klik Nuffnang

Friday, April 26, 2013

Ayam Belanda Masak Blackpepper




Assalammualaikum buat semua....bersua kembali...moga semua sihat dan ceria.
Alhamdullilah masih ada yg order jubah dgn mama wpun entry promo jubah dah berlalu sebulan lepas. mama belum sempat nak buat promo jubah yg baru lagi.sibuk nak settlekan dulu penghantaran jubah yg dipesan utk bulan ni....rezki mendatang ......syukur Alhamdullilah.
Dan minggu ni anak2 mula cuti sek....spring holiday selama 2 minggu lebih, tak rancang nak pergi bercuti ke mana2 sbb abg sulong ada exam lepas ni, hanya xtvt di rumah. Bila masuk musim spring di sini...cuacapun sedang elok sederhana panas. Waktu subuhpun awal 3.44 pagi, syuruk 5.17 pg...belum pukul 5.30 pg cuaca dah terang benderang.


Syakirah pula bila dah cepat siang, terbangun awal, dia dah tak nak tidur semula, dah siang katanya....mmg nampak terang Syakirah tp masih awal pagi. Ni gambar beberapa minggu lepas...Syakirah tlg mama buat kek batik.


Berbalik pada entry hari ni....ada sapa2 yg pernah mkn ayam belanda tak ? mama pun ni baru pertama kali rasa....teringin nak mencuba.Mudah nak dpt ayam belanda di sini...di C4 ada jual, nak beli bhg isi saja, peha, seekor yg dijual big size (kalau tak silap dkt RM275LE/RM135 seekor), kepak, hati...semua ada. kdg2 disupermarket selain dari ayam & ayam belanda ada juga jual itik, burung merpati yg dah siap pek. Biasa kalau bawa anak2 ke supermarket tunjukkan mereka ayam belanda yg dijual seekor.....saja bgtau anak2 ni ayam gergasi...suka mereka dpt tengok ayam gergasi.
Mama hanya beli beberapa kpg bgh turkey breast ...beli sedikit sekadar nak merasa. Dari segi rasa mmg mcm ayam...dah namapun ayam belanda cuma menurut info dr sini, bgh Turkey breast ni bagus utk diet yg sihat sbb rendah lemak dan protein tinggi. dimana kandungannya lemaknya lebih rendah dr ayam wpun saiznya besar.


Tak tahu nak masak apa sbb beli bgh isi saja, jadu masak blackpepper mcm masak daging....nanti resepinya akn menyusul...


selain masak ayam belanda...utk lunch hari tu masak juga ayam bakar....bakar seekor...puas anak2 makan.


Telur ni tak da kaitan dg ayam belanda....saja mama kongsikan telur yg dijual di sini...telur putih itu bukan telur itik tp telur ayam organik.sama saja dg telur ayam yg biasa. Sengaja beli telur yg campur gini....ada juga telur ayam organik yg dijual dlm satu papan mcm telur ayam biasa. Satu lagi telur ayam yg dijual disini dlm 1 papan ada pelbagai saiz....telur ayam tak diasingkan mengikut saiz. Kalau nak baking...mama akan pilih dan asingkan siap2 telur yg sama saiz..agak2 saiz yg sesuai utk digunakan.
Kalau telur, teringat masa pergi bercuti di Indonesia dulu, singgah satu supermarket nak beli telur ayam. tak tahu berapa harganya sbb tak nampak ditulis berapa harga sebiji, bila dah dkt kaunter baru tahu yg telur kena timbang berat...harga ikut berat...masa tu tak tahu nak cakap apa, nak gelak pun ada sbb lucu bila telur kena timbang mcm nak beli sayur pula.patutlah dkt tempat telur...telur dicampur dlm satu bekas..kecil besar...pilih sendiri nak yg mana, tak dijual dlm peket, rupanya kena timbang.


bukan Syakirah sorang saja tlg mama buat kek batik hari itu tp abg Syazrin juga. Buat abg Syazrin Happy 8 th birthday abg Syazrin bday abg Syazrin pada 25.4. Mama doakan abg Syazrin sentiasa sihat ceria dan menjadi anak yg soleh...begitu juga abg Syafiq dan Syakim yg baru saja lepas bday bulan April juga, mama belum sempat buat kek lagi.

Wednesday, April 24, 2013

Makan Tanjine & Trip to Morocco (Pt2)




Assalammualaikum buat semua....
Sambung kisah pt 2 semasa trip di Morocco. kali ni nak kongsi makanan traditional yg cukup terkenal di sana itu Tanjine.Sebelum ke Morocco mama survey sikit2 kat internet apa makanan yg femes di sana, itu yg tahu ttg tanjine. Tanjine ni lauk yg dimasak dlm periuk tanah bertutup dg ramuan sedikit rempah.Ada pilihan pilihan ayam, daging & sayur dg pilihan saiz kecil dan sed.Dihidangkan panas2 dan makan dg roti atau nasi.


Utk lunch kami berhenti makan di sebuah restoren di tepi hway..mcm RNR..ada surau, station minyak, minimarket.pilihan nak mkn diluar atau dlm restoren....selesa


utk starter dihidangkan roti dg salad tp kami tunggu mkn dg tanjine.


dah sampaipun tanjine yg diorder.dihidangkan dlm periuk tanah bertutup tinggi. periuknya cantik berlorek2.

bila buka tutup... tengok tu masih panas berasap tp tertanya2 mana ayamnya..tak nampakpun...ke salah order yg sayur..


rupanya di susun bawah kentang, karot , cili & buah zaiton itu..kami mkn roti dg tajine ni.nak order nasi tp nasi tak ada. dah mmg perut org Melayukan...pergi mana pasti cari nasi. sedap juga rasanya sbb ada sikit2 rasa rempah....licin mkn berdua...laparpun ada sbb dah kul 3.30 baru lunch.


makanan lain yg ada dijual...kebab, pizza ,salad


kami makan dalam restoren.

dlm restoren tak da org masa ini sbb pelanggan lain mkn diluar.


bunga2 dpn restoren.cantikkk...!


ni pula masa nak keluar dr Rabat.mulai perasan yg org2 sana suka santai ,baring2 di kws yg ada rumput wpun tepi jln. tak kira laki atau perempuan.


yg ni dah tidur lena dibawah pokok...dibuai mimpi.tak takut pula diorg dikacau sapa2 yg lalu di situ.


teruskan perjalanan....suka tengok kws menghijau gini dg sg mengalir di tghnya.


view lembu dan sungai diladang....mmg sepjg jln kws penghijau.kws pertanian dan ternakan.


rumah2 petani di tgh2 kws menghijau....damai je pemandangan


cantik...menguning dg lembu meragut rumput..


petani sdg mengerjakan kebun di kws kg...suka view ni!

kiri kanan lebuh raya yg menghijau..tak byk kenderaan...tenang...



suka view hijau gini dg bukit..ada bunga2 putih...cantik.


biri2 sdg makan rumput


dah habis kws hijau, melepasi kws perumahan.spt yg dicerita kat atas.kalau ada rumput2...pdg..pasti ada org santai2...

kws pekan.... tgh tunggu bas..


cafe tepi jln...kerusi mengadap jalan...


org lelaki itu pakai jubah yg bertopi....antara mcm pakaian tradional mrk. dan motor tu....dah diubah jadi kereta kecil...siap beratap..


manakala org perempuan sana suka pakai jubah yg berwarna.


dah sampai bandar Tanjier...3 1/2 jam perjalanan dari Rabat.


yg terletak di tepi laut Mediteranean


Selat Gibraltar yg memisahkan Morocco dg Sepanyol


Selat Gibraltar...view belah Morocco bandar Tanjier.
itu saja part 2.part 1 boleh klik sini. jumpa lagi kisah di Morocco PT 3.

Tuesday, April 23, 2013

Trip to Morocco (Pt1)




Assalammualaikum buat semua....
Bersua kembali diminggu baru.tkasih buat semua yg tinggalkan komen dientry lepas....nanti akn buat kunjungan balas. Hari ni nak samb entry trip to Morocco yg mama kunjungi baru-baru ini.Terus ke cerita trip ya...tak da idea nak sembang pjg2. Selepas 5 1/2 jam dlm flight, tiba tgh hari waktu sana terus dari airport bertolak ke bandar Casablanca yg terletak dlm 40 min dr airport.


Di bandar Casablanca..ada org menjaja tisu di tgh jalan, suasana gini sama macam di Cairo.Cuma di sana tak bising dg hon kenderaan.


kereta merah itu taxi kecil yg dipanggil petit taxi. manakala dpn itu kerete merc lama dipanggil grand taxi. kalau grand taxi ni mrk muat 4 penumpang di blkg & 2 dpn....dah macam MPV pula.


polis yg mengawal lalulintas...


bandar Casablanca...tak byk bgn yg tinggi di sini


bgn yg paling tinggi...Casablanca Twin Tower


dlm bandar byk penunggang motor kayuh (motor boleh kayuh mcm basikal)


bila motor dikayuh...dah tak payah pakai topi, topi keleder sangkut kat dpn.


lagi motor kayuh....ke panggil apa motor gini...


Masjid paling terkenal di sana iaitu Masjid Sultan Hassan II yg merupakan masjid yang kedua terbesar di dunia (selepas Masjid al-Haram di Makkah- sumber wiki)tp mama ada terbaca dah lupa dimana, Masjid Sultan Hassan II ke 3 terbesar selepas Masjid Nabawi. Menara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m. kami singgah masjid ni...nantikan gambar & entry seterusnya.


singgah jap digerai makanan goreng2...ada donut, roti canai dll..

donut yg tembam dan kuih goreng2..


Tahiti Beach Club ....sebah bandar terletak tepi laut.


view kws tepi pantai


penghibur jalanan yg sedang minta duit dari org lalu di situ..


masih dlm bandar

dah selesai round bandar bertolak ke Rabat..view sepjg jln menghijau subur... terkenal dg negara pertanian.


di lebuh raya menuju Rabat yg mengambil masa 1 jam.tak sibuk jlnnya.


dah masuk bandar Rabat.tengok signboard bahasa Arab dan France kerana Morocco bahasa pertuturan bahasa Arab dan France.Slang Arabnya pun bunyi lain dr slang Mesir.


Dinner...menikmati nasi beriani Pakistan di sebuah restoren.Kami ada acara di sini belah malam.


Starter roti dan setnya..


lepas acara singgah ke kws pasar/souk tp byk gerai yg dah ditutup.hanya gerai makanan yg masih buka. ada gerai kebab...sekali tengok mcm tgh bakar sate.


rotipun ada jual di pasar ...


gerai jual kebab juga...


gerai roti yg dimakan dg telur dll


gerai kurma, kekacang dan manisan.tak lama ronda sbb kedai byk yg dah ditutup.


belah siang esoknya.....tram kws bandar.

kws tembok kuning itu kws souk yg kami singgah semlm..

view dlm bandar Rabat....tak sibuk sgt.


suasana pasar belah siang....


org jual manisan

gerai jual roti yg dimkn dg ikan mcm sandwich


pasu, ukiran dll
habis part 1...nanti Trip to Morocco (Pt2)...jumpa lagi.

Klik Nuffnang2