blog K.Noor Masri . Maka hari sabtu lalu cuba godek setelah sekian lama menyimpan hasrat nak buat....dok tangguh-tangguh sbb belum cukup kerajinan nak buatnya.
Walaupun rupa paras tak secantik yang diharapkan sbb permukaan kek bertompok2 ditambah pula berlaku kesilapan teknik yg tak disengajakan tp puas hati sbb rasanya mmg yummyyy...lembut sekali...sedapppp , patutlah ramai dah cuba kek ni.



Bila mkn kek ni , teringat masa hari kedua lahirkan Syakirah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (R.I.P.A.S), BSB Brunei , di private ward untuk minum ptg dihidangkan cheese cake...wpun pantang...krn cheese cake tak mampu nak berpantang....mkn jugak sikit...tak tahan godaan nengoknya.



Tak pasti kenapa permukaan atas kek masak tak sekata..bertompok2 rupanya padahal tak gunapun api atas. Suhu dan masa bakar dah ikut resepi. Kena cuba lagi nampaknya....

COTTON SOFT CHEESE CAKE
Sumber ; asal Alma @ MYR ; copy dari blog K.Noor Masri @ dapurdigital . T.kasih penyumbang resepi dan K.Noor Masri.

Bahan-bahan ( 8-inci )

* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine - guna tpg naik sendiri
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
* Bahan B:
* 140g gula (granulated sugar)- letak 120g
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon- ganti krim of tartar

Cara-cara

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



Abg no 3 dan 4 suka dgn cheese cake ni....sedaplah kek ni mama..mmg sedappun bang !



Letak topping coklat yg hitam legam ini..yummmyyy..

Sunday, February 20, 2011

Kuih Cek Mek Badak



Sambungan dari kisah ubi badak....ada lagi ubi yg lebih dikukus , mulanya ingat nak buat kuih lain tp sbb ada masalah teknikal sikit , tak jadi buat. Dari ubi membazir , yg selebihnya buat kuih cek mek.



rupa paras sebelum digoreng, bila dah goreng tukar warna gelap..

Kuih Cek Mek Badak

Bahan
ubi badak yang telah dikukus dan ditumbuk,
sedikit gandum , gula secukupnya
minyak utk mengoreng

Cara

Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

Nota; ubi badak yg dikukus tidak terlalu lembik jadi tpg gandum yg diperlukan adalah sedikit sahaja utk dijadikan doh dan adunan tidak perlu dicampurkan dgn air hanya ubi shj.



Oleh kerana rupa paras tak menawan macam kuih cek mek molek versi ubi keledek jadi namakan aja kuih ni kuih cek mek badak. Kalau kuih goreng anak2 suka berbanding kuih manis yg lain....

Friday, February 18, 2011

Talam Ubi Badak



Minggu lepas buat talam ubi...guna ubi badak yg mak bagi. Ubi ni warna ungu , jadi nak bagi warna yg berbeza letak warna hijau sbg lapisan atas.Bila letak warna hijau gini dah rupa mcm talam labu yg buat sebelum ini pulak.
Ubi badak ni dah lama mak bagi...masa balik kg raya haji lagi..lama betul...dok bertangguh nak rebus. Ingatkan dah rosak tp masih elok . Kalau di Kelantan ubi badak ni terkenal sama seperti ubi itik, ubi kemili. Biasa ubi badak rebus mkn dgn kelapa muda dgn gula.


Resepi asal guna ubi keladi tp tukar guna ubi badak.Masak ptg lepas balik office. Pagi esoknya baru potong, bagi pada jiran dan bawa ke office sikit...seloyang dpt byk jugak.



nilah rupa ubi badak setelah dikukus...ungu warna ubinya..
t.kasih kepada empunya resepi talam ni.

Kuih Talam Ubi keladi/Badak
Sumber; Blog Periuk Tanah

Bahan
sesuai untuk loyang 10 inci atau 2 loyang 6 1/2 atau 7 inci
Lapisan Bawah:
300 gm keladi - ganti ubi badak
600 ml santan cair (daripada 1/2 biji kelapa)
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi (lebih kurang 2 sudu besar)
1/2 sudu teh garam- lebihkan sikit, sebab ingin rasa lebih lemak masin

Lapisan Atas:

250 gm gula pasir
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat (daripada 1 biji kelapa)- campurkan 1 1/2 cawan pati santan (krim) dengan 1 1/2 cawan air - guna santan perasa pandan
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu dan esen keladi- letak pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Kupas keladi dan cuci bersih. Potong dadu dan rendam dalam air garam selama 10 minit. Petua untuk hilangkan gatal jika ada. Toskan dan cuci bersih sekali lagi.

2. Panaskan pengukus. Masukkan keladi ke dalam penapis dan kukus selama 15 minit. Asingkan 3/4 bahagian keladi dan masukkan ke dalam pengisar bersama santan cair. Kisar hingga halus.- tinggalkan 1/4 keladi lagi dalam bentuk dadu utk lapisan bawahnya
3. Masukkan bahan yang dikisar bersama baki ubi keladi, tepung beras, tepung ubi dan garam ke dalam periuk. Hidupkan api perlahan dan gunakan whisk untuk mengacau agar adunan rata dan tidak berketul. Masak hingga campuran pekat.

4. Sediakan loyang bersaiz 10 inci (jika buat adunan penuh) dan panaskan pengukus. Lengser loyang dengan sedikit minyak. Masukkan adunan lapisan bawah (sebaik diangkat dari dapur) ke dalam loyang dan kukus 15-20 minit)

5. Sementara tu, sediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati dengan 'whisk'. Tapiskan ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api perlahan hingga adunan hampir pekat. (Jika terlalu pekat, nanti permukaan kuih talam tidak licin)

6. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah yang dicakar dengan garpu dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan sepenuhnya (3-5 jam) sebelum dipotong. Selalunya kuih talam (sebarang jenis talam kukus) dibuat di waktu malam dan boleh dinikmati di waktu pagi.




(gambar sumber dari mr google ; credit to mylittlevegetablegarden.blogspot.)

Rupa ubi badak...warna ungu terang..menawan.ubinya ketul2 besar.Kenapa nama ubi badak...mungkin sbb bentuknya yg bulat-bulat gitu...

Wednesday, February 16, 2011

Mushroom Soup



Atas permintaan abg yg sulong, ptg ahad lalu buat mushroom soup...dia dan adik2nya mmg suka mushroom soup.Mushroom soup ni kalau mama sedap mkn dgn garlic bread. Tapi anak2 makan gitu.



Seperiuk ni habis mlm tu jugak...bertambah hero2 mama makan...tanya ada lagi tak , minta mama buat lagi..

Mushroom soup
Sumber ; minami133 Myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )
* 1 keping dada ayam
* 1500 ml air
* 500 ml susu segar(susu kotak)
* 1 ketul kiub ayam- guna 2 st serbuk pati ayam
* 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
* garam
* secubit ajinomoto -tak letak tp tambah 1 st lada hitam
* 1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Tips dr Myresepi utk dpt sup yg elok
1.Utk elakkan tepung berketul; bancuh dgn air dulu @ ambil sebah campuran susu dan air ayam ; blender dg tepung barulah dicurah dlm air rebusan.
2. Perlahankan api supaya sup menjadi pekat dgn sekata.Bila sup nak pekat, terus tutup api.



Mashroom soup ni antara menu kegemaran...bahan mudah..buat senang..rasanya sedappp...

Tuesday, February 15, 2011

Garlic bread



Salam Maulidur Rasul buat semua. Hari ni cuti tak ke mana-mana, ada gak buat experiment...nantilah update dlm entry akan dtg.
Entry hari ni resepi mudah...garlic bread buat ptg ahad yg baru lalu.Dah beberapa kali dok tangguh nak beli french bread..hinggalah week end baru ni...dptlah buat garlic bread cicah sup.Pertama kali tayang di dapur ni, dapur lama dah byk kali.

Garlic bread snack
Sumber; Fp Jasmeen@Meen

Bahan :-
Beberapa keping roti sandwich - guna French bread

***Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)-tumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas, gaul sehingga sebati..)

Cara :-
1- Gelek roti smpai nipis & potong ikut suke- lupa nak gelek...
2- Sapu dgn garlic butter
3- Bakar dlm ketuhar selama 10 min..sehingga nampak garing & kekuningan...
4- Tunggu sejuk & bolehlah disimpan di dlm bahan kedap udara...



Garlic bread ni buat cicah dgn mushroom soup. Ada lagi garlic bread..lebih , simpan dlm bekas...kunyah sambil tengok tv. Mushroom soup nanti tayang dln next entry.

Monday, February 14, 2011

Ayam Goreng Mamak vs Kari Kepala Ikan



Lunch hari minggu..masak kelmarin...Kari kepala ikan mkn dgn ayam goreng mamak...teringin nak makan menu ala kedai Mamak. Tak payah ke kedai mamak...kelentang kelentung masak di rumah sambil sibuk menumbuk dengan Syakirah.



Enak ayam goreng gini..terasa rempahnya..kena dgn selera. Bahan-bahannyapun sedia ada di dapur... daun kari, tinggal petik dari pokok kari yg ditanam dlm pasu, senang nak buat masak. Di dapur lamapun pernah tayang jugak.

Ayam Goreng Mamak
Sumber; Fp k.Liza...tq k.Liza

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari ,garam ,minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih - letak 5 ulas
3 ulas bawang merah - letak 6 ulas
5 tangkai cili kering - letak 1 sb cili kering dah blender
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.

tips dapur mamasya
Serdak lepas goreng tu jgn buang..tapis tabur atas ayam.



Serdak lepas goreng tu tabur atas ayam..serdakpun sedap mkn dgn nasi...

Kari Kepala Ikan



Nak padan dgn lauk ayam goreng mamak, masak kari kepala ikan... guna ikan kerapu . Pertama kali masak kari kepala ikan guna ikan kerapu biasa ikan tenggiri. Sedap pulak rasanya...lagipun isi ikan kerapu mmg lembut dan sedappun. Sambil masak tengok tv program JJCM... kebetulan ada tunjuk mkn kari kepala ikan di restoren, harga RM30-40 sepinggan kepala. Hitung2 masak di rumah...mmg jauh jimat.....

Saturday, February 12, 2011

Kanak-kanak riang... Tadika Syazrin



Ni entry tertunggak....persembahan kanak2 riang tadika Syazrin thn lepas masa hujung penggal persekolahan. mama baru dpt update.....boleh simpan untuk kenang-kenangan nanti.
Syazrin yg pakai t-shirt biru tu..pagi2 dah hantar ke sekolah..cikgu letakkan gel buat rambut cacak dan pakaikan pengikat kepala merah biar nampak rugged sikit nak sesuaikan dgn lagu rancak yg ditarikan.



Bila lagu rancak...kanak-kanak dah hilang rentak...ada ke kiri..ke kanan..depan...belasah je...



muka boring tunggu giliran persembahan....



persembahan tarian traditional dari kelas tadika 6 thn. selain tarian ni mcm2 persembahan ada..



nyanyian beramai-ramai....tadika ni tadika 1 Malaysia , pelajar dan guru ada Cina, Melayu dan India .

Tayang award dari Naz@ blog cute oven small kitchen .Terimasih Naz sudi hadiahkan award ni....

Friday, February 11, 2011

Moist Choc Cake



Jemput jamu mata dulu....nanti kita sembang. Sorry lambat sambung entry...tuan rumah busy sikit beberapa harini ni, nak buat lawatan balas ke blog kawan2pun tak sempat.
Ttg choc cake ni, buat 2 minggu lepas...tp resepi cake ni dah lama kiv sampai terlupa... hinggalah belek2 koleksi resepi dlm simpanan...tertengok resepi ni yg belum pernah dicuba. Padahal mudah kek cho ni...sukatan pakai cawan..bahan2nyapun biasa dah ada stok di rumah.



Kalau kek coklat mmg menduduki carta no 1 kat rumah...kek lain tu kurang dpt sambutan oleh anak-anak. Itu lah yg kek coklat selalu muncul di blog. Buat kek untuk makan-makan sambil nak bagi pada anak jiran yg juga kawan anak2 yang baru keluar hospital...suka dia dapat kek coklat.



T.kasih buat mak lang yg sudi kongsi resepi kek choc ni.

MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang

BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara
Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam(bergantung kpd oven masing2)

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...



Suka abg Syazrin dpt jadi model kek kali ni sbb dah lama mama tak minta dia jadi model. Kalau di Brunei dulu, selalu mama lantik dia jadi model tetap mama....ni dah jarang...Syakirah pula ambil alih!



Mmg moist choc cake ni...sedapppp...jemput jamu mata.....

Wednesday, February 9, 2011

Cream Puff jagung dan dah ceria kembali..



Edisi ulang tayang masakan dari dapur satu lagi ...kali ni cream puff jagung. Suka sgt dgn cream puff ... inti biasapun sedap.. inti jagung lagi sedappp...yummmmm



Ingat nak buat lagi nanti, anak-anakpun suka...beli seketui 80sen..mahal tul..buat sendiri dapat byk..puas makan sekeluarga.

Cream Puff Jagung
Sumber , Zaliana, My Resepi

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur
* Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
*- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25 min; 180'C (api atas bawah)
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff



sebelum masuk oven



tgh bakar dalam oven



dah masak



Ceria kembali..sbbnya mr husben selamat tiba pagi kelmarin 8.2.2011 dengan pesawat MAS dari Jeddah yang turut membawa pelajar-pelajar Mesir . Alhamdullilah semuanya selamat dan urusan berjalan lancar. Anak seronok sekali bila abah dah pulang...Syakirahlah yang paling suka...

Tuesday, February 8, 2011

Mari jamu mata dengan Capati



Alhamdullilah Ops Piramid berjaya mengeluarkan pelajar kita di Mesir dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Pelajar dari Jeddah dah mula dibawa pulang ke M'sia. Seronoknya tengok ibu bapa pelajar begitu gembira dan terharu menyambut kepulangan anak masing-masing di airport.Semoga semuanya selamat pulang....

Oklah dah beberapa entry tak da kisah makan....kali ni kita jamu mata dengan capati...bukan baru buat tp import dari dapur satu lagi. Minggu ni masak biasa2 saja, tak da experiment resepi baru...nak ambil gambarpun kamera mr husben bawak ke Mesir jadi ulang tayang masakan lama.

Capati
Sumber; Sajian Di Perantauan (Edisi Dua)

Bahan;
250 gm tepung capati @ tpg wheatmeal - ayak
175 ml (anggaran 1 cwn) air sejuk - tambah sikit kalau adunan kurang lembut
sedikit garam
* tambah 1 sb marjerin

Cara
1.Campurkan semua bahan di dlm mangkuk dan uli hingga jadi doh yg lembut.
2.Tutup mangkuk dgn kain lembab dan biarkan 1/2 jam
3.Panaskan kuali tebal di atas api sederhana.bila cukup panas perlahan kan api.
4.uli semula adunan dan bahagikan kpd beberapa ketul doh -bulatkan
5.Taburkan tpg atas pencanai. ambil seketul doh dan canaikan nipis.
6.angkat capati dan tepuk kedua2 belah utk buang tepung berlebihan.
7.letakkan atas kuali panas selama 1 min. setelah bah bawah bintik2 putih balikkan.
8.angkat capati dan layur atas api.ia akan mengembang beberapa saat.
*tak layur pun atas api...masak terus dlm kuali dan tekan bhg tepi capati bila capati mula mengembang.
9.letakkan dlm pinggan yg dilapik tuala kecil dan tutup dgn tuala agar capati sentiasa panas.makan sebaik sahaja masak.



Suka mkn capati tp dah lama tak buat...bilalah rajin nak nguli ni....

Monday, February 7, 2011

Dah dapat berita dari Kaherah



'Alhamdullilah baru dpt emel dari husben awal pagi ini , mmg kat sana masalah penghantaran sms dan emel...senang hati sikit bila tahu husben selamat...hati mana tak risau sbb tak dapat khabar berita sejak husben berada di Kaherah dengan keadaan rusuhan kat sana yang belum reda sepenuhnya. Terimakasih atas doa teman-teman semua.
Menurut husben keadaan disana semakin terkawal dan perintah berkurung dipendekkan dari 6 pm-7am. Cuma masa perintah berkurung terdapat 5-10 sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa dan orang awam dengan senjata.
Tapi tak boleh nak ceria sangat sehingga husben selamat pulang ke M'sia...tak pasti berapa lama, ikut jadual asal pergi dlm 10 hari. Anak...Syazrin dah merungut lamanya abah pergi kerja...tak balik-balik....cakap kat Syazrin abah pergi kerja jauh...dia diam..harap dia mengerti... '


Operasi Piramid diteruskan walaupun keadaan di Mesir semakin pulih: Kohilan

KUALA LUMPUR: Operasi Piramid bagi membawa rakyat Malaysia di Mesir keluar daripada negara bergolak itu diteruskan, walaupun lebih 2,000 pelajar dan mereka yang bekerja di sana tidak mahu pulang kerana beranggapan krisis semakin pulih dan akan berakhir dalam masa terdekat.
Kebanyakan pelajar yang enggan pulang tinggal di kawasan zon selamat seperti di Tanta, Mansurah dan Damanhur yang jaraknya beratus-ratus kilometer dari tempat rusuhan sekitar bandar raya Kaherah dan Iskandariah.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelajar berkenaan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana akan menghadapi peperiksaan penting tidak lama lagi serta khuatir sukar mendapat rumah sewa baru jika pulang ke tanah air dan perlu menyediakan wang mencukupi untuk kembali semula.

“Kita sudah minta mereka balik dan menyediakan segala kemudahan diperlukan termasuk membiayai kos perjalanan, tapi mereka tetap tidak mahu pulang.
Keputusan membawa pulang bukannya wajib. Jika keadaan kritikal pada tahap merah memang kita paksa mereka keluar, tetapi sekarang tahapnya sudah jatuh antara oren ke kuning, jadi kita tidak boleh paksa mereka.

“Jika mereka nak terus duduk di sana, kita benarkan dengan syarat isi borang pengesahan daripada keluarga atau diri sendiri. Pada masa sama, keadaan keselamatan mereka akan terus dipantau pegawai kita kerana pusat operasi terus dibuka sehingga pergolakan selesai,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kohilan yang baru pulang dari Kaherah pagi semalam berkata, pemantauan sehingga semalam, mendapati keadaan di negara itu sudah mula pulih dengan aktiviti ekonomi mulai rancak beroperasi berikutan kesediaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur daripada kerajaan dan memberi laluan kepada barisan pentadbiran baru.

“Keadaan semakin tenang, kedai sudah mulakan perniagaan, pasar pun sudah beroperasi dan begitu juga bank yang ditutup sejak lapan hari lalu.

Bagaimanapun, sukar diramal dan keadaan mungkin kembali tegang jika rakyat tidak suka dengan kepemimpinan kerajaan baru,” katanya sambil menambah jika ia berlaku, misi bantuan menyelamat pelajar yang tidak mahu pulang akan digerakkan semula.

Katanya, sehingga semalam, kerajaan berjaya membawa keluar lebih 7,000 pelajar dan rakyat Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi.
Misi menyelamat dilakukan dalam tempoh empat hari bermula Rabu lalu membabitkan hampir 300 sukarelawan daripada 70 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Hari ini saja, kita akan cuba pindahkan 2,000 pelajar ke Jeddah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Jika tak dapat pindah semua, operasi akan disambung sampai esok. Yang setuju nak balik dan daftar dengan kita lebih 9,000 daripada jumlah keseluruhan rakyat berdaftar di Mesir seramai lebih 11,000 orang.

“Esok (hari ini), kita akan tumpukan misi membawa mereka pulang dari Jeddah ke tanah air yang penerbangan pertama dijangka sampai jam 9.30 pagi esok menerusi MAS (Malaysia Airlines),” katanya. sumber credit to ; Berita On line 7.2.2011

Friday, February 4, 2011

Doakan rakyat Malaysia di Mesir dan semua yang membantu selamat

Makluman terkini ; Terima sms dari mr husben pukul 2 ptg tadi 4.2.11 - Semua pesawat C130 Hercules telah selamat tiba di Jeddah jam 10 am 4.2.2011 setelah 19 jam perjalanan dan 12 jam menanti di airport Abu Dhabi. Pesawat C130 akan ke Kaherah ptg ini juga untuk membawa pelajar keluar dari Mesir ke Jeddah. Setiap pesawat boleh memuatkan 250 orang.

3,600 rakyat Malaysia dipindah menjelang 6 pagi
(Sumber ; Utusan On Line 04/02/2011 5:05pm )

KOTA KINABALU 4 Feb. - Seramai 3,600 rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi menjelang 12 malam ini (waktu Mesir) atau 6 pagi waktu Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan yang bermula sejak semalam itu melibatkan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia. - Utusan

(update by mamasya 6.10 ptg 4.4.2011)


Sumber ; foto TV3 pada 2.2. 2010; 20.00 pm

Seperti yang diceritakan sikit dlm entry di bawah, hati ni risau sbb husben terbang jauh... ke Mesir untuk membantu misi memindahkan pelajar dari Mesir. Mr husben bertolak pada 2.2. 2011 lebih kurang jam 10 mlm dgn pesawat Charlie 130 bersama lain-lain pegawai.
Tengok di tv dan internet keadaan rusuhan di Mesir yang kian bertambah teruk dan bertukar menjadi ganas dengan tembakan..kebakaran..dgn bilangan yang cedera dan angka kematian yg meningkat sana-sini ditambah pula berita terbaru pertempuran antara 2 penyokong telah memburukkan lagi keadaan dan tak tahu bila akan reda.
Itu yg buat risau tapi demi membantu mengeluarkan pelajar dan rakyat M'sia di Mesir mama tetap memberikan sokongan kepada mr husben ke sana.

Berbalik kisah hari bertolak ptg 2.2. 2011 , husben call mama di office dlm pukul 4.30 ptg, maklumkan dapat panggilan utk dptkan pengesahan boleh atau tidak bertolak pada mlm ni jugak dan mr husben ckp akan fikir dulu sbb belum ready apa2. Mama dah tak senang duduk ,5 min kemudian mama call semula husben... husben ckp maybe jadi pergi ke Mesir mlm ni jugak. Hati tambah tak tenang....mama pun terus minta izin utk keluar office awal...dah tak sanggup nak tunggu jam 5 ptg.

Sampai rumah mr husben baru mula packing ....mama tlg packing .. mr husben pula sibuk dgn panggilan telefon yg bertalu-talu untuk urusan berangkat segera. Nasib baik passport mr husben masih belum tamat tempoh. Tepat jam 6.15 ptg mr husben driving ke airport TUDM Subang.
Dlm 8 mlm mr husben call ,dah sampai di airport ...tunggu untuk bertolak .
Dpt sms terakhir dari mr husben jam 2 ptg pd 3.2.11 - sedang transit di Abu Dhabi .
Spt dalam di bawah ; Di ABU DHABI pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.

Doa mama bersama anak-anak di sini...moga suami tersayang dipermudahkan urusan di sana dan selamat pergi dan balik...juga selamatkan semua rakyat Malaysia di Mesir.


Operasi Piramid Untuk Selamatkan Warga Malaysia Bermula ;
Pesawat TUDM tunggu kebenaran mendarat

(sumber ; Utusan On line 3.2.2011)

ABU DHABI 3 Feb. – Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai misi pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Kaherah, terpaksa menunggu hampir seharian di lapangan terbang antarabangsa di sini hari ini.

Misi yang diistilah sebagai Misi Operasi Piramid itu, menanti kebenaran untuk mendarat di Jeddah, Arab Saudi.

“Ia sedang diurus di peringkat tertinggi kedua-dua kerajaan,” kata seorang pegawai yang enggan disiarkan namanya.

Sejak berlepas dari Kem TUDM Subang pukul 9 malam Rabu, tiga pesawat tersebut telah berhenti di Maldives dan kemudian di lapangan terbang Al Ain di Emiriah Arab Bersatu, ekoran ribut pasir di Abu Dhabi.

Seramai 14 wakil media menyertai penerbangan itu bagi membuat liputan misi tersebut yang akan menjadikan Jeddah sebagai pusat pemindahan sementara pelajar Malaysia dari Kaherah.

Selain itu, seramai 62 pegawai TUDM dan agensi-agensi kerajaan yang turut terlibat dalam misi tersebut.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Dua penerbangan pertama, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dan dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam ini.

Pesawat Boeing 747 MAS dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini menuju ke Kaherah.

Tiga pesawat pengangkut C-130 TUDM, yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir pagi esok.


645 Pelajar Kaherah dipindah ke Jeddah
04/02/2011 3:35am (sumber UTUSAN ON LINE)

KAHERAH 4 Feb. — Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat syarikat Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay.

Beliau berkata setakat ini, sejumlah 345 pelajar telahpun dipindahkan dengan pesawat MAS pada tiga petang waktu tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.

Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

"Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka,” katanya.

Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.

Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam tadi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.


Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah. — Bernama


Tentera Mesir menempatkan kereta-kereta kebal di sebuah jejambat dekat Dataran Tahrir, Kaherah sebagai penampan bagi memisahkan antara kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan (atas) dengan kumpulan pro-Mubarak (bawah), semalam. – AP

' Sama-samalah kita mendoakan semoga pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dan pegawai-pegawai ke Mesir yang membantu selamat dan dipermudahkan urusan bawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir. '

Klik Nuffnang2