klik Nuffnang

Sunday, March 23, 2014

Home Sweet Home...



Assalammulaikum buat semua pengunjung dapurmamasya.
Apa khabar semua ? moga semua sihat walafiat. Lama blog tak update sejak balik Msia....dkt 4 bln....tkasih buat pengunjung dapurmamasya yg hantar emel dan komen diblog bertanya khabar , mama sekeluarga Alhamdullilah sihat...cuma masa utk berblog agak terhad bila dah balik Msia. Buat pengunjung yg bertanya pelbagai soalan ttg resepi di blog....maafkan mama sbb ada soalan yg mama tak sempat balas. Juga tak sempat nak melawat blog kwn2. Mcm2 hal nak diuruskan sejak balik dan mamapun dah mula masuk office sejak Dis lepas lagi,tak sempatpun nak bercuti pjg di Msia.Syakirah dan abg2 pula masih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru dan abg sulong, Alhamdullilah dah mendaftar di MMU sesi Mac baru-baru ini.
Sejak balik juga....kami menerima kunjungan dari beberapa sahabat handai yg sama2 di Mesir dan juga sanak saudara.....seronok bila dpt bersua kembali. Utk entry pertama di Msia ni mama nak kongsi bbrapa gambar xtvt sejak kami balik Msia.


kontenapun dah sampai dlm bulan Jan lalu...2 lori brg...


sebah kotak..penuh ruang tamu sebenarnya.berat kotak2 kosong saja selepas brg2 dikeluarkan 450 kg, kena panggil lori utk ambil kotak kosong.wpun penat mengemas tp lega bila semua brg dah siap dikemas...tak tahan nengok kotak2.....susah nak cari brg.


sejak kami balik Msia, sanak-saudara dtg melawat kami....jadi bawa jalan2 sekitar Melaka sambil bawa anak2 jln2.....ni dkt perigi Hang Tuah


bawa ke Masjid Selat...Masjid ni mmg dibuka utk pelancong


Masjid Selat dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka


Melaka River Cruise....menyusuri Sg Melaka....Perjalanan bot ini adalah sejauh 9 KM dan bermula dari Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka ( pergi dan balik ).


Tempoh perjalanan selama hampir 45 minit.....sepjg sg dpt melihat view sekitar Melaka dan lukisan2 mural di dinding2 bgn.


melepasi Kg Morten....kg traditional


juga pusing2 ke kampung Portugis.....


ni pula masa kami ke JB masa dkt CNY lalu, singgah di JPO.....


jln2 cuci mata saja kat sini...

kejap sj di JB...2 D 1 N...gambar tak terang guna hp.


bln lepas bawa anak2 ke I City masa famili gathering di Shah Alam


posing dg Mr Bean....


pic last....menu ringkas buat tetamu, tak sempat nak masak mcm2 spt masa di Cairo dulu.hanya dapat masakkan soto daging. Sate beli saja. tak baking apa2pun...oven masih bercuti pjg.dah mula kerja ni....masa di dapur terhad sgt.

Buat yg bertanya ttg jubah sabar ya.nanti mama update ttg promo jubah Egypt pula....byk jubah yg dah ready stok dg mama di Msia...jumpa lagi.

Klik Nuffnang2