klik Nuffnang
Monday, January 30, 2012
Kelas Masak Nasi Hadramaut - Step by step
Assalammualaikum bersua kembali...
Masih entry Nasi Hadramaut....spt yg diciterkan dlm entry sebelum ni resepi nasi akan menyusul. Yg lambat sikit sbb nak kena menaip resepi dan cara2nya......serta gambar2 dlm kelas memasak nasi hadramaut.
Semasa kelas memasak, bahan dan cara adalah utk 10 ekor ayam dan 5 kg beras. Jadi kalau nak cuba masak sendiri nanti utk famili, nak masak 1-2 ekor ayam kena agak2lah sbb ada bahan2 dlm resepi ini yg tidak diberikan sukatan dg tepat utk masak sikit. Dan kalau ada bahan2 yg tak da mungkin boleh ganti bahan2 lain.Nasi arab ni makan juga dg salatoh dan zabadi.
Bila tengok di internet dan majalah ada pelbagai resepi dan juga cara untuk masak nasi hadramaut....mengikut cara masing2. Tp yg mama pelajari resepinya adalah seperti dibawah....
Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya
bahan2 utk ayam dan nasi
10 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 kg beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas
Rempah 2 bhg - 1. utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
2.utk ditumis kemudian.
- buah pelaga, bay leaf,kulit kayu manis,cengkih,ketumbar(debu),lada hitam debu, jintan putih(debu). Sukatan utk masak seekor ayam, ni utk masukkan terus dalam air rebusan ayam iaitu 1/2 sb ketumbar(debu), 1/2 sb jintan putih(debu)dan 1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas), ni mama anggarkan utk lain2 rempah, anggaran 5 biji buah pelaga,beberapa helai bay leaf dan 3 btg kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih.utk tumis pula sukatan kena agak2 sbb tak dinyatakan.
1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
2 sb serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik
1/3 liter minyak masak - guna minyak jagung
Gambar-gambar rempah
rempah yg digunakan ialah bay leaf, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, jintan putih (debu), ketumbar (debu), lada hitam serbuk .
Guna beras basmati utk masak nasi hadramaut. Sukatan 1 kg beras(sukat utk mudah tentukan airnya, dlm 5@5.4 cwn beras). Air 2 atau 1 1/2 cwn utk 1 cwn beras.
Cara-cara masak nasi dan ayam
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap,kalau masak utk sekeluarga sukatannya; 1 kg beras dgn 2 ekor ayam. )
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm ayam utk masak 10 ekor ayam.
3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.
6.susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
7. Masukkan rempah2 yg digunakan (sukatan rempah dlm gambar utk masak 5kg beras), 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3).
8.Kemudian barulah diisikan 1/3 liter minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam tadi.
9.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih.
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan 1/3 sb serbuk za'afaran...tak perlu byk, sukatan ni utk seperiuk besar. kalau buat sikit kena agakkan sukatannya.
13. masukkan pula sedikit mellah farolah/pewarna merah.
14. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.Bila nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan secawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi
16. pewarna diletakkan bersilang secara X atas nasi.biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi
18. Nasi diratakan .biarkan sekejap.
19. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya.
20. nasi siap terhidang
Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - suhu kena agak sbb tak dinyatakan.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah.Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.
5. Ayam bakar hadramaut siap utk dihidangkan
Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
salatoh siap terhidang
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
semua dah siap masak...bolehlah menjamu selera.....
Friday, January 27, 2012
Kelas Memasak Nasi Hadramaut
Nilah hasil yg dipelajari..... set hidangan nasi hadramaut yg sedap....licin mkn....
Assalammualaikum
Xtvt terkini semalam 26.1.2012 bersama rakan-rakan ahli PERWAKILAN dan dari PETRONAS iaitu kelas belajar memasak nasi hadramaut dgn org Arab yg diadakan di Rumah Msia. T.kasih byk2 buat Datin Zaharah,pengerusi PERWAKILAN kerana bersetuju mengadakan kelas nasi hadramaut....kelas yg mama tunggu2.mmg teringin nak belajar cara2 yg sebenarnya bagaimana nasi hadramaut dimasak sbb cari2 resepi mcm tak sama yg selalu dimakan di sini. Kelas bermula jam 10.30 dan selesai mkn 1.00 tgh hari. Yang seronoknya sbb dapat belajar masak nasi dari orang Arab sendiri dan kemudian dpt menikmati pula hidangan nasi yg dipelajari.mmg sedap nasi ni....tak rugi dtg belajar.
Nilah org Arab yg ajar kami masak , dia cakap makanan Arab yg lainpun dia boleh ajar kalau nak.Resepi dan gambar masak akan menyusul sbb pjg nak menaip....tayang dulu gambar2 semasa kelas berlangsung.
Rakan2 dari PERWAKILAN dan PETRONAS yg sedang mengikuti kelas memasak
Kuih-muih ni pot luck dari kawan2 yg hadir...mcm2 kuih ada...sambil belajar...sambil tunggu masak ...menjamu selera dg kuih-muih dulu.
Dah jadi kebiasaan kalau ada xtvt ladies di sini, masing2 akan bawa kuih-muih utk makan bersama.ni yg mama suka sbb ada kuih muih yg mama jarang buat, jadi berkumpul gini dptlah merasa mcm2 kuih-muih. nak belipun tak ada org jual kuih-muih di sini....kena tempah kalau nak.
Gambar-gambar semasa menikmati kuih-muih.seronok bila sesekali dapat berkumpul dan bersembang mesra dg rakan-rakan Msia di sini..
Resepi dan gambar masak akan menyusul dlm next entry...tungguuuu....
Thursday, January 26, 2012
Kuih Lapis Betawi
Assalamualaikum semua.
Bersua kembali.....masih dg entry ulang tayang dr dapur lama.Sibuk sikit minggu ni tak sempat nak upload gambar2 baru.Entry kali ni ialah kuih lapis....ni kira pertama kali buat lepas tu ingat nak buat lagi...tertangguh sampai skrg...belum ada kerajinan, wpun suka juga dgn kuih lapis...sbbnya nak mengukus selapis2 tu yg buat kurang rajin...tu yg tayang gambar dari dapur lama.
Resepi ambil dari majalah. Tak tahu napa nama kuih lapis ni Betawi tp resepinya lebih kurang kuih lapis biasa cuma kuih lapis ni guna tpg jagung dan tidak tpg beras.
Kuih Lapis Betawi
Sumber ; Majalah Keluarga
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
175 gm gula
15 gm garam- saya letak secubit je
1/2 liter santan
1/2 liter air
*pewarna merah dan kuning/hijau- guna warna kuning,hijau,merah&ungu
*sedikit minyak utk sapu loyang
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali * dlm bekas dan kacau rata.Kalau perlu tapis.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan bancuhan pertama ke dalam loyang, ratakan supaya tidak terlalu tebal.
4. Apabila bancuhan pertama keras,lapiskan bancuhan kedua dan ulangi hingga semua habis.
Nota;
Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong
*Anggaran masa mengukus
lapisan pertama 5 min
lapisan seterusnya 2 min
lapisan akhir 15-20 min
Wednesday, January 25, 2012
Agar2 Sirap Longan
Assalammualaikum semua....
Masih lagi kisah entry ulang tayang dari dapur lama sbb belum sempat nak upload lain-lain gambar.Utk kali ni nak kongsi agar2 Sirap Longan.Tertarik nak mencuba agar2 ni sbb nampak menarik bila buat 2 kaler gini dan letak buah dlm agar2. Kalau tak da buah longan, buah lainpun boleh juga.
Kalau agar2 mmg enak dimkn sejuk.bekukan dlm bekas2 kecil....sesuai utk hidangan tetamu.Utk resepi spt dibawah;
AGAR-AGAR SIRAP LONGAN
Sumber ; FP K.Rinn
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan:
20gm agar-agar kering (Jelly strip)
1 tin longan
4~5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (Adjust manis ikut selera)
4 sudu besar sirap merah (boleh guna syrup F&N)
Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
3. Keluarkan sebahagian agar-agar cair dan asingkan ke dalam mangkuk
dan campurkan dengan 1/2 tin air longan dari tin.
4. Sementara itu, susun 3 biji buah longan ke dasar setiap acuan agar-agar.
Curahkan bancuhan agar-agar dan air longan tadi setakat menenggelamkan
buah2 longan. Biarkan separuh keras.(Jgn sampai terlalu keras kerana ini
akan mebuatkan ia tidak melekat dengan agar-agar sirap merah nanti)
5. Campurkan sirap merah ke dalam lebihan bancuhan agar-agar asal tadi.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan berisi buah longan dan agar2 putih
berperisa longan tadi.
6. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
Nota :
1. Jika tiada acuan-acuan kecil, boleh gunakan acuan besar. Cuma susunkan saja
buah-buah longan di dasar bekas. Tuangkan agar-agar putih berperisa longan.Biarkan
separuh keras.baru tuangkan agar-agar sirap merah.
2. Lebih elok ditapis larutan agar-agar ini sebelum dituang ke dlm acuan.
3. Boleh juga menggunakan serbuk agar-agar sebagai ganti jelly strip.
Nota dapurmamasya
-letakkan sedikit biji selasih yg telah direndam dgn air suam di dlm acuan sebelum disusun buah longan dan
- campurkan sedikit susu pekat dalam bahagian warna merah agar dpt warna pink
Sunday, January 22, 2012
Kek Pandan Marble
Assalmmualaikum dan slmt bercuti CNY buat semua.Sunyi sikit blog bila cuti pjg gini....tentu ramai dah pergi bercuti atau balik kg....moga semua ceria dan sejahtera.Slmt pergi dan balik...
Kami di sini tak ke mana sbb anak2 sek mcm biasa, cuma pejabat husben cuti CNY satu hari .
Untuk entry hari ni nak ulang tayang Kek Pandan Marble dari dapur lama.Dapur lama sekejap ok sekejap ko...tak boleh buka, jadi sikit2 gambarnya punggah ke dapur baru....senang nak rujuk resepinya nanti bila rajin nak buat. Kek Pandan Marble ni buat dulu...dah lama Jun 2008 masa di Brunei utk anak bawa ke sekolah sempena jamuan kelas, selalunya buat brownies tp tukar buat kek marble pula.
Wpun dah lama buat tp masih ingat rasa kek ni.....kek ni lembut dan sedap sbb letak santan dan perasa pandan.Utk resepi penuh seperti di bawah;
Kek Pandan Marble
Sumber : R-lin @ MYR
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-Bahannya
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan/susu segar - guna santan debu yg pandan + sikit air
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste-guna perisa pandan + 1st pewarna hijau
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla(sendiri letak)
1 camca teh coklat emulco (sendiri letak)
Cara membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang. *tak pusingpun dgn chopstick.
belum bakar dan dah masak
rupa paras selepas dipotong
siap packing
Friday, January 20, 2012
BBQ Kepak Ayam
Assalammualaikum
Entry hari ni nak kongsi resepi bbq kepak ayam yg dah lama buat.Baru dpt update sbb baru jumpa resepinya ambil dari majalah mana....perap lama gambar ni sampai terlupa kat mana dpt resepinya. Kepak ayam bakar ni sedap ratah cicah sos...maklumlah bertulang tak byk isi.anak2 mcm biasa kalau yg bakar gini suka mrk.Ikut resepi dpt sikit sgt jadi buat lebih sikit baru puas mkn.
BBQ Kepak Ayam
Resepi; Majalah Rasa
Oleh; Dapurmamasya
Bahan2
4 ketul kepak ayam - cuci dan keringkan
2 ulas bwg putih dicincang halus
1 st serbuk cili
1 st sos tomato
1/2 st serbuk lada hitam
1 sm cuka atau jus lemon
1 sm madu
1 sm minyak zaiton
secubit garam
sedikit serbuk stok/pati ayam
**tambah 1/2 sd teh oregano
Caranya
1.Gaulkan semua bahan dan perap sekurang2nya 1 jam dlm peti ais
2.Panggang kepak ayam atas grill hingga masak - bakar dlm oven api atas bawah je
3.Hidangkan dg sos
Nak ucapkan juga slmt bercuti hujung minggu dan cuti CNY buat semua. Buat kawan2 yg nak berjalan jauh...slmt memandu....moga selamat menuju destinasi.
Thursday, January 19, 2012
Kenangan masak2 di hotel depan Sg Nil
Assalammualaikum
Ni entry tertunggak....gambar masa mula2 sampai sini bulan mei thn lepas.Wpun dah byk bulan berlalu tp nak masukkan juga dlm blog sbg kenang-kenangan. Kami menginap lebih kurang 3 minggu di hotel Hilton WTC sebelum pindah ke rumah skrg. Baru masuk hari ke 2 duduk di hotel mama dah kepingin nak mkn yg dimasak sendiri....nak mkn nasi putih, laukpauk ringkaspun tak apa.bukan tak ada restoren,di hotelpun ada restoren, restoren berdekatan ...kalau nak mkn boleh order je dari mana2 restoren luar...call je nanti boleh delivery ke bilik hotel...restoren kecil..besar semua boleh delivery tp makanan arab atau fast food....1-2 hari bolehlah...lebih pada tu....dah tak lalu...selera kita nak makanan Melayu juga.
hotel apt ni ada dapur dan sediakan peralatan dapur serba ringkas. ada 2 periuk, 2 periuk kukus, kettle, microwave dan sikit pinggan mangkuk. mama beli satu ceper kecil senang nak goreng....(kat sini tak da jual kuali) malas nak beli brg2 lain sbb tunggu kargo. Dgn 2 periuk tulah buat masak nasi,goreng nasi...goreng sayur...goreng mee...buat gulai dll.susah jugak nak masak2 sbb peralatan dapur terhad...kena gilir periuk tp kenalah sabar sementara pindah rumah. Tp yg bestnya masa ni tingkap dapur mengadap Sg Nil.
sambil masak boleh cuci mata tengok view Sg Nil
view sg Nil
Dalam serba kekurangan peralatan dan bahan2 masakan....nilah antara menu yg dpt dihidangkan.
masakan pertama dimasak....spaghetti goreng dgn udang
mihun goreng
beli rempah curry di C4 sini tp rupa pucat mcm kurma. curry ni letak yogurt perisa kelapa
spaghetti bolognese
talapia asam pedas...asam kpg takda...nak masak letak tomato paste, cilipun guna cili paste.
bila ada kwn bagi rempah kari msia, dapatlah masak kari..mkn dgn nasi dan cicah roti arab
dan akhir sekali ketam masak sweet and sour.
masakan lain tu ada juga serba ringkas.. goreng...sup2 aja
Lain2 gambar di hotel tak ingat dah update ke belum...cari dlm blog tak jumpa pula, letak jelah....
ruang kami sekeluarga menjamu selera
ruang santai yg mengadap Sg Nil dan pool
ruang rehat ke 2 yg juga mengadap Sg Nil
salah satu bilik tidur...ada 3 kamar semuanya
swimming pool nipun viewnya mengadap sg Nil....sunyi tak da org lain
masa ni wpun bulan Mei tp cuaca masih dingin...berangin...
anak2 tak mandi lama..kesejukan.
view Sg Nil
Subscribe to:
Posts (Atom)