klik Nuffnang

Showing posts with label Sayur/Telur. Show all posts
Showing posts with label Sayur/Telur. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Terung Putih Masak Pajeri



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera.
Pernah tengok terung warna putih tak ? Mama hanya bila di Cairo ini jumpa terung putih....tp terung ungu spt di Msiapun ada byk dijual di sini. Dah lama nak kongsi gambar terung putih tp asyik tertangguh. Mmg selalu beli terung terung putih berbanding terung ungu sbb mama perasan terung putih lagi lama tahan tak cepat kecut jika disimpan berbanding terung putih.


Inilah rupa terung putih.....seputih telur tp bila dah dimasak bertukar warna hijau. Dari segi harga terung putih ni murah sikit dari terung ungu. Rasanya sama dg terung ungu.
Terung kali ni masak pajeri sbb dah lama tak makan pajeri terung. Masa masak terung ni, anak2 ckp sedapnya bau.....mmg mrk kalau bau masak kari dan seangkatan dgnnya cukup suka. tp anak2 tak mkn sayur....jadi pejeri ni mrk ambil kuah saja. Utk resepi pejeri mama ambil dari dapur DTS @ CMG, Tkasih CMG kongsi resepi pejeri yg sedap ini... antara lauk kegemaran mama.

Pajeri Terung
Sumber; Dapur Tanpa Sempadan
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu, belah 2 setiap 1 dan rendam
2 camca besar rempah kari ikan (baba's)- tak da baba's, mama guna jenama lain
1 keping asam gelugor
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
100 ml santan pekat (cm guna santan kotak)
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan rempah kari ikan dengan bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masuk pes rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan asam gelugor dan santan pekat serta sedikit air (anggaran 3/4 cawan). Kacau rata. Tambah kerisik dan biar mendidih. Masukkan gula secukup rasa. dan sedikit garam. Masukkan terung (toskan) dan cili merah/hijau, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


dari terung warna putih....


.....setelah dimasak jadi warna hijau.

Tuesday, January 15, 2013

Jom Ratah Pecal



Assalammualaikum buat semua...moga sihat sejahtera.Cuaca masih sejuk sekrg....pagi 10'C...grrrr..kat luar nampak terang tp suhu sejuk sebenarnya......berbungkus pakai tebal...siap stokin...Syakirah sampai 2 lapis stokin pakai dlm rumah. nasib baik semua paip rumah mmg ada hot and cold water...kalau tidak nak sentuh airpun tak tahan kesejukkan.
Utk entry masakan kali ni, nak kongsi pecal yg dah buat lama....baru sampai giliran upload di blog. Dah lama tak mkn pecal sbbnya byk bahan2 sayuran utama buatnya yg tak da dijual disini. kena special order dg org perseorangan...itupun ikut stok. jadi bila dpt order taugeh, tauhu, tempe & kangkung....apa lagi....terus buat kuah kacang utk mkn pecal.


Wpun dok jauh dr Msiapun...sayur2an Msia tetap jadi kegemaran....tp sayuran sinipun masa winter gini byk sayur yg fresh....geram nengok...murah pula tu...macam salad bulat, beli minggu lepas belum habis...mama beli lagi sbb geram, seketui baru 2.40 Le (RM1.20)..sayur2 lainpun murah skrg.
untuk resepi pecal ambil dr buku resepi lama mama;
Pecal
Sumber; Sajian Perantauan
Oleh; Dapurmamasya

bahan2
sayur - kacang pjg, kangkung, tempe, tauhu, timun, taugeh, karot atau apa2 sayur yg disukai - celur dg sikit garam & toskan

bahan kuahnya
300 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk kasar)- mama letak dlm 2 cwn
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kpg gula melaka/ gula merah
1 inci belacan
seketul asam jawa- gaul dg air panas & tapis garam

Cara
1. Goreng dg sikit minyak sekaligus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia(bulat2 tak perlu hiris)beberapa minit. kemudian tumbuk dg garam dan belacan sampai lumat.Campur dg air asam jawa.
2. Campurkan pula dg kacang tanah dan gula melaka.masukkan air panas 1 cawan (atau secukupnya), kacau diatas api hingga agak pekat. rasakan asam dan garam.
3. Siap hidangkan kuah atas sayur2 yg dicelur tadi.


sedapnya meratah...kalau pecal suka mkn gitu mcm mkn rojak....


selitkan gambar depan rumah....suasana pagi....sejukkk....

Friday, October 5, 2012

Tauhu bakar...enaknyaaaaa



Assalammualaikum buat semua....moga sihat dan ceria
Semlm seharian dr pagi kat dapur.....mood rajin, masak beberapa menu termasuk siapkan tempahan creampuff yg dah tertangguh beberapa hari. Ingat nak tayang menu yg dimasak semalam tp nantilah tayang kemudian....nak kongsi tauhu bakar yg mama buat beberapa hari lepas.Tauhu itu...mama order..pesan sms je,nak pergi beli sendiri jauh.org yg jual setuju hantar ke rumah tp kesian juga sbb dia duduk jauh dr tempat tinggal mama, lepas tu tersesat jauh ke kws lain semasa nak hantar brg, dahlah dtg naik van henti...angkut katanya. Tapi baik juga orgnya wpun dah sesat, masih tak putus asa nak hantar brg2 pesanan tanpa extra kos....ada bbrp lagi brg yg mama pesan spt kangkung, taugeh & tempe. Dan bila dpt brg2 pesanan....suka sgt sbb dah bygkan apa yg nak dimasak....yg utamanya nak buat...tauhu bakar.

DSC_3197_zps4a0d874d

sbb antara makanan kesukaan..selain dr YTF, rojak kangkung....kalau di Msia, bila hari pasar mlm, lepas pejabat biasa singgah beli tp kalau rajin kekadang buat sendiri....sos lebih boleh simpan dlm peti ais. Utk resepi mama guna resepi dr MYR dg sedikit tambahan utk penambah rasa;

Tauhu Bakar
Sumber; My resepi@ Che Iza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 2 org )
* 4 kpg tahu
* 100 gm taugeh
* 1/2 btg timun
* 1/2 biji sengkuang
* * 3 sb lada boh / lada giling-guna 2sb lada kering dah siap blender
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah-lebihkan
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
* 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
* kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu
1-2 sk tpg jagung utk pekatkan kuah (campur sikit air) -mama tambah
*1 sb kuah sos rojak - -mama tambah

Cara-cara
1. Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
4. Masak semua bahan bertanda * & campur bancuhan tpg jagung, masak sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
6. Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur.. .
Nota dapur mamasya; **Tauhu yg digunakan ni tauhu putih biasa dan bakar dlm grill oven selama beberapa minit hingga nampak kuning dan hangit2 sikit...balik2kan....tak lama membakarnya, kalau tak garing boleh bakar kejap atas dapur.Tp tengok kat pasar mlm mereka guna tauhu dah siap goreng..bakar atas arang kejap.

DSC_3201_zps8809cc20

tauhu bakar....mama suka...tambah kalau tabur byk kcg goreng....enakkk!

Tuesday, October 2, 2012

Lontong & Sayur Lodeh Pula



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera & ceria selalu
Sambungan dr entry sebelum ni......sehari selepas buat sate mudah. oleh kerana masih ada nasi impit, maka masak pula sayur lodeh. Sayur ni sekaligus buat makan nasi....tak payah buat kuah lain utk anak2 sbb mrk tak mkn lontong dg sayur lodeh. Nak padankan dg lontong dan sayur lodeh ni.....dg kuah kacangpun sedap....tp mama masak sambal ikan bilis sbb masa pergi open house rumah kwn sebelum itu, ada hidangkan lontong dg sambal bilis....sedaplah pula, teringin nak mkn lagi, itu yg merajinkan diri masak.

DSC_2727_zps27891495

Untuk nak rasa lagi enak kuah lodeh ni, tambahkan juga udang segar, ikut style Noorsha buat...sedap rasa kuah sbb air udang meresap dlm kuah lemak. Resepi asal dari Nadz dan cuba pula oleh Noorsha.....terimakasih buat kedua2 sahabat blogger yg kongsi resepi ni...

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH
Resepi Asal : Naz COSK @ Cute Oven Small Kitchen & Pn Hjh Hafsah Hj Mustaffa
Sumber; Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan :
5 ulas bawang merah - Noorsha letak 8 ulas
3 biji bawang putih - Noorsha tambah
2 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
3 batang serai - dititik
4 cawan santan cair (1 liter)
2 cawan santan pekat (500 ml)
2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
4 biji kentang - potong 8
5 batang kacang panjang - dipotong-potong
1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
2 keping tempeh - didadu besar-besar - tak letak
Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
1 cawan udang - versi mak Noorsha ada udang- sama
2 tauhu - versi mak noorsha ada tauhu. goreng seketika
4 biji cili hijau - hiris- add cili merah juga )
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.
DSC_2685

udang ni mmg tak da style lain posing....sama mcm mee rebus..tak da idea udang nak posing mcm mana..

Wednesday, August 8, 2012

Ketam Masak Merah & Kerabu Daun



Assalammualaikum buat semua.sekejapnya Ramadan berlalu....dah masuk 2/3 Ramadan....tinggal 1/3 Ramadan lagi....moga kita sama2 menggunakan kesempatan Ramadan yg masih berbaki ni sebaiknya...
Untuk entry hari ni nak kongsi lauk ketam yg dimasak pada hari sabtu lepas....dah lama juga tak masak lauk ketam. Tak da idea nak masak mcm mana ketam...nak masak cili takut pedas nanti anak2 tak dapat mkn....masak lemak dah selalu buat....akhirnya berkenan nak cuba resepi dari Dj iaitu ketam masak merah...biasa ayam masak merah...kali ni ketam pula.T.kasih Dj berkongsi resepi.

Ketam Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan :
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.


Ketam Masak Merah...sedap rasa rencahnya itu.anak2pun suka tp mama yg kena kopekkan isinya....makan ketam ni yg lecehnya nak kena kopek dulu baru dpt mkn....bila mkn kejap je licin....

Kerabu Daun


Hari yg sama buat juga kerabu daun.Kerabu antara menu yg tak pernah miss bila bulan puasa.kalau kat Msia suka buat kerabu mangga/kacang botor/kcg pjg/sotong tp kat sini itu semua tak da...sotongpun tak da skrg...sbg ganti guna daun gargil.

Kerabu Daun
1 ikat daun/kacang botor - guna daun gargil - potong halus
1 ekor ikan kembong/1/3 ikan makarel/tamban rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang merah - dimayamg halus/tumbuk kasar
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - pilihan
1-2 biji limau nipis - utk perah
1 biji tomato - potong kecil
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.
Cara-cara
Campurkan semua bahan.utk kelapa boleh guna kelapa kering, caranya campur dg sikit air panas.kacau dan masukkan dlm microwave/kukus sekejap.angkat, kacau dan barulah digoreng dlm kuali.


nilah daun gargil...ulangtayang sbb pernah tayang sebelum ini.sedap mkn ulam cicah sambal. harganya cukup murah 1 LE/50sen utk 3 ikat.

Saturday, May 5, 2012

Lala Masak Tomyam Putih



Assalammualaikum semua dan slmt berhari minggu
Hari minggu gini semuanya pasti sibuk dgn mcm2 xtvtkan.week end ni tak kemana2 sbb baru balik dr jln2 beberapa hari lepas...rehat je di rumah. Utk entry hari ni nak kongsi lala yg dimasak beberapa minggu lepas.dah lama sebenarnya nak mkn lala tp bertangguh sbbnya kat rumah hanya mama dan hero no 3 saja yg mkn kalau kerang, lala dan seangkatan dgnya.Ingatkan nak rebus biasa...nak ratah je lala tp masa cari resepi2 berkenan pula nak masa tomyam putih ni.Resepi asal guna ayam tp ganti dg lala,resepi asal spt di bawah;

Tomyam putih
Sumber ; KakinaKL ,asal Rozie@Dapurkayu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 labu bawang besar, potong baji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4-5 tangkai cili api
2 batang serai
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sudu besar jus lemon - tambah lagi
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam di potong kecil- ganti dg lala
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 biji tomato di potong 4
1/4 cawan santan
sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain..

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk,
Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
Masukkan santan.
Perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
Didihkan lagi beberapa minit, siap!

Utk kuahnya kena pandai2 adjust sukatan bahan biar terasa cukup masin...masam dan lain2 bahannya....

Wednesday, April 25, 2012

Sotong Berempah&Telur Dadar Gulung

Assalammualaikum semua. Hari ni buka blog nak edit....tengok menu edit dah update guna setting baru.....pening juga dibuatnya..semua teks dan gambar juga spacing dah jadi dlm satu paragraph...semak lihatnya.cuma yg bagusnya preview blog dah tunjuk mcm yg sebenar bila blog dipublish.nampaknya kena biasakan dgn menu edit yg baru ni.Berbalik pada menu hari ni....nak kongsi lagi antara lauk yg dimasak utk tetamu yg lepas iaitu lauk sotong.Sehari sebelum masak....cari resepi masak sotong yg sesuai dipadankan dgn nasi tomato,ingat nak buat sambal sotong...tp sbb ayam dah nampak merah....tak kan sotongpun nak merah juga.Dpt juga beberapa resepi sotong yg sesuai tp berkenan dg sotong Berempah sbb kelainan penggunaan jintan dlm masakan dan tidak menggunakan santan....kari dah ada santan,jadi sotong tak nak masak yg ada santan.
Sejak buat Sotong Goreng Kentang...versi munga-munga hari tu, dah suka pula dg rupa sotong bunga...jadi kali ni buat bunga2 lagi. Utk resepi Sotong Berempah mama dpt dari Ayu@Curlybabe's Satisfaction ...t.kasih Ayu kongsi resepi sotong.Mmg terasa rempah jintan dlm masakan sotong ni....

Sotong Berempah
Sumber; Ayu@Curlybabe's Satisfaction . asal trymasak.my
Oleh; Dapurmamasya

Ingredients:-
300g Sotong kecil
6 ulas Bawang merah 2 ulas Bawang puth
1 cm Halia
Daun kari secukup rasanya
1 sudu besar Pes cili - guna cili kering dah blender
1 sudu teh Serbuk jintan manis
1/2 sudu teh Serbuk jintan putih
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
Garam & perasa secukup rasa
1 sudu teh Air asam jawa
1 cawan Air
mama tambah 1/2 biji kentang potong kecil- goreng sampai masak

Method:-
Campurkan sotong bersama kunyit dan garam.
Goreng sotong seketika. Apabila separuh masak, angkat dan ketepikan.
Hancurkan 1 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, jintan, dan pes cili.
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bahan yang dihiris itu hingga wangi, diikuti dengan bahan yang ditumbuk.
Masukkan daun kari, asam jawa, air, gula dan sotong dan kentang. Kacau sebati hingga sotong masak.

Hidang juga telur dadar sebagai lauk tambahan lauk tetamu.mulanya nak masak telur cara lain tp takut tak sempat,buat je telur dadar yg cukup mudah. 5 biji telur dicampur sikit garam,cili merah dan daun bawang.goreng jadikan 6 keping dadar. gulung 2 kpg setiap gulung.potong dan susun.

telur dadarpun nak tayang......tak pa lahkan utk koleksi mama... dan Syakirahpun boleh belajar masak2 nanti....belajar buat telur dadar ....hi..hi...

Thursday, April 5, 2012

Udang Masak Lemak Labu



Assalammualaikum
Lepas lauk sotong , tayang udang pula....lauk yg dimasak minggu lepas Udang Masak Lemak Labu.Selalunya udang masak lemak gini suka masak dg nenas tp kali ni masak dg labu.Sejak duduk sini, ini baru dpt beli labu sbb biasa jumpa jual labu sebiji....nak beli besar pula dan kalau jumpa yg potongpun dah tak elok...lebam.Tapi masa gi C4 tempoh hari...ada labu yg dah potong elok lagi....masa pilih tu ada labu yg berbiji dan tak berbiji.


Tgh nak ambil labu berbiji mcm biasa beli di Msia, dtg seorg makcik Arab ckp bahasa Arab sambil tunjuk2 labu yg tak berbiji tu, tak fahamlah cakap apa tp dpt agak yg dia nak bagitau yg tak berbiji tu lagi elok.terus ambil dan cakap kat dia syukran.itulah labunya yg tak da biji....murah je ni sepotong kalau duit kita tak sampai RM1 pun, manakala serai dan kunyit tu angkut dari Msia.tp kat sinipun dah ada jual serai.



Resepinya sama dg Udang Masak Lemak Nenas cuma tukar nenas dgn labu spt di bawah.

Udang Masak Lemak Labu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1/2 kg udang
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
*2 sb cili kering blender/2 biji cili merah blender - pilihan
1 btg serai diketok
labu - dipotong
1 pkt santan- jadikan sed pkt
garam (ikut rasa),asam keping sekeping, 1 sk kunyit serbuk

Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat,serbuk kunyit dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan labu ,biarkan labu hampir empuk dulu. kacau jgn santan berketul.
4.Kemudian masukkan udang, asam keping, garam.
5.Kacau hingga udang masak .



Labu ni pula mmg berbeza dr yg ada biji sbb tak da urat2 mcm labu yg ada biji. gandingkan udang masak lemak labu dgn ikan masin....bertambah2 mkn...ikan masin tu angkut dari Msia.



ada labu lebih masak dgn sayur bayam pula.Syakirah suka sayur air gini...sama selera dg mama .tp abg2 kalau tengok sayur air gini...atau sup sayur komen alahai ni kuah boringlah mama..kuahpun ada yg boring juga...



nilah rupa paras bayam sini....sama rasanya dg bayam kita.

Thursday, October 6, 2011

Home made telur masin pula


Masih kisah home made....kali ni nak kongsi tentang home made telur masin pula...cukup mudah...ringkas. Ada tak kwn2 yg suka telur masin ? Masa kat Msia mmg stok telur masin selalu ada terutama masa bulan puasa. Bila masa tak selera mkn atau nak tambah lauk, rebus 2-3 biji,jadilah. Tp beli je telur masin yg disalut dgn abu kat kedai. Bila duduk sini dah tak mimpi dpt mkn telur masin ni sbb manalah org Arab makan telur masinkan.....kat kedaipun tak pernah jumpa org jual telur itik yg fresh.Yg ada jumpa telur warna putih, sekali tengok macam telur itik juga tp rupanya telur ayam organik. kalau itik tu pernah lah jumpa dijual sekor2 yg dah siap mcm ayam.
Hinggalah satu hari tu masa pot luck mkn dgn kwn2 di sini, ada kwn bawa telur masin yg dibuat sendiri. Kawan yg bagitau cara2 nak buat dan dptkan telur dr org Arab. Apa lagi terus tak bertangguh...misi mendapatkan telur itik berjaya, minta tlg orang Arab belikan di kgnya. Suka dpt jugak jumpa telur itik di sini.

Buat telur masin ni masa awal Ramadan lalu , sukatannya anggaran aja.

Telur Masin
Sumber; Dapurmamasya

Bahan
40 biji Telur itik
1 cawan Cuka makan
1 cwn Garam
Air secukupnya (air utk rendam dgn cuka & air utk rendam dgn garam)

Caranya

1.Rendam telur itik yg telah dibersihkan dgn cuka mkn dan air selama 1 mlm, campuran cuka dgn air sekadar menutup semua telur.Masa buat ni telur itik 40 biji, cuka mkn 1 cwn. (Ini utk buat kulit telur itik tipis dan cepat meresap garam dlm telur).
2.Selepas rendam semalaman, air cuka dibuang dan telur disejat ( tak perlu siram telur dgn air).
3.Gunakan air lain dan kemudian kacau garam (anggaran dlm 1 cwn) dlm air tersebut.Anggarkan air cukup utk menutup telur.
4.Masukkan air garam dlm bekas. Isikan telur itik.Tutup bekas telur itik tersebut.
5.Selepas 4 minggu dah boleh direbus, dah masin telurnya dan kuning molek spt di atas.

**cara2 di atas telah ditype semula utk lebih mudah difahami..(7.10.2011).



Telur itik tu, selain buat telur masin, buat juga masak lemak telur itik sbb anak2 suka masak gini.Kalau telur masin diorg tak suka...masin mrk cakap. Gambar masak lemak telur itik yg terbaru tak ambil, ni gambar lama masa entry sebelum ini. .

Thursday, April 28, 2011

Pajeri Nenas



Jika sebelum ini udang masak dgn nenas tapi kali ni udang masak butter prawn...nenas pula buat pajeri. Buah nenas ini pemberian jiran...beberapa hari simpan dulu..tunggu week end baru berkesempatan masak. Suka dgn masakan pajeri..tak kira pajeri nenas mahupun pajeri terung.Anak suka dgn kuah pajeri tp nenas diaorg tak makan.

PAJERI NENAS
sumber Fp K.Liza

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Friday, April 22, 2011

Somtam Epal



Hidangan ringkas nak dikongsi hari ni....somtam. Sekali tengok mcm kerabu epal hijau yg pernah tayang sebelum ini. Tapi ni somtam lain sikit bahan2nya.Patutnya kalau somtam Thai guna betik/mangga tapi ni somtam omputih guna epal. Ringkas buatnya, selain epal tambah juga karot. Somtam ni boleh makan gitu mcm rojak tp kali ni makan dgn nasi.



Somtam
Sumber asal; FP Hajar

Bahan
Mangga muda/Epal - kupas kulit racik halus
bawang merah-tumbuk kasar
cili merah-tumbuk kasar...if nak berapi leh guna cili padi
udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan- if takde leh ganti ngan garam je
kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
**tambah karot- racik
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...mesra2kan
2. Perasakan mana yg kurang dgn sos ikan dan gula



Pernah tengok org Thai sediakan somtam ni, bila pelanggan nak barulah diracik betik,mangga dan kemudian tumbuk kasar kacang,cili padi dll bahan guna lesung kayu. Satu lagi campur kangkung mentah yg ditumbuk kasar jugak...kira sediakan fresh kpd pelanggan.

Wednesday, March 23, 2011

Kerabu Epal Hijau



Hari sabtu lepas juga buat kerabu epal utk menu lunch. Dah lama tak buat, kebetulan byk beli epal hijau jadi potong 2-3 biji utk buat kerabu epal.Mudah tak payah masak sayur lain.
Sedikit tip tak nak bagi epal hijau tu lebam, masa potong epal.. rendam epal yg dah potong dlm air garam...jadi epal nampak segar tak lebam.

KERABU EPAL HIJAU
Sumber FP MamaFaMi

Ingredients :
2 green apples - shredded
1 red chillie - sliced
1 onion - quartered n sliced
carrot - shredded
mint leaves - tak letak
1 teaspoon lime juice
salt n sugar to taste

Method :
1. Mix shredded green apples, red chillie, onion, carrot and mint leaves in a bowl.
2. To prepare the dressing : Mix lime juice, salt, sugar, black pepper and olive oil.
3. Pour the dressing into the vegetables and set aside for 15 minutes.
4. Ready to serve.



Kerabu epal ni ringkas tp sedap makan dengan nasi....

Thursday, December 23, 2010

Masak Lemak Telur Itik



Masak lemak telur ni dah lama buat tp baru sampai giliran update dlm blog. Telur itik tu minta tlg dgn kawan sepejabat yg pulang kg belikan. Telur itik masak lemak antara lauk kegemaran.Hero mama yg no 3 pun suka masak lemak telur ini.

Masak Lemak Telur Itik

Bahan

5 biji telur
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 1 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
2 biji cili hijau,kacang pjg

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat , serai,asam keping, garam dlm periuk besar dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab,.Perlahankan api.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacang panjang .
4.Kacau perlahan agar santan tak berketul hingga telur masak.Masukkan cili hijau..kacau kejap..siap utk dimakan.

Monday, November 8, 2010

Nak makan lauk bekwah@kenduri



Set nasi bekwah...nasi beriani warna-warni, daging gulai kawah dan teresek..hidangan kami sekeluarga di hari Jumaat.

Minggu ini ramai yang buat kenduri kahwin semperna cuti pjg......kami sekeluargapun dpt undangan menghadiri majlis perkahwinan... jadi hari sabtu dan ahad gantung periuk.Tapi utk sarapan masakkan mee kari pada hari sabtu dan ahad pula soto buat hidangan kami sekeluarga.

Sebut ttg kenduri terasa pulak nak makan lauk bekwah(big work) @ kenduri spt di Kelate....dah lama tak makan. Hari Jumaat tu tak kemana-mana...jadi kelantang kelentung di dapur siapkan hidangan ala-ala bekwah iaitu masak nasi beriani warna-warni@ nasi hujan panas,daging gulai kawah dan teresek jantung pisang.

Kalau ikutkan set dimasak tak lengkap lagi sbb lauk kenduri yg biasa dihidangkan semasa bekwah di kg biasanya selain gulai kawah dan teresek ada ayam percik/ayam masak tomato,solok lada, sambal, acar mentah dan sira labu ataupun agar-agar sirap (org Kelate panggil beledo) utk pencuci mulut dan nasi biasanya nasi putih.Untuk lauk daging kalau tak gulai kawah dagingnya dimasak gulai daging buku besar/daging kurma dimasak seketul2 besar-besar....satu lagi lauk dalcapun biasa dihidangkan.



Kali ni nak kongsi resepi teresek jantung pisang...resepinya dari Fp k.jie..t.kasih K.jie kongsi resepi. Jantung pisang ni pemberian kawan sepejabat....t.kasih byk2 k.Ani.

TERESEK
sumber; FP K.Jie.

Bahan-bahannya

Ayam ( ambil yang bertulang, mempedal , boleh juga masukkan hati ayam- dipotong kecil2)
1 biji jantung pisang – dihiris-hiris. ( atau kacang panjang- dipotong serung memanjang)
1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat
½ biji kelapa dibuat keresek - letak 3 sb keresek beli dah siap
4 biji cili merah~dihiris memanjang-ganti cili hijau
garam secukupnya
sedikit gula
1 keping asam keping
½ paket rempah kari ( nak masukkan 1 paket pun boleh)

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
sejemput ketumbar biji
10 biji cili kering
7 biji cili api- tak letak

Cara Membuatnya
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang ( boleh yang mentah atau yang direbus)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah begitu pekat. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat.
Enak dimakan dengan nasi panas-panas



Resepi nasi warna-warni dan daging gulai kawah akan menyusul dlm next entry....tungguuu....

Saturday, August 14, 2010

Sambal Daun Tempoyak


Tempoyak daun ni rancangnya nak masak week end sebelumnya sbb ada stok tempoyak yang buat sendiri tp tak jadi tertangguh hingga hari puasa. Resepi jumpa di dapur MaDiha. Masak 1/2 dari resepi dan tambah tempe sikit. Menu sesuai kepada penggemar tempoyak.....






SAMBAL DAUN a.k.a TEMPOYAK DAUN KAYU

Sumber;copy dari Fp Madiha@Ratna, resepi asal Blog Mat Gebu...t.kasih kedua2nya....

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus - letak beberapa helai..ada sepokok dpn rumah
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus - tak letak
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus - tak letak
7 helai daun kunyit, buang tulang tengahnya & dimayang halus
3/4 cawan isi petai
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 cawan air - tambah

Bahan2 Kisar
5 batang serai, dihiris halus
2 inci kunyit hidup
3 camca besar tempoyak - lebihkan lagi sedap
1/2 cawan cili padi - campur dgn cili hijau

**tambah sekeping tempe

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan,tempe dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus serta 2 cawan air, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

Klik Nuffnang2