klik Nuffnang

Saturday, December 29, 2012

Macam-macam Gambar



Assalammualaikum buat semua dan slmt berhujung minggu
Beberapa hari ni sibuk sikit dg beberapa xtvt.....kelmarinpun seharian di dapur....tak sempat nak update blog. Entry ringkas dihujung minggu....sambil santai bersama keluarga mama kongsikan beberapa gambar baru dan lama....kenangan di sini. Jom layan gambar2 yg dikongsikan. Gambar kat atas tu view Sg Nil dr sebuah hotel.


Syakirah dg bunga kubis......musim sejuk sayur2 mmg besar saiznya, murah dan fresh lagi...


kalau org junjung roti mmg selalu kelihatan di sini....biasa roti dibawa dijunjung dg pelantar kayu ke tempat org jualan roti di tepi jalan .gambar ni diambil di Khankalili....


ni lagi hebat bawa roti sambil kayuh basikal.....byk roti yg dibawa dan tak bertutup


ni pula alat penimbang yg masih digunakan di sini terutama penjaja sayur2 dan buah2an.besi bulat itu guna utk menghitung berat brg yg ditimbang...letak disebelah dan hanya bila seimbang barulah dpt ditentukan beratnya...mcm timbangan dacing.


penjaja roti di tgh jalan....cukup berani di tgh kesesakan jln mencari rezki.


lagi penjaja roti ...berjual antara divider jalanraya....biasa penjaja akan hampiri mana2 kereta yg perlahan di situ.roti dibiarkan terdedah gitu dg asap dan habuk...


ada juga yg perempuan menjaja roti di jalanan....nampak roti ni bersih sikit sbb di balut dg plastik.


beca kecil..tuk tuk pun masih digunakan di sini sbg pengangkutan...mudah nak masuk lorong2 kecil..


Gambar anak2 di depan Citadel....ni gambar masa mula2 sampai sini...Mei 2011.


juga di Citadel....merupakan kws tumpuan pelancong.kalau dr atas Citadel akan nampak view bandar Cairo.


Citadel of Salah Din.Citadel merupakan sebuah kubu batu yg besar dan luas kwsnya. Bangunan pada kubu bermula tahun 1176 oleh Salahuddin dan telah disempurnakan oleh Sultan yang diikuti . Ia terdiri daripada muzium, masjid, dan kubu batu sendiri. Terdapat juga sebuah muzium tentera dan sebuah muzium polis.

Monday, December 24, 2012

Ayam Panggang Rosemary & Lemon



Assalammualaikum buat semua dan slmt bercuti buat teman2 yg sedang bercuti bersama keluarga tersayang....moga percutian yg dirancang berjalan baik.
Rancangnya nak update gambar2 xtvt di sini sepjg beberapa bulan yg belum sempat update di blog tp tangguhkan dulu. belum berkesempatan nak pilih gambar yg sesuai.Tambahan pula minggu ini anak2 cuti sek selama seminggu sempena cuti Krismas....kuranglah sikit masa nak ngadap PC lama2.Cuti sek tak plan kemana2....hanya xtvt di rumah saja.
Utk entry kali ni...nak kongsi lauk ayam bakar lagi.....iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon yg mama masak bulan lepas lagi.

DSC_5999_zps9ff44281

nak pelbagaikan masakan ayam bakar...kali ni cuba resepi iaitu Ayam Panggang Rosemary & Lemon dari blog Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu.Asalnya tengok di Fb....terus teringin nak buat. T.kasih Khairiah khaizu kongsi resepi ayam ni.....enak rasanya...anak2pun suka.

AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam - mama letak 1 sj
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.

DSC_5996_zps37cb5275

bahan2 utamanya lebih kurang dg resepi Ayam Panggang Rosemary yg pernah dibuat sebelum ini, boleh klik sini dan sini tp kelainan resepi ni ada tambah madu...penambah rasa enak ayam bakar rosemarry ni.masa lumur ayam, mama perahkan sikit lemon atas ayam dan mama perap dlm 1 jam ayam sebelum bakar.

DSC_5973_zpse5fe2fab-1_zpse444a020

ayam agak gelap sbb disiram dgn air lebihan panggang ayam...biar ayam lebih moist bila dimakan...

Thursday, December 20, 2012

Kesibukan di Bulan Dis



Assalammualaikum...moga semua sihat sejahtera dan ceria.
Dkt 2 minggu tak update blog.....sbbnya mama mmg busy sgt dg mcm2 xtvt dan travel jauh dan dekat. mmg tak sempat nak ngadap blog nak kongsi cerita. hari ni baru ada kesempatan dan kerajinan nak kongsi kisah kenapa mama tak update blog.....citernya..

DSC_6282MN_zpsccbd18a5

6-7 Dis, kami sekeluarga ke Alexandria lagi yg jauhnya 3 jam lebih dr rumah. mcm biasa ikut program mr husben di sana.Oleh kerana jadual mr husben agak padat kali ni kami hanya jln2 sekitar hotel...ada kws shopping complek.

DSC_6025_zpseee24f52

hanya masa nak pergi sempat masuk town Alexandria....Laut Mediterranean yg biru dan cantik sepjg bandar Alex...
DSC_6041_zps6486547d

ramai yg menikmati keindahan tepi laut disini...

DSC_6028_zps2e87b8f0

cafe mengadap laut Med diletakkan kerusi2 utk pelanggan
DSC_6030_zps7e273a67

suka tengok bgnan hotel ini serba putih....kalau dihias dg bunga2 dibalkoni lagilah cantik...
DSC_6271_zpsb06b4656

Syakirah dgn abg2 ber 3 posing di kws hotel....
DSC_6278_zps184d1f1f-1_zpsb6758f84

peace dr Syakirah...masa ni dah check out dan nak bertolak balik.sampai rumah dah malam.


esoknya ke Pasar Khankalili....nak cari brg sikit sbb...


mlmnya terbang pulang ke Msia. balik sekejap saja, dlm seminggu....bukan bercuti tp ada acara dan urusan serta menziarahi famili di kg. dan sempat juga mama ke office berjumpa kawan2.

DSC_6291mn_zps064cab3d

Semasa baru saja tiba di rumah jam 8.30 mlm setelah 12 jam dlm flight Cairo to KLIA, tak sangka tiba2 ada org dtg rumah hantar bunga & hamper....sukaaa.....terasa hilang sikit penat.t.kasih byk-byk....

DSC_6317_zps8588663e

suasana dewan selepas acara pada hari Selasa.....balik sbb ada acara di sini.maaf mama tak dpt ceritakan detail acara apa...hanya lafaz kesyukuran dpt diucapkan.....Alhamdullilah.

DSC_6358_zps2f4c6986

Mlm rabu lepas selesai urusan di Putrajaya belah ptgnya, kami menaiki flight ke K.Trg.hanya sempat balik K.Trg 2 N 1 D shj. mak dan famili dari Kel pun ada dtg ke K.Trg. wpun sekejap seronok dpt jumpa kedua2 keluarga terdekat. Sehari di Trg....pagi mama ke Pasar Cabang 3 utk beli bahan2 masak laksa....sempat masak laksa lemak utk hidangan keluarga Trg dan Kel.Ada juga dihidangkan Nasi dagang Trg dg lauk ikan tongkol yg ditempah oleh MIL, mama gorengkan juga ayam sbg lauk tambahan utk nasi dagang. Selain itu juga dihidangkan durian. dptlah juga mama mkn durian setelah sethn lebih tak merasa. Lepas famili dr Kel balik, belah ptgnya ke Pasar Payang. Mlmnya mama masak lagi kuah laksa sbb kuah dah tinggal sikit tp laksa masih ada dan masak juga pengat durian. sayang lupa nak ambil gambar....masa itu penat sgt itu yg tak da mood nak ambil gambar. Dah siap masak mlmnya...packing brg...byk buah tangan yg mak dan mak saudara bawa dari Kelantan terutama buah2an...juga keropok kering pemberian MIL dan angkut juga keropok lekor. kena siap packing mlm sbb naik flight awal pagi Jumaat ke KLIA dan ke Melaka. dr KLIA sebelum sampai Melaka, sempat singgah Nilai shopping sikit. Di Melaka selesaikan bbrapa urusan lagi dan sibuk beli stok makanan yg nak dibawa....mcm2 rasa nak bawa....nasib baik tak lebih muatan.

DSC_6150_zps728b24cf

Hari sabtu malam bertolak balik ke Cairo. sekejap sgt balik....padat dgn xtvt mmg tak puas rasanya. terima kasih buat ahli keluarga yg membantu memudahkan pergerakan kami sepanjang di Msia. Minggu ni pula byk acara mkn2....nantilah lapang mama sembang lagi....nak rehat dulu.senyum manis..senyum sayang...jumpa next entry!

Wednesday, December 5, 2012

Best Moist Choc Cake


DSC_4712

Assalammualaikum buat semua.
Cuaca di sini skrg dah mula sejuk wpun nampak matahari terang.....pagi dalam 18'C...sejuk..anak2 ke sekolahpun dah pakai tebal.Tapi thn ni musim sejuk agak lambat juga berbanding thn lepas. Waktu siang makin pendek.....pukul 5 ptg dah masuk Maghrib....anak2 cakap, sekejapnya balik sekolah dah malam....sbbnya mrk sampai rumah jam 4.15 ptg.
Untuk entry hari ni mama nak kongsi moist choc kek yg dibuat 2-3 minggu lepas...rasa lama pula tak baking kek choc. Kalau kek choc tu laju sikit nak buat sbb anak2 suka mkn...mamanyapun suka jugak,kalau kek lain mmg bertangguh lama nak membuatnya.


Wpun dah ada resepi kek choc yg mama dah suka buat, tp utk menambah koleksi resepi kek choc, kali ni cuba BEST MOIST CHOCOLATE CAKE yg menggunakan buttermilk. Resepi dari Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com.....dan hasilnya...mmg sesuai dg nama kek ni mmg best dan moist rasanya serta bahan2nya pun mudah sukatan cawan. T.kasih byk2 Naz kongsi resepi kek ni....

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
Sumber : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Resepi asal : http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's - guna serbuk koko biasa
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil - guna minyak jagung
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)- campur dg 1 sb Nescafe segera.

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C)- sama guna 170'C.
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan : Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan. Biarkan larutan berehat selama 5 minit. Boleh digunakan.

DSC_4782

model kek mama kali ni...abg Syazrin...

DSC_4751

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE....pasti akan buat lagi...

Monday, December 3, 2012

Lunch ALC di Tepian Sg Nil



Assalammualaikum buat semua....bersua kembali, moga sihat dah sejahtera semuanya.
Entry hari ni mama nak gambar2 semasa lunch di tepi Sg Nil pada minggu lepas bersama ALC (ASEAN Ladies Circle).Gambar cuti tepi Laut Merah belum sempat pilih lagi...byk gambar....sibuk sikit minggu ini kebetulan abg Syazrin pula demam dan batuk...mamapun tak da mood nak ngadap PC. Tapi alhamdullilah abg Syazrin dah makin sihat dan dah ke sekolah hari ni.

DSC_5818-1

Majlis Lunch ALC di Tepian Sg Nil ini pada minggu lepas.selain lunch majlis ini adalah juga utk majlis perpisahan buat Presiden ALC sekarang dan penyerahan tugas kepada Presiden ALC yang baru yg diadakan di Fusion Restaurants di tepi Sg Nil.

DSC_5801MM

Bergambar bersama-sama ahli yang hadir, wakil dari negara ASEAN termasuk isteri-isteri Duta.Ceria bila berkumpul begini bersama...dpt beramah mesra dg rakan dari Msia dan negara ASEAN.

Tak ada idea nak citer pjg2....jom jamu mata dg makanan yg dihidangkan.....

DSC_5809

starter....

DSC_5810

Sushi

DSC_5813-1

Udang dan kerabu bihun

DSC_5816

popia

Menu utama;

DSC_5824

Kung Pao Chicken yg dihidangkan panas2...

DSC_5828

nasi goreng

DSC_5829

daging blackpepper

DSC_5831

sweet and sour

DSC_5833

seafood masak blackpepper

DSC_5837

menu last dessert RVC dan cc

DSC_5841

RVC dari bakery La' Poire..

DSC_5870

RVC dan cc..yummm...

DSC_5873

sedang menikmati dessert

DSC_5878

suasana dalam restoren...cantik dan kemas

DSC_5877

kaunter restoren

DSC_5875

bergambar sebelum pulang...

DSC_5855
seating tepi Sg Nil....nice view..

DSC_5863

view Sg Nil dari restoren.

Klik Nuffnang2