klik Nuffnang

Showing posts with label Kerepek/Makanan Ringan. Show all posts
Showing posts with label Kerepek/Makanan Ringan. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Kuih Siput...enak ngunyah.



Assalammualaikum buat semua.
Pasti semua mulai sibuk dg persiapan raya....biskut raya, pakaian dan ada yg dah pulang ke kg halaman. Mama di sini....jauh di perantauan tidak merasai sangat sehangatan suasana raya. Persiapanpun sederhana saja, lagipun tak perlu fikir dlm rumah serba nak tukar baru...tiada langsir baru... tiada sarung kusyen baru, sbb semua tuan rumah punya.
Kuih raya pula belum buat lagi , baru siap kuih siput. Antara kuih yg tak miss bila raya.suka kuih goreng gini termasuklah rempenyek, kerepek dan kacang.


Kuih siput pernah buat sebelum ni. boleh tengok sini. Cuma kali ni mama lebihkan jintan manis sbb jintan putih tak da, mmg di sini tak da jintan putih. Resepi asal dari MYR, tkasih empunya resepi. tapi mama oleh sikit spt dibawah.

Kuih Siput
Sumber ; Syahmi@MYR
Olehan ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine - letak 70 gm utk lebih rangup (potong kecil2)
1 s.kecil serbuk jintan manis - 1 1/2 sb jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih - tak letak
2 sudu kecil serbuk udang kering - ganti 1 kiub ayam
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili- ganti 2 1/2 sb serbuk kari
Daun bawang /daun sup (dihiris )- x letak tp goreng dg daun kari
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Uli dengan santan hingga menjadi doh.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

nota MYR; kalau nak rangup lebihkan margerine.santan tu lebih kurang 250ml...tp jgn tuang semua sekali.tuang sambil uli hingga jadi doh.


Enak kunyah kudapan goreng gini....tak sedap licin sebekas.

Wednesday, December 21, 2011

Kuih Siput



Assalmmualaikum
Kesibukan melanda beberapa hari ni...tak dpt nak citer panjang.....yg sempat hidangkan kuih siput yg dah lama gentel.....dahpun licin...dihabiskan oleh Syakirah, dia yg paling suka kuih siput ni.Suka ngunyah kuih goreng gini...kuih siput..kerepek....mkn sambil tengok tv.

Kuih Siput
Sumber; Syahmi@MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine - letak 70 gm utk lebih rangup
1 s.kecil serbuk jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering -x letak ganti 1 kiub ayam
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili- ganti 2 sb serbuk kari
Daun bawang /daun sup (dihiris )- x letak
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Uli dengan santan hingga menjadi doh.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

nota MYR; kalau nak rangup lebihkan margerine....santan tu lebih kurang 250ml...tp jgn tuang semua sekali.....tuang sambil uli hingga jadi doh...



jumpa lagi next entry....

Friday, October 14, 2011

Kerepek Coklat...jom tengok cara membuatnya



Assalammualaikum semua....sekejap dah hari Jumaat..harap semua sihat dan ceria...pada yg kerja di office bila Jumaat ni dah hitung hari minggu nak buat apakan....nak pergi mana... mama mcm tulah masa kerja di Msia...fikir nak buat apa hari minggu... mcm2 xtvt.
Berbalik pada kisah hari ni nak kongsi kerepek coklat yg dibuat utk kudapan raya yg lepas. Kerepek coklat ni mcm kerepek bawang...cuma ditukarkan kepada perasa coklat dan sedang elok manisnya...rangup bila dikunyah..anak-anakpun suka....sedap mereka cakap.



Untuk resepi buat 1 kg...itupun belum habis Syawal...kerepek dah habis..lebih laku dr biskut raya. Kalau nak cuba boleh buat sikit dulu sbb 1 kg ni dpt byk juga. Bahan-bahannya cukup ringkas.credit to biktin yg ajar mama cara buat kerepek ni.

Kerepek Coklat
Resepi; Dapurmamasya

Bahan
1 kg tepung gandum
3 sudu makan gula biasa
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
4 sudu besar butter - suhu bilik
2 1/3 (500 ml) air campur 1 sudu kecil garam - kacau

Cara
1.Campurkan tepung gandum,gula, telur dan butter. Kacau rata .
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. doh lembut sedikit dari doh kulit karipap.
3.Ambil anggaran 1 cwn adunan dan campurkan dgn serbuk koko. Uli hingga serbuk koko rata.
4. Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.Jika mahu corak rintik2, buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Ulang buat sehingga adunan habis...dpt beberapa gulung.
5.Gulung adunan kemas-kemas.
6.Potong tipis2 adunan.adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
7.Setelah siap bolehlah digoreng dgn minyak yg byk.sejat.siap utk dimakan.

Utk kerepek ni boleh buat corak ikut pilihan masing2....di sini mama kongsikan 2 corak spt dibawah.

Corak 1....spt corak kerepek bawang



Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.



Gulung adunan dari belah atas ke bawah kemas-kemas.



Potong tipis2 adunan.



adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.



bolehlah di goreng..



sejat dan siap utk dimakan



hasil kerepek coklat

Corak 2....rintik-rintik



Buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Gulung adunan dari belah kiri ke kanan kemas-kemas.jgn silap gulung nanti corak tak dpt gini.



Potong tipis2 adunan.



adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.



dah goreng bolehlah dimakan. bukan waktu rayapun sesuai buat kerepek....makan sambil tengok tv...sembang-sembang...kunyah sekeping-keping...tak sedar sebalang dah licin...

Tuesday, August 23, 2011

Jom tengok cara-cara membuat Keropok Nasi Perisa Bawang Putih



Assalammualaikum semua...entry kali bukan ttg biskut raya tp nak berkongsi ttg cara-cara membuat kerpok nasi.Ada kwn2 yg pernah mkn tak kerpok nasi ? Kita biasa mkn kerpok ikan, kerpok udang...kerpok lekor tp ni kerpok yg dibuat dari nasi. Sebenarnya dah lama teringin nak buat entry keropok nasi tp asyik tertangguh sbb nak mengarang resepi dan ambil gambar tu yg lambat sikit. Masukkan dlm entry kerpok nasi utk rujukan dan koleksi resepi serta dikongsi bersama.
Kerpok ni anak-anak mmg suka ...mamapun suka....sedap ngunyah sambil tengok tv atau dok sembang2...
Resepi kerpok nasi ni dapat dari bibik kami. Bahan-bahan utk kerpok ini mudah, cuma cara-caranya panjang sikit dan ambil masa utk siap termasuk perlu dikeringkan sebelum siap utk digoreng.Kalau ada nasi lebih..nasi dingin yg tak nak makan tu dari membazir bolehlah mencuba kerpok ini.

Keropok Nasi Perisa Bawang Putih
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
3 cwn nasi (tanpa kerak)
1 cwn tpg ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sk garam
pewarna yg secukupnya -warna ikut suka
minyak utk mengoreng

Cara
1.Kukus nasi sehingga nasi lembut sedikit - anggaran 10 min
2.Sementara itu tumbuk bawang putih dgn garam hingga lumat
3.Tumbuk pula nasi yg telah dikukus dgn bawang dan garam yg ditumbuk tadi hingga nasi agak hancur.
4.Dalam bekas uli campuran nasi yg telah tumbuk dgn memasukkan tpg ubi sikit demi sikit hingga tepung habis.Uli rata adunan tersebut hingga menjadi sebati...adunan ni mmg agak lembik.
5.Ambil anggaran 2 sudu besar penuh adunan/doh dan letakkan diatas plastik utk digentel bulat dan kemudian dibentukkan memanjang sedikit.Guna plastik utk memudahkan adunan dibentuk dan adunan tidak melekat ditangan.Buat beberapa ketul sehingga semua adunan habis.
6.Rebus air hingga mendidih. Masukkan adunan yg digentel tadi. Bila doh dah terapung, angkat dan sejatkan seketika sampai air pada doh kering.
7.Sapukan rata pewarna disetiap doh dgn menggunakan hujung jari atau berus.Pewarna tidak perlu dicampurkan dgn air.Biarkan doh seketika sampai warna kering.Kalau tak suka pewarnapun boleh, biarkan kerpok putih tanpa warna.
8.Potong doh tipis-tipis dgn menggunakan pisau...part ni yg susah sikit sbb doh masih lembik.Pegang doh kemas2, barulah dipotong tipis. sesekali sapukan sedikit minyak di pisau utk mengelakkan doh melekat di pisau.Setiap keping doh yg dipotong tipis diletakkan dlm dulang lebar sekeping2 dan jgn dibiarkan bertindan.Doh yg dipotong tebal akan lambat kering bila dijemur nanti dan bhg tepi kerpok akan keras.
9.Jemur potongan doh...nak cepat jemur bawah matahari sehingga doh betul2 kering dan menjadi spt kerpok kering.Kalau panas terik...jemur dalam satu hari.
10.Panaskan minyak yg byk dan goreng kerpok ini spt goreng kerpok ikan.Kerpok nasi akan kembang.Sejatkan minyak dan siap utk dimakan

Jom tengok cara-caranya..



Tumbuk nasi yg telah dikukus dgn bawang dan garam yg ditumbuk tadi hingga nasi agak hancur.



Campurkan nasi yg dikukus dgn tepung ubi kayu.Uli rata adunan tersebut hingga menjadi sebati.



Ambil anggaran 2 sudu besar penuh adunan/doh dan letakkan diatas plastik utk digentel bulat dan dibentukkan memanjang sedikit.Guna plastik utk memudahkan adunan dibentuk dan adunan tidak melekat ditangan



Doh yg telah siap digentel dan bolehlah direbus.



Setelah direbus dan disejatkan hingga kering. Sapukan rata pewarna disetiap doh dgn menggunakan hujung jari atau berus.



Biarkan doh seketika sampai warna kering.



Pegang doh kemas2, barulah dipotong tipis. sesekali sapukan sedikit minyak di pisau utk mengelakkan doh melekat di pisau. Pastikan doh dipotong tipis utk mengelakkan tepi kerpok rasa keras nanti.



Dah siap dipotong..atur dalam dulang, jemur dulu sampai kering...nak cepat jemur tgh panas.Mama jemur dkt tingkap je sbb cuaca di sini panas.



bila kerepek dah cukup kering, bolehlah digoreng. panaskan kuali dan goreng mcm goreng kerepok



Setelah digoreng....kerpok nasi jadi kembang macam kerpok yg lain...part ni yg suka tengok sbb kerpok ni kembang elok jadinya.Dah siap utk di makan....boleh dijadikan salah satu kudapan utk raya nanti...

Tuesday, March 15, 2011

Kerepek Arrowhead



Assalammualaikum semua....tuan rumah sibuk sikit beberapa hari ni melayan anak2 yg mula cuti sekolah. Baru sempat update blog.
Sekadar update kisah kerepek arrowhead...gara2 terpikat dgn kerepek yg kwn2 tayang di blog. Buat lepas raya Cina tempoh hari tp baru sampai giliran posing dlm blog.
Sedap rupanya kerepek ni....anak-anakpun cakap sedap....diorg minta mama cepat ambil gambar sbb tak sabar nak makan...

KEREPEK CHINA ARROW HEAD
Sumber; Fp K.Jie Jie

Beberapa biji China Arrow Head ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Air garam kunyit ( sedikit garam+ sedikit air+ kunyit serbuk )

Caranya
1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu2 disudip agar masak sekata.
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.



Masa pergi pasar tertengok buah ni...penjual Cina tu cakap..belilah buat kerepek, sedap katanya tu yg terus beli. Dan dah 2 x buat...mudah nak buat kerepek ni dan mmg sedappun..



Model buah arrowhead yg senyum ceria....

Wednesday, October 13, 2010

Kuih Siput



Ada lagi citer raya tp ni ttg kuih siput yg buat sebelum raya dan selepas raya.Buat sebelum raya habis utk mkn2 di rumah dan bawa balik kg. Buat lagi lepas balik beraya dari kg utk mkn2 di rumah...sedap ngunyah sambil nengok tv.
Kali akhir buat kuih siput masak zaman sekolah dulu2...pakat dgn kwn kat kg buat sama2 masa bulan Ramadan utk kuih raya.Teringat masa tu punyalah lama nak siapkan sbb tak pandai gentel siput...kwn pulak nak buat siput kecik2....seharian dok gentel siput ...kenangan betul....

Resepi kuih siput ni copy dari dapur SL...terimakasih SL.

Kuih Siput
sumber; Blog sweetlillykitchen

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
250gm butter - campur marjerin
1 biji telur
segenggam udang kering }
*1 sudu makan jintan } di kisar
*1/2 sudu makan ketumbar }
*2 ulas bawang putih }
*2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk lada - kalau suka pedas tambah lagi
secubit garam + pak Aji (x letak)
1 kotak santan
beberapa tangkai daun kari

*** nota dapur;
bahan2 ni mamasya tambah 2x ganda nak bagi rasa lebih rempah

Cara membuatnya:
- Satukan butter dan tepung. buat seperti serbuk roti. kemudian masukkan telur. gaul lagi.
- Masuk kesemua bahan kecuali santan dan daun kari. gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
- Kalau tak jadi doh jugak... Tambah lagi sedikit air.. Yang penting sampai jadi doh. jangan terlalu lembik
- Kemudian ambil secubit adunan.. lenyekkan di papan kuih siput.
- Buat sampai habis.. kemudian goreng bersama daun kari hingga keperang perangan.
- Angkat dan Sejukkan. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

Klik Nuffnang2