klik Nuffnang

Friday, March 30, 2012

Kuih Koci Bersantan



Assalammualaikum bersua kembali
Rehat kejap entry Istanbul,sambung entry makanan...iaitu Kuih Koci Bersantan yg buat hari Isnin lepas. Dah lama sebenarnya teringin nak buat kuih koci bersantan ni tp belum cukup kerajinan nak mencuba.Yg merajinkan diri juga sbb dpt daun pisang. Kat sini mmg tak jumpa org jual daun pisang sbb mmg mereka tak guna daun pisang.Citernya week end lepas, masa dlm perjlanan di hway nampak kebun pisang.Jadi mr husbenpun minta stop kat tepi kebun dan tanya dg org Arab kat kedai kopi situ boleh tak nak minta sikit daun pisang.merekapun heran nak buat apa dg daun pisang... dan diorg tlg potongkan daun pisang utk kami tp daunnya taklah lebar mcm daun pisang kat Msia.



Bila dah ada daun pisang tak bolehlah tangguh lama2, takut nanti rosak pula, dahlah susah nak dpt jadi kena buat juga kuih. Mulalah fikir nak buat kuih apa.....itu yg terlintas nak buat kuih koci bersantan sbb ini kuih paling lama teringin nak mencuba. Pernah dulu tanya resepi dan caranya dg seorg kawan bila dia bawa kuih koci masa potluck tp sbb mama tak jelas caranya dan segan nak tanya lagi jadi pedamkan dulu hasrat. Hingga jumpa cara2 buatnya, siap ada tutorial lagi di Zalinzalina.blogspot yg mmg pakar buat kuih muih, beliau ada buat kelas dan ambil tempahan kuih.Ikut cara2 ZalinZalina tak payah kukuspun, versi rebus mcm buah melaka. Terimakasih byk2 ZalinZalina kongsi cara membuatnya.



Utk kuih koci ni adunannya kuihnya ikut resepi CMG @ MYR dan inti kelapa yg dicampur dgn lempuk ikut spt resepi kuih ketayap dari blog Asmara Life resepi asal sini.Letak lempuk tu sbb ada bawa stok lempuk masa balik tempoh hari. Terimakasih semua yg sudi kongsi resepi.Utk resepi penuh Kuih Koci adalah spt di bawah,boleh pilih nak versi kukus atau yg rebus.

Kuih Koci Bersantan
Resepi ; CMG @ MYR
Oleh ;Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Inti kelapa yg dicampur dgn lempuk ikut spt resepi kuih ketayap dari blog Asmara Life resepi asal sini

Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering
1 sudu besar tepung gandum - tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Manakala caranya buatnya dan cara balut kuih koci boleh tengok di Zalinzalina.blogspot . mama punya bungkus ni tak kemas sgt..kena praktis lagi...

Ringkasan cara buatnya dikongsi spt di bawah...



kacau kelapa utk intinya



doh yg dah diuli.utk tpg pulut hitam buat sendiri guna pulut hitam utk bubur tu. rendam dalam 1/2 cwn semalaman,tapis biar kering airnya dulu..biarkan seketika. tumbuk sampai hancur dan ayak..jadi mcm tpg.barulah disukat semula 1/2 cwn utk resepi ni.



bulatkan semuanya.agak2 sama saiz jgn besar sgt nanti nak letak inti.adunan ni dpt 20 biji.



leperkan dan letak inti..



bulatkan....tak nak lekat di tangan gentel dg plastik..



kacau santan pekat, anggaran dlm 2 cwn + 1 sb gandum dan garam secukupnya.nak rasa lemak kena letak garam yg cukup.Manakala santanpun lagi byk lagi sedap... lain kali kena buat 3 cwn santan.



Syakirah tlg hitung berapa biji...ada dlm 20 biji ni mama.Syakirah ngitung 1-5 bolehlah tp dr 6-10 tunggang langgang sebutannya..hi..




rebus...sampai terapong mcm buah melaka.angkat ,sejat kejap



masuk dan gaul dlm santan



tambah lagi santan kat atasnya.kemudian bungkus,siap dah boleh mkn .



tp kalau nak tahan lama kukus kejap.mama kukus dlm 5 min je



sementara mengukus..... ada tukang cuci kuali....sapa lagi kalau tak Syakirah.kasi licin ya Syakirah...hi...habis pipipun kena santan..



Tiga biji sekali ngadap kuih koci ni, bhg santan berlemak tu yg tambah sedap. kalau kuih traditional yg berbungkus daun pisang gini spt lepat, tepung bungkus dan yg seangkatan dgnnya suka sgt tp nak buatnya itu yg malas sikit sbb kat rumah kurang sikit kuih manis gini.

18 comments:

  1. salam kak....huhu!!!ini la version kuih koci yg ros mengidam bln lepas...ada makcik @punc alam dulu buat mmg sedap sgt2&bersih sbb kuih koci dia tahan xbasi walau xsimpan dlm peti ais, mcm akak ckp dia xkukus pun (cuma layur skit je daun pisang tu)...maka cantik la daun pisang dia xde layu.......huhu!!!bestnya la harini sbb dpt caranya...nanti nak buat gak. cuma ros musykil xjmp cari tepung pulut hitam @brunei ni? akak ada tau tak mana2 @brunei (dulu2 le akak beli kot) yg jual tpg pulut hitam......tq kak for sharing this...i really keen to try once dpt jmp tpg pulut hitam ni. klu xde gak nak mitak org msia pos(xkira, nak mkn koci pulut hitam gak).hahaha!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak.. ita cuba tadi mcam tak boleh harap boleh la lepas ni.. hiihi memang nampak sedap tambah dengan daun pisang tu

      Delete
  3. Cantik aje Mamasya bungkus koci tu...tapi memang ye kalau nak tahan lama kena kukus sekejap...tapi sebab saya guna santan kotak cap ayam, so koci tu kalau tak kukus pun lambat sikit basinya...kat Shah Alam ni susah dah nak dapat kuih koci besar tu melainkan kalau buat sendiri aje..he he...

    ReplyDelete
  4. Org dok jauh buat. org kg cam sy ada daun pun lum buat lg. sy suka kuih koci...kalau koci labu pun sedap...

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya, antara kuih yg teringin nak buat tapi tak terbuat2. kat sini ada daun pisang beku tp mahal sikit, berjimat2 gunanya. hehe.. nampak sedap sgt kan sampai Syakirah pun tolong bersihkan. :D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya,
    waduh tak tahan tngk kuih koci yg sedap ni...mcm nak buat skrng je...kuih kegemaranku..

    ReplyDelete
  7. Saya pun dah lama teringin nak buat cuma asyik bertangguh dari hari ke hari....

    ReplyDelete
  8. Salam Mama..beberapa bulan lepas saya ada gak mencuba koci labu yang ada santan macam ni..tapi fail bab bungkus sampai semua santan membuak2 keluar time ngukusss..rasa dah sedap (kat anak tekak nilah) tapi rupa paras tu...memang tak sangguplah nak tgknya..hu hu hu hu.jeles plak bila tgk koci akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene kukus ngan api yg kecik.. Aritu sy pun jd mcm tu.. Pastu bila buat lg skali, kukus ngan api yg kecik mmg jd..

      Delete
  9. sedapnyerrrr... lama tak buat koci bersantan ni... ada ye daun pisang kat sana..
    hehehe.. suka tgk syakirah cuci kuali tu... sama ler ngan si alin tu pantang ibunya buat kuih mesti dia pun sama sibuk membantu.... hehehee....

    ReplyDelete
  10. Menarik! X perna tau lg ada kuih koci bersantan nie... Nampak lg sedap...n semestinya sedap berlemak gitu kan mamasya...

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing the recipe, Mamasya... my mother selalu beli kuih koci lagu ni. La ni cheq nak kena buat sendiri. I'm sure it'll turn out great, your recipe selalunya menjadi :)
    xoxo

    ReplyDelete
  12. sedapnya kuih koci.....terliur tgok..nk wat skrg!!hehe.tq sharing2

    ReplyDelete
  13. pergh sedapnya!!!! gila tak hengat...... tapi nak buat malassssss

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2