klik Nuffnang

Friday, April 29, 2011

Menghitung hari menuju destinasi.....



Passport baru dah ada di tangan..



gambar passport Syakirah yg terkini...



bukan hanya packing bag....



tapi packing kotak juga, syt cargo dtg rumah 5.5.2011...busy week end ni packing brg...



tiketpun dah ready ; bertolak dgn flight MAS MH160 pada 9.5.2011 (12.25 tgh hari) dari KLIA to...............
kemana destinasinya....tunggu next entry!

Makan-makan di Restoren Arab Dima



Kisah makan-makan dgn kwn sepejabat waktu lunch beberapa hari lepas. Makan di restoren Dima, restoren makanan Arab yg terletak di Bt Beruang.Melaka....berdekatan MMU. Dari segi kesedapan...mmg sedap makanan yang dihidangkan dgn pelbagai pilihan makanan arab. Saiz hidangan yg ada ialah S (saiz 1/4 peha ayam) utk 1-2 mkn; harga dlm RM11-RM13, M (1/2 ekor ayam)utk 2-3 org mkn dan L (seekor ayam) utk 4-6 org makan. Pekerja restoren nipun terdiri dari org Arab dan melayu.

Tengok apa yang kami pesan...semua pinggan itu adalah saiz M mkn utk 2-3 org...



nasi Magloba



nasi kabsa



Nasi mandy...teringat nasi mandy yg buat hari tu....



salad mcm acar



kawan2 yg ceria.....



posing dulu sebelum makan..



semuanya tekun mengadap hidangan...



hiasan dlm restoren..



Kunafa...dessert yg diorder oleh kwn sepejabat.rasa bahagian atas tu mcm kuih karas..rangup..dlm lembut.



Posing beramai depan restoren sebelum balik.

Thursday, April 28, 2011

Pajeri Nenas



Jika sebelum ini udang masak dgn nenas tapi kali ni udang masak butter prawn...nenas pula buat pajeri. Buah nenas ini pemberian jiran...beberapa hari simpan dulu..tunggu week end baru berkesempatan masak. Suka dgn masakan pajeri..tak kira pajeri nenas mahupun pajeri terung.Anak suka dgn kuah pajeri tp nenas diaorg tak makan.

PAJERI NENAS
sumber Fp K.Liza

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Wednesday, April 27, 2011

Butter Prawn



Mula-mula nak ucapkan terimakasih kepada semua yg wish happy birthday utk Syazrin.Dah selesai 3 hero mama sambut birthday bulan April tunggu bulan Mei nanti.
Entry hari ni nak tayang butter prawn yg dimasak week end tempoh hari. Dah beberapa minggu teringin nak makan butter prawn tp tertangguh sbb udang yg dibeli masak lauk lain hinggalah minggu baru ni dapat juga masak.



Tapi kali ni telurnya tak berambu-ramba mcm sepatutnya, mungkin minyak tak panas sgt sbb masa nak goreng telur tu, kena tukar kuali sbb kuali asal byk keladak goreng udang tp masih pakai minyak yg sama.Walaubagaimanapun rasanya tetap enak...

Butter Prawn
Sumber ; Blog Suzi@ Resepi&Cerita Perantau

Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara
1.Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
2.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
3.Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
4.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.- guna botol sos plastik
5.Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. - tak padamkan api tp guna api yg paling perlahan
6.Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. - nak cepat tekan2 telur tu dlm penapis...minyak cepat keluar.



Ni butter prawn yg buat dulu, copy dari dapur FP ...rambu rambanya elok sikit dari yg baru buat.

Tuesday, April 26, 2011

Sambut birthday Syazrin di Tadika



Semalam 25.4.2011 , birthday Syazrin ke 6 thn. Wpun sebelum ini Syazrin dah sambut birthday dgn abg2 di rumah tp semalam mama buatkan juga kek utk Syazrin sambut birthday dgn kwn2nya pula di tadika.
Abg2 tanya kenapa buat kek birthday lagi utk Syazrin, cakaplah yg abg2 semua dah pernah merasa sambut birthday di sekolah di Brunei dulu, Syazrin baru kali ini dpt sambut birthday dgn kwn2 sekolah thn lepas tak berkesempatan.



Untuk birthday abg Syazrin, buatkan kek clown yg ceria..2 dok tergolek atas rumput, 1 baru nak panjat dan pdg yg dihias dgn kumbang, rama2,bola dan belon. Bagi juga goodies bag utk classmate dgn cikgu2nya. Kek birthday ni dlmnya cake cho moist....berat kek 2.2 kg....cukup utk kwn2 dan cikgu di sekolahnya. Masa birthday abg Syafiq ke 6 thn di tadika SSYHB pun mama buatkan kek clown juga tp deco lain sikit.



Ramai-ramai nyanyi lagi happy birthday utk Syazrin dlm 3 versi... bahasa Inggeris, Melayu dan Cina. Abg Syamilpun ikut sama sbb sekolahnya cuti.



Masa utk tiup lilin....



Syazrin bergambar dgn cikgu. ni tadika 1 M'sia..ada cikgu Melayu, Cina dan India.Masa abg Syamil dan abg Syakim dulupun sekolah tadika yang sama. Abg Syamil antara pelajar perintis di tadika ini.Ada cikgu yg sama mengajar abg Syamil, Syakim dan Syazrin.



Syazrin dgn cikgu dan kawan2 sekelasnya. Dlm kelasnya termasuk Syazrin ada 2 org pelajar Melayu..lainnya bangsa Cina dan India.



Syakirahpun ikut sama meraikan birthday abg Syazrin



Cikgu tolong potongkan kek birthday



Baca doa dulu sebelum makan.



Masa deco kek anak2 dah tidur...mula dlm pukul 10 lebih....jadi lewat jugak tidur nak siapkan kek, almaklumlah bukannya reti sgt bab deco mendeko. Ingat nak start awal menghias kek tp tak sempat...melayan anak2 buat homework....nak layan Syakirah, akhirnya tunggu mrk semua tidur baru boleh mengadap kek. Tapi kek dah baking awal2 pagi lagi dengan baking sebiji lagi kek coklat moist...letak topping choc, mr husben nak bawa utk sedara kami.
Asalnya nak buat kek spongebob utk birthday Syazrin tp tukar kek clown. Anak-anak bila bangun pagi semua nak tengok kek birthday....abg Syazrin paling suka mama buatkan kek clown...senyum riang dia. Syakirah pula sibuk nak kutip belon...kumbang kat atas kek tu....

Monday, April 25, 2011

Ayam Panggang Sarawak



Dari rumah traditional Melaka, kita terbang ke Sarawak...dgn menu ayam panggang S'wak@manok panggang yg ringkas tp enak.
Ayam panggang ni buat beberapa minggu lepas utk dinner. Kat rumah kalau lauk ayam, selain kari/kurma ayam, ayam goreng, ayam bakar yg paling anak2 suka. Lauk ayam lain tu mrk kurang sikit...tu yg merajinkan diri selalu bakar ayam.
Ayam panggang Sarawak pernah buat sebelum ni di dapur lama tp guna resepi lain.Tak buat sos utk ayam tp mkn dgn Thai sos dan brokoli celur+mayo. Rasa ayam ada sikit2 cam sate sbb letak ketumbar dan jintan serta gula. Ikut resepi ayam diperap semalaman tp ni perap 1/2 hari je. T.Kasih buat Dyg penyumbang resepi.

Ayam Panggang Swak
Sumber; blog Dayang Jack

Bahan Perap :

* 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan)
* 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
* 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
* 1/2 inci lengkuas*
* 5 ulas bawang putih*
* 2 inci halia*
* sedikit garam
* gula merah/gula melaka/ brown sugar dan garam secukupnya

Cara-cara : Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.



Anak2 mcm biasa kalau ayam bakar laju je.mama sempat mkn seketuiii, itupun kongsi dgn Syakirah....

Sunday, April 24, 2011

Singgah Rumah Traditional Melaka (PT2)



Sambung kisah singgah di Kg Morten.....byk gambar sbb tengok setiap sudut dlm dan luar rumah cantik2 dan menarik belaka.



posing di serambi rumah yg dihias cantik



posing dgn replika rumah traditional



Syakirah intai kolam kecil dpn serambi rumah



anak2 dgn tuan rumah yg peramah



terpegun kejap Syakirah nengok pelancong omputih ni



pastu dah ajak borak...



Syakirah di serambi rumah

Dah selesai meninjau rumah Hajah Kamarbee, ke halaman rumah sebelah yg begitu menarik halamannya, ada replika rumah, siap bendera setiap negeri, pktn merdeka dan 1 Malaysia...patriotik sekali.



Syazrin & Syafiq posing



Syazrin posing di tangga rumah.....cantik betul tangga rumah ni...



replika rumah



Syakirah pula posing dpn rumah



dpn rumah replika






bendera kecil negeri-negeri

Friday, April 22, 2011

Somtam Epal



Hidangan ringkas nak dikongsi hari ni....somtam. Sekali tengok mcm kerabu epal hijau yg pernah tayang sebelum ini. Tapi ni somtam lain sikit bahan2nya.Patutnya kalau somtam Thai guna betik/mangga tapi ni somtam omputih guna epal. Ringkas buatnya, selain epal tambah juga karot. Somtam ni boleh makan gitu mcm rojak tp kali ni makan dgn nasi.



Somtam
Sumber asal; FP Hajar

Bahan
Mangga muda/Epal - kupas kulit racik halus
bawang merah-tumbuk kasar
cili merah-tumbuk kasar...if nak berapi leh guna cili padi
udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan- if takde leh ganti ngan garam je
kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
**tambah karot- racik
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...mesra2kan
2. Perasakan mana yg kurang dgn sos ikan dan gula



Pernah tengok org Thai sediakan somtam ni, bila pelanggan nak barulah diracik betik,mangga dan kemudian tumbuk kasar kacang,cili padi dll bahan guna lesung kayu. Satu lagi campur kangkung mentah yg ditumbuk kasar jugak...kira sediakan fresh kpd pelanggan.

Klik Nuffnang2